Friday, September 24, 2021

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MERAIKAN ULANG TAHUN KEDUA DENGAN MENGUMUMKAN INISIATIF BERKESAN UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA

Logo Pemecut Keusahawanan Wanita (Grafik: WEA)

NEW YORK, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita  (WEA), satu inisiatif strategik pelbagai perkongsian yang diwujudkan oleh lima agensi PBB dan Mary Kay Inc., hari ini merayakan ulang tahun keduanya dengan mengumumkan kemajuan dalam beberapa program yang dirancang untuk memberi kesan kepada 5 juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030. Program dan produk pengetahuan itu, yang seterusnya menunjukkan komitmen WEA untuk memaksimumkan kesan pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005313/en/

“Dua tahun lalu, Pemecut itu komited untuk membolehkan usahawan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sebagai satu usaha bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesamaan wanita,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay Inc. “Hari ini, kami sangat teruja untuk melaporkan kemajuan pada janji itu dan menunjukkan kesan unik yang dicapai oleh lima agensi PBB dan sektor swasta ketika bekerjasama. Program-program ini mewakili langkah-langkah konkrit menuju transformasi sistemik yang diperlukan untuk memupuk satu persekitaran pertumbuhan, kelestarian, dan daya ketahanan bagi pengusaha wanita.”

Program strategik itu, kesemuanya dibentuk dengan satu tumpuan yang unik pada gender, adalah hasil bersama bagi kerjasama di antara Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dengan sokongan dan pembiayaan strategik dari Mary Kay.

· Peralatan & Latihan Membina Kapasiti Digital

Bekerjasama dengan ITC SheTrades, Pemecut itu akan menawarkan sebuah kurikulum berpandu yang dilengkapi dengan latihan di lapangan untuk wanita dari negara-negara membangun yang berminat dalam bidang keusahawanan dan/atau merancang untuk bergabung ke dalam rantaian nilai serantau dan global. Sesi latihan di dalam negara 2021 akan berlangsung secara maya di Brazil, Colombia, India, dan Mexico.

Kurikulum dalam talian mengenai Keusahawanan bertujuan untuk mengajar usahawan wanita mengenai kemahiran untuk mereka dan mewujudkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi. Melalui 27 modul interaktif yang merangkumi tujuh peringkat penting dalam pengembangan perniagaan dan diperkayakan dengan lebih 200 video, peserta akan belajar mengenai cara bagaimana menerapkan budaya keusahawanan, mengembangkan idea melalui pemikiran reka bentuk dan metodologi permulaan, menyiapkan sebuah kanvas model perniagaan, merancang medan perniagaan, mengenal pasti sumber dana, mencari rakan kongsi yang sesuai, mengatur bimbingan, membina sebuah pasukan, dan menubuhkan perniagaan mereka.

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MERAIKAN ULANG TAHUN KEDUA DENGAN MENGUMUMKAN INISIATIF BERKESAN UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA

No comments:

Post a Comment