Saturday, June 29, 2019

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN PENGALAMAN MAKAN YANG BERINOVATIF

Makan Malam Luar Biasa yang disajikan dalam satu Ruang Fantastik dengan Unjuran Pemetaan

TOKYO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo dengan bangga ingin mengumumkan kerjasama mereka dengan NAKED Inc., syarikat pengeluaran kreatif, untuk menjadi tuan rumah kepada pengalaman makan yang berinovatif sehingga 30 September (Isnin) 2019 di Restoran All Day Dining kami “Jurin”. Unjuran pemetaan, pencahayaan lilin dan ciri-ciri lain telah diperkenalkan di kawasan 60 tempat duduk belakang “Jurin” bagi mewujudkan satu ruang fantastik untuk pengalaman makan malam yang luar biasa ini bagi tetamu kami untuk menikmati.

NAKED Inc. menghasilkan kandungan video unjuran pemetaan khas yang didasarkan kepada tiga tema “Angin, Air dan Bunga, Musim Panas di Jepun”, “Lilin, Cahaya Hati Rakyat”, dan “Perayaan” yang akan ditunjukkan setiap 20 minit. Kandungan video “Angin, Air dan Bunga, Musim Panas di Jepun” menunjukkan pelbagai adegan yang berkaitan dengan musim panas di Jepun termasuk ikan emas, roda air, air yang mengalir dan bunga matahari yang mekar. Kandungan “Lilin, Cahaya Hati Rakyat” menggambarkan adegan tetamu yang menikmati pelbagai perkhidmatan dan pengalaman di Hotel kami, dengan adegan waktu malam di Shinjuku Barat yang mengelilingi hotel kami. Juga, pokok yang dihiasi juga diterangi selaras dengan lilin Luminara bagi mewujudkan suatu suasana yang romantis. Kandungan “Perayaan” itu, yang akan ditunjukkan dari 12 Julai, termasuk imej masa kini yang ditonjolkan oleh pertunjukan bunga api musim panas. Harga bagi lima hidangan makan malam dengan minuman percuma adalah JPY6,600 setiap seorang.

Arkib bagi Siaran Akhbar

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimono, upacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12296

Friday, June 28, 2019

Hotel Royal Classic Osaka terima tempahan dalam talian mulai 1 Julai, sebelum dibuka 1 Dis

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Hotel Royal Classic Osaka, Jepun akan menerima tempahan dalam talian, mulai 1 Julai, walaupun dijadual dibuka pada 1 Dis.
Dikendalikan oleh Royal Classic Ltd (anak syarikat Bellco Co Ltd), hotel itu direka bentuk oleh arkitek terkemuka Jepun yang turut terkenal di peringkat global, Kengo Kuma, yang menggabungkan bahagian hadapan bangunan teater Osaka Shin-Kabukiza.
Pembukaan hotel itu menandakan kelahiran mercu tanda baharu yang hebat di tengah kawasan Osaka Minami Area, menurut kenyataan itu.
Dengan 150 bilik tetamu dan suite mewah, Hotel Royal Classic Osaka menawarkan beberapa pilihan restoran, dewan majlis dan kemudahan perkahwinan. Ia juga merupakan tempat yang unggul untuk aplikasi perniagaan, kelengkapan pengantin dan lawatan. 
Hotel itu akan memastikan terus menghargai sejarah lokasi itu yang pernah menjadi tempat penting untuk aktiviti kebudayaan tempatan, menawarkan nilai baharu kepada Osaka Minami dan memacu pembangunan Osaka sebagai hab pelancong antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, hubungi https://hotel-royalclassic.jp/en.
-- BERNAMA

SECURE-24, SEBUAH SYARIKAT NTT COMMUNICATIONS, AKAN MENGAMBIL ALIH SYMMETRY, PENYEDIA PERKHIDMATAN TERURUS SAP TERKEMUKA DI AMERIKA SYARIKAT

TOKYO, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Symmetry Holding Inc. (Symmetry), sebuah penyedia terkemuka bagi perkhidmatan terurus SAP yang berpangkalan di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa Secure-24 Intermediate Holdings, Inc. (Secure-24), anak syarikat milik sepenuhnya NTT Com, telah memasuki satu perjanjian muktamad pada 26 Jun (Masa Standard Jepun), yang mana Secure-24 akan sepenuhnya mengambil alih Symmetry.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006084/en/

Perkhidmatan terurus adalah merupakan satu daripada keupayaan utama NTT Com yang sedang diperkuatkan untuk menyokong transformasi digital pelanggan mereka sebagai sebuah DX Enabler™. Secure-24 telah memainkan peranan utama untuk menyampaikan keupayaan tersebut terutama di pasaran Amerika Syarikat. Symmetry mempunyai kepakaran yang meluas di dalam perkhidmatan terurus SAP, yang ia sampaikan kepada pelanggan perusahaan besar dalam pelbagai industri termasuk produk pengguna, sains hayat, pembuatan dan teknologi tinggi di Amerika Syarikat, pasaran terbesar dunia bagi perkhidmatan terurus. Symmetry juga menawarkan perkhidmatan penghijrahan dan operasi untuk SAP S/4 HANA, sebuah platform yang fleksibel dan berkelajuan tinggi, yang dijangka akan digunakan secara meluas.

“Pemerolehan Symmetry membolehkan kami untuk mengukuhkan perkhidmatan terurus yang komprehensif yang kami berikan kepada pelanggan kami, dan pada masa yang sama membuka pintu kepada peluang-peluang baharu,” kata Mike BeDell, Ketua Pegawai Eksekutif, Secure-24. “Dengan gabungan kepakaran bagi kedua-dua syarikat dan portfolio meluas Symmetry bagi perkhidmatan SAP terurus kami kini berada pada satu kedudukan untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami di seluruh dunia.”

“Selama lebih 20 tahun, Symmetry telah komited untuk memberikan perkhidmatan hos awan SAP yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan pengurusan aplikasi ke pasaran dan pelanggan kami,” kata Pete Stevenson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Symmetry. “Kami berharap dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami dengan penawaran yang diperluaskan dan sumber global yang ditawarkan oleh Secure-24, tanpa mengorbankan sokongan sentuhan dan komitmen yang tinggi kepada kejayaan pasukan kami laksanakan dan pelanggan kami harapkan.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada tahun 2019 dan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengawalseliaan. Melalui pengambilalihan 100 peratus ini, kekuatan unik Symmetry akan diintegrasikan sepenuhnya ke dalam ekosistem NTT Com, termasuk perkhidmatan IT terurus secara total mereka dan perkhidmatan awan, rangkaian dan perkhidmatan pusat data, untuk operasi dan penyelenggaraan yang semakin mantap bagi persekitaran IT hibrid pelanggan.

NTT Com akan terus meningkatkan sistem teknikal dan perniagaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan terurus yang mapan yang mendorong transformasi digital untuk pelanggan.

Gambaran Keseluruhan bagi Symmetry

Perbadanan: Symmetry Holding Inc.

Ditubuhkan: 1998

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif: Pete Stevenson

Ibu pejabat: Wisconsin, Amerika Syarikat

Perniagaan: Perkhidmatan terurus IT dengan memberi tumpuan kepada SAP

Industri utama: Produk pengguna, sains hayat, pembuatan dan teknologi tinggi

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 400,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTTcom | Facebook@NTTcom | LinkedIn@NTTcom

Maklumat  mengenai Secure-24
Secure-24, sebuah Syarikat NTT Communications, mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam menyampaikan hos aplikasi misi kritikal, perkhidmatan IT terurus dan perkhidmatan awan yang komprehensif kepada perusahaan di seluruh dunia. Tumpuan Secure-24 ke atas perkhidmatan, sokongan, tadbir urus dan pematuhan yang unggul telah mendorong kadar kepuasan pelanggan yang utama di dalam industri. Syarikat itu adalah sebuah Hos SAP yang disahkan, HANA, dan Rakan Awan, sebuah Rakan Emas Microsoft dan sebuah Rakan Emas Oracle yang menguruskan suite Oracle E-Perniagaan, aplikasi PeopleSoft, JD Edwards dan Hyperion merentasi semua industri untuk perniagaan setiap saiz. Secure-24 telah dinamakan sebagai 100 Tempat Terbaik untuk Bekerja dalam IT selama enam tahun berturut-turut oleh Computerworld.
Layari www.secure-24.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Secure-24.

Maklumat mengenai Symmetry
Symmetry™ menguruskan pelaksanaan SAP yang kompleks pada satu skala global untuk lebih daripada 200 perusahaan terkemuka di dunia. Dengan model perniagaan proprietari mereka yang berpusatkan klien – Cara Symmetry  – digabungkan dengan platform penyedia SAP yang termaju di dalam industri dan suite perisian ControlPanelGRC® yang terkemuka di dalam industri, Symmetry menyampaikan perkhidmatan pengurusan aplikasi SAP sentuhan tinggi yang pakar merentasi semua persekitaran pergerakan, termasuk di premis, dihoskan dan persendirian, awan awam dan hibrid. Dengan lebih daripada 23 tahun dalam perniagaan, Symmetry telah membina sebuah asas kepakaran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyedia perkhidmatan SAP bebas yang lain. Sebuah rakan SAP sejak tahun 2005, Symmetry disahkan dalam Hos SAP, Awan dan Operasi SAP HANA. Symmetry berpangkalan di Brookfield, Wis, dengan lokasi merentasi Amerika Utara dan Eropah.
Ketahui lebih lanjut di https://symmetrycorp.com

Nama syarikat dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di dalam siaran akhbar ini adalah merupakan tanda perniagaan, tanda perkhidmatan dan tanda perniagaan berdaftar bagi setiap syarikat.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006084/en/

Hubungi
Untuk maklumat lanjut 
Masaki Nomoto, Osamu Inoue
Perhubungan Awam
Jabatan Perancangan Korporat
NTT Communications
Tel: +81 3 6700 4010
E-mel: pr-cp@ntt.com

IGNITE Consulting, bagi pihak Secure-24
Kathleen Sullivan, 303-439-9365
secure-24@igniteconsultinginc.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA 

Syarikat Jepun, China hasilkan 'in-wheel motor' untuk kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd dari Jepun dan Xiangyang CRRC Electric Machinery Co Ltd (anak syarikat CRRC Group) dari China menjalin kerjasama untuk menawarkan penyelesaian tenaga maju bagi industri kereta tenaga baharu.

Kerjasama itu yang diumumkan di ZhuZhou, Wilayah Hunan, China baru-baru ini akan bermula dengan projek menghasilkan dan menjual ´in-wheel motor´ kepada pengeluar kereta oleh kedua-dua syarikat.

Kedua-dua syarikat tersebut akan mula menghasilkan ´in-wheel motor´ menjelang 2020 dan beroperasi sepenuhnya, setahun kemudian.

Sistem ´in-wheel motor´ berasaskan teknologi untuk melengkapkan setiap roda pemanduan dengan motor di dalamnya dan secara langsung mengawal badan kenderaan dan e-Gle mempunyai teknologi terkini untuk sistem tersebut.

China telah menjadi pasaran kenderaan elektrik yang terbesar di dunia, berikutan ia mempromosikan kenderaan tersebut secara aktif dengan subsidi untuk pengeluar kereta dan pengguna, antara langkah-langkah dasar yang lain.

Xiangyang CRRC Electric Machinery adalah pengeluar kereta api terbesar dunia yang berpangkalan di Hunan, China.

Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd merupakan anak syarikat e-Gle Co Ltd, berpangkalan di Kawasaki, Kanagawa Prefecture, Jepun.

-- BERNAMA

Thursday, June 27, 2019

CHONGQING CHINA MENGANUGERAHKAN 37 IDEA EMAS UNTUK PENYEPADUAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN

CHONGQING CHINA MENGANUGERAHKAN 37 IDEA EMAS UNTUK PENYEPADUAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN

EKSPO INDUSTRI GOJI BERI KE-2 DIADAKAN DI ZHONGNING, CHINA -- GOJI BERI ZHONGNING, MAKANAN SUPER DUNIA

ZHONGNING, China, 26 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Ekspo Industri Goji Beri ke-2 diadakan di Zhongning, sebuah daerah di sepanjang Sungai Kuning, di Wilayah Autonomi Ningxia Hui di barat laut China dari 26 Jun hingga 28 Jun.

Zhongning, yang dinamakan sebagai “kediaman bagi Goji beri China”, mempunyai sejarah selama 600 tahun bagi penanaman Goji beri dan juga merupakan tempat asal bagi Goji beri di seluruh dunia. Goji beri, yang juga dikenali sebagai wolfberi, adalah “homologi makanan perubatan” dalam perubatan tradisional Cina, yang boleh memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang, menggalakkan imuniti badan, antipenuaan, dan sebagainya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12289

Wednesday, June 26, 2019

PHUNWARE MENAWARKAN TOKEN UTILITI PHUN DI SELURUH DUNIA

AUSTIN, Texas, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phunware, Inc. (NASDAQ: PHUN) (“Syarikat” itu), sebuah platform awan perusahaan yang bersepadu sepenuhnya untuk mudah alih yang menyediakan produk, penyelesaian, data dan perkhidmatan bagi jenama-jenama di seluruh dunia, mengumumkan bahawa token utiliti Phun kini tersedia untuk dibeli di pasaran antarabangsa.

“Phun adalah sejenis token utiliti baharu yang membolehkan komuniti antarabangsa untuk mengambil bahagian di dalam bursa data yang dibolehkan oleh blok rantai kami dan ekosistem kesetiaan mudah alih ketika kami memacukan ke arah penerimaan global arus perdana dan penyenaraian bursa masa hadapan.” kata Randall Crowder, Ketua Pegawai Operasi bagi Phunware.

Phunware adalah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Austin, Texas, dengan mempunyai 10 tahun kejayaan bekerja dengan organisasi-organisasi terbesar di dunia. Sama ada ia membolehkan permainan dan pengalaman filem yang mendalam untuk Paramount Pictures International, dengan memberi kuasa kepada perkakasan Juniper, Cisco atau HP Aruba bagi perkhidmatan lokasi yang dibolehkan oleh aplikasi atau menggabungkan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) seperti Epic atau Cerner bagi pengalaman pesakit dalam penjagaan kesihatan, skrin ganda Phunware sebagai satu penawaran Perkhidmatan (MaaS) telah membantu syarikat-syarikat Global 1000 menyeragam dan mengoptimumkan inisiatif penglibatan, pengurusan dan pengewangan mereka bagi peranti iOS dan Android serta penonton merentasi beratus ribu urus niaga aplikasi sesaat di seluruh dunia.

“Platform MaaS kami menjangkau ke lebih satu bilion peranti unik pada setiap bulan dan memproses purata lebih 4 bilion acara setiap hari di seluruh dunia,” kata Alan S. Knitowski, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Phunware. “Sebelum menjadi awam pada akhir tahun lalu, pelabur strategik utama kami termasuk Cisco Systems, Samsung, WWE dan PLDT, sementara set penyelesaian mudah alih kami menangani keperluan perisian, data dan aplikasi organisasi sejauh NFL, NASCAR dan Sukan Olimpik di dalam sukan kepada rakan setara dalam menegak termasuk peruncitan, hartanah, penjagaan kesihatan, teknologi, penerbangan dan perhotelan.”

Untuk mematuhi landskap pengawalseliaan semasa, Phunware baru-baru ini melancarkan  struktur dwi token mereka. Walaupun Phun merupakan sebuah token utiliti yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan aktiviti digital mereka ketika mereka terlibat di dalam tingkah laku yang menguntungkan dengan jenama-jenama, PhunCoin kekal sebagai satu token keselamatan yang mematuhi yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan identiti digital mereka dan menawarkan pemegang token sebuah dividen PhunCoin.

Memandangkan persekitaran pengawalseliaan semasa, Phun akan pada mulanya hanya  boleh didapati di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Pelabur di luar Amerika Syarikat dan Kanada boleh membeli Phun dengan mendaftar di  https://buy.phuntoken.com/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Phun, sila layari  https://www.phuntoken.com/ atau e-mel phun@phunware.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12284

HYTERA LANCAR RADIO TERMAJU BERBILANG MOD BAHARU

HYTERA LANCAR RADIO TERMAJU BERBILANG MOD BAHARU

Tuesday, June 25, 2019

Once economic backwater, Chongqing Liangjiang New Area transforms to opening-up hub




KUALA LUMPUR, June 25 (Bernama) -- Chongqing Liangjiang New Area has completed the transformation from an inland economic backwater to an opening-up hub after nine years of exploration, with more than 150 Fortune 500 enterprises having established their presence in the region.

The strategic emerging industries in the new area have grown by more than 20 per cent, digital economy by over 30 per cent and foreign trade by more than 15 per cent. The added-value of financial industry now accounts for more than 18 per cent of the local GDP.

Recently, Singapore's Freight Links Group, Figtree Group and Chongqing Pucheng Logistics Co Ltd jointly developed a smart logistics construction with one smart logistics park and three business segments.

Covering an area of 21.7 hectares with total investment of US$250 million, this project is one of the first under the China Singapore (Chongqing) Demonstration Initiative on Strategic Connectivity.

The smart logistics park consists of intelligent parking, registration, positioning and real-time transmission of traffic conditions, while the business segments include international multi-model transport, domestic transport and intra-city supply chain.

According to a statement from Chongqing Liangjiang New Area Administrative Committee, the construction of the smart logistics project well echoed the increasing economic and trade exchanges between Chongqing and Singapore.

For more information, contact http://www.liangjiang.gov.cn.

-- BERNAMA

TERNS PHARMACEUTICALS MENGUMUMKAN PERJANJIAN PELESENAN DAN KERJASAMA EKSKLUSIF DENGAN GENFIT UNTUK MEMBANGUN DAN MENGKOMERSIALKAN ELAFIBRANOR DI WILAYAH GREATER CHINA

- Perkongsian GENFIT memperluaskan portfolio Terns, dengan menambahkan sejenis produk Fasa 3 dengan satu mekanisme tindakan pelengkap yang sesuai kepada kombinasi dengan aset NASH Terns-

BANDAR RAYA FOSTER, Calif. & SHANGHAI, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals, Inc. hari ini mengumumkan satu perjanjian pelesenan dan kerjasama eksklusif dengan GENFIT (GNFT), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif di dalam penyakit yang berkaitan dengan metabolik dan hati. Di bawah syarat-syarat perjanjian, Terns memperolehi hak eksklusif untuk mengembang, mendaftar dan memasarkan elafibranor bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kolangitis  hempedu utama (PBC) di Greater China (tanah besar China, Hong Kong, Macau, dan Taiwan). GENFIT akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $35 juta dan akan layak untuk menerima sehingga $193 juta dalam bayaran berikutnya, berdasarkan kepada pencapaian klinikal, kawal selia, dan pembayaran ikut kerja komersial. Kedua-dua syarikat itu juga akan bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan yang bergerak ke hadapan dalam NASH dan PBC. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan ini termasuk gabungan berpotensi bagi elafibranor, agonis alfa/delta (PPAR α/δ) yang diaktifkan dengan proliferator dwi peroksisom, dengan calon pembangunan Terns, termasuk TERN-101, sejenis agonis reseptor farnesoid X (FXR), TERN-201, sejenis perencat amina oksidase yang sensitif kepada semikarbazide (SSAO), dan program perencat reseptor hormon tiroid (THR) dan kinase 1 (ASK1) yang mengatur isyarat agonis terpilih β dan apoptosis.

“Terns komited untuk membawa terapi baharu dan berinovatif untuk rawatan penyakit hati ke China dan pasaran global yang lain. Perkongsian kami dengan GENFIT adalah merupakan satu langkah semulajadi yang seterusnya bagi kami sebagai sebuah syarikat,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. “Kami percaya kombinasi terapi akan dengan pantas menjadi standard penjagaan bagi rawatan NASH, dan strategi kami adalah berdasarkan kepada keyakinan ini. Elafibranor adalah sejenis kompaun tahap akhir dengan satu mekanisme tindakan sinergistik dengan mereka di dalam saluran kami sendiri, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk strategi kami bagi memajukan gabungan terapi untuk penyakit hati kronik. Kami sangat teruja untuk menambahkan elafibranor kepada portfolio kami, untuk memperluaskan tumpuan kami pada penyakit hati bagi memasukkan PBC, dan untuk mendapatkan sebuah rakan yang mantap di dalam GENFIT, sebuah syarikat yang berkongsi tumpuan kami dalam membangunkan rawatan berinovatif untuk penyakit hati.”

“Pasukan di Terns mempunyai rekod pencapaian yang luas di dalam pembangunan ubat-ubatan yang digabungkan dengan infrastruktur untuk membangun, mendaftar dan mengkomersialkan dengan jayanya terapi baharu di Asia,” kata Pascal Prigent, Naib Presiden Eksekutif bagi Pemasaran dan Pembangunan Komersial di GENFIT. “Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap syarikat itu dan pasukan pengurusan mereka ketika kami berusaha untuk membawa elafibranor kepada pesakit di Greater China dan bagi bekerjasama dalam usaha R&D masa hadapan dan gabungan strategi.”

Perjanjian pelesenan dan kerjasama dengan GENFIT itu adalah susulan kepada pengumuman pada 2018 bahawa Terns telah memperolehi hak eksklusif global untuk membangun dan mengkomersialkan tiga aset NASH dari Eli Lilly and Company. Secara kolektif, perjanjian ini menunjukkan komitmen Terns untuk meningkatkan saluran mereka melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat serantau dan global, sebagai tambahan kepada usaha penemuan dalaman, bagi mempercepatkan terapi kombinasi yang berkesan bagi pesakit yang hidup dengan penyakit hati kronik.

Maklumat mengenai elafibranor

Elafibranor adalah calon produk saluran utama bagi GENFIT. Elafibranor adalah sejenis ubat yang diambil melalui mulut, sekali sehari dan yang pertama dalam kelasnya yang bertindak melalui laluan alfa/delta yang diaktifkan oleh proliferator dwi peroksisom yang dibangunkan untuk merawat, khususnya, steatohepatitis bukan alkohol (NASH), yang mana ia telah diberikan Penunjuk Pantas. GENFIT percaya, berdasarkan kepada keputusan klinikal setakat ini, bahawa elafibranor mempunyai potensi untuk menangani pelbagai aspek NASH, termasuk keradangan, kepekaan insulin, profil lipid/metabolik, dan penanda hati. Hasil daripada satu kajian Fasa 3 di dalam pesakit yang mempunyai NASH dijangka diketahui pada suku keempat tahun 2019. Hasil ujian klinikal Fasa 2 juga menunjukkan bahawa elafibranor mungkin merupakan satu rawatan yang berkesan untuk PBC, sejenis penyakit hati yang teruk. Elafibranor telah diberikan Penunjuk Terapi  Penemuan Ulung untuk petunjuk ini.

Maklumat mengenai NASH

Steatohepatitis bukan alkohol (NASH) adalah satu bentuk penyakit hati berlemak bukan alkohol yang teruk (NAFLD), yang disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati. NASH dikaitkan dengan keradangan hati kronik dan kecederaan sel hati, dan ia boleh menyebabkan fibrosis, sirosis, dan akhirnya kanser hati atau kegagalan hati. Kadar global bagi NAFLD dan NASH meningkat dengan pesat, seiringan dengan peningkatan kadar obesiti. Pada masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk rawatan NASH.

Maklumat mengenai PBC

PBC adalah sejenis penyakit kronik di mana kerosakan pada saluran hempedu boleh menghalang keupayaan hati untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh dan boleh menyebabkan parut pada tisu hati yang dikenali sebagai sirosis.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals
Terns Pharmaceuticals, Inc. adalah sebuah syarikat farmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan untuk penyakit hati kronik dan kanser. Berpusat di China dan Amerika Syarikat, syarikat itu sedang memajukan sebuah saluran bagi calon-calon ubat bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kanser, merentasi pelbagai modaliti. Terns memanfaatkan kepakaran bertaraf dunia di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan pembangunan klinikal, untuk membawa terapi baharu yang mempunyai masa depan yang cerah kepada pesakit di China dan pasaran global yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com and www.ternspharma.com.cn

Maklumat mengenai GENFIT

GENFIT adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif dalam penyakit yang berkaitan metabolik dan hati di mana terdapat keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, sepadan dengan kekurangan rawatan yang diluluskan. GENFIT adalah peneraju di dalam bidang penemuan ubat berasaskan reseptor nuklear dengan mempunyai sejarah yang kaya dan warisan saintifik yang mantap yang merangkumi hampir dua dekad. Calon ubat yang paling maju, elafibranor, pada masa ini sedang dinilai di dalam ujian klinikal Fasa 3 yang utama (“RESOLVE-IT”) sebagai rawatan berpotensi untuk NASH, dan GENFIT merancang untuk memulakan ujian klinikal Fasa 3 dalam PBC pada akhir tahun ini berikutan keputusan Fasa 2 yang positif. Sebagai sebahagian daripada pendekatan komprehensif GENFIT terhadap pengurusan klinikal bagi pesakit NASH, syarikat itu juga sedang membangunkan satu ujian diagnostik in vitro berasaskan darah yang baharu, bukan invasif dan mudah untuk mendapatkan akses bagi mengenal pasti pesakit yang mempunyai NASH yang mungkin merupakan calon yang sesuai untuk terapi ubat. Dengan kemudahan di Lille dan Paris, Perancis, dan Cambridge, MA, Amerika Syarikat, Syarikat itu mempunyai kira-kira 160 orang pekerja. GENFIT adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Pasaran Terpilih Global Nasdaq dan di dalam ruang B di pasaran yang dikawal oleh Euronext di Paris (Nasdaq dan Euronext: GNFT). www.genfit.com

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran media ini mengandungi beberapa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, berhubung dengan GENFIT, termasuk potensi untuk dan kejayaan pengkomersialan bagi elafibranor di Greater China dan kesan bagi peraturan baharu di China untuk mempercepat dan memudahkan kelulusan ubat-ubatan. Penggunaan perkataan tertentu, termasuk “percaya,” “potensi,” “mengharapkan” dan “akan” dan ungkapan yang membawa maksud yang sama, bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Walaupun Syarikat itu percaya bahawa jangkaan mereka adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa dan andaian yang munasabah terhadap pengurusan Syarikat itu, namun kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam, atau yang tersirat atau diunjurkan oleh, kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Risiko dan ketidaktentuan ini termasuk, antara lain, ketidaktentuan yang wujud dalam penyelidikan dan pembangunan, termasuk yang berkaitan dengan keselamatan, penanda bio, perkembangan, dan hasil daripada, ujian klinikal yang sedang berjalan dan yang dirancang, kajian semula dan kelulusan oleh pihak berkuasa pengawal selia ubat-ubatan dan diagnosis calon dan keupayaan berterusan Syarikat itu untuk mendapatkan modal bagi membiayai pembangunannya, serta risiko dan ketidaktentuan yang dibincangkan atau dikenal pasti di dalam pemfailan awam Syarikat itu dengan pembiaya Autorité des marchés Perancis (“AMF”), termasuk yang disenaraikan dalam Seksyen 4 “Risiko dan Ketidaktentuan Utama” dalam Dokumen Pendaftaran 2018 Syarikat itu yang difailkan dengan AMF pada 27 Februari, 2019 di bawah n°D.19-0078, yang boleh didapati di laman web GENFIT  (www.genfit.com) dan di laman web AMF (www.amf-france.org) dan pemfailan dan laporan awam yang difailkan dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat (“SEC”), termasuk prospektus akhir Syarikat itu yang bertarikh 26 Mac, 2019, dan pemfailan dan laporan yang seterusnya yang difailkan dengan AMF atau SEC, atau jika ia didedahkan kepada umum, oleh Syarikat itu. Di samping itu, walaupun jika keputusan, prestasi, keadaan kewangan dan kecairan Syarikat itu, dan perkembangan industri di mana ia beroperasi adalah sejajar dengan kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, mereka mungkin tidak dapat meramalkan keputusan atau perkembangan dalam masa akan datang. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya tepat pada tarikh penerbitan dokumen ini. Selain daripada yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, Syarikat itu tidak berjanji atau bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana maklumat atau pernyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12283

Monday, June 24, 2019

Permainan dalam talian: kerjasama Razer-Visa mengubah cara pembayaran di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Razer, jenama gaya hidup untuk peminat permainan video yang terkemuka di dunia, bekerjasama dengan Visa, peneraju dalam pembayaran digital di peringkat antarabangsa untuk mengubah cara pembayaran di Asia Tenggara.

Kerjasama itu akan mengintegrasikan penyelesaian prabayar Visa dalam e-dompet Razer Pay untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran di 54 juta lokasi peniaga di rangkaian global Visa dan membawa kemasukan kewangan kepada penduduk di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.

"Visa dan Razer Fintech bersama-sama berpeluang untuk mengubah pengalaman pembayaran bukan hanya untuk komuniti permainan tetapi juga pelanggan di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan," kata Presiden Serantau Visa (Asia Pasifik), Chris Clark.

Di bawah inisiatif ini, cabang teknologi kewangan Razer, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan penyelesaian prabayar Visa maya untuk dimasukkan ke dalam e-dompet Razer Pay, membolehkan sehingga 60 juta pengguna Razer membuat pembayaran di mana sahaja Visa diterima.

Penyelesaian prabayar akan melengkapi tawaran sedia ada Razer Pay, termasuk tambah nilai mudah alih, pendahulu dalam kredit maya dan pembelian produk hiburan iaitu muzik dan perkhidmatan penstriman.

Penyelesaian kad prabayar bersepadu itu juga akan menawarkan pengguna kaedah tambah nilai dan wang tunai mudah yang disediakan Razer Pay, disokong oleh rangka kerja privasi dan keselamatan yang canggih.

Kerjasama itu juga bertujuan untuk memperkasakan segmen penerima awal dan memperkenalkan keupayaan perancangan kewangan yang interaktif dan mudah bagi meningkatkan tahap celik kewangan penduduk Asia Tenggara.

Razer Fintech dan Visa merancang penyelesaian iitu dilaksanakan secara berperingkat di negara-negara terpilih di seluruh Asia Tenggara pada bulan-bulan akan datang, sebelum mengembangkannya di peringkat global.

-- BERNAMA

Saturday, June 22, 2019

PEMENANG UTAMA KEMPEN KITA-KITA AJE BAWA PULANG 1KG JONGKONG EMAS





SELANGOR, 21 Jun (Bernama) -- Agrobank meraikan tujuh (7) orang pemenang ‘Kempen Kita-Kita Aje’ pada 20 Jun 2019 di majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sempena majlis sambutan hari raya Aidilfitri Agrobank yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor.

‘Kempen Kita-Kita Aje’ yang merupakan salah satu inisiatif bank untuk mempromosikan produk berasaskan fi ini telah berlangsung bermula pada 1 Jun 2018 sehingga 31 Mac 2019 terbuka kepada pelanggan Agrobank yang melanggan produk berasaskan fi seperti AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Mabrur-i, Agro Nurani, Agro Madani dan penulisan Wasiat.

Dua (2) pemenang utama telah membawa pulang hadiah berupa jongkong emas 999.9 seberat 1kg dan sebuah Honda HRV 1.8L. Pemenang bertuah lain yang hadir turut memenangi pakej dekorasi rumah IKEA, pakej umrah / percutian dan komputer Mircrosoft Surface Pro dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM2 juta. Selain itu juga, melalui ‘Kempen Kita-Kita Aje’ seramai 30 orang pemenang telah terpilih sebagai pemenang bertuah dan memenangi hadiah berupa baucer PETRONAS bernilai RM500 serta deposit bernilai RM500 melalui akaun FRIA-i Agrobank. Berikut adalah senarai pemenang utama bagi ‘Kempen Kita-Kita Aje’:
 
NONAMACAWANGANUMURHADIAH
1Nanyan Bin HamidSeberang Perak64 1kg jongkong emas 999.9
2Noor Aini Binti Abd MajidIpoh49 Honda HRV 1.8 L
3Razuwati Binti MuhamadGua Musang35 Pakej dekorasi rumah IKEA
4Kh’ng Seng LeongTanjung Malim37 Pakej dekorasi rumah IKEA
5Mohd Sunip Bin Haji Abd RahimSungai Besar64 Pakej Umrah
6Wai Choi PingTemerloh36 Pakej Percutian
7Muhammad Nazmi Bin KandarMuar34 Komputer Mircrosoft Surface Pro
 
Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini merupakan salah satu inisiatif Bank untuk meningkatkan deposit kos rendah Bank menerusi produk AgroPrimaS di samping mempromosikan produk berasaskan fi lain seperti produk perlindungan Takaful Kasih Plus yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM10 dengan manfaat perlindungan bernilai RM10,000 (1 tahun). 
 
Untuk makluman, sambutan hari raya kali ini adalah bermakna kerana Agrobank turut meraikan ulang tahun ke-50nya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan misi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia, Agrobank teruk melangkah kehadapan dan terlibat secara aktif dalam membantu membangunkan sektor pertanian negara dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah.

 “Sepanjang 50 tahun penubuhan Bank, Agrobank komited dalam usaha membantu memperkukuhkan ekonomi negara melalui sokongan dan penyediaan kredit yang menyeluruh untuk komuniti pertanian. Kami akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.  Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dimandatkan untuk memakmurkan sektor pertanian, kami sememangnya amat berbangga melihat pencapaian dan  kejayaan agropreneur sepanjang 50 tahun penubuhan Agrobank dan diharap usaha memajukan sektor pertanian ini akan terus berjaya,” tambah Syed Alwi.
 
Turut berlangsung di majlis ini juga adalah penyampaian sumbangan zakat daripada Agrobank berjumlah RM104,500 kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim daripada lima (5) buah pertubuhan.
 
Majlis berlangsung bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfiti Agrobank 2019 yang diserikan oleh sekurang-kurangnya 1,200 orang tetamu daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Bank Negara, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak berkepentingan Bank, para pelanggan dan rakan media. 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.  

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

Sumber: Agrobank

Friday, June 21, 2019

PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN PERSENDIRIAN HYTERA UNTUK SEBUAH DUNIA YANG LEBIH SELAMAT

Pemimpin global mempamerkan Penyelesaian Pertumpuan PMR pada CCW 2019

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera, penyedia terkemuka dunia bagi penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian, mempamerkan pelbagai penyelesaian komunikasi tumpuan pintar dari 18 hingga 20 Jun di Dunia Komunikasi Kritikal 2019 (CCW 2019) di Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada pemahaman sepenuhnya mengenai cabaran komunikasi merentasi pelbagai industri dan memahami secara menyeluruh keperluan pelanggan yang kompleks, Hytera telah membuat kemajuan yang luar biasa di dalam pembangunan komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian. Pada pameran itu, Hytera membentangkan Penyelesaian PMR Inovatif dan Pertumpuan. Satu siri penuh bagi produk berasaskan jalur sempit telah dipamerkan, termasuk produk generasi akan datang DMR dan radio mudah alih baharu TETRA. Penyelesaian jalur lebar-jalur sempit merupakan satu lagi acara kemuncak pada pameran itu. Ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang lebih tinggi untuk aplikasi data besar, dan komunikasi kecemasan dan disatukan dan pada masa yang sama memastikan perkhidmatan suara misi kritikal kekal dapat diakses dengan pasti. Radio termaju berbilang mod yang canggih itu, yang terdiri daripada siri PDC dan siri PTC, ditunjukkan bagaimana untuk digunakan pada senario di mana ia berhijrah dari rangkaian jalur sempit kepada jalur lebar. Ketika pelbagai industri telah meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan data jalur lebar, dan arahan dan penghantaran multimedia, Hytera mempamerkan Penyelesaian Jalur Lebar mereka dengan satu suite penyelesaian LTE yang lengkap, termasuk penyelesaian P-LTE, V-LTE dan MCS (Misi Kritikal Perkhidmatan), untuk memenuhi secara komprehensif keperluan pelanggan dalam pelbagai industri dan memacukan untuk kemas kini bagi rangkaian komunikasi. Komponen utama, aplikasi Hytera PMR-IoT (Internet Benda) juga ditunjukkan, seperti pemantauan tepat masa, penghantaran panggilan suara, dan penyatuan dengan CCTV. PMR-IoT boleh menyediakan perkhidmatan pengumpulan data berdasarkan kepada keselamatan tinggi, kebolehpercayaan dan penghantaran tepat masa bagi rangkaian profesional.

Di bawah tajuk MEMIMPIN UNTUK MASA HADAPAN, Hytera menunjukkan penyelesaian komunikasi tumpuan pintar menerusi aplikasi yang matang dan jelas di dalam sektor keselamatan awam, tenaga, pengangkutan, kecemasan dan operator, yang memberi tumpuan kepada membolehkan pelanggan dengan perlindungan rangkaian yang boleh dipercayai, meningkatkan perhubungan dan analisis data dalam persekitaran kompleks di tempat mereka bekerja, dan membantu pelanggan menghubungkan data dengan penumpuan dan mewujudkan keselamatan dengan kebijaksanaan.

Penyelesaian keselamatan awam termasuk Perintah dan Kawal Bersepadu (ICC), penghantaran AR, kenderaan polis pintar, dan produk tindak balas kecemasan untuk membantu pelanggan mencapai kesedaran keadaan yang lebih komprehensif, tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan penguntukan sumber yang lebih tepat.

Penyelesaian komunikasi pengangkutan turnkey mereka termasuk infrastruktur sistem TETRA+LTE, sistem ICC dan peralatan dipasang di kereta api yang disesuaikan untuk membantu pelanggan mempunyai pengangkutan bandar yang “selamat, teratur dan efisien.”

Hytera juga memaparkan penyelesaian mereka yang boleh dipercayai dan cekap bagi sektor tenaga, termasuk sistem DMR&TETRA, terminal yang kalis letupan, sistem SCADA dan penyelesaian LTE. Pengguna akhir dari sektor minyak & gas, elektrik dan perlombongan boleh menikmati perkhidmatan suara, imej, video dan IoT untuk mencapai kecekapan dan keselamatan tanpa kompromi.

Pada tahun ini, Hytera mempamerkan penyelesaian Hytalk mereka dan radio PoC yang menyasarkan kepada pengendali rangkaian awam. Mereka didayakan dengan lebih banyak model keuntungan memandangkan mereka boleh menyediakan lebih banyak perkhidmatan aplikasi seperti pengurusan hierarki sistem dan penjadualan yang fleksibel ke atas pelbagai rangkaian untuk pengguna menegak.

Di samping itu, Hytera berkongsi pengalaman mereka yang berjaya dengan pelawat bagi membolehkan mereka memahami sepenuhnya bagaimana Hytera menyelesaikan masalah komunikasi profesional merentasi pelbagai teknologi dan piawaian.

Di CCW, Hytera menunjukkan transformasi mereka yang lengkap dari sebuah pembekal produk komunikasi kepada sebuah pembekal penyelesaian bersepadu profesional dan mendapat satu penemuan industri dalam masa baharu bagi komunikasi tanpa wayar. Industri komunikasi tanpa wayar telah berubah dengan dramatik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sementara Hytera telah dan akan komited kepada penyelidikan dan pembangunan bebas untuk memimpin masa hadapan, dan menjadikan teknologi terkemuka menjadi penyelesaian komunikasi pertemuan dengan kecemerlangan pengurusan dan operasi bagi mewujudkan nilai pelanggan yang lebih besar.

Maklumat mengenai Hytera

Diwujudkan pada tahun 1993, Hytera didedikasikan untuk menyediakan penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian yang disesuaikan dan lengkap untuk kerajaan dan keselamatan awam, utiliti, pengangkutan, perusahaan & perniagaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi dan menjadikan dunia lebih selamat. Pada tahun 2017, Sepura Group PLC (di United Kingdom) dan anak syarikatnya Teltronic S.A.U. (di Sepanyol) menjadi sebahagian daripada Hytera pada Mei, dan Norsat International Inc. (di Kanada) dan Bahagian Sinclair mereka menjadi sebahagian daripada Hytera pada Julai.

Hubungi

Jean Shen
Hytera Communications Corporation Limited
+86 755 26972999
jean.shen@hytera.com

Sumber : Hytera Communications Corporation Limited

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12254

Thursday, June 20, 2019

PERKHIDMATAN "GAYA PENGURUS RUMAH MENJIMATKAN MASA DAN LANGKAH UNTUK PERUSAHAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI NANNING KEBANGSAAN

NANNING, China, 20 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Untuk mengoptimum dan memudahkan kelulusan bagi pembinaan projek perindustrian, agar dapat berkhidmat secara tepat dan berkesan kepada perusahaan, dan untuk terus merangsangkan vitaliti pasaran dan kreativiti sosial, sejak April tahun ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah melaksanakan satu sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” untuk kelulusan projek. Di bawah pengaruh sistem perkhidmatan "gaya pengurus rumah” itu, jumlah keseluruhan bagi permohonan dokumen untuk projek kelulusan projek pembinaan di Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah dikurangkan dari 34 yang dikehendaki oleh bandar raya Nanning kepada 31. Pemprosesan dioptimumkan dari 13 langkah yang diperlukan oleh bandar raya Nanning kepada 10 langkah. Sejak awal tahun ini, Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah menerima sejumlah 146 permohonan kelulusan untuk projek-projek kejuruteraan, dengan kadar penyiapan sebanyak 100%, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan.

Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan menyediakan “Pengurus Rumah Am” dan “Butler Profesional” untuk kesemua projek perindustrian dan membimbing perusahaan untuk memendekkan masa bagi kelulusan untuk projek pembinaan. Melalui model pengurusan “penerimaan sehenti, latihan sehenti, bimbingan sehenti, pemprosesan sehenti”, ia menyediakan perkhidmatan kerajaan untuk kelulusan projek perusahaan dengan “penerimaan tidak bersyarat untuk semakan, penyelarasan tanpa had, susulan keseluruhan proses, dan komunikasi lancar”.

Pada 14 Mei, He Jinxing, ketua bagi Projek Nanning untuk Guangxi Liuzhou Pharmaceutical Co., Ltd., datang ke Pusat Perkhidmatan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan untuk pendaftaran bagi fasa kedua projek itu. Ia mengambil masa hanya tiga minit dari penyerahan bahan-bahan kepada kelulusan dengan cop setem.

“Dalam pemprosesan untuk fasa pertama bagi projek itu pada tahun 2013, syarikat kami telah mengupah empat orang untuk pergi ke jabatan berlainan untuk memohon bagi pelbagai permit. Ia mengambil masa setengah tahun hanya untuk mendapatkan satu permit pembinaan projek,” kata He Jinxing. “Sekarang kelulusan itu sentiasa diselaraskan. Kami hanya perlu menyediakan bahan-bahan mengikut senarai keperluan, mengemukakan bahan-bahan pembinaan kepada ‘pengurus rumah’ yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi, dan mempunyai satu kaunter di tapak pemprosesan. ‘Pengurus rumah’ itu juga menyediakan perkhidmatan satu-dengan-satu daripada kelulusan projek kepada penerimaan penyiapan, sekali gus menyelamatkan kami dengan begitu banyak masa.”

Seorang pekerja dari Nanning Yanxiang Equipment Technology Co., Ltd. berkata bahawa di bawah bimbingan “pengurus rumah” itu, penerimaan penyiapan projek syarikat  itu dipendekkan lagi dari tiga hari bekerja kepada satu hari.

“Semua jabatan dan pejabat yang berkaitan telah disambung dengan lancar dan bersedia terlebih dahulu, supaya perusahaan dapat merasakan perkhidmatan pada sepanjang masa, dan mempunyai suatu pengalaman kepuasan proses yang sepenuhnya.” Menurut Nong Shiying, timbalan pengarah bagi Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan,  kajian lukisan dan pemfailan pembinaan dipendekkan dari tiga hari bekerja yang diperlukan oleh Bandar raya Nanning City kepada dua hari bekerja, pelepasan permit pembinaan dikurangkan dari lima hari bekerja kepada tiga hari bekerja, dan jumlah masa untuk kelulusan pembinaan projek dikurangkan dari 47 hari bekerja kepada 42 hari bekerja. Oleh itu ia sangat mempercepatkan penyelesaian dan pengeluaran perusahaan di kawasan tersebut. Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan akan menyelaras dan mengoptimumkan seterusnya proses kelulusan dan memperluaskan sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” dari perusahaan perindustrian ke bidang lain.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan

--BERNAMA

SMALL GIANT GAMES MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN EPIK UNTUK FRANCAIS POPULAR EMPIRES & PUZZLES

Ciri-ciri Termasuk Kemas Kini Pelbagai Asas, Peningkatan Tahap Kubu dan sebuah Bangunan Baharu yang Diberi Nama Hunter’s Lodge


SAN FRANCISCO, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Small Giant Games (“Small Giant”), sebuah anak syarikat milik Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu pengembangan epik kepada francais popular mereka, Empires & Puzzles. Pengembangan itu, yang disokong oleh permintaan pemain, mempunyai kemas kini asas yang signifikan termasuk satu peningkatan ke atas paras maksimum kubu dari 20 kepada 21 serta versi lanjutan bagi lombong, ladang, unit penyimpanan dan rumah. Sebuah bangunan baharu, Hunter's Lodge, juga diperkenalkan, bagi membolehkan pemain untuk menghasilkan barang-barang perang yang baharu.

“Sejak pasukan Small Giant menyertai keluarga Zynga pada tahun lalu, kami telah begitu tertarik oleh kebijaksanaan mereka yang berterusan di dalam membuat inovasi dalam Empires & Puzzles, satu asas untuk portfolio kami bagi francais selama-lamanya,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Mencakupi pemain-pemain yang penuh ghairah, pengembangan ini menunjukkan komitmen pasukan itu dalam mewujudkan pengalaman yang paling menyeronokkan untuk komuniti Empires & Puzzles.”

Zynga telah memperolehi Small Giant yang berpusat di Helsinki pada Januari 2019. Small Giant membawa bersama mereka sebuah pasukan pembangunan yang berpengalaman dan satu lagi francais selama-lamanya kepada portfolio perkhidmatan langsung Zynga dengan Empires & Puzzles, yang menggabungkan pertarungan 3 perlawanan yang boleh diperolehi dengan unsur-unsur permainan yang lebih mendalam seperti koleksi wira, bangunan asas dan perikatan sosial.

Sejak membuat kemunculan buat pertama kali pada tahun 2017, Empires & Puzzles telah dimuat turun lebih daripada 34 juta kali dan telah mencapai kedudukan terlaris # 1 di 57 buah negara di Apple App Store dan 24 buah negara di Google Play. Tajuk hit itu juga telah menembusi 10 Teratas bagi carta Permainan Terlaris dalam gabungan 124 buah negara di Apple App Store dan Google Play.

Pengembangan terkini Empires & Puzzles terutama telah didorong oleh satu daripada pemaju mereka yang berbakat, Sofia Vanhanen. Pada usia 20 tahun, Vanhanen adalah di antara pemaju wanita muda yang bekerja di dalam industri permainan mudah alih. Sebagai seorang pemain yang sangat menggemari Empires & Puzzles, beliau menyertai Small Giant setelah menamatkan pengajian beliau di universiti dalam bidang sains komputer.

“Ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan untuk bekerja ke atas satu permainan yang anda sudah begitu ghairah mengenainya,” kata Vanhanen. “Saya dapat membawa perspektif saya sebagai seorang peminat untuk melaksanakan idea-idea baharu yang akan digemari oleh pemain kita. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang difikirkan oleh semua orang tentang kemas kini asas yang baharu itu.”

Nota Editor = Menyokong aset pegun dan video: 
https://app.box.com/s/wyywt4moif6gqj4v062gvogrysxfwc1i

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, perkembangan masa hadapan dan kemas kini kepada Empires & Puzzles. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi kata-kata seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu mencakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20190618005014/en

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Sarah Ross
sarah@zynga.com | (310) 924-1404

Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890

Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) / zynga@oneprstudio.com / (510) 893-3271

Sumber : Zynga