Tuesday, July 25, 2023

EKO-BANDAR RAYA TIANJIN CHINA-SINGAPURA MEMPERKENALKAN RANCANGAN MENGENAI PUNCAK KARBON DAN PENEUTRALAN

 TIANJIN, China, 25 Julai, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura di utara Perbandaran Tianjin di China telah mengeluarkan satu pelan tindakan mengenai puncak karbon dan peneutralan di dalam langkah terbaharu bagi projek dua hala itu untuk meningkatkan pembangunan hijau, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura.

Dengan satu tumpuan kepada empat bidang utama industri, pembinaan, tenaga dan pengangkutan, pelan tindakan itu bertujuan untuk membina sebuah zon demonstrasi perintis untuk peneutralan karbon, dan mewujudkan satu kumpulan pembawa demonstrasi karbon rendah dan sifar karbon serta projek mercu tanda pengurangan karbon dalam satu usaha untuk menyediakan model-model bagi seluruh negara dan juga dunia.

Menjelang tahun 2025, pelepasan karbon per kapita di eko-bandar raya itu akan jauh lebih rendah daripada paras purata bagi Tianjin. Menjelang tahun 2030, karbon dioksida bagi setiap unit KDNK serantau dan pelepasan karbon per kapita akan menjadi di antara yang paling rendah di China, menurut rancangan itu.

Taman sains itu di selatan eko-bandar raya berkenaan, taman maklumat di tengah dan taman perindustrian di utara akan membentuk pembawa utama bagi rantau itu untuk membina sebuah kluster perindustrian hijau dan rendah karbon yang memaparkan satu tumpuan masing-masing kepada inovasi, transformasi perindustrian dan pembuatan di bahagian yang berbeza.

Bahagian selatan bagi zon kerjasama China-Singapura dan kawasan Bandar Raya Baharu Linhai memberi tumpuan kepada membangunkan industri rendah karbon yang berasaskan kepada teknologi dan berorientasikan perkhidmatan seperti bioperubatan, perisian dan pelancongan kebudayaan. Kawasan tengah zon kerjasama itu akan menyerlahkan penyatuan perisian dan perkakasan untuk menyokong transformasi itu dan aplikasi bagi hasil penyelidikan saintifik.

Bahagian utara bagi zon kerjasama itu dan bahagian utara bagi Zon Pelancongan Binhai akan membangunkan industri pembuatan pepejal karbon rendah seperti pembuatan pintar, peranti perubatan dan kenderaan bersambung pintar. Kawasan pelabuhan perikanan pusat akan membina satu rantaian perindustrian hijau yang mengintegrasikan pergudangan, pemprosesan, perdagangan dan kewangan.

Sebagai zon demonstrasi pembangunan hijau negara yang pertama, eko-bandar raya itu menyokong penggunaan tenaga ultra rendah, penggunaan tenaga hampir sifar dan bangunan sifar tenaga, berusaha untuk membina bangunan-bangunan kediaman yang rendah karbon dan bangunan awam yang sifar karbon. Rantau itu akan mendorong bagi pelaksanaan piawaian penggunaan tenaga ultra rendah untuk kesemua bangunan kediaman baharu dan piawaian tenaga hampir sifar untuk bangunan awam baharu yang dilaburkan oleh kerajaan.

Selain itu, eko-bandar raya itu akan meningkatkan kecekapan operasi bagi rangkaian paip pemanas, mengurangkan penggunaan tenaga pemanasan bagi setiap unit kawasan, menyepadukan pembinaan bangunan dengan pembangunan fotovoltan dengan menyokong liputan lengkap bagi pemasangan kemudahan tenaga solar di bangunan-bangunan kediaman.

"Eko-bandar raya itu akan mempercepatkan pembangunan bagi tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan penyatuannya dengan pembinaan bandar, meneroka pembangunan dan penggunaan tenaga bersih yang pelbagai, dan meningkatkan perkadaran bagi penggunaan elektrik hijau, dan menggunakan sepenuhnya bumbung-bumbung bangunan baharu dan bangunan sedia ada untuk pemasangan fotovoltan teragih," menurut seorang pegawai biro persekitaran ekologi eko-bandar raya itu.

Pelan itu juga merumuskan tugas khusus mengenai sistem perjalanan pintar hijau, seperti membina satu sistem perjalanan perlahan yang sesuai dan selesa, meletakkan lorong pejalan kaki yang berkualiti tinggi, dan menyokong pembangunan hijau dan karbon rendah melalui keseluruhan proses perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan infrastruktur pengangkutan.

Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura adalah satu projek kerjasama utama di antara kedua-dua buah negara. Ia merupakan eko-bandar raya yang pertama di dunia yang dibangunkan bersama di antara negara-negara dan berusaha untuk menangani perubahan iklim global, mengukuhkan perlindungan alam sekitar, menjimatkan sumber dan tenaga, serta menyediakan sebuah model untuk pembangunan bandar yang mapan. Ia mula dibina pada 28 September, 2008.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura

--BERNAMA

Saturday, July 22, 2023

ALLIANZ EXPERIENCE 10 KEMBALI DENGAN JEMPUTAN EKSKLUSIF UNTUK KONSERT FAIZAL TAHIR

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) merupakan penyampai rasmi konsert "Aku Faizal Tahir" yang menampilkan penyanyi lelaki popular Faizal Tahir pada hari Sabtu, 2 September 2023 di Pusat Perdagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dengan jemputan eksklusif untuk pelanggan Allianz Malaysia.


Di peringkat global, Allianz mempunyai hubungan yang baik dengan muzik dan penghibur datang dari pelbagai dekad. Di peringkat tempatan, Allianz Malaysia berusaha memberi sokongan kepada artis tempatan untuk membawakan persembahan mereka ke pentas secara langsung di hadapan peminat mereka. Kempen Allianz Experience 10 melalui portal MyAllianz, memberi peluang kepada pelanggan Allianz Malaysia untuk menerima sepasang jemputan eksklusif ke konsert solo pertama Faizal Tahir.

Di samping itu, pelanggan yang membeli atau memperbaharui insurans Allianz Motorcycle, Allianz Motorcycle Plus atau PerlindunganKu Allianz4All bermula 15 Jun hingga 15 Ogos 2023 akan secara automatik berpeluang untuk memenangi sepasang jemputan eksklusif ke konsert Faizal Tahir. Pelanggan yang menerima jemputan akan menyaksikan persembahan ini di zon eksklusif Allianz Rocks.

Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pendapatan hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng, yang terpakai untuk pemegang polisi Komprehensif dan Pihak Ketiga, manakala, Pemegang polisi Komprehensif juga akan menikmati perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi peril khas seperti banjir dan bantuan tepi jalan sehingga 50km untuk dua hala. Ia direka khas untuk motosikal berkapasiti 250cc dan ke bawah bagi memastikan penunggang mendapat perlindungan dengan kadar yang mampu milik. Produk ini mempunyai faedah tambahan daripada produk insurans motosikal standard.

PerlindunganKu Allianz4All, sebaliknya, adalah pelan insurans mampu milik yang direka dengan Nilai-Nilai Sejagat yang selari dengan Prinsip Kewangan Islam bagi memenuhi keperluan semua segmen masyarakat. Bagi Pelan 1 dengan premium sejumlah RM53 atau Pelan 2 dengan premium sejumlah RM79.50, pelanggan akan menerima perlindungan kemalangan diri sebanyak RM30,000 dan RM50,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, dan pendapatan harian hospital sebanyak RM50 dan RM100 sehingga 30 hari di Hospital Kerajaan sekiranya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Terdapat juga pembayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan Pelan 2.

Penglibatan Faizal Tahir secara aktif dalam industri muzik di Malaysia adalah lebih daripada 17 tahun. Ini akan menjadi konsert solo pertama beliau dalam kerjaya. Beliau mendapat kemasyhuran selepas menjadi naib juara di dalam musim pertama One in a Million pada tahun 2006. Selepas itu, beliau melancarkan kerjaya solo dan menjadi penerima pelbagai anugerah muzik seperti Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik. Beliau terkenal dengan lagu-lagu hit seperti "Santai", "Gemuruh" dan "Sampai Syurga" serta kerjasama popular dengan Jaclyn Victor, Siti Nurhaliza dan Joe Flizzow.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen, lawati https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/rocks-bm.html
Untuk mengakses portal pelanggan MyAllianz, layari https://hub.allianz.com.my/customer/

SUMBER : Allianz Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shamala Gopalan
Group Head
Corporate Communications Department
Allianz Malaysia Berhad
Tel: 016.285.0685
E-mel: shamala.gopalan@allianz.com.my

Nama: Gary Mark Nagan
Manager
Corporate Communications Department
Allianz Malaysia Berhad
Tel: 012.367.1450
E-mel: gary.nagan@allianz.com.my 

--BERNAMA

Friday, July 21, 2023

AI-MEDIA PERKENALKAN LEXI VIEWER: MEREVOLUSIKAN ACARA LANGSUNG DENGAN PENYELESAIAN KAPSYEN TERMAJU

BROOKLYN, N.Y., 21 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ai-Media, peneraju industri dalam penyelesaian kapsyen langsung, transkripsi dan terjemahan pacuan teknologi, sukacitanya memperkenalkan LEXI Viewer yang menggemparkan. Penyelesaian inovatif ini merevolusikan cara penganjur acara memikat penonton. Ucapkan selamat tinggal kepada kekangan pendekatan tradisional dan bersedia mengharungi era baharu penglibatan acara yang tiada tandingan.

Dalam landskap acara dinamik hari ini, mencipta pengalaman yang luar biasa untuk semua hadirin adalah sangat penting. LEXI Viewer menawarkan penyelesaian yang mesra pengguna dan kos efektif untuk meningkatkan keterangkuman, memenuhi jenis khalayak yang pelbagai. Dengan menyepadukan secara lancar dengan penyelesaian kapsyen automatik LEXI andalan kami, kami boleh menyampaikan kualiti kapsyen yang tiada tandingan. Pengguna boleh mengklik kapsyen mereka dengan mudah, mengawal sepenuhnya LEXI melalui skrin LCD panel hadapan atau alat kawalan jauh wayarles. Fungsi bijak ini memastikan pengalaman yang menawan dan dinamik untuk penganjur acara dan juga hadirin.

"Meningkatkan pengalaman acara langsung untuk semua individu adalah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi, dan sebagai perintis industri, kami dengan bangganya mempersembahkan LEXI Viewer sebagai penyelesaian yang menggemparkan," kata James Ward, Ketua Pegawai Jualan Ai-Media. "Dengan penambahan fungsi klik untuk kapsyen yang menarik, serta teknologi termaju dan penyelesaian kapsyen dipacu AI kami yang berkuasa, kami sedang merevolusikan keterangkuman dan meningkatkan penglibatan khalayak yang pelbagai.”

LEXI Viewer menawarkan pelbagai mod paparan yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya persembahan dan keperluan jenama, memastikan keterlihatan optimum kandungan pembentangan sambil menyampaikan kapsyen yang jelas.

· Mod Skrin Penuh: Kapsyen dipaparkan pada keseluruhan skrin, menawarkan kebolehaksesan maksimum kepada khalayak ramai. Pelbagai pilihan jarak baris dan saiz teks tersedia yang menampung pilihan individu.
· Mod Imej Latar Belakang: Pengguna boleh menindih empat baris kapsyen pada imej latar belakang tersuai, memberikan kebolehkonfigurasian lengkap penampilan kapsyen, termasuk fon, saiz teks, kedudukan dan warna. Ini membolehkan penganjur acara mengekalkan penjenamaan mereka sambil mengutamakan keterangkuman.
· Mod Penyahkod Kapsyen: Kapsyen boleh dipaparkan pada video input untuk meniru gelagat penyahkod kapsyen pengguna sambil menawarkan pilihan penyesuaian untuk warna fon dan teks.
· Mod Penskala: Pengguna boleh mengekalkan keterlihatan penuh kandungan pembentangan dengan mengecilkan video input sebanyak 20% dan memaparkan dua baris kapsyen di atas atau di bawah video.

Selain itu, penganjur acara boleh mempertingkatkan keselamatan kapsyen dan mengekalkan kawalan yang lebih besar ke atas data mereka dengan menggandingkan LEXI Viewer dengan LEXI Local. Penyelesaian berkuasa ini menyediakan kapsyen automatik LEXI di premis, menyingkirkan kebimbangan berkaitan awan dan memastikan privasi data yang lengkap.

"Kami memahami kepentingan keselamatan dan privasi data, dan penyelesaian LEXI Local kami menangani kebimbangan ini, menyediakan kawalan yang dipertingkatkan ke atas data berharga kepada penganjur acara," kata James Ward. "Dengan LEXI Viewer dan LEXI Local, kami menawarkan penyelesaian kebolehaksesan komprehensif yang melampaui jangkaan."

Untuk meneroka masa depan acara langsung, hubungi sales@ai-media.tv untuk pertanyaan atau meminta demonstrasi yang diperibadikan.

Perihal Ai-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, syarikat teknologi Ai-Media ialah peneraju global dalam penyelesaian kapsyen, transkripsi dan terjemahan secara langsung dan dirakam. Syarikat itu membantu bukan sahaja penyiar, perusahaan dan agensi kerajaan terkemuka dalam dunia dalam memastikan ketepatan tinggi, kapsyen selamat dan kos efektif melalui penyelesaian kapsyen automatik LEXI yang dikuasakan AI. Kapsyen LEXI dihantar kepada berjuta-juta skrin di seluruh dunia melalui rangkaian pengekod kapsyen Ai-Media dan Rangkaian Awan iCap – rangkaian penghantaran kapsyen terbesar dan paling selamat di dunia. Di seluruh dunia, Ai-Media menyampaikan lebih 8 juta minit siaran langsung dan media rakaman setiap bulan. Ai-Media didagangkan di Bursa Saham Australia (ASX:AIM). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati Ai-Media.tv.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/20164b1d-0f94-44ce-aaf0-1fe660c0f955

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4286c0c3-ebed-473f-b3f3-07cab65e4bcc

Maklumat Hubungan Media:
Fiona Habben
Pengurus Pemasaran Kanan - Global
Fiona.habben@ai-media.tv
+61 411 727 592

Sumber: Ai-Media Technologies LLC

--BERNAMA

Monday, July 17, 2023

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR


Seramai 65 pelajar tahun akhir kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam berkongsi idea inovasi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi seiring dengan inisiatif memperkasa minda produktif.

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini memberi perhatian dalam pembangunan modul baharu berkaitan produktiviti yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pengarah MPC, Puan Saliza Saari berkata, transformasi minda ini dijalankan secara holistik dan ia perlu bermula awal di peringkat institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi dan industri.

“MPC percaya peranan membudayakan peningkatan produktiviti perlu dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minda produktif secara meluas.  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menekankan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi”, katanya.

Menurut beliau modul baharu itu merupakan kolaborasi antara MPC & School of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan chapter berkaitan dengan produktiviti telah dimasukkan sebagai salah satu modul pembelajaran bagi pelajar semester akhir di fakulti Mechanical Engineering.

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

Saturday, July 15, 2023

MIR4 WEMADE MENGADAKAN ACARA "PESTA POPSIKEL SEJUK SUMACHEON (SUMACHEON'S COOL POPSICLE FESTIVAL)"!

 

Wemade mengumumkan Pesta Popsikel Sejuk Sumacheon (Sumacheon’s Cool Popsicle Festival) MIR 4 pada 11 Julai (Grafik: Wemade) 

· Menawarkan pelbagai acara termasuk Daftar Masuk 14 Hari Pertumbuhan Musim Panas (Summer’s Growth 14-Day Check-in), Kedai Popsikel Sejuk Sumacheon (Sumacheon’s Cool Popsicle Shop) dan Kedai Syiling Purba (Ancient Coin Shop)
· Penambahan “Pasaran Bersatu (Unified Market)” di tempat item dalam semua pelayan, serta wilayah yang sama boleh didagangkan
· Melancarkan “Lembah Naga Hitam (Black Dragon Valley),” yang boleh dimasuki melalui Pelayan Penguasaan (Domination Server), dengan bos lapangan baharu “Pencarik Nyawa Naga Hitam (Black Dragon Soul Ripper)” 

SEOUL, Korea Selatan, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MMORPG MIR4 blokbuster Wemade mengadakan acara musim panas  "Pesta Popsikel Sejuk Sumacheon (Sumacheon’s Cool Popsicle Festival)" bermula dari 11 Julai.

Pertama, acara “Daftar Masuk 14 Hari Pertumbuhan Musim Panas (Summer’s Growth 14-Day Check-in)” akan diadakan hingga 7 Ogos. Pengguna akan diberikan pelbagai item seperti “Kotak Popsikel Sejuk” yang mengandungi item termasuk “Posyen Kepersisan Legenda (Legendary Precision Potion),” kostum “Papan Luncur Gelombang Bergelora (Rough Waves Surfboard)” dan “Tiket Penyeruan Bahan Naga (Dragon Material Summon Ticket),” bergantung pada hari kehadiran.

Dan “Kedai Tukaran Popsikel Sejuk Sumacheon (Sumacheon’s Cool Popsicle Exchange Shop)” akan dibuka hingga 31 Julai. Pengguna akan dapat membawa item “Popsikel Sejuk (Cool Popsicle)” yang diperoleh daripada raksasa memburu ke “Sumacheon Sejuk (Cool Sumacheon)” NPC yang terletak di setiap bandar utama untuk ditukarkan dengan item pelbagai seperti “Sfera Naga Epik (Epic Dragon Sphere)” dan “Peti Harapan Tersayang Epik (Epic Dearest Wish Chest)” yang mengandungi “Batu Peningkatan Naga Kudus Epik (Epic Divine Dragon’s Enhancement Stone).”

Selain itu, “Acara Kedai Syiling Purba (Event Ancient Coin Shop)” akan dibuka hingga 25 Julai. Syiling purba yang diperoleh daripada kandungan Portal dan Serbuan (Raid) boleh digunakan untuk membeli item seperti “Patung Naga Biru Legenda (Legendary Blue Dragon Statue),” “Tiket Penyeruan Batu Roh Legenda (Legendary Spirit Stone Summon Ticket)” dan “Tiket Penyeruan Buku Besar Kemahiran (Skill Tome Summon Tickets).”

MIR4 menambah Pasaran Bersatu (Unified Market) tepat pada masanya untuk kemas kini Penyatuan Besar (Grand Unification). Pasaran Bersatu ialah pasaran raksasa untuk item dalam semua pelayan, serta wilayah yang sama. Pengguna boleh berdagang item dengan mudah di sini. Penambahan ini akan menyelesaikan ketidakseimbangan sumber dengan menyatukan ekonomi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17286

Friday, July 14, 2023

INDUSTRI-UNIVERSITI-PENYELIDIKAN-PERUBATAN CHINA BERSINAR DI PUNCAK DUNIA: SIDANG KEMUNCAK KESIHATAN KULIT ANTARABANGSA BOTANEE 2023 DITUTUP




SINGAPURA, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 "Pada tahun 2015, kami membuat penampilan pertama kami di WCD Vancouver dengan jenama utama WINONA. Selepas lapan tahun, kini WINONA telah menjadi jenama utama produk penjagaan kulit berfungsi di China. Oleh kerana kami dijemput untuk menyertai WCD sebanyak tiga kali pada tahun ini, kami membawa empat jenama teras. Saya berharap selepas empat tahun, perkara ini akan membawa impak baharu kepada WCD dari segi akademik, teknikal, klinikal dan sosial. “ kata Guo Zhenyu, pengerusi dan presiden BOTANEE Group.

Semasa Persidangan Dermatologi Dunia WCD di Singapura, BOTANEE Group mengadakan Sidang Kemuncak Kesihatan Kulit Antarabangsa 2023 secara serentak, dengan membawa empat jenama teras iaitu WINONA, WINONA Baby, AOXMED dan Beforteen ke pentas dunia buat pertama kali, menunjukkan kekuatan profesional perusahaan dermatologi terkemuka di China.

Profesor He Li, Dekan Eksekutif Hospital Dermatologi dari Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Kunming, berkongsi pengalaman di sidang kemuncak tersebut. Beliau berkata bahawa produk pemutihan dan penghilang jeragat empat dalam satu dengan pembaikan penghalang kulit, antikeradangan, pengurangan pengeluaran pigmen dan penambahbaikan peredaran mikro jelas boleh membaiki kesan kuratif apabila digunakan di luar dalam tempoh chloasma (topeng kehamilan) yang aktif dan stabil.

Menurut epidemiologi sedia ada, kadar penyebaran dermatitis atopik dalam kanak-kanak berumur 1-7 tahun di China ialah 12.94% dan kadar penyebaran dermatitis atopik (AD) dalam bayi berumur 1-12 bulan ialah 30.48%. Profesor Ma Lin, pengarah jabatan dermatologi Hospital Kanak-kanak Beijing yang bergabung dengan Universiti Perubatan Capital, menyatakan bahawa WINONA Baby Cream boleh digunakan sebagai emolien rutin untuk melindungi AD kanak-kanak dalam keredaan, yang boleh mengurangkan risiko berulang AD kanak-kanak dengan ketara dalam mengekalkan kesan terapeutik.

Dengan pengulangan keberkesanan pasaran penjagaan kulit dan permintaan pengguna yang berterusan, BOTANEE juga komited mempromosikan pembinaan jenama. Dalam hal tersebut, AOXMED ialah jenama penyelidikan dan pembangunan BOTANEE yang bijak selama lebih daripada sepuluh tahun. Jenama tersebut menegaskan penerokaan teknologi termaju dan sains berasaskan bukti untuk dua senario penggunaan kecantikan perubatan dan kehidupan harian yang utama, serta menyediakan penyelesaian peremajaan kulit yang menghubungkan kecantikan perubatan dan kecantikan di rumah secara bersiri.

Pada akhir forum itu, pakar membincangkan cara membuat diagnosis jerawat doktor peringkat tinggi sehingga peringkat akar umbi. Dalam hal ini, Beforteen telah memberikan penyelesaian. Sebagai jenama jerawat serba baharu yang dilancarkan oleh BOTANEE, Beforteen dan pasukan pakar telah menjalankan kajian kes ke atas lebih sejuta kes dan digabungkan dengan sesi perundingan AI, pasukan tersebut boleh memberikan kepada pengguna dengan "makanan+ubat+mekap” yang diperibadikan mengikut jenis jerawat yang berbeza.

Menurut laporan tahunan 2022 BOTANEE, syarikat itu melabur kira-kira 255 juta yuan dalam perbelanjaan R&D, meningkat sebanyak 124.96% tahun ke tahun dan kadar R&D mencapai 5.08%. Pada tahun ini, kilang pusat baharu BOTANEE, yang menelan belanja hampir 500 juta yuan, juga telah beroperasi secara rasmi, terus mengiringi kualiti produk jenama dan pembangunan mampan syarikat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17287

Thursday, July 13, 2023

PESTA CERITA & PERMAINAN RAKYAT UNTUK KANAK-KANAK PERINGKAT ANTARABANGSA YILAN 2023 - "PERMAINAN DALAM METASEMESTA, KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK ANDA (GAMING IN THE METAVERSE, REDISCOVER YOUR INNER CHILD)"




YILAN, Taiwan, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Musim panas ini menandakan ulang tahun yang ke-28 Pesta Cerita & Permainan Rakyat untuk Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa Yilan (YICFFF). Diadakan buat kali ke-22 pada tahun ini, Pesta tersebut dibuka pada 1 Julai dan akan berlangsung hingga 13 Ogos di Taman Sungai Dong-Shan. Tema yang ditetapkan ialah mengenai "Permainan dalam Metasemesta, Kembali ke Zaman Kanak-kanak Anda (Gaming in the Metaverse, Rediscover Your Inner Child)” untuk menggabungkan teknologi, Pesta ini juga memperkenalkan elemen menarik lain seperti pengembaraan dan Metasemesta ke dalam empat paksi utama: Permainan, Pameran, Persembahan dan Pertukaran.

Perkara yang menarik lagi ialah, YICFFF 2023 telah menjemput 18 rombongan seni rakyat antarabangsa dari 13 negara, di samping artis tempatan di Yilan, pasukan yang cukup terkenal pada peringkat antarabangsa dan penghibur jalanan Taiwan yang luar biasa. Secara keseluruhannya, sejumlah 50+ pasukan akan beraksi di atas pentas dan membuat pertukaran antara satu sama lain. Pesta ini juga menawarkan kemudahan yang menarik dan mencabar. Sebagai contoh, pengunjung boleh menikmati "Pengembaraan Jatuh Dari Langit (Skydrop Adventure)" setinggi 270 meter meluncur tinggi di atas kolam, cuba rasakan "Gelongsor Langit Melambung Tinggi (Soaring Skyslide)" setinggi 14 meter yang mendebarkan iaitu turun ke darat dengan pantas, atau mencabar "Ayunan Buaian Melayang ke Langit (Skybound Swingtopia)" setinggi 4 tingkat dan banyak lagi kemudahan beraltitud tinggi yang menakjubkan. Dan di Balai Pameran Berbilang Semesta, terdapat pelbagai permainan berinteraktif VR/MR, yang membolehkan pengunjung bebas mengembara melalui berbilang semesta dan merasai permainan kanak-kanak berinovatif yang diaktifkan oleh teknologi canggih. Pengunjung juga akan berasa kagum dengan perarakan karnival "Parti Antara Bintang (Interstellar Party)", dengan perarakan terapung dalam bentuk kapal angkasa, anak patung UFO, pasukan dram, dan angkasawan dalam kostum LED untuk mempersembahkan pengertian teknologi dan suasana parti yang meriah di angkasa lepas.

Musim panas ini, Yilan menanti kunjungan anda... Sama ada anda orang dewasa atau kanak-kanak, anda pasti akan merasai tahap keseronokan maksimum sebaik sahaja anda memasuki Metasemesta YICFFF dan meneroka alam perintis permainan kanak-kanak!

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53451043/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17288

Wednesday, July 12, 2023

MEMUPUK KOMUNITI YANG BERBILANG: MERAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DI FOREST CITY

JOHOR, Malaysia, 11 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Forest City, projek hartanah yang dibangunkan oleh Country Garden, didedikasikan untuk mempromosikan komuniti yang bertenaga dan terangkum. Dua acara baru-baru ini, iaitu Shoreline Morning Run dan Kejohanan Golf Junior Piala Forest City, menunjukkan komitmen Forest City untuk meraikan kepelbagaian.

Shoreline Morning Run menghimpunkan penduduk dari pelbagai latar belakang budaya dengan semangat untuk kecergasan dan kesejahteraan yang dikongsi bersama. Acara itu telah menerima kehadiran yang ramai, menarik peserta dari pelbagai negara di sepanjang pantai yang indah. Di samping itu, Kejohanan Golf Junior Piala Forest City menjadi bukti komitmen Forest City terhadap kepelbagaian budaya. Kejohanan ini menawarkan platform bagi atlet muda untuk belajar antara satu sama lain, mempamerkan kemahiran mereka, dan merasai keseronokan sambil menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman bersama.

Forest City gah dengan dua padang golf bertaraf dunia dan telah disenaraikan di antara "100 Padang Golf Terbaik di Asia" secara konsisten selama empat tahun berturut-turut. Antaranya, Padang Golf Klasik direka bentuk dengan mahir oleh Encik Liang Guokun, seorang pakar reka bentuk padang golf Cina dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pengurusan reka bentuk padang golf dan taman. Sebaliknya, Padang Golf Legacy ialah padang 18 lubang peringkat kejohanan antarabangsa yang direka bentuk bersama oleh juara golf Jack Nicklaus dan anaknya Jack Nicklaus II. Padang-padang yang dirancang dengan teliti ini menawarkan kepada peminat golf fairway yang diletakkan secara strategik dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula, pengunjung boleh menikmati penginapan mewah yang disediakan oleh dua hotel bertaraf lima bintang iaitu Hotel Marina dan Hotel Golf. Kedua-dua hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai bilik dan kemudahan mewah, dikelilingi oleh kehijauan alam yang subur yang harmoni dengan persekitaran semula jadi. Pengunjung boleh menikmati kemudahan riadah di dalam hotel sambil mengalami juga pelbagai aktiviti luar yang menawan. Hotel-hotel ini berperanan sebagai tempat berlindung bagi penduduk dan juga pengunjung, meningkatkan lagi pengalaman hidup keseluruhan di Forest City.

Forest City secara proaktif memupuk komuniti yang berkembang maju, menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menawarkan pengalaman gaya hidup yang bertenaga dan mengasyikkan kepada penduduk dan pengunjung. Dengan pengayaan kedai perkhidmatan hayat, Forest City telah meningkatkan lagi kemudahan untuk membeli-belah dan hiburan, menyediakan persekitaran yang diperkaya dan menyeronokkan kepada khalayak ramai. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17282

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

Seramai 65 pelajar tahun akhir kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam berkongsi idea inovasi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi seiring dengan inisiatif memperkasa minda produktif.

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini memberi perhatian dalam pembangunan modul baharu berkaitan produktiviti yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pengarah MPC, Puan Saliza Saari berkata, transformasi minda ini dijalankan secara holistik dan ia perlu bermula awal di peringkat institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi dan industri.

“MPC percaya peranan membudayakan peningkatan produktiviti perlu dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minda produktif secara meluas.  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menekankan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi”, katanya.

Menurut beliau modul baharu itu merupakan kolaborasi antara MPC & School of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan chapter berkaitan dengan produktiviti telah dimasukkan sebagai salah satu modul pembelajaran bagi pelajar semester akhir di fakulti Mechanical Engineering.

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

Tuesday, July 11, 2023

PERSIDANGAN GLOBAL DI SYDNEY UNTUK MENANGANI CABARAN KESIHATAN MASYARAKAT YANG DIHADAPI OLEH DOKTOR-DOKTOR KELUARGA

SYDNEY, 10 Julai/Medianet - AsiaNet/ --
 
Rantau Asia Pasifik akan menjadi pusat perhatian umum di peringkat antarabangsa bagi perkhidmatan perubatan umum pada Oktober ini ketika satu persidangan global bagi pengamal am, doktor keluarga dan pengamal kesihatan utama bertemu di Sydney untuk menangani isu-isu kesihatan utama yang dihadapi oleh penjagaan utama.

Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023, yang bakal diadakan dari 26 hingga 29 Oktober 2023, dijadualkan menjadi satu daripada persidangan global yang terbesar bagi doktor-doktor keluarga.

WONCA 2023 dihoskan oleh Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP).

Dengan bertemakan, "Pemulihan, penyambungan semula dan kebangkitan semula. Satu sambutan bagi penjagaan utama," WONCA 2023 itu akan merangkumi lebih 800 pembentangan dan bengkel daripada lebih 700 pembentang tempatan dan antarabangsa dari seluruh dunia. Ia akan menampilkan lebih 50 aliran, yang meliputi pelbagai isu yang dihadapi oleh pengamal am termasuk kesihatan mental, kesihatan wanita, perubahan iklim, amalan luar bandar dan keadaan kronik.

Persidangan itu akan menampilkan pembentangan ucaptama daripada Profesor Michael Kidd AM, seorang daripada Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Kerajaan Australia, dan Dr Maria Neira, Pengarah bagi Jabatan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia, di antara beberapa pembentangan ucaptama yang lain, sesi-sesi bermaklumat, bengkel yang berinteraktif dan penerokaan ke dalam penyelidikan terkemuka dunia.

Profesor Mark Morgan, Pengerusi bagi Jawatankuasa Saintifik WONCA 2023, berkata bahawa program persidangan itu menawarkan gabungan penyelidikan dan aplikasi praktikal untuk menyokong pengamal am dan doktor keluarga.

"Amalan umum sentiasa berkembang berdasarkan kepada keperluan kesihatan yang berubah di dalam masyarakat. Isu-isu global seperti COVID-19, perubahan iklim dan bencana alam telah menyaksikan satu perubahan besar di dalam isu-isu kesihatan baru muncul yang terpaksa ditangani oleh doktor-doktor keluarga," kata Prof Morgan.

"Terdapat banyak perkara yang boleh kita pelajari di antara satu sama lain dan program WONCA 2023 itu akan menerokai isu-isu baru muncul ini dan menyediakan sebuah platform untuk menerokai masa depan bagi penjagaan utama yang berkualiti tinggi dan mapan."

Presiden RACGP, Dr Nicole Higgins, berkata penganjuran persidangan yang terkenal di peringkat antarabangsa itu adalah satu peluang untuk mempamerkan perkhidmatan perubatan umum Australia.

"Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023 akan menghimpunkan pengamal am, doktor keluarga dan pengamal kesihatan utama dari seluruh dunia, dan RACGP amat bangga untuk menyediakan sebuah platform untuk mempamerkan amalan terkemuka dunia yang berlaku di Australia," kata Dr Higgins.

"WONCA 2023 adalah satu peluang bagi pengamal am dan doktor keluarga di Australia dan di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan kemahiran mereka, memperoleh perspektif antarabangsa, dan terus membina amalan penjagaan kesihatan utama."


Profesor Adjung Karen Price, Pengerusi bagi Jawatankuasa Penganjur Tuan Rumah WONCA 2023, berkata bagi kebanyakan pengamal am dan doktor keluarga, WONCA 2023 akan menjadi peluang pertama yang mereka perolehi untuk berhubung semula dengan rakan sekerja mereka sejak pandemik COVID-19 bermula.

"WONCA Sydney 2023 akan menerokai sebuah program penyelidikan dan amalan terbaik yang luar biasa serta memberi peluang untuk berhubung semula dengan rakan sekerja tempatan dan antarabangsa. Program aktiviti itu pada persidangan berkenaan adalah tertumpu kepada membolehkan peserta untuk melibatkan diri dengan kandungan yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan mereka, dan rangkaian dengan rakan sekerja yang berkongsi minat yang sama."

"Persidangan itu akan juga memberi peluang kepada rakan sekerja di antara negeri dan antarabangsa kami untuk menerokai bandar raya Sydney yang indah itu, serta meneroka lebih jauh ke seluruh Australia."

Program rasmi untuk Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023 itu tersedia untuk prebiu di www.wonca2023.com.au dan pendaftaran awal kini dibuka.
 

<akhir>
 
APA: Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023

SIAPA: Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP)

BILA: 26-29 Oktober 2023

DI MANA: Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia.

TEMURAMAH: RACGP, WONCA, dan pembentang ucaptama tersedia untuk ditemuramah di atas permintaan.

HUBUNGI MEDIA: E-mel: media@racgp.org.au / +61 3 8699 0992
 
Maklumat mengenai RACGP
Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP) adalah suara bagi pengamal am (GP) di bandar raya kami yang sedang pesat berkembang dan di seluruh pedalaman dan terpencil Australia. Selama lebih daripada 60 tahun ia telah menyokong tulang belakang bagi sistem kesihatan Australia dengan menetapkan piawaian untuk pendidikan dan amalan serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik untuk semua warga Australia. Sila layari: www.racgp.org.au
 
Maklumat mengenai WONCA
WONCA ialah satu akronim yang terdiri daripada lima huruf awal bagi "Organisasi Dunia bagi Kolej Kebangsaan, Akademi dan Persatuan Akademik bagi Pengamal Am/Pakar Perubatan Keluarga." Nama pendek WONCA ialah Pertubuhan Doktor Keluarga Sedunia. Misi mereka adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dunia melalui mentakrifkan dan mempromosikan nilai-nilainya, termasuk menghormati hak asasi manusia sejagat dan termasuk kesaksamaan jantina, dan dengan memupuk standard penjagaan yang tinggi dalam amalan am/perubatan keluarga. Sila layari: www.globalfamilydoctor.com
 
SUMBER: Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP)  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17278

AMBIQ DORONG PERTUMBUHAN SEKTOR PEMANTAUAN PENJAGAAN KESIHATAN JARAK JAUH DENGAN PEMPROSES KUASA ULTRA RENDAH BAHARU

Sistem-pada-Cip (System-on-Chips,SoC) Apollo4 Lite dan Apollo4 Blue Lite Membantu Pertingkatkan Kefungsian Peranti Dan Hayat Bateri Untuk Percepatkan Penggunaan Pemantauan Jauh



Sorotan Penting Baharu:
  • SoC Apollo4 Lite dan Blue Lite baharu menawarkan keupayaan kaya ciri, memori yang dioptimumkan, prestasi grafik yang berkuasa, dan secureSPOT® untuk keselamatan yang teguh dalam penyelesaian ringan
  • Sesuai untuk aplikasi kesihatan digital, seperti stetoskop digital, pemantauan pesakit, dan pemantauan glukosa dan tekanan darah yang berterusan
  • Apollo4 Blue Lite menawarkan kesambungan Bluetooth® Tenaga Rendah untuk komunikasi kepada peranti pegang tangan, peralatan hos dan Awan


AUSTIN, Texas, 11 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ambiq®, peneraju teknologi dalam produk dan penyelesaian semikonduktor kuasa ultra rendah, memperkenalkan Apollo4 Lite dan Apollo4 Blue Lite SoC kepada portfolio SoC yang berkembang untuk peranti titik akhir IoT, terutamanya produk pemantauan jarak jauh sektor penjagaan kesihatan. Pengumuman ini berikutan pengeluaran Heart Kit™ Ambiq, model AI sumber terbuka yang dioptimumkan menggunakan rangkaian saraf berbilang kepala (MH-NN) untuk membolehkan pelbagai aplikasi pemantauan jantung masa nyata.

Barisan produk Apollo4 Lite dan Blue Lite ialah penyelesaian pemproses sistem generasi terkini yang dibina di atas platform Subthreshold Power-Optimized Technology (SPOT®) proprietari Ambiq, mendayakan ciri baharu sambil mengurangkan penggunaan kuasa sistem keseluruhan peranti untuk memanjangkan hayat baterinya. Kedua-dua SoC dibenamkan dengan teras Cortex-M4 kuasa ultra rendah yang boleh beroperasi sehingga pada 192 MHz dengan turboSPOT, subsistem audio, GPU, dan MRAM dan SRAM yang mencukupi. SoC tersebut juga serasi dengan pin dengan Apollo4 Plus dan Blue Plus¹ Ambiq, menyediakan pembangun dengan fleksibiliti optimum untuk inovasi.

“Pesakit hari ini lebih diberi kuasa untuk memantau dan menyokong kesihatan mereka sendiri, dan penyedia penjagaan kesihatan memerlukan lebih banyak analisis data untuk mempreskripsi rawatan holistik,” kata David Priscak, Naib Presiden Penyelesaian Teknikal di Ambiq. “Dengan grafik yang berani dan hayat bateri yang panjang, penjejakan kesihatan canggih kini lebih mampu milik dan boleh diakses hasil kepada tambahan baharu ini kepada keluarga Apollo4 SoC kami.”

“Pasaran pesakit terpencil global dari segi pendapatan dianggarkan bernilai $53.6 bilion pada tahun 2022 dan dijangka mencapai $175.2 bilion menjelang tahun 2027, berkembang pada CAGR sebanyak 26.7% dari tahun 2022 hingga 2027,” kata Cik Anu Dhiman – Penganalisis Penjagaan Kesihatan Utama – MarketsandMarkets Research Pvt. Ltd. “Faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan pasaran termasuk faedah pemantauan pesakit jarak jauh untuk mengurangkan beban sumber perubatan, faedah pemantauan telekesihatan dan perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh, kemajuan dalam telekomunikasi, seiring dengan peningkatan populasi geriatrik, dan keperluan yang semakin meningkat untuk memperluaskan akses penjagaan kesihatan.”

Apollo4 Lite dan Apollo4 Blue Lite direka bentuk untuk hayat bateri yang dilanjutkan, keselamatan lebih maju dan grafik yang berkuasa dalam faktor bentuk kecil, yang penting untuk penggunaan berterusan peranti ini. Kedua-duanya kini dalam proses pengeluaran besar-besaran, menyasarkan produk kesihatan digital, jam tangan pintar, jalur kecergasan, penjejak haiwan, alat kawalan jauh yang diaktifkan suara, penyelenggaraan industri dan peranti IoT rumah pintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut produk, layari www.ambiq.com/apollo4-lite dan www.ambiq.com/apollo4-blue-lite.

¹ – Apollo4 Lite serasi pin dengan Apollo4 Plus (AMAP42KP-KBR); Apollo4 Blue Lite serasi pin dengan Apollo4 Blue Plus (AMA4B2KP-KXR.)

Perihal Ambiq

Misi Ambiq adalah untuk membangunkan penyelesaian semikonduktor kuasa terendah untuk membolehkan peranti pintar di mana-mana sahaja dengan membangunkan penyelesaian semikonduktor kuasa terendah untuk memacu dunia yang lebih cekap tenaga, mampan dan dipacu data. Ambiq telah membantu pengeluar terkemuka di seluruh dunia membangunkan produk yang bertahan berminggu-minggu dengan sekali caj (bukannya berhari-hari) sambil menyampaikan set ciri maksimum dalam reka bentuk industri yang padat. Matlamat Ambiq adalah untuk menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam peranti mudah alih dan boleh pindah, menggunakan penyelesaian sistem kuasa ultra rendah pada cip (SoC) termaju Ambiq. Ambiq telah menghantar lebih daripada 200 juta unit setakat Mac 2023. Untuk maklumat lanjut, lawati www.ambiq.com.

Hubungi

Charlene Wan
Naib Presiden Penjenamaan, Pemasaran dan Perhubungan Pelabur
cwan@ambiq.com
+1.512.879.2850

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/620a2f10-acfe-4d54-b9c3-0983c58c06f6/ms 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fd179ebf-2f60-4195-8fca-b88c7b7a852c/ms  


SUMBER : Ambiq Micro

Thursday, July 6, 2023

AZTIQ DAN INNOBIC UMUMKAN HARGA JUALAN SEKUNDER SAHAM BIASA LOTUS OLEH AEMH

LONDON dan BANGKOK, Thailand, 4 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aztiq Pharma Partners (“Aztiq”), sebuah syarikat ekuiti swasta yang memfokus kepada sektor sains hayat, dan Innobic (Asia) Company Limited (“Innobic”), cabang sains hayat konglomerat minyak dan gas Thailand PTT Public Company Limited (“PTT”) (secara kolektif, "pemegang saham"), hari ini mengumumkan harga jualan sebanyak 25,095,850 saham Lotus Pharmaceuticals (1795:TT; “Lotus,” "syarikat"), sebuah syarikat farmaseutikal multinasional, pada harga NT$297 setiap saham. Perdagangan akan diselesaikan pada 5 Julai 2023, tertakluk kepada kepuasan prosedur penyelesaian adat. Jualan itu sedang dilaksanakan oleh Alvogen Emerging Market Holdings Limited (“AEMH”), yang akan terus memiliki 41% saham biasa Lotus selepas penutupan urus niaga. Pemegang saham, termasuk Lotus, yang dimiliki secara langsung oleh Innobic, akan terus memiliki kira-kira 47.7% daripada syarikat itu.

Robert Wessman, Pengasas Aztiq, mengulas: “Pengumuman hari ini merupakan langkah besar dalam evolusi Lotus yang bermula sebagai sebuah syarikat perniagaannya hampir sepenuhnya domestik. Hari ini, syarikat ini telah berkembang menjadi sebuah syarikat farmaseutikal global dengan portfolio produk yang luas dan capaian global yang menyentuh hampir setiap sudut dunia melalui perniagaan eksport syarikat atau melalui infrastruktur komersial Lotus sendiri yang merentasi seluruh Asia. Sebagai Pengerusi, saya berharap untuk terus bekerjasama dengan pasukan pengurusan Lotus yang terbukti telah membawa transformasi ke arah bekerjasama tentang strategi dan perkembangan perniagaan pada masa hadapan.” 

Tuesday, July 4, 2023

PESTA CERITA DAN PERMAINAN RAKYAT UNTUK KANAK-KANAK TAHUN 2023 YILAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SEMUA INDIVIDU DENGAN KEMUDAHAN INOVASI DAN KETERUJAAN!

Majistret Daerah Yilan, Puan Lin Tzu-Miao bersama pelajar Sekolah Rendah Lize di Yilan, merupakan antara yang pertama merasai kemudahan "Air semesta (Waterverse)" semasa YICFFF Tahun 2023 (Foto: Business Wire)

 YILAN, Taiwan, 4 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Cerita dan Permainan Rakyat untuk Kanak-kanak Tahun 2023 Yilan akan berlangsung dari 1 Julai hingga 13 Ogos di Taman Sungai Dong-Shan di Daerah Yilan, Taiwan. Bersama tema "Permainan dalam Metasemesta (Gaming in the Metaverse)" berinovatif pada tahun ini, bermacam-macam kemudahan permainan air dalam "Air semesta (Waterverse)" dibina untuk menghiburkan kanak-kanak dan orang dewasa. Apatah lagi, pengunjung juga boleh merasai kemudahan beraltitud tinggi yang menarik di Menara Langit Berbintang (Starry Sky Tower) yang ikonik. Seronok bukan? Sememangnya, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan kunjungan secara fizikal ke Pesta tersebut supaya anda sendiri boleh melihat suasana pesta itu!


Mercu tanda yang paling mempesonakan pada Pesta tahun ini sudah pasti "Ibu Pejabat Antara Bintang (Interstellar Headquarters)" yang terletak di bahagian tengah kolam. Berbentuk seperti menara roket raksasa, kemudahan menakutkan ini mempunyai lebar 45 meter dan tinggi 12 meter, merentangi tiga kolam utama. Semasa anda memasuki kapal angkasa, anda boleh melihat pemandangan seluruh Taman Dong-Shan dari atas dan merasai keseronokan bermain ski air berkelajuan tinggi sebagai angkasawan di dalam roket. Di hadapan menara roket, terdapat juga "Arena Air (Water Arena)", iaitu tempat tiang air muncul dengan mengikuti aliran muzik. Semua kemudahan ini membantu mewujudkan ruang yang menarik namun selesa dan selamat untuk semua pengunjung menikmati musim panas yang meriah. Di Menara Langit Berbintang (Starry Sky Tower) bersebelahan dengan kolam, pengunjung boleh menikmati keseronokan dengan "Pengembaraan Jatuh Dari Langit (Skydrop Adventure)" setinggi 270 meter meluncur tinggi di atas kolam, cuba rasakan "Gelongsor Langit Melambung Tinggi (Soaring Skyslide)" setinggi 14 meter yang mendebarkan iaitu turun ke darat dengan pantas, atau mencabar "Ayunan Buaian Melayang ke Langit (Skybound Swingtopia)" setinggi 4 tingkat dan banyak lagi kemudahan beraltitud tinggi yang menakjubkan.

Bersama kemudahan yang cukup menarik dan mencabar semasa Pesta diadakan pada tahun ini, Majistret Daerah Yilan, Puan Lin Tzu-Miao dengan tulus ikhlas menjemput pengunjung dari seluruh dunia ke acara terbesar ini untuk mencabar keupayaan masing-masing! Untuk butiran lanjut, sila semak laman web rasmi Pesta tersebut di https://www.yicfff.tw/ atau halaman peminat Facebook pesta itu di https://www.facebook.com/YICFFF.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53438751/en

Bahagian untuk Dihubungi
Individu hubungan: Cik Ivory Cheng
E-mel: ivory0923@gmail.com
 
Sumber: Kerajaan Daerah Yilan

--BERNAMA

Monday, July 3, 2023

CURIA MENANG ANUGERAH KEPIMPINAN NILAI PELANGGAN FROST & SULLIVAN 2023

 Curia diiktiraf kerana sediakan pengalaman pelanggan terbaik dalam kelasnya dalam industri CRDMO melalui pendekatan inovatif dan strategi pertumbuhannya


ALBANY, N.Y., 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curia, sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka, hari ini umumkan mereka telah dianugerahi Anugerah Kepimpinan Nilai Pelanggan Amalan Terbaik dalam industri CRDMO oleh Frost & Sullivan.

“Kami amat berbesar hati diiktiraf dengan anugerah ini, yang menggariskan kerja keras dan dedikasi semua kakitangan kami untuk memberikan kualiti dan keandalan semasa berkhidmat kepada pelanggan kami,” kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif, Curia. “Kami tetap teguh dalam tujuan murni kami untuk menambah baik kehidupan pesakit, misi yang bermula dengan komitmen kami untuk mencipta nilai untuk pelanggan kami.”

Frost & Sullivan menyatakan dalam laporannya bahawa penjenamaan semula syarikat ini daripada AMRI kepada Curia pada tahun 2021 meletakkan tumpuan pada sains sebagai pusat identiti jenamanya, menyerlahkan ikrar untuk membantu pelanggan maju “dari rasa ingin tahu kepada mengubati.” Curia telah berkembang dari semasa ke semasa untuk menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan daripada penemuan ubat melalui pembangunan kepada pembuatan bahan ubat dan produk ubat untuk syarikat farmaseutikal dan juga biologi. Anugerah itu mengiktiraf cara Curia mencari penyelesaian inovatif dengan menggunakan teknologi terkini untuk memindahkan produk dengan cekap daripada penemuan kepada pembangunan kepada skala komersial untuk mempercepatkan kelajuan ke pasaran untuk pelanggannya. Komitmen berterusan ini untuk memenuhi keperluan pasaran yang tidak dinyatakan dan menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung untuk pelanggan telah meletakkannya sebagai peneraju industri.

“Curia telah membina reputasinya dengan menawarkan pengalaman pemilikan dan perkhidmatan pelanggan terbaik dalam kelasnya. Syarikat ini meninjau pelanggan untuk mengukur kepuasan keseluruhan mereka dan memastikan ia mematuhi piawaian tertinggi,” ujar Unmesh Lal, pengarah, Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat, Frost & Sullivan.

Setiap tahun, Frost & Sullivan menggunakan penilaian yang teliti, mengukur kesan perniagaan dan pelanggan, untuk mengenal pasti syarikat yang sentiasa berinovasi demi memenuhi keperluan pelanggan mereka sambil menelusuri cabaran dan peluang baharu. Pemenang diiktiraf kerana menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul untuk keseluruhan harga, prestasi dan kualiti.

Perihal Curia
Curia, dahulunya AMRI, ialah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan daripada R&D melalui pembuatan komersial kepada pelanggan farmaseutikal dan biofarmaseutikal. Hampir 4,000 pekerja Curia di 29 lokasi di seluruh A.S., Eropah dan Asia membantu pelanggannya maju daripada rasa ingin tahu kepada mengubati. Ketahui lebih lanjut di CuriaGlobal.com.

Perihal Frost & Sullivan
Frost & Sullivan ialah Growth Pipeline Company™. Kami memperkasakan kepada pelanggan kami ke arah masa depan yang dibentuk oleh pertumbuhan. Growth Pipeline kami sebagai Service™ menyediakan CEO dan pasukan pertumbuhan CEO dengan platform peluang pertumbuhan yang berterusan dan teliti, memastikan kejayaan jangka panjang. Untuk mencapai hasil yang positif, pasukan kami memanfaatkan pengalaman selama lebih 60 tahun, melatih organisasi dari semua jenis dan saiz di 6 benua dengan amalan terbaik kami yang terbukti. Untuk memperkasakan masa depan Growth Pipeline anda. kunjungi Frost & Sullivan di http://www.frost.com.

Maklumat Hubungan Curia:
Viana Bhagan
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com

SUMBER: Curia Global, Inc.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17262