Tuesday, July 11, 2023

PERSIDANGAN GLOBAL DI SYDNEY UNTUK MENANGANI CABARAN KESIHATAN MASYARAKAT YANG DIHADAPI OLEH DOKTOR-DOKTOR KELUARGA

SYDNEY, 10 Julai/Medianet - AsiaNet/ --
 
Rantau Asia Pasifik akan menjadi pusat perhatian umum di peringkat antarabangsa bagi perkhidmatan perubatan umum pada Oktober ini ketika satu persidangan global bagi pengamal am, doktor keluarga dan pengamal kesihatan utama bertemu di Sydney untuk menangani isu-isu kesihatan utama yang dihadapi oleh penjagaan utama.

Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023, yang bakal diadakan dari 26 hingga 29 Oktober 2023, dijadualkan menjadi satu daripada persidangan global yang terbesar bagi doktor-doktor keluarga.

WONCA 2023 dihoskan oleh Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP).

Dengan bertemakan, "Pemulihan, penyambungan semula dan kebangkitan semula. Satu sambutan bagi penjagaan utama," WONCA 2023 itu akan merangkumi lebih 800 pembentangan dan bengkel daripada lebih 700 pembentang tempatan dan antarabangsa dari seluruh dunia. Ia akan menampilkan lebih 50 aliran, yang meliputi pelbagai isu yang dihadapi oleh pengamal am termasuk kesihatan mental, kesihatan wanita, perubahan iklim, amalan luar bandar dan keadaan kronik.

Persidangan itu akan menampilkan pembentangan ucaptama daripada Profesor Michael Kidd AM, seorang daripada Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Kerajaan Australia, dan Dr Maria Neira, Pengarah bagi Jabatan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia, di antara beberapa pembentangan ucaptama yang lain, sesi-sesi bermaklumat, bengkel yang berinteraktif dan penerokaan ke dalam penyelidikan terkemuka dunia.

Profesor Mark Morgan, Pengerusi bagi Jawatankuasa Saintifik WONCA 2023, berkata bahawa program persidangan itu menawarkan gabungan penyelidikan dan aplikasi praktikal untuk menyokong pengamal am dan doktor keluarga.

"Amalan umum sentiasa berkembang berdasarkan kepada keperluan kesihatan yang berubah di dalam masyarakat. Isu-isu global seperti COVID-19, perubahan iklim dan bencana alam telah menyaksikan satu perubahan besar di dalam isu-isu kesihatan baru muncul yang terpaksa ditangani oleh doktor-doktor keluarga," kata Prof Morgan.

"Terdapat banyak perkara yang boleh kita pelajari di antara satu sama lain dan program WONCA 2023 itu akan menerokai isu-isu baru muncul ini dan menyediakan sebuah platform untuk menerokai masa depan bagi penjagaan utama yang berkualiti tinggi dan mapan."

Presiden RACGP, Dr Nicole Higgins, berkata penganjuran persidangan yang terkenal di peringkat antarabangsa itu adalah satu peluang untuk mempamerkan perkhidmatan perubatan umum Australia.

"Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023 akan menghimpunkan pengamal am, doktor keluarga dan pengamal kesihatan utama dari seluruh dunia, dan RACGP amat bangga untuk menyediakan sebuah platform untuk mempamerkan amalan terkemuka dunia yang berlaku di Australia," kata Dr Higgins.

"WONCA 2023 adalah satu peluang bagi pengamal am dan doktor keluarga di Australia dan di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan kemahiran mereka, memperoleh perspektif antarabangsa, dan terus membina amalan penjagaan kesihatan utama."


Profesor Adjung Karen Price, Pengerusi bagi Jawatankuasa Penganjur Tuan Rumah WONCA 2023, berkata bagi kebanyakan pengamal am dan doktor keluarga, WONCA 2023 akan menjadi peluang pertama yang mereka perolehi untuk berhubung semula dengan rakan sekerja mereka sejak pandemik COVID-19 bermula.

"WONCA Sydney 2023 akan menerokai sebuah program penyelidikan dan amalan terbaik yang luar biasa serta memberi peluang untuk berhubung semula dengan rakan sekerja tempatan dan antarabangsa. Program aktiviti itu pada persidangan berkenaan adalah tertumpu kepada membolehkan peserta untuk melibatkan diri dengan kandungan yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan mereka, dan rangkaian dengan rakan sekerja yang berkongsi minat yang sama."

"Persidangan itu akan juga memberi peluang kepada rakan sekerja di antara negeri dan antarabangsa kami untuk menerokai bandar raya Sydney yang indah itu, serta meneroka lebih jauh ke seluruh Australia."

Program rasmi untuk Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023 itu tersedia untuk prebiu di www.wonca2023.com.au dan pendaftaran awal kini dibuka.
 

<akhir>
 
APA: Persidangan Dunia WONCA Sydney 2023

SIAPA: Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP)

BILA: 26-29 Oktober 2023

DI MANA: Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia.

TEMURAMAH: RACGP, WONCA, dan pembentang ucaptama tersedia untuk ditemuramah di atas permintaan.

HUBUNGI MEDIA: E-mel: media@racgp.org.au / +61 3 8699 0992
 
Maklumat mengenai RACGP
Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP) adalah suara bagi pengamal am (GP) di bandar raya kami yang sedang pesat berkembang dan di seluruh pedalaman dan terpencil Australia. Selama lebih daripada 60 tahun ia telah menyokong tulang belakang bagi sistem kesihatan Australia dengan menetapkan piawaian untuk pendidikan dan amalan serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik untuk semua warga Australia. Sila layari: www.racgp.org.au
 
Maklumat mengenai WONCA
WONCA ialah satu akronim yang terdiri daripada lima huruf awal bagi "Organisasi Dunia bagi Kolej Kebangsaan, Akademi dan Persatuan Akademik bagi Pengamal Am/Pakar Perubatan Keluarga." Nama pendek WONCA ialah Pertubuhan Doktor Keluarga Sedunia. Misi mereka adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dunia melalui mentakrifkan dan mempromosikan nilai-nilainya, termasuk menghormati hak asasi manusia sejagat dan termasuk kesaksamaan jantina, dan dengan memupuk standard penjagaan yang tinggi dalam amalan am/perubatan keluarga. Sila layari: www.globalfamilydoctor.com
 
SUMBER: Kolej Diraja Perubatan Am Australia (RACGP)  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17278

No comments:

Post a Comment