Tuesday, July 25, 2023

EKO-BANDAR RAYA TIANJIN CHINA-SINGAPURA MEMPERKENALKAN RANCANGAN MENGENAI PUNCAK KARBON DAN PENEUTRALAN

 TIANJIN, China, 25 Julai, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura di utara Perbandaran Tianjin di China telah mengeluarkan satu pelan tindakan mengenai puncak karbon dan peneutralan di dalam langkah terbaharu bagi projek dua hala itu untuk meningkatkan pembangunan hijau, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura.

Dengan satu tumpuan kepada empat bidang utama industri, pembinaan, tenaga dan pengangkutan, pelan tindakan itu bertujuan untuk membina sebuah zon demonstrasi perintis untuk peneutralan karbon, dan mewujudkan satu kumpulan pembawa demonstrasi karbon rendah dan sifar karbon serta projek mercu tanda pengurangan karbon dalam satu usaha untuk menyediakan model-model bagi seluruh negara dan juga dunia.

Menjelang tahun 2025, pelepasan karbon per kapita di eko-bandar raya itu akan jauh lebih rendah daripada paras purata bagi Tianjin. Menjelang tahun 2030, karbon dioksida bagi setiap unit KDNK serantau dan pelepasan karbon per kapita akan menjadi di antara yang paling rendah di China, menurut rancangan itu.

Taman sains itu di selatan eko-bandar raya berkenaan, taman maklumat di tengah dan taman perindustrian di utara akan membentuk pembawa utama bagi rantau itu untuk membina sebuah kluster perindustrian hijau dan rendah karbon yang memaparkan satu tumpuan masing-masing kepada inovasi, transformasi perindustrian dan pembuatan di bahagian yang berbeza.

Bahagian selatan bagi zon kerjasama China-Singapura dan kawasan Bandar Raya Baharu Linhai memberi tumpuan kepada membangunkan industri rendah karbon yang berasaskan kepada teknologi dan berorientasikan perkhidmatan seperti bioperubatan, perisian dan pelancongan kebudayaan. Kawasan tengah zon kerjasama itu akan menyerlahkan penyatuan perisian dan perkakasan untuk menyokong transformasi itu dan aplikasi bagi hasil penyelidikan saintifik.

Bahagian utara bagi zon kerjasama itu dan bahagian utara bagi Zon Pelancongan Binhai akan membangunkan industri pembuatan pepejal karbon rendah seperti pembuatan pintar, peranti perubatan dan kenderaan bersambung pintar. Kawasan pelabuhan perikanan pusat akan membina satu rantaian perindustrian hijau yang mengintegrasikan pergudangan, pemprosesan, perdagangan dan kewangan.

Sebagai zon demonstrasi pembangunan hijau negara yang pertama, eko-bandar raya itu menyokong penggunaan tenaga ultra rendah, penggunaan tenaga hampir sifar dan bangunan sifar tenaga, berusaha untuk membina bangunan-bangunan kediaman yang rendah karbon dan bangunan awam yang sifar karbon. Rantau itu akan mendorong bagi pelaksanaan piawaian penggunaan tenaga ultra rendah untuk kesemua bangunan kediaman baharu dan piawaian tenaga hampir sifar untuk bangunan awam baharu yang dilaburkan oleh kerajaan.

Selain itu, eko-bandar raya itu akan meningkatkan kecekapan operasi bagi rangkaian paip pemanas, mengurangkan penggunaan tenaga pemanasan bagi setiap unit kawasan, menyepadukan pembinaan bangunan dengan pembangunan fotovoltan dengan menyokong liputan lengkap bagi pemasangan kemudahan tenaga solar di bangunan-bangunan kediaman.

"Eko-bandar raya itu akan mempercepatkan pembangunan bagi tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan penyatuannya dengan pembinaan bandar, meneroka pembangunan dan penggunaan tenaga bersih yang pelbagai, dan meningkatkan perkadaran bagi penggunaan elektrik hijau, dan menggunakan sepenuhnya bumbung-bumbung bangunan baharu dan bangunan sedia ada untuk pemasangan fotovoltan teragih," menurut seorang pegawai biro persekitaran ekologi eko-bandar raya itu.

Pelan itu juga merumuskan tugas khusus mengenai sistem perjalanan pintar hijau, seperti membina satu sistem perjalanan perlahan yang sesuai dan selesa, meletakkan lorong pejalan kaki yang berkualiti tinggi, dan menyokong pembangunan hijau dan karbon rendah melalui keseluruhan proses perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan infrastruktur pengangkutan.

Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura adalah satu projek kerjasama utama di antara kedua-dua buah negara. Ia merupakan eko-bandar raya yang pertama di dunia yang dibangunkan bersama di antara negara-negara dan berusaha untuk menangani perubahan iklim global, mengukuhkan perlindungan alam sekitar, menjimatkan sumber dan tenaga, serta menyediakan sebuah model untuk pembangunan bandar yang mapan. Ia mula dibina pada 28 September, 2008.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Eko-Bandar Raya Tianjin China-Singapura

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment