Thursday, January 31, 2019

TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MEMETERAI PERJANJIAN PEMASARAN BERSAMA DAN BEKALAN EKSKLUSIF DENGAN ARKEMA INC. UNTUK MEMBANGUNKAN PASARAN TEKNOLOGI PENGABUTAN DALAM KESELAMATAN MAKANAN

BEVERLY HILLS, California, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc.® (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), syarikat global yang mengkhusus dalam keperluan disinfeksi dan dekontaminasi menggunakan platform Binary Ionization Technology® (BIT™) utamanya menerusi pengilangan,  pelesenan, perkhidmatan dan penjualan jenama produk SteraMist™ , kabus dan kabut berasaskan hidrogen peroksida, telah membuat perjanjian pemasaran bersama dan bekalan global eksklusif dengan Arkema Inc..  Arkema Inc. adalah peneraju global dalam industri hidrogen peroksida.  Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan membangunkan pasaran untuk Teknologi Pengabutan TOMI menggunakan Teknologi SteraMist TOMI untuk kegunaan keselamatan makanan. Arkema Inc. akan mengilangkan dan membekalkan hidrogen peroksida gred makanan untuk digunakan dalam penyelesaian yang berdaftar dengan EPA.  Kedua-dua syarikat akan bersama-sama memenuhi keperluan untuk proses keselamatan makanan tanpa peluntur yang pantas dan berkesan dalam industri dan membawanya kepada pelanggan makanan global Arkema yang menggunakan hidrogen peroksidanya untuk produk diperakui organik pada masa ini.

Dr. Halden Shane, CEO TOMI berkata, “TOMI teruja untuk bekerjasama dengan Arkema demi memberikan produk pemprosesan makanan diperakui organik yang boleh digunakan secara global untuk keselamatan makanan.  Tambahan lagi, perkongsian ini akan membolehkan TOMI terus membawakan teknologinya ke pasaran global.  Kepakaran Arkema dalam menghasilkan penyelesaian hidrogen peroksida gred makanan akan membolehkan TOMI menangani keperluan pasaran makanan yang semakin meningkat untuk disinfeksi meluas yang pantas, berkesan dan tidak memudaratkan benih, tunas atau pokok matang.  Pelanggan hidrogen peroksida Arkema yang mahukan kaedah pembersihan makanan baharu yang lebih pantas dan kurang kaustik akan mendapat manfaat daripada teknologi yang dimiliki TOMI dan pada akhirnya melengkapkan kaedah pembersihan dan disinfeksi yang lebih berkesan dan kurang kaustik untuk makanan, pembungkusan makanan dan kelengkapan pemproses makanan.”

Linda Myrick, pengurus besar Oksigen dan Terbitan di Arkema Inc. memberi komen, “Arkema teruja untuk bekerjasama dengan TOMI untuk membawakan teknologi baharu ke industri keselamatan makanan global.  Kami bangga dengan penglibatan kami dalam pembangunan Teknologi SteraMist TOMI yang meningkatkan kelajuan dan keberkesanan penyelesaian pembersihan dan disinfeksi. TOMI adalah rakan kongsi ideal dan kami bersedia untuk mengekalkan hubungan yang berpanjangan dan maju.”

Perihal TOMI Environmental Solutions, Inc.

TOMI™ Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan yang menyediakan penyelesaian persekitaran untuk disinfeksi permukaan dalam menerusi pengilangan, jualan dan pelesenan platform Binary Ionization Technology® (BIT™) yang utama. Dicipta di bawah geran pertahanan dengan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) daripada Jabatan Pertahanan A.S, BIT™ menggunakan Hidrogen Peroksida peratusan rendah sebagai satu-satunya bahan aktif untuk menghasilkan radikal hidroksil (.ion OH), dikenali sebagai Hidrogen Peroksida terion, iHP™. Diwakili oleh jenama produk SteraMist™, iHP™ menghasilkan aerosol pembunuh kuman yang berfungsi seperti gas bukan kaustik visual.

Produk TOMI direka untuk spektrum komersial yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan hospital dan perubatan, kapal persiaran, bangunan pejabat, industri keraian, sekolah, restoran, kemudahan pemproses makanan, berek tentera, jabatan polis/bomba dan kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan TOMI juga telah digunakan dalam rumah keluarga tunggal dan kediaman berbilang unit. Nama jenama SteraMist TOMI telah melakukan kajian sebelum ini dan pada masa ini serta telah melengkapkan kajian tentang keselamatan makanan dengan panduan USDA.

TOMI telah membangunkan program latihan dan protokol permohonan untuk pelanggannya dan merupakan ahli yang mematuhi keperluan Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank Tisu Amerika, Persatuan Para Profesional dalam Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Persatuan Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika, Persatuan Kimia Amerika, Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik, Persatuan Perdagangan Benih Amerika dan Persatuan Industri Pemulihan.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.tomimist.com/ atau info@tomimist.com.

Perihal Arkema

Arkema Inc. ialah salah satu syarikat subsidiari Arkema Group yang bertapak di A.S. Syarikat induk yang bertapak di Perancis, Arkema, adalah pereka bahan dan penyelesaian inovatif yang meningkatkan prestasi pelanggan.  Portfolio perniagaannya merangkumi Bahan Prestasi Tinggi, Pengkhususan Industri dan Penyelesaian Salutan, dengan jenama yang diiktiraf global.  Syarikat ini fokus terhadap produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan dan reka bentuk ringan, kecekapan rumah dan penebatan. Jualan tahunan pada tahun 2017 berjumlah €8.3 bilion ($9.4 bilion).  Arkema menggaji 20,000 orang di seluruh dunia dan beroperasi di 55 buah negara.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.Arkema.com/ atau hubungi Arkema Inc. di info@arkema.com.

Kenyataan Masa Hadapan di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Peribadi 1995
Sesetengah kenyataan bertulis dan lisan yang dikeluarkan oleh kami mungkin mengandungi “kenyataan masa hadapan” seperti yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Peribadi 1995 (“Akta Pembaharuan”). Kenyataan masa hadapan yang dikenali daripada perkataan dan frasa seperti “kami mengharapkan”, “diharap akan”, “menganggar,” “dianggarkan”, “harapan masa ini”, “kami bersedia untuk”, “sama dengan”, “mengunjurkan”, “unjuran”, “diunjurkan akan”, “menjangka”, “dijangkakan”, “kami percaya”, “mungkin” dan frasa lain yang serupa. Semua kenyataan tentang prestasi operasi, acara, atau perkembangan yang kami harapkan atau jangkakan akan berlaku pada masa hadapan, termasuk kenyataan berkaitan pertumbuhan hasil, perolehan, pertumbuhan perolehan per hasil, atau unjuran serupa adalah kenyataan masa hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan. Frasa tersebut adalah untuk masa hadapan dan seharusnya dinilai dengan mempertimbangkan faktor risiko penting yang mampu menyebabkan hasil sebenar menjadi jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat yang diberikan dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan masa hadapan selepas tarikh keluaran ini

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11835

Wednesday, January 30, 2019

​TAKLIMAT BLACK HAT ASIA 2019: KERENTANAN YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGENDALIAN UTAMA, MICROSOFT OFFICE, PERANTI MUDAH ALIH & BANYAK LAGI

​TAKLIMAT BLACK HAT ASIA 2019: KERENTANAN YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGENDALIAN UTAMA, MICROSOFT OFFICE, PERANTI MUDAH ALIH & BANYAK LAGI

​PERISIAN CAM ULTRA PERSIS MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENENTUAN OPTIK

​PERISIAN CAM ULTRA PERSIS MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENENTUAN OPTIK

COLLIBRA MENJANA $100 JUTA YANG DIKETUAI CAPITALG DAN MELEBIHI PENILAIAN $1 BILION

Tokoh tadbir urus data dan katalog bakal mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan usaha dalam pembelajaran mesin dan kepintaran buatan
 
NEW YORK dan BRUSSELS, Belgium, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Collibra, peneraju dalam tadbir urus data perniagaan dan perisian katalog hari ini mengumumkan pendanaan siri E sebanyak $100 pada penilaian pasca wang melebihi $1 bilion, yang menjadikan pendanaan usaha niaga syarikat itu berjumlah $233 juta. CapitalG iaitu dana pelaburan ekuiti pertumbuhan Alphabet telah mengetuai pusingan tersebut, disertai oleh pelabur sedia ada iaitu ICONIQ Capital, Index Ventures, Dawn Capital dan Battery Ventures.
 
Pendanaan tersebut menghampiri tahun hasil tertinggi, dengan 80 peratus pertambahan dalam hasil berulang tahunan dan perkembangan pesat di seluruh dunia. Pelaburan itu dijangka akan digunakan untuk mengembangkan portfolio produk dan mempercepatkan pertumbuhan merentas perniagaan. Collibra bercadang untuk meluaskan keupayaan kepintaran buatan dan pembelajaran mesin dalam platform asli awannya — membina lebih banyak automasi dalam produk katalog pintar — dan dalam sokongan pasukan sains data bagi inisiatif analisis lanjutannya.
 
“Collibra memberikan kawalan data kepada organisasi, membantu mereka mematuhi undang-undang yang kerap berubah, menerima teknologi memuncul dan menyimpan maklumat yang akan membolehkan mereka mencipta perkhidmatan dan penyelesaian yang sesuai untuk masa hadapan,” kata Derek Zanutto dari CapitalG. “Kami bersedia untuk bekerja bersama Collibra dan menggabungkan pembelajaran mesin dan kepakaran AI Google dan Alphabet dengan kepimpinan Collibra dalam kerjasama data, pengurusan aliran kerja dan pengurusan risiko.”
 
Lebih daripada 300 pelanggan global dalam industri yang merangkumi perkhidmatan kewangan hingga penjagaan kesihatan, peruncitan dan teknologi menggunakan platform Collibra untuk mengukuhkan transformasi digital mereka yang dipacu data. Collibra telah menjadi pilihan utama bagi ketua pegawai data yang berperanan untuk melaksanakan pendekatan strategik terhadap data dan memaksimumkan nilainya untuk organisasi mereka.
 
“Berbanding dengan masa dahulu, kita kini hidup dalam ekonomi dengan syarikat yang paling inovatif dipacu oleh data. Data telah menjadi aset kita yang paling bernilai,” kata Felix Van de Maele, CEO dan pengasas bersama Collibra. “Pelaburan ini adalah bukti kepimpinan Collibra dan keupayaan kami untuk membantu pelanggan mentransformasikan kenyataan pasaran mereka menerusi maklumat yang dipacu data. Dengan pusingan terkini ini, kami berada di kedudukan yang baik untuk menggunakan pengalaman kami dalam memahami data bagi membantu pelanggan menggunakan inovasi tercanggih untuk menguasakan usaha transformasi digital mereka.”
 
Collibra terus memperoleh pengiktirafan daripada komuniti data dan teknologi, dan baru-baru ini ia disenaraikan dalam senarai Cloud 100 Forbes untuk tahun kedua berturut-turut. Ia juga dinobatkan sebagai yang pertama dalam Magic Quadrant Gartner untuk Penyelesaian Pengurusan Metadata bagi kali ketiga berturut-turut tahun ini, serta dalam The Forrester Wave™: Katalog Data Pembelajaran Mesin dan The Forrester Wave™: Pengurusan Tadbir Urus Data dan Penyedia Penemuan.
 
Perihal Collibra

Sebagai peneraju dalam tadbir urus data dan perisian katalog, Collibra membantu organisasi di seluruh dunia memperoleh kelebihan daya saing dengan memaksimumkan nilai data mereka merentas perniagaan. Collibra adalah satu-satunya penyelesaian yang dicipta dengan tujuan untuk menangani isu keperluan pengawasan, tadbir urus dan pengurusan data untuk industri intensif data yang paling kompleks. Penyelesaian pada premis berasaskan awan kami yang fleksibel dan boleh dikonfigurasi mengutamakan individu dan proses – menguasakan setiap pakar data bagi mencari, memahami dan meyakini data untuk menyerlahkan nilai perniagaan. Ketahui lanjut di www.collibra.com.
 
Hubungan:
Jennifer Harlan
Highwire PR
jennifer@highwirepr.com
248-701-6846
 
Sumber: Collibra
 
--BERNAMA

Tuesday, January 29, 2019

CADANGAN KEAMANAN OLEH PEMIMPIN BUDDHA MENGGESA AGAR TINDAKAN SEGERA TERHADAP PELUCUTAN SENJATA DAN PERANAN YANG DIPERTINGKATKAN BAGI GOLONGAN BELIA

TOKYO, 28 Jan., 2019/Kyodo JBN- AsiaNet/--
 
Pada 26 Januari, cadangan keamanan tahunan kali ke-37 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi pergerakan fahaman Buddha Soka Gakkai International (SGI), telah dikeluarkan, yang bertajuk "Ke Arah satu Era Baharu bagi Keamanan dan Pelucutan Senjata: Satu Pendekatan yang Berpusatkan Rakyat."

Tema utama bagi cadangan itu adalah keperluan bagi usaha bersepadu dalam pelucutan senjata, terutamanya mempercepatkan kemajuan ke arah pemusnahan senjata nuklear di sekitar Perjanjian 2017 mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW). Ikeda juga menegaskan tentang bahaya bagi Sistem Senjata Autonomi yang boleh Membawa Maut yang baru muncul (LAWS) dan mencadangkan diadakan segera satu persidangan untuk merundingkan satu perjanjian yang mengharamkan senjata-senjata ini.

Sambil memuji Agenda Pelucutan Senjata Mei 2018 oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Ikeda menyokong satu peralihan daripada melihat aspek keselamatan semata-mata dari segi keselamatan negara atau ketenteraan kepada satu tumpuan manusia, fahaman pelbagai hala yang berpusatkan rakyat yang didasarkan kepada usaha untuk membina sebuah dunia di mana semua orang boleh menikmati keselamatan yang penuh bermakna.

Beliau mengambil kira bagaimana kerumitan dan skala cabaran global dapat membuat golongan belia merasa bahawa perubahan positif adalah mustahil. Beliau menggesa mereka agar berusaha menentang perasaan putus harapan dan "menghadapi cabaran hebat pada zaman kita sebagai agen proaktif dan perubahan yang tular."

Ikeda menggesa penglibatan belia dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) sebagai penting kepada pencapaian mereka. Beliau menyeru bagi pengembangan rangkaian Impak Akademik Bangsa-bangsa Bersatu (UNAI) bagi universiti yang komited untuk menyokong SDG dan mencadangkan satu persidangan dunia bagi universiti-universiti sedemikian pada tahun 2020.

Ikeda juga menyambut baik penetapan belia sebagai tumpuan bagi fasa keempat untuk Program Pendidikan Dunia bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia.

Berhubung pemansuhan nuklear, beliau memberi tumpuan kepada memperluaskan pengesahan bagi TPNW itu bagi menguatkuasakan kemasukannya, dan menggesa penciptaan satu kumpulan negara yang sealiran untuk memperdalam perdebatan dan mempromosikan pengesahan - Rakan-rakan TPNW, yang dimodelkan kepada Rakan-rakan bagi Perjanjian Pengharaman Ujian Komprehensif (CTBT). Beliau menyokong agar Jepun mengetuai di dalam inisiatif ini.
Beliau juga menyoroti Rayuan Bandar raya baharu ICAN dan berkaitan inisiatif media sosial #ICANSave.

Sambil menanti-nantikan Persidangan Kajian Semula 2020 bagi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Ikeda menggesa agar diambil langkah-langkah seperti penyingkiran kepala peledak nuklear dari status amaran tinggi. Beliau seterusnya mencadangkan bahawa sesi khas keempat bagi Perhimpunan Agung PBB yang dikhaskan kepada pelucutan senjata (SSOD-IV) diadakan pada tahun 2021. 

Satu lagi tumpuan adalah SDG berhubung pengurusan sumber air. Ikeda berharap agar Jepun, China dan Korea Selatan akan bekerjasama untuk menyokong negara-negara di Timur Tengah dan Afrika di mana permintaan untuk penggunaan semula air dan penyahgaraman semakin meningkat.

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian berasaskan komuniti yang mempromosikan kemanusiaan dan kedamaian Buddha dengan 12 juta ahli di seluruh dunia. Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928 - ) telah mengeluarkan cadangan-cadangan keamanan yang menawarkan perspektif dan penyelesaian fahaman Buddha kepada masalah global pada 26 Januari pada setiap tahun sejak tahun 1983, untuk memperingati penubuhan SGI. Lihat: www.sgi.org
 
Sumber: Soka Gakkai International

AMPER MUSIC MELANCARKAN PLATFORM PENGGUBAHAN MUZIK AI PERTAMA UNTUK PENCIPTA KANDUNGAN PERUSAHAAN

Amper Score™ membolehkan pencipta mencipta muzik tersuai dalam beberapa saat sahaja.
 
NEW YORK, 29 Jan  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Amper Music, peneraju dalam penciptaan muzik kecerdasan buatan, mengumumkan pelancaran Amper ScoreTM pada hari ini, platform penggubahan muzik AI hujung ke hujung yang pertama di dunia untuk pencipta kandungan perusahaan, serta API pembangun. Pelbagai jenis perniagaan mengguna pakai dan menskalakan strategi kandungan untuk mencapai pelanggan baru dan Score memanfaatkan kuasa AI untuk membantu pencipta membuat muzik tersuai yang sesuai dengan gaya, panjang dan struktur projek unik mereka.

Menggunakan platform Amper ScoreTM, pencipta kandungan boleh mencipta dan mengedit muzik untuk disertakan dengan video, podcast dan banyak jenis kandungan yang lain. Aliran kerja Score membenarkan pengguna memuat naik video, mencari detik penting dalam garis masa projek dan membuat penggubahan asli masa nyata dalam pelbagai gaya muzikal yang berlainan. Muzik yang dicipta menggunakan Amper ScoreTM ialah muzik bebas royalti dan didatangkan dengan lesen global tanpa had untuk pelanggan apabila diselaraskan ke kandungan. Dengan kawalan terperinci Score, editor video, yang biasanya bekerja dengan pustaka muzik lalai, melaporkan lebih daripada 90% penjimatan masa dalam mencari sumber dan mengedit muzik untuk projek mereka.
 
"Dengan Amper ScoreTM, lebih mudah untuk saya mencari muzik yang saya perlukan bagi video ciptaan kami,” kata Anna Green, produser video di Minute Media. “Ini mengambil masa kurang daripada lima minit untuk saya mencipta muzik bagi video bentuk pendek dan trek ini ialah suasana paling tepat yang saya cari. Dahulu, ini mungkin mengambil masa selama dua jam demi mencari trek yang betul dan mengeditnya untuk video. Trek yang saya buat dengan Amper Score mempunyai kepelbagaian dan saya dapat mencari pengenalannya untuk menambah binaan ansuran. Saya tidak dapat menggambarkan proses yang lebih baik daripada ini.”
 
Perniagaan juga boleh mengintegrasikan API Amper ke dalam alat kreatif, platform pengedaran dan aplikasi lain mereka sendiri di mana muzik dicipta atau didengari. Amper teruja dalam mengumumkan rakan kongsi API, QQ Music milik Tencent Music Entertainment Group.
 
“Kami telah menyemak semua syarikat muzik AI yang tersedia dan syarikat muzik lain yang maju secara teknologi yang wujud, secara ringkasnya, teknologi Amper ialah teknologi terbaik dalam kategorinya di seluruh dunia,” kata Simon Liu, Pengarah Teknikal QQ Music. “Dalam kerjasama kami, kami kagum dengan kelajuan Amper serta kualiti dan kekayaan muzik yang dihasilkan. API Amper membolehkan kawalan berspektrum penuh mengikut keperluan: jika perlu, kami boleh menghasilkan muzik hanya dengan beberapa kekunci, atau kami boleh menjadi lebih terperinci dan meneliti setiap butiran yang ada.
 
“QQ Music sentiasa mencari cara untuk menggunakan teknologi yang paling kompetitif untuk memenuhi keperluan pelanggan global, dan inilah sebab kami mahukan Amper sebagai rakan kongsi teknologi muzik AI kami. Kami teruja untuk mengintegrasikan teknologi Amper ke dalam pelan strategik jangka panjang dan pendek untuk QQ Music. Amper sangat mengagumkan dan kami tidak sabar untuk terus mempertingkatkan keupayaan teknologi kami menerusi kerjasama ini.”
 
“Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan QQ Music milik Tencent Music Entertainment tanpa sebarang kesukaran,” kata Drew Silverstein, CEO Amper Music, Inc. “Mereka berada di hadapan dalam pasaran muzik, media dan hiburan dan pencapaian mereka dapat membawa teknologi Penggubah AI kami kepada jutaan pengguna baru. QQ Music sentiasa berada di hadapan—mereka fahami dengan jelas bahawa skala dan keberkesanan ialah masa depan kandungan dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan syarikat yang sangat canggih dalam ruangan muzik digital.”
 
AI dipatenkan oleh Amper dibina daripada asas dan menggunakan set data yang sangat besar, dicipta oleh pasukan dalaman pembangun dan penggubah. Pasukan data Amper menerangkan setiap faset muzik, termasuk genre, suasana dan penginstrumenan dan bukannya menggunakan kaedah “kotak hitam” yang mengehadkan kesedaran dan keupayaan Score dalam kerjasama dengan penggunanya. Teknologi Amper menggunakan asas ini untuk menjana muzik boleh diedit khusus yang boleh disesuaikan oleh penggguna secara serta-merta.
 
Perihal Amper:
 
Amper diasaskan pada tahun 2014 dengan misi untuk mendayakan semua orang mengekspresikan diri mereka secara kreatif menerusi muzik, tanpa mengira latar belakang atau kepakaran mereka. Amper membina alat yang dikuasakan oleh AI Kreatif untuk membantu pencipta mencipta dan menyesuaikan muzik asli. Menggunakan pustaka sampel proprietari yang mengandungi lebih daripada sejuta sampel individu dan beribu-ribu instrumen, teknologi Amper dibina dengan fokus dalam menawarkan muzik berkualiti tinggi menerusi gabungan teori muzik dan inovasi AI.
 
Pencipta yang berminat perlu menghubungi sales@ampermusic.com atau lawati www.ampermusic.com untuk mencuba.
 
Sumber: Amper Music

--BERNAMA 

Friday, January 25, 2019

MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PELANTIKAN DUA EKSEKUTIF DALAM OPERASI RANTAIAN PEMBEKALAN

Jenama Kecantikan Global Melantik Chaun Harper dan Dr. Lucy Gildea ke Pasukan Eksekutif
 
DALLAS, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., yang menyambut ulang tahun mereka ke-55 sebagai sebuah jenama kecantikan dan penjual langsung yang utama di hampir 40 pasaran, mengumumkan pelantikan Chaun Harper sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran dan Dr. Lucy Gildea sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik. Dalam peranan baharu mereka, Harper dan Gildea akan menyertai pasukan eksekutif syarikat kosmetik global itu.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190124005055/en/
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran, Chaun Harperakan bertanggungjawab terhadap operasi pembuatan global, pengendalian inventori global, perancangan bekalan, pengangkutan dan kualiti global. Harper menyertai Mary Kay Inc. pada tahun 2014 sebagai Pengarah bagi Operasi Pengeluaran. Semasa tempoh tugasan beliau, Harper telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan satu budaya penambahbaikan yang berterusan di kemudahan pengeluaran Mary Kay yang termasuk meningkatkan kecekapan pengeluaran secara ketara dan melaksanakan peluang-peluang pembangunan utama bagi pekerja untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan memajukan kerjaya mereka. Sebelum menyertai syarikat kecantikan ikonik itu, Harper bekerja untuk L'OrĂ©al di mana beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kedua-dua fungsi operasi dan kualiti.
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik, Dr. Lucy Gildea akan terus mengetuai operasi penyelidikan dan pembangunan Mary Kay Inc. Sejak menyertai syarikat kecantikan ikonik itu pada tahun 2017, Dr. Gildea telah berusaha untuk melaksanakan strategi produk dan inovasi saluran global syarikat itu. Dengan sebuah portfolio global bagi lebih daripada 1,400 paten bagi produk, teknologi dan sistem pembungkusan, Mary Kay telah memupuk sebuah budaya inovasi dan melabur berjuta-juta dolar setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Dr. Gildea akan menjadi orang penting dalam memimpin syarikat itu secara inovatif ke dalam generasi akan datang. Sebelum menyertai Mary Kay Inc., Dr Gildea menghabiskan 15 tahun di Procter and Gamble, bekerja dalam penjagaan kesihatan, penjagaan mulut, teknologi kecantikan dan pembangunan kecantikan/kulit.
 
“Dalam satu tempoh yang agak singkat, kedua-dua Chaun dan Lucy telah membuat sumbangan yang signifikan dan terbukti berperanan penting dalam operasi penyelidikan, pembangunan dan rantaian bekalan di Mary Kay,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Dalam peranan baharu mereka sebagai ahli pasukan eksekutif syarikat itu, Chaun dan Lucy akan berusaha untuk memastikan penjajaran bagi strategi dan rancangan di peringkat serantau dan global untuk produk Mary Kay®. Sebagai satu daripada inovator terkemuka di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay adalah sebuah penjana komestik dengan lebih daripada 700 produk dalam portfolio global kami. Ketika kami terus menghasilkan produk yang terbaik di dalam industri, kami amat bangga untuk melantik Chaun dan Lucy ke jawatan eksekutif ini dengan pemahaman bahawa kepimpinan dan kepakaran mereka akan menjadi amat bernilai ketika kami membina di atas usaha kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.”
 
Harper memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kimia dari Arkansas Tech University di Russellville, Ark. dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Webster University di St. Louis, Mo. Dr. Gildea memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi dari Georgetown College di Georgetown, Ky. dan PhD dalam Biologi Sel dan Molekul, Imunologi dan Penyakit Berjangkit dari Universiti Cincinnati.
 
Maklumat mengenai Mary Kay
 
Di Mary Kay, kejayaan terletak pada dedikasi kami terhadap produk-produk yang sangat menarik, satu peluang yang memberi ganjaran dan impak masyarakat yang positif. Selama 55 tahun, Mary Kay telah memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai matlamat keusahawanan mereka di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat berbilion dolar, kami menawarkan penjagaan kulit termaju yang terkini, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berani. Ketahui lebih banyak sebab untuk mencintai Mary Kay di www.marykay.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11829

P&G SERTAI LOOP TERRACYCLE - SEBUAH PLATFORM E-BELI-BELAH YANG MESRA ALAM SEKITAR DAN MUDAH -- DENGAN 11 JENAMA ISI RUMAH

Model yang Mengubah Keputusan Keseluruhan akan diuji di Paris dan New York pada tahun 2019


DAVOS, Switzerland, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) hari ini mengumumkan pengenalan pembungkusan yang boleh diguna semula dan diisi semula pada beberapa produk mereka yang paling popular sebagai sebahagian daripada satu usaha baharu yang bertujuan untuk mengubah pergantungan dunia terhadap pembungkusan penggunaan tunggal dan sisa buangan. Di samping itu, penyelesaian pusingan "kumpul dan kitar semula" yang baharu yang membantu menghapuskan sisa juga telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada satu perkongsian dengan LoopTM, sebuah platform e-dagang pusingan yang dibangunkan oleh TerraCycle, sebuah pemimpin kitar semula antarabangsa. Banyak daripada jenama global terbesar P&G, termasuk PanteneTM, TideTM, CascadeTM and Oral-BTM akan menyertai platform yang berinovatif ini pada tahun ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190124005087/en/

Loop adalah sebuah pembungkusan global dan penyelesaian pusingan beli-belah yang pertama seumpamanya yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan standard keselesaan berbanding dengan penyelesaian e-dagang semasa melalui pembungkusan yang dikumpulkan, dibersihkan, diisi semula dan digunakan semula. Loop juga menawarkan pilihan untuk mengumpul produk terpakai dari muka pintu pengguna untuk tujuan kitar semula atau penggunaan semula seterusnya. P&G adalah syarikat produk pengguna pertama yang menyertai Loop.

Diumumkan pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, perkongsian ini akan meningkatkan kemajuan matlamat kelestarian  Cita-cita P&G 2030 dan komitmen berterusan Syarikat itu untuk menjadikan niat mapan menjadi tindakan harian yang positif.

Saintis dan jurutera P&G telah membangunkan penyelesaian pembuatan, pembungkusan dan pengedaran berinovatif yang akan menggembirakan pengguna dan menjadikan kehidupan mapan mudah bagi pengguna yang mengambil bahagian. Sebelas jenama P&G akan terdapat di Loop dalam satu daripada tiga format. Sistem Loop itu akan disahkan dan dioptimumkan melalui eksperimen pembelajaran di pasaran yang sebenar bermula pada pertengahan tahun 2019 di New York dan Paris.

Pembungkusan Tahan Lama

Kegemaran isi rumah seperti Pantene, Tide, Cascade dan CrestTM mempunyai reka bentuk pembungkusan tahan lama dan isi semula yang baharu, yang memaparkan bekas-bekas mewah dengan ciri-ciri dan fungsi baharu.
  • Pantene akan memperkenalkan sebuah botol unik yang diperbuat dengan aluminium yang ringan dan tahan lama untuk syampu dan perapi rambutnya.
  • Tide, bahan pencuci pakaian #1 Amerika, mengambil bahagian dalam Loop dengan bahan pencuci pakaian Tide purclean yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dalam sebuah botol tahan lama yang baharu yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan tutup botol yang diputar dengan mudah dan muncung tuang yang senang.
  • Cascade, yang sentiasa mencari jalan untuk menjadikan pengalaman membasuh pinggan lebih mudah dan mesra alam, telah membangunkan sebuah pembungkusan ultra-tahan yang baharu untuk Cascade ActionPacs yang membolehkan pengguna untuk melangkau prabasuh.
  • Crest memacukan kemapanan di dalam Penjagaan Mulut melalui ubat cuci mulut Crest Platinum yang baharu, satu formula unik yang memberikan nafas segar dan pencegahan kesan kotor dalam sebuah botol kaca yang mapan dan boleh diisi semula.
  • ArielTM dan FebrezeTM  turut serta dengan pembungkusan yang tahan lama dan boleh diisi semula yang juga boleh didapati di kedai-kedai, menguji sebuah model pengisian semula dan penggunaan semula langsung yang baharu kepada pengguna.
Pengisian semula Produk Kitar Semula
  • Oral-B, pemimpin inovasi di dalam Penjagaan Mulut selama lebih 50 tahun akan menguji penyelesaian pusingan untuk kedua-dua berus gigi elektrik yang boleh dicas semula dan manual. Oral-B CLIC, sebuah reka bentuk ikonik yang baharu untuk berus gigi manual mempunyai pemegang teguh yang dilengkapi dengan sebuah mekanisme unik yang membolehkan pengguna untuk hanya menukar kepala berus. Platform Loop itu akan mengitar semula kepala berus yang telah digunakan bagi kedua-dua berus manual dan elektrik.
  • GilletteTM dan VenusTM  akan menyediakan pek perjalanan premium sebagai pembungkusan tahan lama yang membolehkan pengguna untuk terus simpan di samping pemegangnya. Bahagian yang telah digunakan dan bilah mata dari produk dandanan ini akan dikumpulkan dari pengguna untuk dikitar semula oleh TerraCycle.
Kitar semula Menggunakan Produk yang Bersih
  • PampersTM dan AlwaysTM  akan menguji pengumpulan produk kebersihan terpakai dari rumah pengguna untuk kitar semula selanjutnya dengan menggunakan teknologi proprietari yang berinovatif yang dibangunkan oleh Fater, sebuah usahasama P&G dan Kumpulan Angelini. Teknologi itu menggunakan produk kebersihan yang menyerap ke dalam bahan mentah sekunder untuk aplikasi nilai yang lebih tinggi.
"Kami sedang membangun di atas inovasi dan pemahaman pengguna bertaraf dunia selama lebih 180 tahun bagi membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab pada skala," kata Virginie Helias, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian di P&G. "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan TerraCycle sebagai syarikat CPG yang pertama untuk menjadi sebahagian daripada program transformatif ini, yang merupakan satu daripada banyak cara kami menyampaikan matlamat Cita-cita 2030 kami untuk mempercepatkan inovasi lestari dan memacukan penyelesaian pusingan.

"Masa untuk bertindak adalah sekarang. Kami amat bersemangat untuk memanfaatkan kuasa capaian kami di peringkat global dan kekuatan jenama global kami yang dipercayai untuk meningkatkan penyelesaian yang lebih mapan. Perkongsian transformatif adalah kunci untuk mencapai misi ini kerana tiada sesiapa yang boleh berjaya secara bersendirian," kata beliau.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan P&G dan jenama global yang lain, peruncit, syarikat infrastruktur, dan Forum Ekonomi Dunia untuk mewujudkan satu cara baharu bagi produk pengguna yang lebih bertanggungjawab," kata Ketua Pegawai Eksekutif TerraCycle Tom Szaky.  "Loop bertujuan untuk tidak hanya menghapuskan idea bagi sisa buangan pembungkusan tetapi meningkatkan dengan ketara pengalaman produk dan kemudahan dalam cara kita berbelanja. Melalui Loop, pengguna akan dapat lebih bertanggungjawab dalam menggunakan produk dalam pembungkusan tahan lama yang direka khas, boleh diguna semula atau dikitar semula sepenuhnya. Melalui kuasa dan jangkauan bagi jenama-jenama yang dipercayai seperti P&G kita akan dapat mengubah tabiat pengguna dan mencapai skala yang diperlukan untuk model itu mencapai objektifnya."

Bagaimana Loop Berfungsi
  • BELI: Pengguna akan pergi ke laman web Loop atau laman web peruncit rakan Loop dan membeli-belah bagi jenama yang dipercayai kini direka bentuk semula untuk pembungkusan tanpa bahan buangan.
  • TERIMA: Pengguna menerima produk tahan lama mereka dalam tote penghantaran yang canggih yang direka khas secara eksklusif oleh Loop yang menghapuskan keperluan bagi bahan penghantaran penggunaan tunggal seperti kotak kadbod.
  • NIKMATI: Pengguna menikmati keanggunan dan kemudahan dan pada masa yang sama menghapuskan idea membuang sisa pembungkusan.
  • MENGAMBIL: Tidak ada keperluan untuk membersihkan dan melupuskan bungkusan tersebut; ketika pengguna menghabiskan produk mereka, mereka meletakkan bungkusan kosong itu ke dalam satu daripada Tote Loop mereka. Loop akan mengambil secara terus dari rumah mereka.
  • BERSIH: Pasukan saintis Loop telah membangunkan teknologi pembersihan tersuai agar setiap produk dapat digunakan semula dengan selamat.
  • ISI SEMULA, KITAR SEMULA ATAU GUNA SEMULA: Loop dengan segera mengisi semula produk yang diperlukan dan mengembalikan tote penghantaran yang diisi semula kepada pengguna. Sekiranya terdapat produk yang telah digunakan dan boleh dipulihkan semula seperti lampin, pad, pisau cukur atau bahagian berus, mereka akan dipulihkan untuk diguna semula atau dikitar semula.
 
Produk-produk P&G boleh Didapati melalui Loop

Pantene
Matlamat kami adalah untuk memberikan lebih banyak Hari Rambut Terbaik bagi wanita dan kami terus berinovasi dan meningkatkan kualiti produk dan pakej kami. Penyelesaian penting ini dapat membantu menghapuskan sisa pembungkusan bersama-sama dengan botol syampu dan perapi rambut yang mengingatkan cinta kita terhadap lautan dan alam sekitar. Kami bergabung dengan TerraCycle Loop untuk membantu beralih dari botol plastik pakai buang kepada botol tahan lama dan rantaian bekalan dengan sistem pengisian semula, di mana sisa itu tidak pernah diwujudkan. Botol-botol yang unik ini, yang diperbuat dengan aluminium yang ringan tetapi tahan lama, direka untuk dibersihkan, diisi semula dan digunakan semula sebagai sebahagian daripada sistem Loop dan selaras dengan cita-cita keseluruhan kami dan matlamat kami untuk berada di barisan hadapan industri.

Tide
Kami tahu mengenai benda-benda yang bersih -- kepada anda, keluarga anda dan planet kita, itulah sebabnya kami telah mencipta Tide purclean: bahan pencuci pakaian yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang pertama dengan kuasa pembersihan Tide. Botol Tide purclean yang baharu ini diperbuat daripada keluli tahan karat, dengan tutup botol yang diputar dengan mudah dan muncung tuang yang senang. Apabila anda kehabisan bahan pencuci, letakkan botol yang boleh diisi semula itu ke dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, diisi semula dan sedia untuk digunakan semula. Dirumuskan untuk seluruh keluarga anda, Tide purclean dirumuskan tanpa pewarna dan lembut pada kulit yang sensitif. Formula itu dibuat di sebuah tapak yang membeli elektrik kuasa angin yang boleh diperbaharui dan menghantar sifar sisa pembuatan ke tapak pelupusan, sekali gus menjadikan Tide purclean satu pilihan yang sedar terhadap planet yang direka dengan mengambil kira masa depan kita. Ringankan  muatan dengan Tide purclean.

Cascade
Cascade® sentiasa mencari jalan untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik dan untuk memastikan ia mesra alam dengan pembungkusan ultra-tahan kami yang baharu. Apabila anda kehabisan Cascade ActionPacs™, hanya letakkan botol yang boleh isi semula itu di dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, disterilkan, diisi semula dan sedia untuk digunakan semula. Cascade Platinum ActionPacs™ membersihkan makanan terlekat 24 jam dengan sungguh baik, ia membolehkan pengguna untuk melangkau tindakan prabasuh. Ini boleh menjimatkan sehingga 15 gelen air bagi setiap muatan mesin basuh pinggan mangkuk. Dan, apabila didarabkan dengan semua pengguna mesin basuh pinggan mangkuk yang melakukan tindakan prabasuh, ia dapat menjimatkan sehingga 150 bilion gelen air setiap tahun di Amerika Syarikat sahaja.
 
Crest
Crest sedang menuju ke arah sebuah inovasi yang lebih lestari untuk ubat cuci mulut. Formula Crest Platinum yang bebas alkohol, peroksida dan paraben menyegarkan nafas anda dan membantu melindungi gigi daripada kesan kotor. Crest Platinum akan boleh didapati dalam botol kaca yang cantik dan boleh diisi semula yang dilengkapi dengan penutup keluli tahan karat dan dilindungi oleh sarung silikon. Penambahan sehingga di muka pintu pengguna bermakna menarik botol ubat cuci mulut yang berat boleh menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi. Pastinya ia sesuatu yang boleh membuat anda tersenyum lebar.
                                                                          
Ariel
Kami tahu mengenai kebersihan yang paling rapi di dalam perkara bentuk yang paling padat -- kepada anda, keluarga anda dan planet kita, sebab itulah kami menghasilkan Ariel Pods, bahan pencuci kami yang paling inovatif untuk kebersihan yang paling rapi. Kami kini menawarkan satu pek keluarga Ariel Pods yang tahan lama yang boleh digunakan lagi dan lagi. Apabila anda kehabisan bahan pencuci, hanya letakkan pek isi semula itu di dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, disterilkan, diisi semula dan sedia digunakan semula. Tidak ada lagi membawa bahan pencuci ke rumah dari kedai, dan tidak ada lagi bungkusan untuk dibuang sebaik sahaja cucian pakaian dilakukan. Anda boleh menggunakan Ariel 3 dalam 1 Pods walaupun pada suhu rendah dan mendapatkan kebersihan Ariel yang rapi. Diperbuat di Perancis di sebuah tapak yang membeli elektrik tenaga angin yang boleh diperbaharui dan menghantar sifar sisa pembuatan ke tapak pelupusan, Ariel Pods juga mengandungi 70% kurang air di dalam formula berbanding bahan pencuci cecair Ariel dan direka dengan mengambil kira masa depan kita.
.Sentiasa jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak.
 
Febreze
Mempamerkan komitmen mereka yang berterusan untuk menjaga alam sekitar, Febreze membuat inovasi terbaharu mereka yang dikenali sebagai Febreze ONE di Amerika Syarikat dan Zero% di Eropah juga melalui platform Loop memandangkan ia datang dalam bungkusan yang boleh diguna semula dan boleh dikitar semula. Febreze ONE/Zero% tanpa bahan dorong dan tiada minyak wangi yang berat boleh digunakan di udara & tekstil (kain). Dengan rumusannya yang berasaskan air (90%) dan satu teknologi yang dipatenkan, dengan menggunakan Cyclodextrin, sebuah ramuan yang diperolehi daripada kanji jagung yang memerangkap bau, ia bukan hanya menapis bau tetapi meneutralkannya dan menghilangkannya dari udara. Febreze sudah menjadi sebahagian daripada program kitar semula TerraCycle yang telah mengitar semula lebih daripada 1,000,000 keping pembungkusan Febreze dari tapak pelupusan di seluruh dunia.
Sumber: Kaji selidik Internet, Oktober 2017 Perancis dan United Kingdom, menunjukkan 63% daripada 221 responden
                                                                          
Oral-B
Oral-B, pemimpin inovasi di dalam Penjagaan Mulut selama lebih 50 tahun akan menguji penyelesaian buat bagi kedua-dua berus gigi elektrik yang boleh dicas semula dan manual. Ia menyertai Loop dengan satu penciptaan semula yang berinovasi bagi kategori berus gigi manual: Oral-B CLIC, satu reka bentuk ikonik baharu yang mengurangkan sisa plastik melalui pemegang tahan lama yang diperbuat daripada bahan komposit yang unik, sebahagian besarnya berdasarkan kepada mineral premium dan dilengkapi dengan mekanisme ClicFit™ yang unik yang membolehkan pengguna untuk hanya menukar kepala berus itu. Platform Loop itu akan berada pada kitar semula selari dengan menggunakan kepala berus bagi kedua-dua berus manual dan elektrik.
                                                                      
Gillette
Selama lebih dari 115 tahun, Gillette telah menyampaikan teknologi ketepatan dan prestasi produk yang tiada tandingan – memperbaiki kehidupan bagi lebih 800 juta orang lelaki di seluruh dunia. Mengenai pisau cukur Gillette Fusion5™ ProShield, kami akan menawarkan sebuah beg perjalanan pisau cukur premium untuk menggantikan pembungkusan tradisional kami, di mana pengguna akan dapat terus menyimpannya di samping pemegangnya. Satu bilah mata pisau cukur isian semula bersamaan dengan satu bulan mencukur, dan apabila kaum lelaki bersedia untuk bilah baharu, mereka boleh mengembalikannya ke dalam tote Loop mereka untuk dikitar semula.

Gillette Venus
Gillette Venus, jenama bercukur nombor 1 di dunia untuk wanita mengambil satu lagi langkah yang membawa Gillette Venus ke arah wawasan jenama bagi pembungkusan 100% yang boleh dikitar semula atau boleh diguna semula serta penyelesaian produk yang tegap dan mapan yang menggembirakan wanita di seluruh dunia. Gillette Venus menggalakkan penggunaan pemegang pisau cukur yang tahan lama dan rantai bekalan bilah mata dengan sistem kitar semula terbina dalam. Memperkenalkan inovasi terbaharu kami – pisau cukur Venus Platinum Extra Smooth. Ia mempunyai pemegang logam Venus yang pertama, direka bentuk secara ergonomik untuk meningkatkan kawalan semasa bercukur dan memastikan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang dalam rutin kecantikan bagi setiap wanita. Katrij itu diperbuat dengan 5 bilah mata yang berkualiti tinggi yang disampaikan dalam timah logam yang boleh diguna semula. Apabila ia bersedia untuk diganti, bilah mata itu boleh dimasukkan ke dalam tote Loop, dan Loop itu akan mengumpul dan mengitar semulanya, manakala wanita boleh memesan yang baharu.
                                                            
Pampers dan Always
Pampers dan Always komited kepada kelestarian alam sekitar dan kami percaya kami mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam mengurangkan sisa plastik dan menyumbang kepada ekonomi pusingan. Kami mempelopori program kitar semula yang terbaik di dalam kelasnya bagi produk kebersihan, termasuk lampin Bayi dan pad dan pelapik Kebersihan Wanita, untuk memberikan satu kehidupan baharu kepada produk yang digunakan. Pampers dan Always merupakan jenama kebersihan penyerap yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi canggih baharu Fater untuk mengitar semula lampin kepada kegunaan nilai yang lebih tinggi. Fater adalah satu usahasama di antara P&G dan Angelini dan membuat Pampers dan Always di Itali. Di dalam Loop, kami akan menguji buat kali pertama teknologi ini dengan pengguna terpilih di Perancis. Sebuah tong tegap dan boleh diguna semula bagi AHP akan dihantar ke muka pintu anda yang mengandungi produk Pampers dan Always. Tong itu telah direka khusus untuk bertindak dengan pelbagai fungsi – ditutup dengan kedap dan dengan penapis karbon untuk menghalang bau, mudah untuk dimanipulasi dengan berpusing atas untuk kemudahan, dan direka bentuk secara estetik untuk dimuatkan ke dalam mana-mana rumah. Hanya masukkan lampin dan pad anda yang telah digunakan. Apabila tong anda sudah penuh, anda boleh meminta ia diambil supaya tong anda dibersihkan, disterilkan dan dihantar kembali kepada anda dengan produk Pampers dan Always yang baharu. Produk kebersihan penyerap yang anda yang telah digunakan akan dihantar ke kemudahan kitar semula untuk tujuan pemprosesan.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai TerraCycle

TerraCycle adalah sebuah syarikat pengurusan sisa yang berinovatif dengan satu misi untuk menghapuskan idea bagi sisa®. Beroperasi secara nasional merentasi 21 buah negara, TerraCycle bekerjasama dengan syarikat-syarikat produk pengguna terkemuka, peruncit, bandar raya, dan kemudahan untuk mengitar semula produk dan bungkusan, dari lampin kotor kepada puntung rokok, yang kalau tidak akan berakhir di tapak pelupusan atau dibakar. Di samping itu, TerraCycle bekerjasama dengan syarikat-syarikat produk pengguna terkemuka untuk mengintegrasikan aliran buangan yang sukar untuk dikitar semula, seperti plastik laut, ke dalam produk dan pembungkusan mereka. TerraCycle telah memenangi lebih daripada 200 anugerah untuk kelestarian dan telah menyumbangkan lebih daripada $25 juta kepada sekolah dan badan amal sejak penubuhannya 15 tahun yang lalu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TerraCycle atau terlibat dalam program kitar semula mereka, sila layari  www.terracycle.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190124005087/en/

Hubungi
Becky East
Pengarah Bersekutu, H&K Strategies
Becky.East@hkstrategies.com
+442074933093

Sumber : Procter & Gamble

FACEBOOK MEMPERAKUI DOUBLEVERIFY UNTUK MENGURUSKAN KESELAMATAN JENAMA

Memberikan kawalan keselamatan jenama yang diperkemas kepada pengiklan merentasi inventori Facebook


NEW YORK, 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV") peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diperakui untuk keupayaan Keselamatan Jenama Facebook dalam program Rakan Kongsi Pemasaran Facebook (FMP). Perakuan ini bakal mengembangkan dan menguatkan perlindungan keselamatan jenama DV merentas inventori video strim dalaman, Artikel Segera dan Rangkaian Audiens Facebook.

Pelanggan DV akan memperoleh manfaat daripada liputan komprehensif di Facebook, sama seperti di platform pembelian lain – termasuk kebolehan untuk memantau 75+ kategori penghindaran kandungan, mencipta senarai penggantian tapak dan app, dan mengelakkan app yang tidak diingini.

“Melindungi reputasi jenama adalah amat penting untuk pengiklan digital besar,” kata Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify. “Kami berkongsi komitmen Facebook untuk mengekalkan pasaran yang telus dan dipercayai, dan kami teruja dengan inisiatif baharu ini.”

Facebook telah membangunkan API automasi unik yang akan membolehkan penyepaduan yang lebih mendalam antara Facebook dan platform DoubleVerify, yang membenarkan akses terus dan tepat pada masanya ke maklumat Facebook. Hasilnya, melalui API ini, DV akan mampu memusatkan persediaan dan pengurusan keselamatan jenama dan mengautomasikan kemas kini penyekatan ke Facebook – menyediakan perlindungan keselamatan jenama komprehensif sambil menjimatkan masa dan tenaga pengurusan pembeli.

DV telah bekerjasama dengan Facebook sejak Oktober 2017 untuk kebolehlihatan dan perlindungan penipuan. Penyepaduan yang lebih mendalam ini meluaskan objektif, pengukuran kebolehlihatan pihak ketiga, keselamatan jenama dan penipuan/SIVT merentasi inventori iklan Facebook, yang memberikan pengiklan global kejelasan dan keyakinan dalam pelaburan digital mereka.

Perihal DoubleVerify

DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di www.doubleverify.com

Hubungan Media
Chris Harihar dari Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.974

SUMBER : DoubleVerify

TINJAUAN KEPIMPINAN GLOBAL YPO BAHARU MENDAPATI KEBANYAKAN TOKOH PERNIAGAAN MUDA PERCAYA PERNIAGAAN ADALAH USAHA MURNI

Sembilan puluh tiga peratus individu yang ditinjau berkata perniagaan seharusnya memberi impak positif terhadap masyarakat
 
DAVOS, Switzerland, 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan global terulung untuk lebih daripada 27,000 ketua eksekutif, telah menjalankan tinjauan terhadap ahlinya di lebih daripada 130 buah negara untuk mengetahui pandangan mereka tentang sama ada tujuan perniagaan adalah untuk memberi impak terhadap masyarakat lebih daripada keuntungan dan kekayaan. 

Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019 yang dibuat pada 23 Disember 2018 hingga 4 Januari 2019 dengan lebih daripada 2,200 responden CEO mendapati bahawa anjakan budaya yang besar tentang peranan kepimpinan perniagaan sedang berlaku seperti yang ditunjukkan oleh dapatan berikut: 
  • Majoriti responden (74 peratus) mengatakan perspektif mereka tentang peranan mereka sebagai tokoh perniagaan telah berubah dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pekerja (43 peratus), rakan sekerja (40 peratus) dan anak mereka (37 peratus) dipetik sebagai pengaruh utama kepercayaan baharu ini.
  • Tokoh perniagaan berkata bahawa mereka lebih cenderung untuk mencipta impak melalui perniagaan mereka daripada berkecimpung dalam politik.
  • Menurut CEO yang ditinjau, halangan terbesar dalam usaha mereka untuk mencipta impak yang lebih besar menerusi perniagaan mereka adalah peraturan kerajaan (51 peratus) dengan cukai dipetik sebagai sebab kedua yang jauh lebih rendah (27 peratus). Mengikut rantau, pergolakan politik dikenal pasti oleh ahli di Afrika (32 peratus) dan MENA (39 peratus) lebih banyak daripada purata tinjauan (19 peratus). 
  • Para CEO berkata tiga kebimbangan teratas untuk masa hadapan adalah kekurangan pendidikan berkualiti (37 peratus), perubahan iklim (37 peratus) dan institusi keamanan, keadilan dan global (30 peratus). Tahap dan jenis kebimbangan berbeza mengikut geografi ahli:
    • Kekurangan pendidikan berkualiti dicatatkan sebagai isu dalam kalangan ahli Amerika Latin (56 peratus) dan A.S. (41 peratus).
    • Perubahan iklim dipetik paling banyak dalam kalangan ahli di Eropah diikuti oleh Asia (48 peratus dan 41 peratus berbanding purata tinjauan sebanyak 37 peratus).
  • Para tokoh mengambil tindakan untuk mengatasi kebimbangan ini menerusi perniagaan mereka. Memastikan perniagaan mereka mencipta perubahan positif (57 peratus), mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk orang ramai (49 peratus) dan mengajar/menjadi mentor orang lain (43 peratus) adalah cara utama CEO yang ditinjau memfokuskan usaha mereka. Tambahan lagi, mengurangkan sisa dan impak alam sekitar adalah fokus utama peserta di Asia (44 peratus), Eropah (44 peratus) dan Afrika (43 peratus).

Untuk perspektif tambahan tentang dapatan ini, YPO telah menjalankan tinjauan serentak terhadap lebih daripada 1,800 bakal pemimpin, golongan yang berumur 18-31 dengan sekurang-kurangnya sedikit pendidikan kolej untuk mengetahui pandangan mereka tentang topik yang sama berbanding dengan tokoh perniagaan semasa. Kumpulan ini juga kebanyakannya setuju (92 peratus) bahawa tujuan perniagaan adalah untuk memberi impak terhadap masyarakat lebih daripada mengejar keuntungan dan kekayaan.

Perubahan iklim (37 peratus) juga adalah kebimbangan utama dalam kalangan generasi lebih muda ini dan lebih daripada separuh responden yang ditinjau (55 peratus) mahu mengurangkan impak alam sekitar mereka. Kekurangan pendidikan berkualiti (27 peratus), ketersediaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi (24 peratus) dan institusi keamanan, keadilan dan global (22 peratus) juga membebani pemikiran tokoh masa hadapan.

Walaupun kebanyakan tokoh semasa mengatakan peraturan kerajaan adalah halangan terbesar dalam mencipta impak, tokoh masa hadapan percaya bahawa rasuah (42 peratus) dan tokoh perniagaan yang tidak berminat untuk berusaha dengan lebih lagi (32 peratus) adalah halangan sebenar.

YPO akan berkongsi dapatan Tinjauan Kepimpinan Global 2019 di perbincangan panel akan datang yang bertajuk Keuntungan dengan Tujuan: Model Global Baharu di Davos pada 24 Januari 2019. Hasil lengkap tinjauan tersedia di YPO.org/Davos.

Metodologi Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019:

Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019 terhadap ahlinya dilakukan oleh YPO dari 23 Disember – 4 Januari melalui borang soal selidik dalam talian dengan sampel kebarangkalian perwakilan untuk 2,283 orang ahli YPO. Sampel tersebut menyertakan ahli di 110 buah negara. Borang soal selidik adalah dalam bahasa Inggeris. Margin ralat pensampelan adalah tambah atau tolak 1.97 titik peratusan pada 95 peratus aras keyakinan.

Tinjauan sampingan untuk golongan generasi lebih muda (tokoh perniagaan masa hadapan) telah dilakukan oleh YPO dari 23 Disember – 4 Januari. Sejumlah 1,871 responden global berumur 18-31 tahun dengan sekurang-kurangnya sedikit pendidikan kolej telah menyertai tinjauan tersebut. Margin ralat pensampelan adalah tambah atau tolak 2.3 titik peratusan pada 95 peratus aras keyakinan.

Perihal YPO:
YPO adalah organisasi kepimpinan global terulung untuk lebih daripada 27,000 orang ketua eksekutif di lebih 130 negara dan merupakan platform global untuk mereka berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat. Kini, syarikat yang ditadbir ahli YPO, pelbagai dari segi industri dan jenis perniagaan telah menggaji lebih daripada 22 juta orang di seluruh dunia dan menjana USD9 trilion hasil tahunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati ‪ypo.org.

Hubungan Media YPO:
Amy Reid, areid@ypo.org, +1 646 678 0575 (Amerika Syarikat)
Serena Marchionni, smarchionni@ypo.org, +34 699 903 472 (Eropah)
Vickie Tikam, vtikam@ypo.org , +60 012 331 7411 (Asia)
Angela Mers, amers@ypo.org, +1 415 298 8534 (Amerika Syarikat/Kanada)

Sumber: Young Presidents’ Organization, Inc.
 
--BERNAMA

Thursday, January 24, 2019

Y ANALYTICS DILANCARKAN UNTUK MENYATUKAN MODAL DAN PENYELIDIKAN BAGI KEBAIKAN

Y Analytics akan membantu pengagih modal untuk memahami, menilai, dan mengurus impak sosial dan alam sekitar dengan lebih baik, meningkatkan keberkesanan dan jangkauan modal yang kami labur sebagai sebuah masyarakat
 
WASHINGTON & DAVOS, Switzerland, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --Hari ini menandakan pelancaran Y Analytics, sebuah organisasi baharu dan bebas yang ditubuhkan untuk memacukan pelaburan yang semakin meningkat dan lebih berkesan di dalam mewujudkan kebaikan sosial dan alam sekitar dengan melengkapkan pengagih modal dengan asas penyelidikan untuk memahami dengan berkesan impak daripada keputusan mereka. Organisasi itu, yang beribu pejabat di Washington, D.C. dan diketuai oleh Maryanne Hancock, akan membantu merapatkan jurang di antara komuniti penyelidikan dan pengagih modal. Akhirnya, ini akan memastikan bahawa modal yang ditujukan untuk menangani Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu digunakan dengan cara paling cekap, dan paling meluas, sehinggakan kita memajukan kemampuan kita untuk mengarahkan kapitalisme ke arah penyelesaian yang mempunyai potensi untuk mewujudkan kesan yang nyata dan ketara.

Dari Maryanne Hancock, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Y Analytics: "Kami sedang membina di atas usaha yang meluas dari orang lain, yang telah berusaha selama beberapa dekad untuk memajukan pemahaman dunia tentang apa yang mewujudkan impak. Y Analytics telah dibina berdasarkan kepada pembelajaran dari kerja mereka, menggunakan penyelidikan untuk memahami apa yang mewujudkan impak, membina peranti yang berkesan untuk meramalkan, menaja jamin, dan mengurusnya, dan berkongsi kerja itu dengan orang lain untuk memacukan pembuatan keputusan yang lebih baik. Membolehkan keputusan yang lebih baik di sekitar bagaimana dunia mengarahkan modal ke arah perubahan akan menjadi penting di dalam mencapai kemajuan yang kita cuba lakukan."

Dari Bono, Pengasas Bersama bagi The Rise Fund: "Kapitalisme bukannya tidak bermoral, tetapi ia kurang mempunyai kesedaran moral dan ia memerlukan hala tuju. Sekiranya kapitalisme ingin menjadi satu kekuatan untuk kebaikan, kita perlu mempunyai keupayaan untuk mengukur apabila ia melakukan kebaikan dan apabila ia melakukan kemudaratan. Untuk memujuk pelabur-pelabur institusi terbesar membuat komitmen ke atas dana mereka bagi menangani beberapa cabaran yang paling mendesak di dunia, kita perlu mempunyai keyakinan tentang pulangan impak itu sepertimana pendirian kita mengenai pulangan kewangan - pemikiran yang keliru tidak memadai. Kita memerlukan fakta sebenar - itulah matlamat kenapa Y Analytics telah diwujudkan untuk menyediakannya."

Dari Bill McGlashan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Rise Fund: "Kita menghadapi beberapa siri cabaran ekonomi dan alam sekitar global yang menggentarkan, dan sebagaimana yang dipaparkan oleh Matlamat Pembangunan Mapan PBB, kita perlu mengaktifkan enjin keusahawanan yang berskala bagi mencapai matlamat tersebut. Untuk melakukan itu, kita perlu membantu orang ramai memahami dengan lebih baik apa yang mewujudkan perubahan sebenar dan memperkasakan mereka untuk mengembangkan penyelesaian yang berjaya. Y Analytics akan membantu memaklumkan modal yang dicari mengenai perubahan, sekali gus memastikan bahawa setiap dolar digunakan secara paling berkesan dan menyediakan satu bahasa umum untuk mencapai kesan positif - merapatkan jurang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan dan memajukan kemajuan ke arah kelestarian dan rangkuman ekonomi." 
 
Dari Sir Ronald Cohen, Pengerusi bagi Kumpulan Pemandu Global untuk Impak Pelaburan: "Pelancaran Y Analytics melambangkan satu lagi langkah di dalam usaha penting untuk menyalurkan peningkatan pelaburan bagi memperbaiki kehidupan dan planet ini. Ia adalah satu mitos bahawa impak tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan pasti. Jika impak pelaburan merupakan kapal roket kita kepada peningkatan sosial, pengukuran impak adalah sistem pengemudian kita. Saya tidak sabar-sabar untuk menyokong usaha Y Analytics bagi mempercepatkan impak bagi kemajuan revolusi."

Dari Anders Strömblad, Ketua bagi Pengurusan Luaran, AP2: "Kami menyokong misi Y Analytics dalam mengejar suatu pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana untuk mendorong impak sosial dan alam sekitar yang positif di samping pulangan kadar pasaran. Bagi pelabur, impak tidak boleh sekadar satu istilah kualitatif, ia mestilah bersifat intrinsik kepada dan bersepadu sepenuhnya di dalam model perniagaan seseorang dan boleh diukur. Kerja-kerja Y Analytics untuk lebih memahami dan menilai apa yang mewujudkan impak dan untuk mengesan dan menilainya dari masa ke masa adalah penting; kita semua tahu mengapa kita perlu mempertimbangkan impak sosial dan alam sekitar, tetapi bagaimana kita memikul tanggungjawab bagi matlamat kita adalah pokok kepada isu itu."

Y Analytics adalah satu hasil perkembangan daripada The Rise Fund dan sebahagiannya dimaklumkan oleh pengalaman pelaburan aktif, yang berjumlah hampir $2 bilion merentasi 25 pelaburan dalam pelbagai sektor industri dan merangkumi pasaran di seluruh dunia. Membangunkan di atas usaha The Rise Fund – dengan perkongsian dengan Bridgespan dan KPMG – dan dikendalikan oleh satu kumpulan terdiri daripada ahli-ahli ekonomi dan penyelidik, Y Analytics akan berusaha untuk menterjemahkan penyelidikan untuk membantu pembuat keputusan menilai impak di bahagian depan bagi proses peruntukan modal dan menguruskan impak dengan ketat selepas itu. Ia akan juga bekerjasama dengan organisasi lain yang bekerja secara kreatif di ruang ini dan berkongsi pembelajaran mereka untuk membantu memajukan pengetahuan di dalam bidang itu. Ia akan memberi tumpuan kepada dua aliran utama kerja:
  • Penciptaan, Kemajuan dan Pengawalan bagi Disiplin yang berasaskan Penyelidikan – Membina mekanisme dan metodologi yang merapatkan jurang di antara komuniti penyelidikan, pengagih modal, dan pembuat keputusan utama yang lain. Y Analytics akan secara aktif berkongsi pendekatan dan pembelajaran dengan orang ramai untuk membantu memajukan bidang itu.
  • Penilaian Impak dan Perkhidmatan Analitik – Membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berkesan, berasaskan bukti dengan menggunakan satu pendekatan yang ketat yang mengurus dan menterjemahkan penyelidikan untuk memaklumkan anggaran bagi impak bersih dari segi ekonomi yang diwujudkan oleh sebuah pelaburan merentasi beberapa laluan impak.

Y Analytics akan secara aktif melibatkan pemimpin merentasi pelbagai bidang untuk memastikan ia membawa pelbagai perspektif ke dalam usaha mereka. Lembaga Penasihat Editorial mereka termasuk Helene Gayle (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Chicago Community Trust dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif bagi CARE), Lenny Mendonca (Rakan Kanan Emeritus, McKinsey and Company), Judith Rodin (bekas Presiden, Yayasan Rockefeller dan Presiden Emerita, Universiti Pennsylvania), Laura Tyson (Profesor Unggul di Graduate School, Haas School of Business dan Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Blum bagi Membangunkan Ekonomi, Universiti California, Berkeley), dan Robert J. Zimmer (Presiden, Universiti Chicago). Ia sedang membentuk perkongsian dengan institusi penyelidikan terkemuka, seperti Abdul Latif Jameel Poverty Action Lab di MIT, World Resources Institute dan dengan penyelidik terkemuka yang akan berkhidmat sebagai sebuah Majlis Penasihat Penyelidikan. Rakan-rakan ini akan membantu Y Analytics mengembangkan satu pemahaman yang lebih menyeluruh tentang laluan impak yang berpotensi dan secara berterusan memajukan usaha mereka.

Y Analytics akan bekerjasama dengan dan berkhidmat dengan pelbagai organisasi dan industri dari masa ke masa.

Maklumat mengenai Y Analytics: Y Analytics adalah sebuah perbadanan faedah awam baharu yang bebas, di mana penyelidikan dan modal bertumpu untuk kebaikan. Y Analytics merapatkan jurang di antara pembuat keputusan dan komuniti penyelidikan, dengan menggunakan satu pendekatan yang berasaskan penyelidikan untuk membantu agar lebih memahami impak daripada keputusan peruntukan modal. Y Analytics akan membolehkan peningkatan kecekapan dan jangkauan bagi setiap dolar yang dilaburkan dan akhirnya membantu memangkinkan sebuah masa hadapan yang mapan. Organisasi itu, yang termasuk pembentukan sebuah gabungan yang tidak mencari keuntungan beribu pejabat di Washington DC dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Maryanne Hancock.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11825