Tuesday, March 31, 2020

MOSFET KUASA 80V N-SALURAN TOSHIBA DIPASANG DENGAN PROSES GENERASI TERKINI MEMBANTU MENINGKATKAN KECEKAPAN BEKALAN KUASA

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan MOSFET kuasa 80V N-saluran kepada “siri U-MOS X-H” mereka yang dipasang dengan proses generasi terkini. MOSFET yang baharu itu sesuai untuk menukar ganti bekalan kuasa di dalam peralatan perindustrian yang digunakan di pusat data dan stesen pangkalan komunikasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200329005003/en/

Barisan produk yang diperluaskan itu  termasuk “TPH2R408QM,” yang ditempatkan di SOP Advance, sebuah pembungkusan jenis peletakan permukaan, dan “TPN19008QM,” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TSON Advance. Pengiriman bermula hari ini.

Saliran sumber On-rintangan di dalam produk 80V U-MOS X-H yang baharu itu, yang dihasilkan dengan proses generasi terkini, adalah kira-kira 40% lebih rendah daripada produk 80V di dalam produk siri U-MOS VIII-H proses generasi semasa. Keseimbangan di antara saliran sumber On-rintangan dan ciri-ciri cas get[1] juga telah dipertingkatkan[2] dengan mengoptimumkan struktur peranti. Hasilnya, produk baharu itu mempunyai pembaziran kuasa terendah[3] di dalam industri.

Toshiba sedang memperluaskan barisan produk mereka yang mengurangkan pembaziran kuasa untuk membantu mengurangkan penggunaan kuasa peralatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13241

Saturday, March 28, 2020

TA ASSOCIATES MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN STRATEGIK DALAM ACCION LABS

BOSTON & PITTSBURGH, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan satu pelaburan pertumbuhan strategik untuk menyertai Basil Technology Partners (“Basil”) sebagai sebuah pelabur di dalam Accion Labs (“Accion”), sebuah syarikat kejuruteraan produk perisian yang berfokuskan digital yang khusus di dalam teknologi baru muncul. Terma kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200326005064/en/

Ditubuhkan di Pittsburgh, PA pada tahun 2011, Accion adalah sebuah pemimpin di dalam membantu syarikat-syarikat dan perusahaan teknologi memanfaatkan kuasa bagi teknologi baru muncul. Kepakaran Accion merangkumi UX termaju, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, data besar/analisis, penghijrahan kepada awan/SaaS dan kejuruteraan semula bagi platform legasi, automasi proses, mobiliti, realiti terimbuh dan IOT. Pelanggan syarikat itu termasuk syarikat-syarikat produk perisian, syarikat e-SaaS, organisasi e-perniagaan dan perusahaan yang menjalani satu transformasi digital merentasi pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, teknologi dan fintech. Accion mempunyai lebih daripada 2,600 orang jurutera merentasi 14 pejabat di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Asia Pasifik.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan TA Associates sebagai sebuah pelabur di Accion,” kata Kinesh Doshi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Accion Labs. “Dalam memilih untuk bergandingan dengan TA, Accion dan pasukan Basil sangat tertarik terutamanya dengan kehadiran firma itu di peringkat global, sejarah melabur yang lama di dalam sektor teknologi dan pengalaman dalam syarikat-syarikat portfolio yang berkembang melalui M&A. Kami percaya bahawa TA akan terbukti menjadi sebuah rakan yang berharga ketika kami berusaha untuk terus mengembangkan Accion secara organik dan melalui pengambilalihan, dengan tumpuan khusus kepada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.”

“TA gembira untuk melabur di dalam Accion, sebuah peneraju berinovatif di dalam ruang kejuruteraan digital yang semakin meningkat,” kata Aditya Sharma, Prinsipal di TA Associates Advisory Private Limited. “Kami teruja dengan pertumbuhan pesat Accion, pasukan kepimpinan global yang mantap, kepakaran dalam teknologi baru muncul, pemecut proprietari dan IP, dan perhubungan pelanggan yang sangat bersepadu. Kami mengalu-alukan kerjasama erat dengan pengurusan Accion dan pasukan Basil di peringkat pertumbuhan syarikat yang seterusnya.”

Firma perunding pengurusan dan strategi Zinnov menganggarkan bahawa perbelanjaan tahunan ke atas kejuruteraan digital merentasi semua industri adalah sebanyak $160 bilion pada tahun 2018, dengan kira-kira 60% daripada perbelanjaan itu di Amerika Syarikat, diikuti oleh Eropah Barat dan Asia Pasifik. Firma itu meramalkan satu kadar pertumbuhan tahunan kompaun untuk sektor itu sebanyak 19% kepada $380 bilion sehingga tahun 2023.

“Pembelanjaan di dalam pasaran kejuruteraan digital dipacu oleh inovasi model teknologi dan perniagaan, pertumbuhan di dalam syarikat-syarikat teknologi, termasuk syarikat permulaan, dan kemunculan sebuah ekosistem digital global,” kata Dhiraj Poddar, Pengarah Urusan di TA Associates Advisory Private Limited. “Dengan pendekatan mereka yang berinovatif dan dipacukan oleh penyelesaian, kami percaya bahawa Accion berada pada kedudukan yang baik untuk terus memanfaatkan trend ini dan terus mengembangkan bahagian pasaran mereka di dalam industri yang bertenaga ini.”

“Sebagai sebuah penyedia teknologi khusus yang kami percaya mengubah secara drastik ruang perkhidmatan IT, Accion menjadi satu padanan yang sesuai untuk Basil,” kata Rajeev Srivastava, Pengerusi Eksekutif & Rakan Pengurusan, Basil Technology Partners. “Ia benar-benar memuaskan untuk terlibat dengan Accion semenjak penubuhannya, membantu untuk memacukan strategi dan pertumbuhan dalam perniagaan barisan hadapan ini.”

“Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan TA, memanfaatkan pengalaman pasaran Amerika Syarikat mereka yang mendalam untuk membantu skala Accion secara organik dan melalui M&A,” kata Sameer Kanwar, Ketua Pegawai Eksekutif & Rakan, Basil Technologies Partners.

Encik Sharma dan Encik Poddar akan menyertai Lembaga Pengarah bagi Accion Labs.

K&L Gates LLP berkhidmat sebagai penasihat Amerika Syarikat, Lexygen India berkhidmat sebagai penasihat India, KPMG berkhidmat sebagai penasihat cukai dan Avendus Capital berkhidmat sebagai bank pelaburan untuk Accion Labs dan Basil Technology Partners. Goodwin Procter LLP berkhidmat sebagai peguam bela dan Ernst & Young berkhidmat sebagai penasihat cukai kepada TA Associates. TA Associates Advisory Private Limited juga memberi nasihat mengenai urus niaga tersebut.

Maklumat mengenai Accion Labs

Accion Labs, yang ditubuhkan pada tahun 2011, adalah sebuah firma teknologi global yang berpusat di Pittsburgh yang mengkhususkan diri dalam bekerja dengan firma-firma teknologi dan organisasi IT dalam teknologi baru muncul seperti Aplikasi Internet Kaya, Senibina Berorientasikan Perkhidmatan, SaaS, Awan, Sumber Terbuka, BI/DW, Mobiliti, Automasi, DevOps dan Data Besar. Tersebar di lebih daripada 12 pejabat global, Accion mempunyai jumlah pekerja kejuruteraan melebihi 2,250 orang. Pelanggan Accion termasuk firma produk perisian, firma e-SaaS, organisasi e-dagang dan organisasi e-perniagaan. Accion melibatkan diri dengan pelanggan mereka di dalam pelbagai model penglibatan kotak putih secara usaha sama yang termasuk pasukan lanjutan, projek turn-key dan kakitangan profesional. Accion mengkhususkan diri dalam membina produk baharu dan produk-produk legasi kejuruteraan semula untuk memanfaatkan teknologi baru muncul dan amalan terbaik. Diketuai oleh pasukan pengurusan keusahawanan yang percaya di dalam pelaksanaan, hasil dan pembelajaran berterusan, Accion Labs telah diiktiraf sebagai satu daripada syarikat yang paling pesat berkembang di Pittsburgh oleh Pittsburgh Business Times dan satu daripada syarikat yang paling pesat berkembang di Amerika oleh majalah Inc. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.accionlabs.com.

Maklumat mengenai Basil Technology Partners Pte. Ltd.

Basil Technology Partners Pte. Ltd adalah sebuah pengurus dana berlesen di Singapura dan penasihat kepada Basil Technology Fund. Basil adalah sebuah pelabur teknologi pakar yang mengenal pasti dan melabur di dalam teknologi khusus yang mengubah secara rastik ruang perkhidmatan IT. Basil mempunyai satu pendekatan secara langsung untuk melabur yang sangat bergantung kepada mengenal pasti syarikat-syarikat perkhidmatan teknologi khusus, memperoleh kepentingan yang signifikan dan terlibat sebagai sebuah rakan operasi yang aktif dalam setiap syarikat portfolio untuk memacukan strategi, pertumbuhan – bagi kedua-dua organik dan bukan organik -- dan keluar. Basil telah membangunkan reputasi di dalam komuniti teknologi di Asia Tenggara, India dan Amerika Syarikat untuk pembiayaan, perkembangan dan teknologi keluar yang berjaya dan perniagaan yang berkaitan teknologi. Sejak tahun 2008, ahli-ahli pasukan Basil telah melabur di dalam dan mengendalikan kira-kira 14 pelaburan teknologi, dengan enam kejayaan untuk keluar, kebanyakannya dalam tempoh 3 - 5 tahun pelaburan. Pada  Ogos, 2018 Basil melengkapkan pusingan pengumpulan dana pihak ketiga yang berjaya daripada Limited Partners (LP) antarabangsa tersohor untuk memodelkan semula dan menyatukan kedudukan mereka sebagai sebuah pelabur di beberapa syarikat teknologi khusus terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.basilpartners.com.

Maklumat mengenai TA Associates

TA Associates adalah sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka. Dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang disasarkan di dalam lima industri -- teknologi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengguna dan perniagaan -- TA melabur di dalam syarikat-syarikat yang berkembang dan menguntungkan dengan peluang untuk pertumbuhan yang mapan, dan telah melabur di lebih daripada 500 syarikat di seluruh dunia. Melabur sama ada sebagai pelabur majoriti atau minoriti, TA menggunakan satu pendekatan jangka panjang, dengan memaksimumkan sumber strategik mereka untuk membantu pasukan-pasukan pengurusan membina nilai yang berpanjangan di dalam syarikat-syarikat pertumbuhan berkualiti tinggi. TA telah mengumpulkan $33.5 bilion di dalam modal sejak penubuhannya pada tahun 1968 dan komited kepada pelaburan baharu pada kadar lebih dari $2 bilion setahun. Lebih daripada 85 profesional pelaburan firma itu berpangkalan di Boston, Menlo Park, London, Mumbai dan Hong Kong. Maklumat lanjut mengenai TA Associates boleh diperolehi di www.ta.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13233

VISTAJET MENAWARKAN INFRASTRUKTUR GLOBAL UNTUK MENYOKONG KERAJAAN DAN ORGANISASI PERUBATAN SEMASA TEMPOH KETIDAKSTABILAN

Menyokong komuniti, menyokong individu
- VistaJet menawarkan penerbangan kembali yang kosong secara percuma untuk Kerajaan dan pengangkutan perubatan;
-Menggunakan infrastruktur dan kepakaran global dalam membantu untuk membawa produk perubatan kritikal;
-Bekerjasama dengan pakar dan pemimpin untuk mengenal pasti penyelesaian penerbangan baharu untuk komuniti global.

LONDON, 27 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, sedang membantu untuk memastikan mereka dengan keperluan perjalanan kritikal semasa waktu yang tidak tentu ini mampu bergerak.

Memahami keperluan komuniti global semasa dunia berusaha untuk bertindak balas terhadap situasi COVID-19 yang semakin berubah-ubah, VistaJet meneruskan usaha mengenal pasti cara baharu untuk memberikan bantuan menerusi rangkaian dan infrastruktur globalnya. Syarikat juga bekerja secara langsung dengan Kerajaan dan Konsulat di seluruh dunia, membantu mereka menghantar balik rakyat dengan menyediakan penerbangan kembali yang kosong secara percuma. Untuk memastikan lagi bahawa para pegawai mampu melaksanakan rancangan tindakan secepat mungkin, Syarikat sedang membantu untuk mengurus logistik kompleks bagi permit dan kertas kerja yang sewajarnya.

Dengan penerbangan kargo yang menurun secara drastik akibat pembatalan laluan komersial global utama dan diinspirasikan oleh usaha hebat manusia seluruh dunia, VistaJet juga sedang dalam perbincangan dengan organisasi perubatan, pakar dan pengawal atur kesihatan untuk mengenal pasti penyelesaian lain untuk memberikan bantuan, termasuklah dalam pengangkutan bekalan perubatan yang penting. Di samping itu, penerbangan kembali yang kosong sedang ditawarkan secara percuma untuk penerbangan kritikal untuk membawa pakar perubatan ke lokasi sewajarnya untuk membantu dalam membasmi pandemik global ini.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet berkata:
“Semua orang di VistaJet menilai cara kita boleh memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami dan komuniti global yang lebih besar semasa waktu yang sukar ini secara berterusan. Mendengar nasihat pakar, sama ada tentang keselamatan atau perubatan, kami di sini ingin memastikan bahawa mereka disokong sepenuhnya dengan keperluan penerbangan mereka. Ini merupakan waktu yang luar biasa dan kita mestilah bekerjasama sebaik mungkin untuk melakukan segala yang termampu untuk memberikan bantuan. Kami tahu kami biasanya tidak menawarkan penerbangan penghantaran balik atau pengangkutan alatan perubatan, tetapi secara asasnya, kami merupakan syarikat logistik dan kami di sini untuk membantu komuniti global sebaik mungkin. Kita bersama-sama dalam perjuangan ini.”

Syarikat telah menubuhkan laman web khas untuk menyalurkan semua permintaan daripada Kerajaan dan organisasi perubatan untuk memastikan keutamaan dalam menyelesaikan kes paling kritikal dan mengurus pemeriksaan keselamatan yang relevan.

Di samping itu, dengan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat, ramai pelanggan telah menghubungi untuk menilai pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan penerbangan mereka. Setelah mendengar kebimbangan mereka, VistaJet telah memperkenalkan Dynamic Jet Lease — pajakan jangka pendek selama satu, dua atau tiga bulan, menawarkan pesawat dan anak kapal khas yang ditugaskan di lapangan terbang paling berdekatan dengan anda. Ini merupakan pajakan bulanan unik yang menyediakan fleksibiliti tertinggi apabila perlu dan terutamanya semasa keputusan yang cepat harus diambil. Dynamic Jet Lease meningkatkan keselamatan, membebaskan sumber perniagaan teras pelanggan dan memastikan ketenangan minda dalam landskap global yang sentiasa berubah-ubah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13237

Friday, March 27, 2020

MENGUMUMKAN PUSAT KECEMERLANGAN DALAM KESIAPSIAGAAN KRISIS

Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis Toronto Centre mengukuhkan respons pengurusan krisis penyelia dan pengawal atur

TORONTO, 27 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Semenjak krisis kewangan 2008, Toronto Centre telah melatih lebih 3,600 penyelia dan pengawal atur kewangan dalam kesiapsiagaan krisis dalam lebih 120 program simulasi kesiapsiagaan krisis seluruh dunia, dengan tumpuan kepada negara membangun dan pasaran memuncul. Pada 2019, Toronto Centre menyampaikan latihan simulasi krisis masa nyata maya berbilang bidang kuasa yang pertama di rantau itu. Pusat Kecemerlangan dalam Kesiapsiagaan Krisis (CECP) Toronto Centre menyediakan latihan pengurusan krisis yang disesuaikan berasaskan simulasi untuk penyelia dan pengawal atur.

Dalam berdepan dengan ketidaktentuan semasa, alumni Toronto Centre lebih bersedia untuk menghadapi krisis global yang tidak dijangka akibat COVID-19.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13234

MUZIUM SENI NASIONAL, OSAKA, MENGUMUMKAN JADUAL PAMERAN UNTUK 2020

OSAKA, Jepun, 27 Mac, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Muzium Menyajikan Seni Kontemporari Yang Menzahirkan dengan Tepat Paduan Budaya Yang Unik bagi Osaka –

Muzium Seni Nasional, Osaka (NMAO) telah mengumumkan jadual pameran mereka untuk tahun 2020, termasuk pameran bagi “Karya Agung daripada Galeri Nasional, London.”

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202003117937?p=images

NMAO adalah sebuah muzium yang didedikasikan kepada seni kontemporari dari seluruh pelusuk dunia dengan satu koleksi yang terdiri daripada kira-kira 8,000 hasil karya, antara yang terbesar di Jepun. Pameran Koleksi itu, yang diubah sebanyak empat kali setahun, mempamerkan pilihan terbaik daripada pelbagai hasil karya yang dikumpulkan. Menggabungkan seniman agung seperti Alberto Giacometti, Pablo Picasso, dan Paul Cezanne dengan artis-artis yang telah mendefinisikan sejarah seni kontemporari seperti Wolfgang Tillmans, Gerhard Richter, Jiro Takamatsu, dan Yayoi Kusama, ini adalah satu ruang pameran yang sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk ditemui.

Sebagai metropolis kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo, Osaka adalah sebuah bandar raya yang sibuk dan bertenaga. Dari masakan tempatan seperti “takoyaki” dan “okonomiyaki” dan fesyen yang unik dan penuh berwarna-warni kepada pelawak yang berdiri di hadapan penonton dan teater, mainan boneka “bunraku”, dan tempat hiburan seperti Universal Studios Jepun, pelbagai budaya berkumpul di sini untuk menghasilkan pengalaman. Pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan Osaka sudah pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati seni kontemporari yang bertenaga dari seluruh dunia. Sambil menikmati tenaga bandar raya itu, sila menikmati seni kontemporari yang bertaraf dunia yang menggabungkan budaya yang menjangkau baharu dan lama, Timur dan Barat.

Selain seni, pengunjung boleh juga menikmati wajah jalan Osaka yang bersejarah dengan pelayaran di Sungai Nakanoshima yang berlepas dari kawasan yang berdekatan dengan muzium itu, di samping Istana Osaka, yang terkenal dengan bunga sakura di musim bunga.

Jadual pameran khas:
-Danh Vo oV hnaD (4 April hingga 14 Jun)
Pameran solo berskala besar yang pertama oleh artis yang disanjung di peringkat antarabangsa Danh Vo (b. 1975) di sebuah muzium Jepun

-Karya Agung dari Galeri Nasional, London (7 Julai hingga 18 Oktober)
Pameran berskala besar bagi koleksi galeri ini akan terdiri daripada sejumlah 61 hasil karya. Karya-karya agung yang terkenal di dunia oleh artis-artis seperti Vermeer, Rembrandt, dan Van Gogh akan dipamerkan di Jepun buat kali pertamanya.

-Makmal Muzium: Persilangan bagi Deria (tajuk tentatif) (7 November hingga 25 Disember)
Satu pengenalan kepada artis-artis Jepun yang menganggap ruang pameran itu seperti sebuah makmal dan mendalami kaedah eksperimen bagi ekspresi

Panduan audio (bayaran diperlukan) menyediakan penjelasan dalam Bahasa Inggeris, Cina, dan Korea.

Laman web: http://www.nmao.go.jp/en/

Sumber: Muzium Seni Nasional, Osaka

--BERNAMA

Thursday, March 26, 2020

HP MEMBANTU PROFESIONAL PERNIAGAAN KEKAL PRODUKTIF DI RUMAH DENGAN PERCETAKAN SELAMA BERBULAN-BULAN TANPA PERLU MUAT SEMULA

Memperkenalkan HP Neverstop Laser dengan 7X lebih banyak pencetakan dalam kotak6, pertama seumpamanya, muat semula toner yang mudah untuk kurang daripada satu sen untuk halaman5

PALO ALTO, Calif., 25 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- HP Inc. hari ini mengumumkan ketersediaan global bagi HP Neverstop Laser, tangki toner pertama dunia1.

“Apabila semakin ramai golongan perniagaan bekerja dari rumah, mereka memerlukan teknologi yang mudah digunakan dan pencetakan yang kurang terganggu – HP Neverstop menyampaikan kedua-duanya,” kata Tuan Tran, Presiden, Pencetakan, HP Inc. “Ini bermaksud, pencetakan selama berbulan-bulan9, tanpa perlu mengisi semula toner, pada kos terendah untuk setiap halaman.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13226

PRA HEALTH SCIENCES MENGEMBANGKAN SOKONGAN KAJIAN KLINIKAL SECARA JAUH DENGAN PLATFORM KESIHATAN MUDAH ALIH SEMASA PANDEMIK COVID-19

PRA HEALTH SCIENCES MENGEMBANGKAN SOKONGAN KAJIAN KLINIKAL SECARA JAUH DENGAN PLATFORM KESIHATAN MUDAH ALIH SEMASA PANDEMIK COVID-19

Wednesday, March 25, 2020

AJC Mencadangkan Petunjuk Penting Untuk Memperkasakan Perniagaan Tani ASEAN: Bagaimana Untuk Meningkatkan Penyertaan Di Dalam Rantaian Nilai Perniagaan Tani Global

AJC Mencadangkan Petunjuk Penting Untuk Memperkasakan Perniagaan Tani ASEAN: Bagaimana Untuk Meningkatkan Penyertaan Di Dalam Rantaian Nilai Perniagaan Tani Global

LEDDARTECH MENAMBAH BAIK PASUKAN PENGURUSAN DENGAN PELANTIKAN 4 EKSEKUTIF DENGAN KEPAKARAN DALAM KERJASAMA STRATEGIK, PENGURUSAN PRODUK, PENGELUARAN DAN RANTAI BEKALAN

QUEBEC CITY, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, berbangga untuk mengumumkan tambahan empat eksekutif pada syarikat. Selaras dengan perkembangan dan visi LeddarTech, individu-individu ini akan masing-masing memimpin bahagian dan mendukung piawai yang akan meningkatkan visi dan pembangunan, pengeluaran, rantai bekalan serta kerjasama strategik produk. 

Stéphane Rousseau, ahli profesional dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman, telah dilantik sebagai Naib Presiden Operasi Global. En. Rousseau bertanggungjawab untuk memantau pengeluaran, kejuruteraan pengeluaran, pengurusan projek, pematuhan kualiti dan standard, IT dan Rantai Bekalan.

Dr. David Cheskis telah dilantik sebagai Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk.  Beliau membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam kepakaran semikonduktor, optoelektronik, dan teknologi RF, takrifan produk, pemasaran teknikal dan pengurusan kepada peranan ini. Dr. Cheskis akan memantau rangkaian produk sistem pada cip (SoC), perisian dan modul LiDAR untuk automotif dan mobiliti.

Michael Poulin, yang telah bersama LeddarTech sepanjang sepuluh tahun lepas, telah dilantik sebagai Naib Presiden Kerjasama Strategik dan Pembangunan Koporat. Sebelum ini, En. Poulin memegang jawatan Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk. Dalam peranan baru beliau, tanggungjawab utama beliau ialah kerjasama strategik dan Ekosistem Leddar™. Mandat beliau adalah untuk memaksimumkan manfaatkan semua pihak yang bekerja secara kolaboratif sebagai sokongan bagi platform automotif dan mobiliti LiDAR berdasarkan teknologi LeddarEngine™ LeddarTech. En. Poulin juga akan menerajui perancangan strategik korporat dan inisiatif pertumbuhan lain ke arah mengukuhkan kedudukan LeddarTech sebagai peneraju pasaran dalam teknologi penderiaan.

David Moon menyertai LeddarTech sebagai Pengarah Produk Automotif dalam pasukan Pengurusan Rangkaian Produk. En. Moon mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri semikonduktor dengan kepakaran yang meluas dalam produk penderiaan optik. En. Moon akan bertanggungjawab untuk mengurus pasukan yang bertanggungjawab terhadap produk SoC LiDAR automotif termasuklah platform perisian dan kerjasama dengan pasukan jualan dan pemasaran untuk menyokong pelanggan automotif dan keperluan pembangunan mereka.

“Saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan pasukan kepimpinan ini ke LeddarTech”, kata En. Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. “Ahli profesional yang berpengalaman ini akan memaksimumkan keupayaan kita untuk menyokong jangkaan pertumbuhan hasil jangka masa terdekat ini sementara membolehkan kita meningkatkan lagi sokongan kita terhadap keperluan pelanggan”, rumus En. Saintellemy.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER: LeddarTech inc.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13219

Monday, March 23, 2020

NETSFERE MENAWARKAN PERKHIDMATAN PEMESEJAN PERUSAHAAN YANG SELAMAT SECARA PERCUMA UNTUK PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGGERAK PERTAMA SEMASA COVID-19

CHICAGO, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, perkhidmatan pemesejan mudah alih selamat global yang memenangi anugerah serta platform kerjasama daripada Infinite Convergence Solutions, Inc., hari ini mengumumkan perkhidmatan pemesejan perusahaan selamat miliknya ditawarkan secara percuma kepada hospital, penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan entiti kerajaan di seluruh dunia dalam usaha untuk mengimbangi impak COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.

Tawaran ini terpakai kepada pelanggan baharu sahaja. Perkhidmatan percuma akan ditawarkan pada sehingga bulan 30hb Jun, 2020 dan tawaran ini sah di seluruh dunia. Untuk membuat pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan pemesejan perusahaan percuma NetSfere, hubungi COVID-19Support@netsfere.com.

Platform berasaskan awan NetSfere merangkumi penyulitan hujung ke hujung yang mematuhi HIPAA dan keperluan kawal selia global yang lain seperti GDPR, memberikan kepada penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan pekerja kerajaan pilihan komunikasi selamat yang menawarkan kepantasan pemesejan segera merentasi pelbagai peranti. Doktor, jururawat dan ahli profesional perubatan lain boleh berkomunikasi dan berunding antara satu sama lain secara serentak berkaitan diagnosis atau keputusan ujian pesakit sementara melancarkan komunikasi dan operasi.

“Penyedia penjagaan kesihatan dan penggerak pertama kini berada di barisan hadapan untuk melindungi keselamatan orang ramai di seluruh dunia semasa pandemik global COVID-19 dan kami berasa terdapat keperluan untuk menawarkan bantuan kepada mereka dengan apa-apa jua cara yang kami boleh lakukan,” kata Anurag Lal, presiden dan CEO Infinite Convergence. “Kami berharap dengan menawarkan perkhidmatan pemesejan perusahaan kami secara percuma kepada penyedia penjagaan kesihatan ini, komunikasi dalaman dapat ditingkatkan, menghapuskan mana-mana masalah sedia ada dan membolehkan mereka untuk melakukan kerja mereka dengan lebih cekap.”

Pelan pemesejan perusahaan NetSfere merangkumi ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, algoritma keselamatan utama industri yang menyokong penyulitan peranti ke peranti, ciri-ciri berdasarkan lokasi, kawalan pentadbiran dan alat kerjasama termasuk panggilan suara satu dengan satu dan kumpulan berdefinisi tinggi, penstriman video dan perkongsian skrin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13217

Friday, March 20, 2020

MEMASUKI MALAYSIA, HEY YOGURT TELAH MENCETUSKAN SATU KEGILAAN PENGEMBANGAN GLOBAL



SINGAPURA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 4 Februari, HEY YOGURT telah mendarat buat pertama kalinya di skrin NASDAQ di New York, dan menyaksikan kebangkitan sebuah jenama minuman baharu oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200318005388/en/

HEY YOGURT, sebuah pemimpin di dalam yogurt probiotik

HEY YOGURT adalah sebuah jenama tempatan Australia di bawah WK Holdings Limited. HEY YOGURT memberi tumpuan kepada menyokong untuk kesihatan dengan “gula rendah dan lemak rendah” telah berjaya menonjol di dalam persaingan pasaran.

HEY YOGURT secara inovatif menggabungkan buah pic kuning, bijirin dan yogurt Australia untuk menghasilkan yogurt suhu rendah dengan probiotik semula jadi dan makanan tambahan.

Dalam tempoh dua bulan bagi persediaan intensif, HEY YOGURT telah membuka kedai Asia mereka yang pertama di Singapura pada pertengahan Januari 2020 dan dikendalikan oleh Hey Yogurt Pte Ltd, ia telah mencapai hasil yang luar biasa dalam masa kurang dari setengah bulan dengan jualan harian mencapai 1000 cawan!

HEY YOGURT akan mengambil langkah besar untuk berkembang. Pelan awal adalah untuk membuka 100 kedai pada tahun 2020 dan kedai-kedai di Kuala Lumpur, Melaka dan Johor di Malaysia sedang dalam persediaan.

Dan HEY YOGURT akan terus berkembang! Dengan lebih banyak usaha di Facebook, Instagram, YouTube, Google dan media berita dan saluran yang lain untuk mencapai pendedahan berterusan bagi jenama mereka, akan terus meningkatkan populariti antarabangsa bagi HEY YOGURT!

HEY YOGURT dipenuhi dengan probiotik yang dapat mengaktifkan sistem imun

Satu kajian baharu di Jerman telah mendapati bahawa Lactobacillus yang lazimnya ditemui di dalam makanan yang ditapaikan apabila digabungkan dengan probiotik, sistem imun itu akan diaktifkan melalui satu siri penandaan sel.

Imuniti adalah doktor terbaik, minum lebih banyak HEY YOGURT dapat meningkatkan keimunan dengan bantuan probiotik, meningkatkan sistem imun usus dan mencegah penyakit seperti virus influenza.

Pengembangan global HEY YOGURT hanya untuk sampai kepada pengguna!

Reka bentuk kedai HEY YOGURT sedang di peringkat akhir. Dinding luaran adalah “merah jambu pic”. Anda boleh melihat dengan jelas – logo “HEY YOGURT” di setiap kedai. Dihiasi dengan bola-bola putih, suasana keseluruhannya adalah mengkhayalkan dan lembut.

Luar biasa dalam penampilan dan pengalaman, dan idea-idea yang mengikut fesyen ini adalah sebenarnya yang ingin dikejar oleh HEY YOGURT.

HEY YOGURT mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak bandar raya untuk diterokai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13212

THE TRADE DESK DAN TIKTOK LANCAR PERKONGSIAN PENGIKLANAN BAHARU DI ASIA PASIFIK

PepsiCo di Thailand yang pertama melancarkan kempen, mengakses inventori premium TikTok melalui platform The Trade Desk


SINGAPURA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Trade Desk (Nasdaq: TTD) dan TikTok, destinasi utama bagi video mudah alih bentuk pendek, telah mengumumkan satu perkongsian pengiklanan baharu yang meliputi pasaran utama Asia Pasifik. Perkongsian itu akan membolehkan pengiklan untuk mengakses secara terus inventori premium TikTok di seluruh Asia Pasifik melalui platform The Trade Desk. TikTok adalah platform video bentuk pendek yang pertama untuk mengintegrasikan penawaran iklan mereka dengan The Trade Desk, menjadikannya sebuah pembangunan terkemuka industri yang unik untuk jenama-jenama di rantau itu.

TikTok adalah sebuah destinasi untuk mencipta dan menemui video mudah alih bentuk pendek yang sebenar, menarik, dan menyeronokkan, dan jenama-jenama adalah teruja dengan peluang itu untuk berhubung dengan berjuta-juta pengguna di platform itu. Penyepaduan dengan The Trade Desk, sebuah platform teknologi pengiklanan global terkemuka, akan memudahkan bagi pengiklan untuk menggabungkan TikTok ke dalam kempen mereka. PepsiCo adalah pelanggan pertama untuk mengakses inventori TikTok melalui The Trade Desk, menjalankan satu kempen bagi portfolio Lays di Thailand, dengan agensi media Mindshare.

“Ketika penyelesaian pengiklanan kami meningkat, kami sentiasa mencari rakan dengan pemimpin-pemimpin industri seperti The Trade Desk untuk membawa pilihan pengiklanan yang berkualiti dan berprestasi tinggi kepada jenama-jenama di Asia Pasifik, termasuk India. Objektif utama bagi perkara ini adalah untuk membolehkan lebih banyak jenama untuk meneroka ke dalam video mudah alih bentuk pendek TikTok sebagai sebahagian daripada kempen saluran semua arah mereka,” kata Sam Singh, Naib Presiden bagi Pengewangan, India, TikTok.

“Kami gembira kerana dapat melancarkan perkongsian ini dengan TikTok merentasi Asia Pasifik,” kata Mitch Waters, Naib Presiden Kanan Asia Selatan, The Trade Desk. “Semua orang di rantau ini memahami skop jangkauan TikTok, terutamanya dengan pengguna asli telefon pintar di India dan Indonesia. Jenama-jenama akan dapat meningkatkan kempen mereka untuk memasukkan video pendek, secara mudah dan selamat.”

“Demografi pertama telefon pintar merentasi Asia adalah sangat kritikal untuk PepsiCo,” kata Arun Mehra, Pengarah Kanan – Perkhidmatan Pemasaran, PepsiCo. “Perkongsian di antara TikTok dan The Trade Desk menjadikannya lebih mudah dan lebih tepat untuk menjangkau kepada penonton ini. Setelah menjalani latihan di Thailand, kami ingin memperluaskan kerja kami melalui perkongsian itu di rantau itu.”

Manivannan Ramasamy, Pengarah Urusan Serantau, Mindshare, menambah, “Jenama-jenama telah menjejaki kebangkitan video-video mudah alih bentuk pendek di seluruh dunia, tetapi terutamanya di Asia. Perkongsian di antara TikTok dan The Trade Desk menyediakan satu laluan yang boleh diukur untuk melibatkan diri melalui trend ini, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan jenama.”

Kempen-kempen yang dijalankan di Platform The Trade Desk adalah menggunakan nama samaran, yang bermaksud bahawa mereka tidak mengecam orang secara langsung. Pelanggan dan rakan adalah dilarang daripada menyediakan data peribadi ke dalam platform The Trade Desk, yang menggariskan komitmen TikTok kepada privasi. Perkongsian itu akan juga menggabungkan kepakaran di dalam kualiti tempat pasaran, menyekat tanggapan bukan manusia sebelum ia dibeli, sekali gus memastikan keselamatan jenama. Pada masa ini, perkongsian di antara The Trade Desk dan TikTok merangkumi 11 pasaran Asia Pasifik (termasuk Asia Tenggara, India, Australia dan Jepun) serta Rusia.

Maklumat mengenai The Trade Desk

The Trade Desk™ adalah sebuah syarikat teknologi yang memberikan kuasa kepada pembeli pengiklanan. Melalui platform layan diri, berasaskan awan mereka, pembeli iklan boleh membuat, mengurus dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital merentasi format dan peranti iklan. Penyepaduan dengan data utama, inventori, dan rakan-rakan penerbit memastikan jangkauan maksimum dan keupayaan membuat keputusan, dan API perusahaan membolehkan pembangunan khusus di atas platform itu. Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari thetradedesk.com atau ikuti kami di Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube.

Maklumat mengenai TikTok

TikTok adalah destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan membawa kegembiraan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk Los Angeles, Lembah Silikon, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo. www.tiktok.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005437/en/

Hubungi

John Mandeville
PR@thetradedesk.com

Sumber : The Trade Desk

Wednesday, March 18, 2020

PROXIMUS MELANJUTKAN KERJASAMA AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Pembaharuan kontrak tiga tahun itu membolehkan pelanggan Proximus terus menyandarkan kandungan digital bernilai dengan selamat kepada perkhidmatan awan yang selamat dan mudah


BRIDGEWATER, N.J., 18 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharu kontraknya untuk menyediakan Proximus dengan platform Awan Peribadi Synchronoss.

Sebagai operator telekomunikasi terbesar Belgium, Proximus telah menawarkan platform Synchronoss kepada pelanggan jalur lebarnya sejak 2015 menerusi penawaran awan label putih. Pelanggan boleh menyandarkan, menyimpan dan menyegerakkan kandungan daripada komputer riba, tablet, komputer peribadi dan telefon pintar kepada akaun mereka pada awan.

Pemanjangan kontrak tiga tahun itu bermaksud Proximus akan terus menyampaikan Awan Peribadi Synchronoss menerusi model percuma premium sedia ada. Pelanggan jalur lebar diberikan 10 gigabait dalam bentuk storan percuma dan juga pilihan untuk membayar €2.95 sebulan untuk 100 gigabait storan atau €9.95 untuk satu terabait. Pelanggan menentukan sama ada sandaran berlaku secara automatik atau manual dan mereka memilih jenis fail, contohnya gambar, video, dokumen, atau ketiga-tiganya, untuk disertakan dalam sandaran mereka.

“Awan Peribadi Synchronoss telah menjadi aset hebat untuk pelanggan kami,” kata Sébastien Leblanc, Ketua Pengurusan Produk Pengguna untuk Proximus. “Kita hidup dalam dunia yang pelanggan meletakkan nilai yang tinggi untuk kandungan digital mereka dapat disimpan dengan selamat dan mudah diakses. Di Proximus, kami mengenal pasti keperluan ini dan teruja untuk melanjutkan perkongsian dengan Synchronoss agar kami boleh terus memberikan perkhidmatan sandaran awan yang mudah untuk pelanggan kami.”

Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss digunakan oleh beberapa operator terkemuka dunia, termasuklah Verizon, AT&T, BT dan SFR di samping Proximus.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata pembekal rangkaian mudah alih dan syarikat telekomunikasi seperti Proximus secara jelas memahami pelbagai manfaat dalam menawarkan pelanggan peluang untuk menyandarkan dan menyimpan data peribadi secara langsung ke awan.

“Menyediakan perkhidmatan sandaran berjenama pembawa yang selamat dan mudah digunakan merentasi sebarang platform bukan hanya menyampaikan nilai tambah penting kepada pelanggan daripada jenama yang mereka sudah percaya, tetapi juga mencipta aliran hasil baharu untuk pembekal telekomunikasi. Kami berbesar hati kerana Proximus telah melanjutkan hubungan yang sudah lama wujud ini dan kami gembira untuk terus menyampaikan kebolehan untuk memberikan peluang kepada pelanggan untuk melindungi data penting dan memori bernilai mereka, memperkaya pengalaman pengguna dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan melakukan semua itu sambil membangunkan hasil keseluruhan syarikat,” kata Lurie.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan Synchronoss di https://synchronoss.com/solutions/cloud/.

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Maklumat Hubungan

Pelabur:
Joseph Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

CTC GLOBAL UMUMKAN SISTEM ACCC INFOCORE™ DAN PENGERAHAN KOMERSIAL PERTAMA

CTC GLOBAL UMUMKAN SISTEM ACCC INFOCORE™ DAN PENGERAHAN KOMERSIAL PERTAMA

Friday, March 13, 2020

SYMPHONY HEALTH BEKERJASAMA DENGAN DATAVANT UNTUK PANDANGAN PALING MENDALAM INDUSTRI BAGI PERJALANAN PESAKIT

RALEIGH, N.C., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan kerjasama antara Symphony Health dengan Datavant yang mengembangkan keluasan data yang tersedia untuk penyepaduan dan membolehkan syarikat sains hayat mendapatkan pandangan yang paling mendalam dan paling holistik bagi perjalanan pesakit dalam pasaran komersial.
Enjin nyahpengenalan Synoma® proprietari Symphony Health membolehkan penyepaduan set data pelengkap merentasi ekosistem kesihatan menggunakan token unik. Melalui kerjasama secara rapat dengan Datavant, Symphony Health memberi pelanggannya kefleksibelan untuk menyambungkan data yang disepadukan melalui Synoma kepada ratusan set data unik yang tersedia melalui Datavant.
Dengan memanfaatkan nyahpengenalan terbaik dalam kelasnya dan penyepaduan dengan enjin Synoma proprietari Symphony Health, pelanggan akan dapat menyambung, mengembang dan menganalisis semua jenis data berkaitan – rekod kesihatan elektronik, tuntutan perubatan dan farmasi, set data makmal diagnosis, demografi dan maklumat daripada peranti dipakai dan penderia pesakit yang dikumpul semasa percubaan klinikal. Memanfaatkan set data disepadukan ini, pelanggan kemudiannya boleh membina aset data khusus dan sesuai untuk penggunaan, strategi data tersuai dan membangunkan wawasan unik untuk perniagaan mereka dengan sokongan daripada pakar data PRA dan Symphony.

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN SALAH SEBUAH INSTITUSI PERNIAGAAN DAN EKONOMI UTAMA PORTUGAL

Ahli Terbaharu Mencerminkan Kepentingan Globalisasi dan Pempelbagaian dalam Pendidikan Pengurusan Siswazah

RESTON, Va., 12 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- The Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan tambahan salah satu syarikat perniagaan utama Portugal dalam keahliannya. Tambahan Nova School of Business & Economics (Nova SBE), meningkatkan jumlah keahlian GMAC kepada 229 institusi.

Ahli sekolah GMAC melalui proses jemputan sahaja yang ditadbir oleh lembaga pengarah organisasi. Calon kemudiannya akan menyertai proses permohonan komprehensif yang menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang sewajarnya untuk sekolah dan bakat untuk meneroka dan menilai sesama sendiri.

“Nova SBE komited kepada peningkatan berterusan bagi pendidikan pengurusan yang cekap dan bertanggungjawab,” kata Profesor Rita Campos Cunha, Timbalan Dekan, Pre-Experience Studies. “Sebagai sebuah sekolah, kami direka bentuk sebagai sebuah platform terbuka, sentiasa berhubung dan pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sekerja kita. Kami percaya GMAC merupakan penganjur hebat bagi sekolah perniagaan di seluruh dunia yang kita boleh berikan sumbangan melalui pengalaman dan cara kita sendiri, pada masa yang sama menerima manfaat daripada pengalaman kongsi sekolah ahli yang lain.”

“Sementara pendidikan perniagaan berkembang dengan rentak pasaran global yang berubah-ubah, institusi seperti Nova School of Business & Economics faham bahawa kepentingan inovasi cara dan perkara yang mereka ajar kepada pencetus perubahan esok,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.

Nova SBE menganggap institusinya sebagai komuniti warga dunia. Berkongsi visi kepelbagaian GMAC, institusi berusaha untuk berada di barisan hadapan inovasi sambil menyediakan eksekutif dan usahawan masa hadapan untuk menyumbang kepada dunia yang lebih terbuka, mampan dan terangkum. Financial Times telah memberikan kedudukan ke-22 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Pengurusan di seluruh dunia; ke-21 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Kewangan di seluruh dunia kepada sekolah ini; dan antara 30 Sekolah Perniagaan teratas di Eropah. Baru sahaja berpindah ke kampus baharu di kejiranan Carcavelos Lisbon, Nova SBE teruja untuk menawarkan pelajar pengalaman pembelajaran yang moden, interaktif dan kolaboratif.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah harus melengkapkan proses permohonan dan mengekalkan proses penerimaan terpilih, menawarkan program siswazah dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara, dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan peperiksaan GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses penerimaan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuklah mengundi dalam pengundian lembaga dan perkara lain yang diperlukan oleh Majlis.

Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

Thursday, March 12, 2020

CENTILI LANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN YANG BAHARU



Eksekutif telco dan teknologi terkemuka akan memimpin syarikat itu ketika ia memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di dalam pengewangan dan penglibatan digital

LONDON, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengewangan digital dan pengebilan pembawa global Centili telah melantik Zoran Vasiljev, seorang eksekutif telco dan teknologi terkemuka, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200310005644/en/

Pelantikan beliau akan menjadi kunci kepada pengukuhan kepimpinan syarikat ketika Centili bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang yang semakin meningkat di dalam industri pengewangan digital dengan produk baharu dan menegak pasaran, dengan memanfaatkan platform mereka yang telah memenangi anugerah.

Vasiljev membawa ilmu pengetahuan dan legasi yang tiada tolok bandingannya di dalam membina dan menjalankan usaha niaga digital yang berjaya.

– Saya amat teruja dengan peluang untuk memimpin pasukan Centili yang bertaraf dunia itu. Dengan asas teknologi yang mantap dan sebuah pasukan yang berpengalaman, Centili berada pada kedudukan yang unik untuk memaksimumkan peluang-peluang pertumbuhan baharu, ketika semakin banyak jenama digital utama dunia bergantung kepada Centili untuk mempercepatkan jangkauan dan pertumbuhan mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk membawa pengalaman saya dalam menaikkan perniagaan ke Centili ketika kedua-duanya berkembang pesat dengan perniagaan mereka yang teguh dan ketika kami melaksanakan pelan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, kata Zoran Vasiljev.

Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam media digital, telekom, dan perundingan pengurusan. Beliau menghabiskan tiga tahun terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Apigate. Terdahulu di dalam kerjaya beliau, beliau telah mengetuai projek-projek di dalam EU, MENA dan APAC, dengan memegang peranan eksekutif utama dan kepimpinan dengan Axiata Digital, StarHub, Arthur D. Little, Value Partners dan Kumpulan Peppers & Rogers.

– Zoran mempunyai pencapaian yang mengagumkan di dalam perniagaan antarabangsa dan pengurusan strategik. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah menyaksikan beliau berjaya memperjuangkan isu-isu yang paling mendesak di dalam pendigitan dan pengewangan. Kami menanti-nantikan perkara-perkara yang hebat di masa hadapan buat Centili di bawah bimbingan, tenaga dan keghairahan beliau, ketika syarikat itu bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang di dalam pembayaran dan penglibatan mudah alih, kata Roberto Kutic bagi pihak pemilik syarikat.

Maklumat

Centili bergandingan dengan lebih 280 MNO dan pedagang global dan kebangsaan terkemuka bagi membolehkan pembayaran mikro, pengenalan pengguna dan penglibatan mudah alih. Syarikat itu menganggap Badoo, Wargaming, iTaxi dan Busuu di kalangan pelanggan mereka. Ia telah diiktiraf sebagai vendor pengebilan pembawa langsung Tingkat 1 pada tahun 2018 dan 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13172

AT&T AKAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Penyelesaian menyeluruh akan membolehkan pelanggan AT&T untuk menyandarkan kandungan peribadi yang bernilai secara selamat daripada sebarang telefon pintar Android menerusi perkhidmatan awan nilai tambah

BRIDGEWATER, N.J., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguasakan Awan Peribadi AT&T, sebuah perkhidmatan baharu untuk pelanggan wayarles AT&T Mobility. Penyelesaian Synchronoss ini akan disepadukan dalam rangkaian perkhidmatan AT&T yang terpilih, menggunakan awan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Penyelesaian ini juga akan membolehkan AT&T untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada pelanggan wayarles mereka.

AT&T akan menawarkan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss versi mereka sebagai perkhidmatan nilai tambah kendiri yang akan bersepadu dengan perkhidmatan berasaskan awan AT&T berikut:

• Pemindahan Mudah Alih AT&T – Penyepaduan Synchronoss akan memberi pengguna aplikasi Pemindahan Mudah Alih AT&T, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pemindahan kandungan yang mudah daripada satu peranti kepada peranti yang lain, pilihan untuk mendaftar dalam perkhidmatan Awan Peribadi AT&T. Ini akan meluaskan keupayaan AT&T untuk menyokong dan melindungi kandungan pelanggan dengan memastikan bahawa kandungan dipindahkan dan disandarkan dengan selamat.

• Penyediaan & Pemindahan AT&T (Pengalaman Terus dari Kotak) – Kefungsian yang disediakan oleh Synchronoss, yang sebelum ini diumumkan pada pertengahan 2019, memberi pelanggan yang menggunakan pengalaman permulaan AT&T, keupayaan untuk memilih sendiri produk dan perkhidmatan nilai tambah secara mudah semasa proses penyediaan peranti.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata, “Operator hari ini mestilah menyediakan kepada pelanggan mereka produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka. Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss mencapai ini dengan mengautomatikkan penyandaran peranti dan meringkaskan cara pelanggan mengurus dan berinteraksi dengan kandungan mereka.  Ini membolehkan AT&T keupayaan untuk membawa perkhidmatan baharu kepada pelanggan.”

“Keupayaan untuk menawarkan kebolehan awan peribadi yang selamat sudah menjadi semakin penting kepada operator global,” kata Lurie. “Dengan melaksanakan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, AT&T kini sedang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Membenamkan awan ke dalam pengalaman penyediaan peranti terus dari kotak, meningkatkan perkhidmatan pemindahan kandungan dan menyediakan akses mudah kepada sandaran data berasaskan awan yang sangat diperlukan menjadikan AT&T peneraju dalam memenuhi keperluan pelanggan, meningkatkan penglibatan pengguna dan memacu pendapatan baharu.”

“Awan Peribadi AT&T adalah penting untuk menyediakan kepada pelanggan kami cara untuk menyimpan, memindah dan akses kandungan peribadi mereka menerusi peranti mudah alih,” kata Kevin Petersen, SVP Pemasaran Produk Wayarles. “Penyelesaian Synchronoss memberi kita keupayaan untuk menyepadukan manfaat ini ke dalam perkhidmatan kita sendiri – satu manfaat besar untuk kedua-dua pelanggan, yang lebih gemar mengurus perkhidmatan mereka secara digital dan untuk AT&T dengan manfaat daripada kepuasan pelanggan yang meningkat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan laman web Synchronoss pada https://synchronoss.com/solutions/cloud/

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13174

Wednesday, March 11, 2020

GCP APPLIED TECHNOLOGIES MENANDATANGANI URUS JANJI VERIFI® DENGAN INOVATOR TEKNOLOGI KONKRIT SINGAPURA PAN-UNITED CONCRETE PTE. LTD.

Meluaskan kedudukan global VERIFI® dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit menerusi kerjasama dengan pembekal konkrit dan simen terbesar Singapura

CAMBRIDGE, Mass., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP), pembekal terkemuka dunia dalam teknologi produk pembinaan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian dengan Pan-United Concrete Pte. Ltd., sebuah anak syarikat milik penuh Pan-United Corporation Ltd yang tersenarai di Singapura., pembekal konkrit dan simen terbesar di negara itu. Perjanjian itu melaksanakan sistem pengurusan konkrit dalam transit GCP iaitu VERIFI® untuk digunakan dalam lebih 300 armada trak pencampur konkrit milik Pan United dalam pasaran Singapura.

“Perjanjian kami dengan Pan-United merupakan langkah penting dalam meluaskan capaian global VERIFI® kami dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit dan mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Asia Pasifik,” kata Dr. Boudewijn Van Lent, EVP GCP bagi Specialty Construction Chemicals. "Pan-United merupakan pemimpin global dan inovator teknologi konkrit yang terbukti dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dan terus meningkatkan kualiti, kekonsistenan dan kecekapan cara konkrit dihantar."

Sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® menyediakan penyeliaan dan kawalan proses berautomasi yang canggih semasa transit dari loji konkrit sedia bancuh ke tapak kerja menggunakan penderia yang dipasang pada trak pencampur konkrit untuk menyelia, mengukur dan mengurus sifat konkrit yang dalam transit. Sistem VERIFI® menawarkan kawalan kualiti konkrit tahap baharu dan membantu untuk meningkatkan kekonsistenan produk dari satu trak ke seterusnya untuk mengurangkan bebanan yang ditolak, meningkatkan kecekapan tapak kerja dan meminimumkan kelewatan projek yang memakan kos. Di samping itu, teknologi itu menawarkan beberapa manfaat alam sekitar termasuk potensi untuk penggunaan simen yang kurang dan sisa yang berkurangan dan juga kecekapan bahan api yang meningkat.

"Sistem VERIFI® merupakan inovasi baharu dalam industri pembinaan. Sistem ini menetapkan standard yang lebih tinggi untuk kualiti, pengurusan kebolehkerjaan dan kekonsistenan untuk kualiti konkrit. Ini juga meningkatkan produktiviti operasi kami dan menunjukkan komitmen kami kepada kemampanan,” kata En. Ken Loh, Ketua Pegawai Operasi Pan-United Corporation Ltd. "Pan-United teruja untuk meluaskan penggunaan sistem VERIFI® dalam armada kami. Ini merupakan langkah penting untuk menerajui cara untuk memacu inovasi lebih mendalam ke dalam industri konkrit, sementara meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyelesaian mampan kepada pelanggan kami,” tambah En. Loh.

Perihal GCP Applied Technologies
GCP merupakan pembekal terkemuka dunia untuk teknologi produk pembinaan termasuklah bahan campur tambah dan bahan tambahan untuk konkrit dan simen, sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® , produk pengalisan air berprestasi tinggi dan produk pembinaan istimewa. Produk GCP telah digunakan untuk membina beberapa struktur terkenal di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.gcpat.com.

Hubungan Pelabur
Joseph DeCristofaro
T +1 617.498.2616
investors@gcpat.com

Pengumuman ini mengandungi “pernyataan prospektif,” dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934 dan Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan prospektif boleh dikenal pasti dengan konteks pernyataan tersebut dan secara umumnya timbul apabila GCP atau pengurusannya membincangkan kepercayaan, anggaran atau jangkaannya. Pernyataan seperti itu secara umumnya mengandungi perkataan “percaya,” “merancang,” “bercadang,” “menyasarkan,” “akan,” “menjangkakan,” “menganggarkan,” “mencadangkan,” “mengagak,” “pandangan,” “meneruskan,” atau ungkapan yang serupa. Pernyataan ini bukan fakta sejarah atau jaminan prestasi masa depan tetapi hanyalah mewakili kepercayaan GCP dan pengurusannya pada masa pernyataan itu dibuat berkenaan perkara masa depan yang tertakluk pada risiko, ketidaktentuan dan faktor lain tertentu, yang kebanyakannya di luar kawalan GCP. Hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau diramalkan dalam pernyataan prospektif berikut. Pernyataan prospektif termasuklah, tanpa had, pernyataan tentang kedudukan kewangan yang dijangka; hasil operasi; aliran tunai; rancangan pembiayaan; strategi perniagaan; rancangan operasi; alternatif strategik; modal dan perbelanjaan lain; kedudukan daya saing; peluang pertumbuhan untuk produk sedia ada; manfaat daripada teknologi baharu dan inisiatif pengurangan kos, rancangan dan objektif; dan pasaran untuk sekuriti. Seperti perniagaan lain, kami tertakluk pada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding unjuran kami atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif lain terbukti adalah salah. Faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif terbukti salah, termasuklah, tanpa had, risiko berkaitan: sifat kitaran dan bermusim industri yang GCP berikan khidmat; operasi luar, terutamanya di rantau yang memuncul; perubahan dalam kadar pertukaran mata wang; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; keberkesanan penyelidikan dan pembangunan GCP, pengenalan produk baharu dan pelaburan pertumbuhan; pemerolehan dan divestitur aset dan keuntungan dan kerugian daripada disposisi; pembangunan yang menjejaskan kecairan dan keberhutangan tertunggak GCP, termasuk perjanjian hutang dan pendedahan kadar faedah; pembangunan menjejaskan kewajipan pencen GCP yang dibiaya dan tidak dibiaya, jaminan dan tuntutan liabiliti produk; prosiding perundangan; ketidakmampuan untuk mewujudkan atau mengekalkan hubungan perniagaan tertentu dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal atau ketidakmampuan untuk mengekalkan pegawai penting; pengurusan bahan berbahaya dan kos pematuhan kepada peraturan alam sekitar; kejadian cuaca melampau dan bencana alam. Faktor di atas dan faktor lain dikenal pasti dan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Laporan Tahunan GCP pada Borang 10-K, yang telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. dan boleh didapati dalam talian pada www.sec.gov dan laporan suku tahunan yang terkemudian. Pembaca diperingat untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada unjuran dan pernyataan prospektif GCP yang lain, yang hanya merupakan gambaran mulai tarikh ini. GCP tidak mempunyai kewajipan untuk menyiarkan kepada awam sebarang semakan semula terhadap unjuran dan pernyataan prospektif lain yang terkandung dalam pengumuman ini atau untuk memaklumkan mereka melihat semula acara atau keadaan yang berlaku selepas tarikh pengumuman ini.

Sumber: GCP Applied Technologies Inc.