Saturday, March 28, 2020

TA ASSOCIATES MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN STRATEGIK DALAM ACCION LABS

BOSTON & PITTSBURGH, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan satu pelaburan pertumbuhan strategik untuk menyertai Basil Technology Partners (“Basil”) sebagai sebuah pelabur di dalam Accion Labs (“Accion”), sebuah syarikat kejuruteraan produk perisian yang berfokuskan digital yang khusus di dalam teknologi baru muncul. Terma kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200326005064/en/

Ditubuhkan di Pittsburgh, PA pada tahun 2011, Accion adalah sebuah pemimpin di dalam membantu syarikat-syarikat dan perusahaan teknologi memanfaatkan kuasa bagi teknologi baru muncul. Kepakaran Accion merangkumi UX termaju, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, data besar/analisis, penghijrahan kepada awan/SaaS dan kejuruteraan semula bagi platform legasi, automasi proses, mobiliti, realiti terimbuh dan IOT. Pelanggan syarikat itu termasuk syarikat-syarikat produk perisian, syarikat e-SaaS, organisasi e-perniagaan dan perusahaan yang menjalani satu transformasi digital merentasi pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, teknologi dan fintech. Accion mempunyai lebih daripada 2,600 orang jurutera merentasi 14 pejabat di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Asia Pasifik.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan TA Associates sebagai sebuah pelabur di Accion,” kata Kinesh Doshi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Accion Labs. “Dalam memilih untuk bergandingan dengan TA, Accion dan pasukan Basil sangat tertarik terutamanya dengan kehadiran firma itu di peringkat global, sejarah melabur yang lama di dalam sektor teknologi dan pengalaman dalam syarikat-syarikat portfolio yang berkembang melalui M&A. Kami percaya bahawa TA akan terbukti menjadi sebuah rakan yang berharga ketika kami berusaha untuk terus mengembangkan Accion secara organik dan melalui pengambilalihan, dengan tumpuan khusus kepada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.”

“TA gembira untuk melabur di dalam Accion, sebuah peneraju berinovatif di dalam ruang kejuruteraan digital yang semakin meningkat,” kata Aditya Sharma, Prinsipal di TA Associates Advisory Private Limited. “Kami teruja dengan pertumbuhan pesat Accion, pasukan kepimpinan global yang mantap, kepakaran dalam teknologi baru muncul, pemecut proprietari dan IP, dan perhubungan pelanggan yang sangat bersepadu. Kami mengalu-alukan kerjasama erat dengan pengurusan Accion dan pasukan Basil di peringkat pertumbuhan syarikat yang seterusnya.”

Firma perunding pengurusan dan strategi Zinnov menganggarkan bahawa perbelanjaan tahunan ke atas kejuruteraan digital merentasi semua industri adalah sebanyak $160 bilion pada tahun 2018, dengan kira-kira 60% daripada perbelanjaan itu di Amerika Syarikat, diikuti oleh Eropah Barat dan Asia Pasifik. Firma itu meramalkan satu kadar pertumbuhan tahunan kompaun untuk sektor itu sebanyak 19% kepada $380 bilion sehingga tahun 2023.

“Pembelanjaan di dalam pasaran kejuruteraan digital dipacu oleh inovasi model teknologi dan perniagaan, pertumbuhan di dalam syarikat-syarikat teknologi, termasuk syarikat permulaan, dan kemunculan sebuah ekosistem digital global,” kata Dhiraj Poddar, Pengarah Urusan di TA Associates Advisory Private Limited. “Dengan pendekatan mereka yang berinovatif dan dipacukan oleh penyelesaian, kami percaya bahawa Accion berada pada kedudukan yang baik untuk terus memanfaatkan trend ini dan terus mengembangkan bahagian pasaran mereka di dalam industri yang bertenaga ini.”

“Sebagai sebuah penyedia teknologi khusus yang kami percaya mengubah secara drastik ruang perkhidmatan IT, Accion menjadi satu padanan yang sesuai untuk Basil,” kata Rajeev Srivastava, Pengerusi Eksekutif & Rakan Pengurusan, Basil Technology Partners. “Ia benar-benar memuaskan untuk terlibat dengan Accion semenjak penubuhannya, membantu untuk memacukan strategi dan pertumbuhan dalam perniagaan barisan hadapan ini.”

“Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan TA, memanfaatkan pengalaman pasaran Amerika Syarikat mereka yang mendalam untuk membantu skala Accion secara organik dan melalui M&A,” kata Sameer Kanwar, Ketua Pegawai Eksekutif & Rakan, Basil Technologies Partners.

Encik Sharma dan Encik Poddar akan menyertai Lembaga Pengarah bagi Accion Labs.

K&L Gates LLP berkhidmat sebagai penasihat Amerika Syarikat, Lexygen India berkhidmat sebagai penasihat India, KPMG berkhidmat sebagai penasihat cukai dan Avendus Capital berkhidmat sebagai bank pelaburan untuk Accion Labs dan Basil Technology Partners. Goodwin Procter LLP berkhidmat sebagai peguam bela dan Ernst & Young berkhidmat sebagai penasihat cukai kepada TA Associates. TA Associates Advisory Private Limited juga memberi nasihat mengenai urus niaga tersebut.

Maklumat mengenai Accion Labs

Accion Labs, yang ditubuhkan pada tahun 2011, adalah sebuah firma teknologi global yang berpusat di Pittsburgh yang mengkhususkan diri dalam bekerja dengan firma-firma teknologi dan organisasi IT dalam teknologi baru muncul seperti Aplikasi Internet Kaya, Senibina Berorientasikan Perkhidmatan, SaaS, Awan, Sumber Terbuka, BI/DW, Mobiliti, Automasi, DevOps dan Data Besar. Tersebar di lebih daripada 12 pejabat global, Accion mempunyai jumlah pekerja kejuruteraan melebihi 2,250 orang. Pelanggan Accion termasuk firma produk perisian, firma e-SaaS, organisasi e-dagang dan organisasi e-perniagaan. Accion melibatkan diri dengan pelanggan mereka di dalam pelbagai model penglibatan kotak putih secara usaha sama yang termasuk pasukan lanjutan, projek turn-key dan kakitangan profesional. Accion mengkhususkan diri dalam membina produk baharu dan produk-produk legasi kejuruteraan semula untuk memanfaatkan teknologi baru muncul dan amalan terbaik. Diketuai oleh pasukan pengurusan keusahawanan yang percaya di dalam pelaksanaan, hasil dan pembelajaran berterusan, Accion Labs telah diiktiraf sebagai satu daripada syarikat yang paling pesat berkembang di Pittsburgh oleh Pittsburgh Business Times dan satu daripada syarikat yang paling pesat berkembang di Amerika oleh majalah Inc. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.accionlabs.com.

Maklumat mengenai Basil Technology Partners Pte. Ltd.

Basil Technology Partners Pte. Ltd adalah sebuah pengurus dana berlesen di Singapura dan penasihat kepada Basil Technology Fund. Basil adalah sebuah pelabur teknologi pakar yang mengenal pasti dan melabur di dalam teknologi khusus yang mengubah secara rastik ruang perkhidmatan IT. Basil mempunyai satu pendekatan secara langsung untuk melabur yang sangat bergantung kepada mengenal pasti syarikat-syarikat perkhidmatan teknologi khusus, memperoleh kepentingan yang signifikan dan terlibat sebagai sebuah rakan operasi yang aktif dalam setiap syarikat portfolio untuk memacukan strategi, pertumbuhan – bagi kedua-dua organik dan bukan organik -- dan keluar. Basil telah membangunkan reputasi di dalam komuniti teknologi di Asia Tenggara, India dan Amerika Syarikat untuk pembiayaan, perkembangan dan teknologi keluar yang berjaya dan perniagaan yang berkaitan teknologi. Sejak tahun 2008, ahli-ahli pasukan Basil telah melabur di dalam dan mengendalikan kira-kira 14 pelaburan teknologi, dengan enam kejayaan untuk keluar, kebanyakannya dalam tempoh 3 - 5 tahun pelaburan. Pada  Ogos, 2018 Basil melengkapkan pusingan pengumpulan dana pihak ketiga yang berjaya daripada Limited Partners (LP) antarabangsa tersohor untuk memodelkan semula dan menyatukan kedudukan mereka sebagai sebuah pelabur di beberapa syarikat teknologi khusus terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.basilpartners.com.

Maklumat mengenai TA Associates

TA Associates adalah sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka. Dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang disasarkan di dalam lima industri -- teknologi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengguna dan perniagaan -- TA melabur di dalam syarikat-syarikat yang berkembang dan menguntungkan dengan peluang untuk pertumbuhan yang mapan, dan telah melabur di lebih daripada 500 syarikat di seluruh dunia. Melabur sama ada sebagai pelabur majoriti atau minoriti, TA menggunakan satu pendekatan jangka panjang, dengan memaksimumkan sumber strategik mereka untuk membantu pasukan-pasukan pengurusan membina nilai yang berpanjangan di dalam syarikat-syarikat pertumbuhan berkualiti tinggi. TA telah mengumpulkan $33.5 bilion di dalam modal sejak penubuhannya pada tahun 1968 dan komited kepada pelaburan baharu pada kadar lebih dari $2 bilion setahun. Lebih daripada 85 profesional pelaburan firma itu berpangkalan di Boston, Menlo Park, London, Mumbai dan Hong Kong. Maklumat lanjut mengenai TA Associates boleh diperolehi di www.ta.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13233

No comments:

Post a Comment