Thursday, March 5, 2020

ADVANTEST MENGANJURKAN PAMERAN DAGANGAN MAYA PADA 10-11 MAC UNTUK MENERUSKAN ALIRAN MAKLUMAT PENGUJIAN IC WALAUPUN DILANDA SITUASI CORONAVIRUS

Acara Dalam Talian Bakal Mempamerkan Kemajuan Pengujian Semikonduktor Terbaru dan Ramalan Pasaran oleh Advantest dan Penceramah SEMI

TOKYO, 4 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pembekal peralatan ujian semikonduktor terkemuka Advantest Corporation (TSE: 6857) akan menganjurkan pameran dagangan maya pada 10-11 Mac untuk berkongsi data teknikal dan pasaran yang berharga dengan pelanggannya di seluruh dunia tanpa mengambil risiko mendedahkan para hadirin kepada kemungkinan dijangkiti penyakit Coronavirus (COVID-19).

Menggunakan persidangan web, pakar teknikal daripada Advantest akan membentangkan teknologi pengujian semikonduktor terbaru dan amalan terbaik dan juga berinteraksi dengan rakan kongsi strategik, pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi.  Di samping itu, forum dalam talian itu akan menampilkan ceramah berkenaan keadaan industri dan ramalan pasaran daripada dua eksekutif kanan SEMI, iaitu organisasi industri global yang mewakili rantaian bekalan pembuatan bahan elektronik.

“Kami telah membangunkan pameran dagangan maya ini untuk mempromosikan kesedaran kepada penyelesaian ujian semikonduktor yang paling canggih pada hari ini walaupun banyak pameran dagangan dan persidangan industri dibatalkan akibat wabak Coronavirus yang tragik,” kata Judy Davies, naib presiden komunikasi pemasaran global Advantest.  “Dalam usaha kami untuk menyokong pelanggan dengan berkongsi maklumat yang tepat pada waktunya dan relevan menerusi acara antarabangsa, SEMI seharusnya turut serta dan menyediakan wawasan mereka juga.”

“SEMI berbesar hati untuk menyertai pameran dagangan maya ini dengan Advantest yang beralih kepada komunikasi dalam talian untuk memastikan keselamatan para hadirin dan mengekalkan aliran bebas untuk maklumat berfaedah menerusi wawasan industri yang utama kepada ahli kami di seluruh dunia,” kata Ajit Manocha, presiden dan CEO SEMI.

Pada 10 dan 11 Mac, pameran dagangan maya inovatif Advantest akan memaparkan pertunjukan oleh barisan sembilan penceramah antarabangsa yang akan berkongsi wawasan kepakaran mereka dalam pelbagai bahasa.  Untuk mempromosikan penggunaan maklumat dibentangkan yang paling meluas, sesi akan dibentangkan dalam bahasa Inggeris, Cina Mandarin dan Korea.

Setiap sesi akan menjadi interaktif, memberi penonton peluang untuk bertanya soalan.  Semua sesi akan dirakam dan dimuat naik dalam talian untuk rujukan berterusan berikutan acara dua hari tersebut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13148

No comments:

Post a Comment