Monday, March 23, 2020

NETSFERE MENAWARKAN PERKHIDMATAN PEMESEJAN PERUSAHAAN YANG SELAMAT SECARA PERCUMA UNTUK PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGGERAK PERTAMA SEMASA COVID-19

CHICAGO, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, perkhidmatan pemesejan mudah alih selamat global yang memenangi anugerah serta platform kerjasama daripada Infinite Convergence Solutions, Inc., hari ini mengumumkan perkhidmatan pemesejan perusahaan selamat miliknya ditawarkan secara percuma kepada hospital, penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan entiti kerajaan di seluruh dunia dalam usaha untuk mengimbangi impak COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.

Tawaran ini terpakai kepada pelanggan baharu sahaja. Perkhidmatan percuma akan ditawarkan pada sehingga bulan 30hb Jun, 2020 dan tawaran ini sah di seluruh dunia. Untuk membuat pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan pemesejan perusahaan percuma NetSfere, hubungi COVID-19Support@netsfere.com.

Platform berasaskan awan NetSfere merangkumi penyulitan hujung ke hujung yang mematuhi HIPAA dan keperluan kawal selia global yang lain seperti GDPR, memberikan kepada penyedia penjagaan kesihatan, penggerak pertama dan pekerja kerajaan pilihan komunikasi selamat yang menawarkan kepantasan pemesejan segera merentasi pelbagai peranti. Doktor, jururawat dan ahli profesional perubatan lain boleh berkomunikasi dan berunding antara satu sama lain secara serentak berkaitan diagnosis atau keputusan ujian pesakit sementara melancarkan komunikasi dan operasi.

“Penyedia penjagaan kesihatan dan penggerak pertama kini berada di barisan hadapan untuk melindungi keselamatan orang ramai di seluruh dunia semasa pandemik global COVID-19 dan kami berasa terdapat keperluan untuk menawarkan bantuan kepada mereka dengan apa-apa jua cara yang kami boleh lakukan,” kata Anurag Lal, presiden dan CEO Infinite Convergence. “Kami berharap dengan menawarkan perkhidmatan pemesejan perusahaan kami secara percuma kepada penyedia penjagaan kesihatan ini, komunikasi dalaman dapat ditingkatkan, menghapuskan mana-mana masalah sedia ada dan membolehkan mereka untuk melakukan kerja mereka dengan lebih cekap.”

Pelan pemesejan perusahaan NetSfere merangkumi ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, algoritma keselamatan utama industri yang menyokong penyulitan peranti ke peranti, ciri-ciri berdasarkan lokasi, kawalan pentadbiran dan alat kerjasama termasuk panggilan suara satu dengan satu dan kumpulan berdefinisi tinggi, penstriman video dan perkongsian skrin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13217

No comments:

Post a Comment