Tuesday, March 3, 2020

MARY KAY INC. BERGANDINGAN DENGAN SPICE UNTUK BANTU MEMBENTUK MASA HADAPAN BAGI PEMBUNGKUSAN YANG MAPAN

DALLAS, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah pemimpin industri kosmetik di dalam tanggungjawab korporat dan sosial, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Inisiatif Pembungkusan Mapan bagi Kosmetik (SPICE) bersama-sama dengan 17 anggota organisasi semasa termasuk Hermes, Chanel, Coty, Estee Lauder dan lain-lain, untuk membimbing dasar-dasar pembungkusan yang mapan, memacukan inovasi pembungkusan, dan untuk memenuhi jangkaan pengguna berhubung pemahaman prestasi alam sekitar bagi produk.

“Di Mary Kay, kami merasakan bahawa merah jambu itu adalah merupakan hijau yang baharu,” kata Keith Learn, Naib Presiden bagi Pemerolehan dan Pembangunan Pembekal di Mary Kay. “Bersama-sama dengan SPICE dan pemimpin industri yang lain, Mary Kay adalah sangat komited untuk membina satu masa hadapan yang lebih sihat, lebih hijau, dan lebih mapan bagi generasi akan datang.”

Diasaskan bersama oleh L'Oréal dan Quantis pada tahun 2018, SPICE akan membangun dan menerbitkan metodologi dan data yang berorientasikan perniagaan untuk menyokong langkah membuat keputusan yang bingkas untuk meningkatkan prestasi alam sekitar bagi keseluruhan rantaian nilai pembungkusan itu. Perkembangan ini akan merupakan hasil daripada sesi kerja kolektif di mana ahli-ahli akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk kepentingan inisiatif dan akhirnya kepada pencapaian mapan pembungkusan kosmetik pada satu skala besar.

Bergabung dengan SPICE adalah yang terbaharu dalam satu siri langkah yang telah diambil oleh Mary Kay untuk meneruskan komitmen mereka kepada mengekalkan kemapanan. Pada tahun 2018, syarikat itu telah membuka Pusat Pembuatan/R&D Richard R. Rogers di Lewisville, Texas, yang berfungsi sebagai sebuah Sisa Sifar kepada kemudahan tapak pelupusan sampah dan telah dianugerahkan pensijilan Perak LEED yang menjadi rebutan. LEED, atau Kepimpinan di dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar, adalah sistem penarafan bangunan hijau yang paling banyak digunakan di dunia yang dibangunkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC). Pensijilan LEED diberikan kepada projek-projek yang direka, dibina, diselenggara dan dikendalikan dengan menggunakan amalan yang sihat, cekap dan mapan. Ia menandakan lokasi Mary Kay yang kedua untuk menerima pensijilan LEED. Pada tahun 2017, pejabat Mary Kay China di Shanghai telah menerima pensijilan Emas LEED untuk kepimpinan bangunan hijau mereka dan kecemerlangan dalam kemapanan.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200228005099/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13135

No comments:

Post a Comment