Thursday, March 12, 2020

AT&T AKAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Penyelesaian menyeluruh akan membolehkan pelanggan AT&T untuk menyandarkan kandungan peribadi yang bernilai secara selamat daripada sebarang telefon pintar Android menerusi perkhidmatan awan nilai tambah

BRIDGEWATER, N.J., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguasakan Awan Peribadi AT&T, sebuah perkhidmatan baharu untuk pelanggan wayarles AT&T Mobility. Penyelesaian Synchronoss ini akan disepadukan dalam rangkaian perkhidmatan AT&T yang terpilih, menggunakan awan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Penyelesaian ini juga akan membolehkan AT&T untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada pelanggan wayarles mereka.

AT&T akan menawarkan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss versi mereka sebagai perkhidmatan nilai tambah kendiri yang akan bersepadu dengan perkhidmatan berasaskan awan AT&T berikut:

• Pemindahan Mudah Alih AT&T – Penyepaduan Synchronoss akan memberi pengguna aplikasi Pemindahan Mudah Alih AT&T, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pemindahan kandungan yang mudah daripada satu peranti kepada peranti yang lain, pilihan untuk mendaftar dalam perkhidmatan Awan Peribadi AT&T. Ini akan meluaskan keupayaan AT&T untuk menyokong dan melindungi kandungan pelanggan dengan memastikan bahawa kandungan dipindahkan dan disandarkan dengan selamat.

• Penyediaan & Pemindahan AT&T (Pengalaman Terus dari Kotak) – Kefungsian yang disediakan oleh Synchronoss, yang sebelum ini diumumkan pada pertengahan 2019, memberi pelanggan yang menggunakan pengalaman permulaan AT&T, keupayaan untuk memilih sendiri produk dan perkhidmatan nilai tambah secara mudah semasa proses penyediaan peranti.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata, “Operator hari ini mestilah menyediakan kepada pelanggan mereka produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka. Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss mencapai ini dengan mengautomatikkan penyandaran peranti dan meringkaskan cara pelanggan mengurus dan berinteraksi dengan kandungan mereka.  Ini membolehkan AT&T keupayaan untuk membawa perkhidmatan baharu kepada pelanggan.”

“Keupayaan untuk menawarkan kebolehan awan peribadi yang selamat sudah menjadi semakin penting kepada operator global,” kata Lurie. “Dengan melaksanakan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, AT&T kini sedang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Membenamkan awan ke dalam pengalaman penyediaan peranti terus dari kotak, meningkatkan perkhidmatan pemindahan kandungan dan menyediakan akses mudah kepada sandaran data berasaskan awan yang sangat diperlukan menjadikan AT&T peneraju dalam memenuhi keperluan pelanggan, meningkatkan penglibatan pengguna dan memacu pendapatan baharu.”

“Awan Peribadi AT&T adalah penting untuk menyediakan kepada pelanggan kami cara untuk menyimpan, memindah dan akses kandungan peribadi mereka menerusi peranti mudah alih,” kata Kevin Petersen, SVP Pemasaran Produk Wayarles. “Penyelesaian Synchronoss memberi kita keupayaan untuk menyepadukan manfaat ini ke dalam perkhidmatan kita sendiri – satu manfaat besar untuk kedua-dua pelanggan, yang lebih gemar mengurus perkhidmatan mereka secara digital dan untuk AT&T dengan manfaat daripada kepuasan pelanggan yang meningkat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan laman web Synchronoss pada https://synchronoss.com/solutions/cloud/

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13174

No comments:

Post a Comment