Tuesday, March 10, 2020

GARIS PANDUAN OPERASI BIL. 1 TAHUN 2020 : PROSEDUR PENGEMUKAAN BORANG NYATA TERPINDA

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Operasi Bil. 1 Tahun 2020 berkaitan dengan Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Terpinda (BNT) telah dimuat naik ke Portal Rasmi LHDNM sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Garis panduan tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut:

www.hasil.gov.my > Laman Utama > Perundangan > Garis Panduan Operasi > Prosedur Pengemukaan Borang Nyata Terpinda

Bagi capaian pantas, klik di pautan berikut:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPO_1_2020_1.pdf

Garis panduan ini membatalkan Garis Panduan Operasi Bil. 4 Tahun 2019 yang telah dikeluarkan pada 30 Ogos 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 10 Mac 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

No comments:

Post a Comment