Monday, November 30, 2015

Kempen 'Hearme Hearme' Dan 'Teddy Bear Hospital Program' Tarikan MICF

SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Kempen #HearMe HearMe dan 'Teddy Bear Hospital Program', antara tarikan utama Malaysia Islamic Children's Fair (MICF) yang berlangsung tiga hari sehingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Pengerusi MICF Dayang Lily Maznah Abang Muas berkata pameran itu merupakan platform yang menyediakan pelbagai aktiviti, produk dan perkhidmatan berkaitan pendidikan berteraskan Islam kepada kanak-kanak.

"Seperti kempen #HearMe HearMe, ia bertujuan menggalakkan kanak-kanak mengemukakan pendapat atau pandangan seterusnya golongan dewasa boleh memberi maklum balas kepada isu berkenaan.

"Pendekatan ini akan membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri untuk bercakap, berkongsi idea dan aspirasi mereka dengan ibu bapa ataupun golongan yang lebih dewasa," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak yang mengunjungi MICF juga boleh menyertai aktiviti pengalaman melalui pembelajaran menerusi 'Teddy Bear Hospital Program' di bawah seliaan Islamic Medical Association of Malaysia Children and Teens Super Team (IMACAT).

Dayang Lily Maznah yang juga Pengarah Urusan Zurriyat Ventures Sdn Bhd berkata program itu membolehkan kanak-kanak membawa patung masing-masing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas.

"Aktiviti ini antara yang menyeronokkan kerana teddy bear itu akan dianggap sebagai pesakit manakala kanak-kanak itu pula sebagai ibu bapa.

"Menerusi aktiviti ini kita akan turut mendedahkan kanak-kanak itu berkaitan kesihatan mata dan gigi serta tentang kepentingan zat di dalam makanan," katanya.

Pameran yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu turut menyediakan pelbagai pertandingan bagi memupuk semangat kekeluargaan seperti 'Family Treasure Hunt' dan 'Family Coloring Contest'.

-- BERNAMA

Tuesday, November 24, 2015

PAMERAN HI-TECH CHINA (CHTF): SATU PESTA MENGENAI INOVASI TEKNOLOGI

SHENZHEN, China, 23 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China (CHTF) 2015 menawarkan inovasi untuk sepanjang minggu kepada pempamer dan pengunjung, terutamanya peminat teknologi, dari 16 hingga 21 November, 2015 di Bandar Raya Shenzhen di Wilayah Guangdong, China. Pameran itu adalah satu pesta mengenai trend dan konsep berkaitan teknologi.


Monday, November 23, 2015

CP KELCO MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEMBINA KILANG BIOGAM BAHARU DI AMERIKA UTARA

ATLANTA, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, pengeluar global yang terkemuka bagi penyelesaian hidrokoloid, hari ini mengumumkan hasratnya untuk membina kilang pembuatan moden baharu di Amerika Utara untuk gam gellan dan gam xanthan khusus.
 
"Memandangkan peningkatan yang berterusan dalam permintaan global untuk gam gellan dan gam xanthan khusus di semua pasaran serantau, pelaburan dalam kemudahan pengeluaran baharu menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang mampan dan inovasi utama produk-produk berprestasi tinggi ini dalam jangka masa panjang," kata Don Rubright, Presiden CP Kelco.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8497

Saturday, November 21, 2015

NTT COMMUNICATIONS BERADA PADA KEDUDUKAN SEBAGAI SEBUAH "PEMIMPIN" DALAM LAPORAN GARTNER 2015: "MAGIC QUADRANT BAGI HOS TERURUS YANG DIBOLEHKAN OLEH AWAN, ASIA/ PASIFIK"

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah pemimpin data, awan dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diletakkan dalam kuadran Pemimpin untuk Laporan*1 "Magic Quadrant bagi Hos Terurus Yang Dibolehkan oleh Awan,  Asia/ Pasifik" (Magic Quadrant), yang diterbitkan oleh Gartner Inc. pada November 2015, yang didasarkan kepada keupayaannya untuk melaksana dan menyempurnakan visi.


CITI DINAMAKAN BANK DIGITAL TERBAIK DI ASIA OLEH MAJALAH GLOBAL FINANCE

HONG KONG, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Citi telah diiktiraf sebagai Bank Digital Terbaik Asia bagi tahun 2015 oleh majalah Global Finance, dengan memenangi kategori Korporat Terbaik/ Bank Digital Institusi dan Bank Digital Pengguna Terbaik di rantau ini.

Pertandingan tahunan itu menilai aplikasi perbankan dalam talian dan mudah alih. Pemenang dipilih berdasarkan kepada kekuatan strategi untuk menarik dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam talian, kejayaan dalam mendapatkan pelanggan untuk menggunakan penawaran web, pertumbuhan kepada pangkalan pelanggan dalam talian, kepelbagaian produk yang ditawarkan, bukti faedah ketara yang diperolehi daripada inisiatif Internet dan reka bentuk dan fungsi laman web.


Thursday, November 19, 2015

PERISIAN BARU UNISYS MENINGKATKAN PERANAN CLEARPATH FORWARD SEBAGAI HUB UNTUK PANGKALAN DATA TENTUAN-PERISIAN MODEN

BLUE BELL, Pa., 18 Nov, 2015 /Medianet International-AsiaNet/--

Integrasi dengan Docker, VMware dan Microsoft SQL antara kemajuan utama dalam perisian untuk sistem komputer utama

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan perkembangan perisian baru, termasuk integrasi dengan penyimpan Docker, pengurusan VMware dan pangkalan data Microsoft SQL, yang memajukan sistem komputer utamanya, ClearPath ForwardTM. Keupayaan baru direka untuk mengembangkan sistem ClearPath Forward untuk menjadi platform lebih terbuka, didorong-perisian yang berkhidmat sebagai hab dalam pusat data tentuan-perisian hibrid.

Friday, November 13, 2015

TRIPWIRE PERKENAL PERLINDUNGAN ANCAMAN TITIK JUALAN

PORTLAND, Ore., 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tripwire, Inc., penyedia utama global dalam penyelesaian ancaman, keselamatan dan pematuhan, hari ini mengumumkan mengenai penawaran Tripwire POS Threat Protection (Perlindungan Ancaman POS Tripwire), satu set yang berkeupayaan untuk mengesan dan mencegah ancaman, yang dibangunkan khusus untuk melindungi daripada serangan siber yang menyasarkan peranti titik jualan (POS).

Banyak data kad kredit pengguna dicuri menggunakan serangan siber canggih ke atas peralatan POS.  Peranti Perlindungan Ancaman POS Tripwire menyediakan  35 dasar baharu dan 55 ujian baharu yang dibangunkan khusus untuk mengesan ancaman keselamatan POS khusus, termasuk kelemahan biasa dan penetapan konfigurasi yang boleh dieksploitasi, yang kerap digunakan oleh penyerang  siber untuk mengakses peranti POS dan data kad kredit pengguna. Dasar baharu ini mengesan dan memaklumkan pasukan keselamatan teknologi maklumat (IT) apabila peranti POS, pelayan dan infrastruktur rangkaian kad pembayaran mengalami perubahan khusus yang mendedahkan mereka terhadap kemungkinan dikompromi.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8470

Thursday, November 12, 2015

​INVASIF YANG MINIMUM, KEPUASAN YANG MAKSIMUM ANTI PENUAAN TL

SEOUL, Korea Selatan, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --Memandangkan paras rupa memainkan peranan yang penting untuk mempunyai daya saing, prosedur bagi menghasilkan muka seakan bayi semakin popular bersama-sama dengan prosedur lain untuk membuat wajah cantik atau kacak. Ia terutamanya menjadi satu trend di mana lebih ramai orang lebih suka menjalani pembedahan plastik petit berbanding dengan pembedahan plastik teknikal kerana mereka ingin mempunyai penampilan yang lebih baik dengan kadar mudah dan cepat.

TL Plastic Surgery Korea mengesyorkan pengkonturan kuasa V sebagai satu cara untuk mendapatkan kembali garis V di muka dan untuk menghasilkan muka bayi yang kecil dan langsing tanpa membuat pembedahan tulang muka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8467

PRINTRONIX AKAN MENJUAL RANGKAIAN PRODUK THERMAL/ AIDC KEPADA TSC AUTO ID TECHNOLOGY

IRVINE, Calif. 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Printronix Inc., sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian percetakan industri, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai satu persetujuan untuk menjual perniagaan Thermal/ AIDC mereka kepada TSC ID Auto Technology Co., Ltd. (TWSE: 3611.TWO)

TSC akan mengambil alih kesemua hak intelektual dan penjenamaan rangkaian produk pegun dan pencetak mudah alih Printronix Industrial Thermal, pengesahan kod bar, RFID, dan barisan produk PrintCart yang akan beroperasi selepas penutupan sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri yang akan diberi nama Printronix Auto-ID Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8462

QUINTILES SUMBANG KOD SUMBER TERBUKA KEPADA RESEARCHKIT

RESEARCH TRIANGLE PARK, N.C. 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quintiles, penyedia perkhidmatan biofarmaseutikal terbesar di dunia, telah mengumumkan sumbangannya bagi penguk  uhan rangka kerja ResearchKit yang direka oleh Apple untuk memudahkan penyelidik mengumpul data dengan lebih kerap dan lebih tepat daripada peserta kajian dengan menggunakan aplikasi iPhone.

ResearchKit membolehkan peserta untuk dengan mudah menyelesaikan tugas atau mengemukakan kaji selidik terus daripada aplikasi dan menyampaikan satu cara yang mudah untuk membentangkan kepada peserta dengan proses persetujuan termaklum yang interaktif. Quintiles menyumbangkan pengukuhan kepada rangka kerja ResearchKit untuk menyediakan kepada pemaju dengan lanjutan yang menyokong keupayaan tambahan yang seterusnya, akan membolehkan mereka  mewujudkan pengalaman aplikasi yang lebih canggih. Quintiles merancang menggunakan peningkatan ini bagi membangunkan peranti penglibatan pesakit untuk aplikasi berasaskan ResearchKit.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8466

Mokaya Luaskan Edaran Coklat Keluarannya Ke Pasar Raya AEON

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Syarikat coklat tempatan, Mokaya Chocolates akan meluaskan pengedaran coklat keluarannya ke rangkaian pasar raya terkemuka AEON, pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Pengasasnya, Rahul Agarwal berkata 14 produk coklatnya itu telah berada di rangkaian pasar raya tempatan termasuk pasar raya Giant di seluruh negara.

"Produk Mogaya terdiri daripada lapan coklat premium berperisa, dua coklat gelap dan empat bar coklat kecil seberat 40 gram," katanya kepada Bernama hari ini.

Rangkaian Mokaya termasuk coklat tulen dan pilihan bar coklat yang menyerlahkan rasa aromatik buah-buahan, kacang dan herba.

-- BERNAMA

Wednesday, November 11, 2015

PAMERAN KANDUNGAN JEPUN MENYAKSIKAN JUMLAH REKOD PESERTA

TOKYO, 6 Nov., 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Pameran Kandungan Jepun (JCS), yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Yayasan bagi Penggalakan Industri Muzik dan Kebudayaan (TIMM), UNIJAPAN (TIFFCOM) dan Persatuan Animasi Jepun (TIAF), berlangsung di GRAND PACIFIC LE DAIBA, Tokyo, dari 20 hingga 22 Oktober. Sepanjang tempoh tiga hari itu, ia telah mengalu-alukan 24,291  peserta, jumlah terbesar dalam sejarahnya.

Tahun ini JCS menandakan tahun ke-4 sebagai pasaran pelbagai kandungan yang menampilkan muzik, filem dan animasi. Seminar peringkat tinggi itu yang menampilkan topik panas termasuk perniagaan VOD telah diadakan dan mendapat sambutan hebat daripada peserta pasaran. Banyak sesi menemui pelanggan dan acara padanan perniagaan juga diadakan dan menyediakan peluang dan rangkaian perniagaan yang memberi manfaat di kalangan peserta dari seluruh dunia. Penayangan dan pameran pasaran secara langsung sangat berjaya dalam menggamitkan perhatian daripada kalangan profesional industri yang sedang mencari bakat-bakat baharu  dari Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8461

Monday, November 9, 2015

IOT PERTANIAN BAKAL TINGKAT PENDAPATAN DAN PELUANG PEKERJAAN

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pengenalan 'Internet of Things' (IoT) dalam bidang pertanian dan akuakultur bakal mencetuskan revolusi dalam industry pengeluaran makanan negara, sekali gus meningkatkan pendapatan serta peluang pekerjaan.

Selain membantu pengusaha akuakultur dan peladang yang berpendapatan di bawah 40 peratus mendapat pulangan tinggi, IoT  turut memberi pengetahuan mengenai stok barangan pertanian yang akan memudahkan urusan mereka.

--BERNAMA

Thursday, November 5, 2015

COTY INC. UMUM STRUKTUR ORGANISASI BAHARU DAN PASUKAN EKSEKUTIF MASA HADAPAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN KEPIMPINANNYA DI PERINGKAT DUNIA DALAM BIDANG KECANTIKAN

Kuatkuasa Tertakluk kepada Penyiapan Penggabungan dengan Perniagaan P&G dalam Wangi-wangian, Warna Kosmetik, Salon Profesional & Warna Rambut dan Penggayaan 
NEW YORK, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Coty Inc. (NYSE: COTY) hari ini mengumumkan satu struktur organisasi baharu dan pasukan kepimpinan masa hadapan bagi syarikat itu, kedua-duanya akan berkuat kuasa tertakluk kepada penyiapan penggabungan Coty dengan perniagaan wangi-wangian halus, warna kosmetik, salun profesional dan warna rambut The Procter & Gamble Company (NYSE: PG) ("P&G Specialty Beauty Business"). Perubahan ini dijangka meletakkan syarikat itu di kedudukan terbaik untuk memajukan kedudukan kepimpinan global Coty di sektor Kecantikan.

Wednesday, November 4, 2015

UNIONPAY INTERNATIONAL TAJA EKSKLUSIF ANUGERAH MUZIK MNET ASIA 2015-PEMEGANG KAD BOLEH MEMBELI TIKET LEBIH AWAL MELALUI "PEMBAYARAN DALAM TALIAN UNIONPAY"

SHANGHAI, China, 3 Nov, 2015 /Xinhua-AsiaNet/--

MAMA 2015 akan diadakan di Hong Kong pada 2 Disember. Dari 30 Oktober, UnionPay International, penaja eksklusif MAMA, akan menawarkan pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk pembelian tiket lebih awal, kepada pemegang kad (dengan nombor kad bermula dengan 62). Logo "UnionPay" juga akan muncul di dalam dan luar stadium hari itu.

Dihoskan oleh syarikat CJ E&M dari Korea Selatan, MAMA adalah salah satu anugerah muzik yang paling penting di Asia. Ini adalah kali kedua UnionPay International menaja MAMA secara eksklusif, menunjukkan bahawa UnionPay, sebagai jenama pembayaran antarabangsa yang berkembang pesat, telah diiktiraf oleh peningkatan jumlah orang luar negara kerana imej mesra yang dinamik dan yakin. Tahun lepas, BIGBANG dan EXO telah masing-masing dianugerahkan "Lagu Terbaik Tahunan UnionPay" dan "Penyanyi Terbaik Tahunan UnionPay". Pada tahun ini, barisan bintang yang akan menghadiri acara itu akan menjadi lebih hebat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8452

Tuesday, November 3, 2015

KAUNTER BERGERAK EPEROLEHAN TUMPUAN MENTERI KPDNKK

PETALING JAYA, 3 Nov (BERNAMA) -- Kaunter bergerak ePerolehan yang dioperasi Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) untuk Kementerian Kewangan Malaysia, menjadi tumpuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato’ Hamzah Zainudin yang merasmikan Fiesta Larut di Selama, Perak pada 31 Oktober (Sabtu) lepas.

Dato’ Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, tertarik dengan kaunter bergerak ePerolehan yang telah banyak menjelajah ke serata pelusuk Semenanjung Malaysia mempromosi dan memberi khidmat nasihat mengenai sistem ePerolehan kepada penduduk luar bandar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8454

Monday, November 2, 2015

PANDA POWER FUNDS BIAYAI SALAH SATU PROJEK PENUKARAN TENAGA ARANG BATU-GAS ASLI TERBESAR DI AMERIKA SYARIKAT

DALLAS, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Panda Power Funds telah membiayai loji tenaga 1,124 megawatt "Hummel Station" - salah satu daripada projek-projek penukaran tenaga arang batu kepada gas asli terbesar di Amerika Syarikat. Loji itu akan ditempatkan di tapak loji tenaga kuasa arang batu Sunbury yang telah diberhentikan berhampiran Shamokin Dam di Snyder County, Pennsylvania. Loji 400 MW berusia 65 tahun itu ditutup pada tahun 2014 sebagai tindak balas kepada harga gas asli yang rendah dan bermulanya peraturan alam sekitar ketat yang diisytiharkan oleh Pentadbiran Obama.

Stesen penjanaan Panda Hummel akan dijana dengan gas Marcellus Shale, yang dijangka akan menyediakan projek itu dengan kelebihan kos operasi yang ketara. Loji itu dijangka membekalkan pasaran besar tenaga, termasuk Philadelphia dan kawasan metropolitan New York, apabila ia memasuki operasi komersial pada suku pertama 2018.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8431

IMPAK GLOBAL COUPA DAPAT DILIHAT DENGAN SIRI ACARA ASIA PASIFIK

SINGAPURA, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Coupa Software, sebuah pemimpin di dalam pengurusan perbelanjaan berasaskan awan, akan menganjurkan satu siri acara di Asia Pasifik untuk menawarkan pelanggan Coupa yang sedang berkembang pesat merentasi rantau itu dengan peluang-peluang untuk belajar, menjalin rangkaian, dan bertukar-tukar amalan terbaik.

Empat acara membawa bersama pakar-pakar dari Spend Matters, Pemimpin Perolehan, Consus, dan Coupa untuk menawarkan sumber, pengetahuan, dan peluang-peluang rangkaian kepada eksekutif kewangan dan pemimpin perolehan di organisasi di seluruh rantau itu. Acara-acara itu dijadualkan pada Oktober dan November dan akan diadakan di Singapura dan Kuala Lumpur.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8426