Monday, April 30, 2018

100 anggota Kelab Ambank Group sertai karnival Candat Sotong 2018

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama)-- Kelab AmBank Group (KAG) menganjurkan Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2018 buat kali kelima dengan penyertaan hampir 100 peserta di Marang, Terengganu pada 27 April.

Karnival berkenaan dilancarkan oleh Presiden KAG merangkap Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali

"Karnival Candat Sotong KAG merupakan acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh anggota KAG, di mana kami sentiasa menerima sambutan menggalakkan dan oleh itu kami akan menganjurkan kejohanan kedua pada bulan hadapan.

"KAG akan terus menganjurkan aktiviti seperti ini di mana kebanyakan anggota boleh sertai bersama dan pada masa yang sama juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan di kalangan warga kerja AmBank," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada karnival tersebut, bagi kategori berkumpulan dimenangi oleh pasukan 'VVIP', diikuti tempat kedua dimenangi oleh pasukan 'Dukun Sotong Kembali' dan tempat ketiga dimenangi oleh 'Gerak Gempur'. Jumlah tangkapan keseluruhan adalah 100.5 kilogram.

Bagi kategori sotong terpanjang pula dimenangi oleh Mohd Zaki Ali. Edisi pada tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan yang diberikan kepada tekong terbaik sepanjang aktiviti mencadat dijalankan, yang dimenangi oleh tekong bagi bot pasukan 'VVIP'. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Syed Anuar.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan dari anggota KAG, Karnival Candat Sotong kedua dijadualkan pada 12 Mei ini, yang akan disertai seramai 200 lagi anggota KAG.

-- BERNAMA

SAMPEL PENGHANTARAN TOSHIBA BAGI IC PEMACU MOTOR DENGAN LANGKAH MIKRO BERDEFINISI TINGGI

SAMPEL PENGHANTARAN TOSHIBA BAGI IC PEMACU MOTOR DENGAN LANGKAH MIKRO BERDEFINISI TINGGI

LOJI WESTINGHOUSE AP1000® UNTUK BEBAN BAHAN API

Peristiwa penting bagi teknologi Westinghouse

SANMEN, China, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westinghouse Electric Company, Perbadanan Teknologi Tenaga Nuklear Negara China (SNPTC) dan CNNC Sanmen Nuclear Power Company Limited (SMNPC) hari ini mengumumkan bahawa unit pertama dunia bagi loji kuasa nuklear AP1000 yang terletak di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, telah menerima permit beban bahan api dari Pentadbiran Keselamatan Nuklear Kebangsaan China (NNSA) dan memulakan pemunggahan awal bahan api.

"Hari ini kami telah mencapai satu kejayaan besar bagi Westinghouse dan teknologi loji AP1000 kami," kata José Emeterio Gutiérrez, presiden dan ketua pegawai eksekutif Westinghouse. "Ini adalah langkah utama yang seterusnya di dalam menyampaikan kilang AP1000 yang pertama di dunia kepada pelanggan kami dan menunjukkan manfaat teknologi keselamatan pasif kami yang termaju kepada dunia."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11075

JAM CITY MELANCARKAN HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY DI APP STORE DAN GOOGLE PLAY

Permainan Mudah Alih Baharu Membolehkan Pemain untuk Menyelami Magik Sekolah Ilmu Sihir Hogwarts dan Kepintaran Secara Langsung sebagai Pelajar

LOS ANGELES, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpangkalan di Los Angeles, hari ini mengumumkan bahawa permainan mudah alih baharu Harry Potter: Hogwarts Mystery  boleh diperolehi untuk dimuat turun sekarang di App Store dan Google Play. Dibangunkan oleh Jam City dengan kerjasama Warner Bros. Entertainment Interactive, Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih pertama di mana pemain mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Permainan itu akan dilancarkan di bawah Warner Bros. Interactive Entertainment Portkey Games, sebuah label yang didedikasikan untuk mewujudkan pengalaman mudah alih dan permainan video baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51792160&lang=en

"Ada beberapa detik di mana sebuah syarikat hiburan mudah alih mempunyai peluang untuk benar-benar membawa keajaiban ke dunia dan kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima untuk permainan kami daripada peminat Harry Potter di merata tempat," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City. "Kami di Jam City telah berusaha keras untuk memastikan bahawa mana-mana ahli sihir yang mempunyai cita-cita tinggi boleh memasuki Hogwarts melalui telefon pintar dan tablet mereka dan memulakan pengembaraan magik mereka."

Kisah Harry Potter: Hogwarts Mystery ditetapkan pada tahun 1980-an. Di dalam permainan itu, pemain akan melangkah maju sebagai seorang pelajar melalui Hogwarts, dengan menyertai satu daripada empat buah rumahnya. Pemain akan dapat membuat dan meningkatkan watak peribadi dengan menggunakan satu sistem penyesuaian avatar, belajar pelbagai kemahiran magik, dan menjalin hubungan dengan pelajar lain. Mereka juga akan dapat menguasai segala-galanya daripada membuat ramuan di bawah pandangan kritikal Snape, kepada Transfigurasi dengan Profesor McGonagall. Bersama-sama dengan menyihir yang interaktif, permainan ini mempunyai sebuah sistem pertemuan di mana pilihan naratif memberi kesan kepada bahagian cerita.

"Terlibat di dalam pembuatan permainan mudah alih Harry Potter: Hogwarts Mystery akan memberikan keseronokan kepada cucu-cucu saya," kata Dame Maggie Smith, suara bagi Profesor McGonagall di dalam permainan itu.

Pemain akan juga diperkenalkan kepada beberapa watak asal permainan seperti Penny, seorang pakar ramuan Hufflepuff yang popular, Tulip, seorang Ravenclaw yang suka bergurau dan memberontak, dan Merula, seorang Slytherin yang mempunyai sejarah masa lampau yang hitam. Ketika pemain membongkar misteri Hogwarts, mereka akan menerokai lokasi-lokasi yang biasa seperti Diagon Alley dan Hogsmeade.

Harry Potter: Hogwarts Mystery boleh dimainkan secara percuma dan boleh didapati SEKARANG pada peranti mudah alih melalui App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai Harry Potter: Hogwarts Mystery, dan untuk berhubung dengan peminat Harry Potter yang lain, sila layari www.facebook.com/HPHogwartsMystery/www.twitter.com/HogwartsMystery, dan untuk maklumat lanjut sila layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.

Maklumat mengenai Jam City:

Jam City adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan mudah alih, dengan menyediakan pengalaman permainan sosial untuk berjuta-juta orang pemain di seluruh dunia. Jam City ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pengasas bersama MySpace Chris DeWolfe dan Aber Whitcomb, dan bekas eksekutif 20th Century Fox Josh Yguado. Jam City adalah sebuah kuasa besar kreatif di sebalik beberapa francais permainan sosial yang paling tinggi mencatatkan keuntungan dan lama bertahan bagi mudah alih, termasuk Cookie Jam (pemenang "Permainan Terbaik Tahunan" Facebook) dan Panda Pop. Jam City adalah studio untuk ke Hollywood, setelah membangunkan permainan mudah alih yang kaya dengan naratif dan mendalam di sekitar jenama-jenama hiburan ikonik termasuk Harry Potter, Family Guy dan Marvel Avengers. Jam City mempunyai 500 orang pekerja di seluruh studio di Los Angeles (Ibu Pejabat), San Francisco, San Diego, Bogota dan Buenos Aires. Pasukan Jam City terkenal dengan kecemerlangan kreatif dan inovasi teknologi mereka di dalam bidang-bidang utama termasuk bercerita, sains data dan pandangan pengguna.

Maklumat mengenai Warner Bros. Interactive Entertainment:

Warner Bros. Interactive Entertainment, sebuah bahagian dari Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pelesen dan pengedar utama di seluruh dunia bagi kandungan hiburan bagi ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk permainan konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan komputer bagi kedua-dua tajuk permainan dalaman dan pihak ketiga.

Maklumat mengenai Portkey Games:

Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang didedikasikan untuk mewujudkan pengalaman permainan video dan mudah alih Alam Sihir yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan penetapan Alam Sihir untuk mencari pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka menyelidiki Alam Sihir dengan cara yang mendalam di mana mereka dapat mencipta cerita magik mereka sendiri.

Maklumat mengenai Siri Harry Potter:

Harry Potter terus menjadi sebuah fenomena global. Setiap satu daripada tujuh naskhah buku oleh pengarang J.K. Rowling telah mencatatkan rekod jualan, dengan siri itu sehingga kini telah menjual lebih 500 juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam 80 bahasa. Filem-filem Harry Potter, yang dihasilkan oleh Warner Bros. Pictures, telah meraih lebih daripada $7.7 bilion sehingga kini di pawagam-pawagam di seluruh dunia, sekali gus menjadikan Harry Potter sebagai satu daripada francais filem yang terbesar dalam sejarah.

HARRY POTTER: perisian HOGWARTS MYSTERY © 2018 Jam City, Inc. Dibangunkan oleh Jam City. Jam City® dan Logo Jam City adalah tanda dagangan berdaftar dan/ atau yang tidak berdaftar bagi Jam City, Inc. WIZARDING WORLD, HARRY POTTER dan FANTASTIC BEASTS Publishing Rights © J.K. Rowling. Watak-watak, nama dan tanda-tanda yang berkaitan dalam PORTKEY GAMES, HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY, WIZARDING WORLD, HARRY POTTER dan FANTASTIC BEASTS adalah © dan Warner Bros. Entertainment Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.

WB GAMES LOGO, WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s18)

Nota Editor:
SIARAN BERITA VIDEO 60 SAAT - VIDEO BERESOLUSI TINGGI

• VNR 60 MUKTAMAD (Muat Turun Bergerak cepat):
https://spaces.hightail.com/receive/U9rhF6TuD5
• VNR 60 (Muat Turun Dropbox): https://www.dropbox.com/s/z0yplfmctvzcole/4036%20Harry%20Potter%20VNR%2060%20v7.mp4?dl=0
• Siaran Berita Video 60 Saat (YouTube): https://www.youtube.com/watch?v=zp8wk6IMAUs&feature=youtu.be

SIARAN BERITA VIDEO 90 SAAT - VIDEO BERESOLUSI TINGGI
• VNR 90 MUKTAMAD (Muat Turun Bergerak cepat):
https://spaces.hightail.com/receive/SkqfFtLpMA
• VNR 90 (Muat Turun Dropbox): https://www.dropbox.com/s/6if8b0tdzb8c8bt/4032%20Harry%20Potter%20VNR%2090%20v7.mp4?dl=0
• Siaran Berita Video 90 Saat (YouTube): https://www.youtube.com/watch?v=nvivyi6D6U0&feature=youtu.be

PAKEJ B-ROLL - VIDEO BERESOLUSI  TINGGI
• EPK (Muat Turun Bergerak cepat): https://spaces.hightail.com/receive/34AYAaC1zE
• EPK (Muat Turun Dropbox): https://www.dropbox.com/s/3w1kc5qixie7kwt/4031%20Harry%20Potter%20EPK%20v7.mp4?dl=0
• EPK (YouTube):
https://www.youtube.com/watch?v=onmEX8FFkj0&feature=youtu.be
 
Hubungi
Hubungan Media:
bagi pihak Jam City
Sarah Ross, 310-924-1404
sarahr@jamcity.com
atau
Jam City
Kenny Johnston, 602-999-1890
KJohnston@jamcity.com
atau
ONE PR Studio (bagi pihak Jam City di Amerika Syarikat)
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
510-893-3271
jamcity@oneprstudio.com

Sumber : Jam City

Lihat siaran media dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51792160&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

RANGKAIAN CLOUDFLARE BERKEMBANG HAMPIR 30 PERATUS DALAM SUKU PERTAMA TAHUNAN

Syarikat mengumumkan tiga produk baharu dan kerjasama utama sebagai sebahagian daripada sukuan gergasi
 
SAN FRANCISCO, 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan rekod pertumbuhan rangkaian untuk suku pertama 2018. Syarikat telah menambah 32 bandar baharu, mengembangkan rangkaiannya ke 151 titik kehadiran secara global. Cloudflare kini melindungi lebih daripada 8 juta domain, laman web, API, aplikasi mudah alih dan apa-apa sahaja yang bersambung ke Internet.

“Di teras Cloudflare merupakan rangkaiannya, yang kami bina untuk menjadi fleksibel, efisien dan boleh melakukan apa-apa tugasan di mana-mana lokasi yang diberikan,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Dalam suku terakhir ini, kami mengembangkan rangkaian ini pada kadar rekod, membawa rangkaian kami lebih dekat kepada semua orang di dunia. Ini bermaksud yang kami mampu untuk mengeluarkan produk pada skala global untuk pengguna di mana-mana sahaja.”

Pengumuman hari ini menamatkan sukuan yang kuat untuk Cloudflare. Cloudflare mengumumkan tiga produk utama baharu dalam sukuan ini, termasuk Cloudflare Access, penyelesaian yang menjadikan akses kepada aplikasi dalaman perniagaan cepat dan mudah, Cloudflare Workers, cara yang lebih baik dan cepat untuk pembangun untuk mengerah dan melaksanakan kod mereka terus ke pinggir rangkaian global Cloudflare, dan Cloudflare Mobile SDK, penyelesaian percuma yang membenarkan sebarang pembangun app mudah alih untuk memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Cloudflare dan IBM mengumumkan kerjasama untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi daripada awan hingga pinggir rangkaian. Melalui kerjasama ini, IBM melancarkan Perkhidmatan Internet Awan, kedai sehenti untuk keupayaan keselamatan dan prestasi Cloudflare yang direka bentuk untuk melindungi kandungan dan aplikasi web perniagaan yang dilihat oleh orang ramai. Kini, penyelesaian Cloudflare boleh digunakan dalam persekitaran pelanggan IBM, termasuk awan awam, peribadi, hibrid, atau di premis. Di samping itu, IBM kini merupakan penjual semula suite perkhidmatan keselamatan dan prestasi pinggir Cloudflare yang sah.

Cloudflare kini mempunyai lebih daripada 625 pekerja, berbanding hanya 400 pada tahun lepas. Syarikat terus mengembangkan pasukan kejuruteraan, jualan, pemasaran dan sokongannya merentasi semua pejabatnya di San Francisco, Austin, Champaign, IL, London, New York, Washington D.C. dan Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudflare, sila semak sumber di bawah.
 
Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini, Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463

SOURCE: Cloudflare, Inc.

--BERNAMA

Thursday, April 26, 2018

CARCHS HOLDINGS DARI JEPUN MENJALIN PERKONGSIAN DENGAN LOTTE RENTAL DARI KOREA SELATAN UNTUK MELANCARKAN PLATFORM DALAM TALIAN BAGI PENJUALAN KENDERAAN TERPAKAI DI SELURUH DUNIA

TOKYO, 25 April, 2018 /Kyodo JBN/ --

Agasta Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Carchs Holdings Co., Ltd., telah mula mengadakan satu perkhidmatan di seluruh dunia selepas menambahkan kenderaan terpakai dari Korea Selatan kepada barisan produk yang terdapat di kedai dalam talian mereka "PicknBuy24.com" untuk kenderaan terpakai Jepun.

URL: https://www.picknbuy24.com/
 
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201804233213?p=images)
 
Perkhidmatan tambahan itu dapat dimulakan selepas LOTTE Rental Co., Ltd., sebuah unit daripada konglomerat terbesar Korea Selatan, dan Carchs Holdings, sebuah peniaga kereta terpakai Jepun yang utama, telah membentuk satu perikatan perniagaan. "PicknBuy24.com," dengan mempunyai rekod prestasi lebih 20 tahun, sudah menyediakan kenderaan terpakai kepada lebih 30,000 pelanggan di 80 buah negara, termasuk mereka di Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Eropah serta Rusia. Pada 23 April, satu majlis perasmian besar-besaran untuk "PicknBuy24.com" yang baharu telah diadakan di tempat Lelong Lotte Korea bagi menyerlahkan perkongsian baharu di antara syarikat-syarikat itu.

Dalam masa terdekat, Carchs berhasrat untuk menjadi pasaran kereta No.1 di seluruh dunia dengan mempunyai lebih satu juta kenderaan dipaparkan di laman web itu.

Perkhidmatan itu mempunyai tiga ciri-ciri seperti berikut.

1. Ia membolehkan pelanggan untuk membeli kenderaan terpakai Jepun dan Korea Selatan yang diiktiraf di peringkat global yang "sukar rosak" dan "cekap dari segi penggunaan bahan api" di antara ciri-ciri lain, dari mana-mana tempat di dunia.
2. Memandangkan kedai dalam talian menyenaraikan maklumat mengenai kedua-dua kenderaan pandu kanan dan kereta pandu kiri, orang ramai boleh dengan mudah mencari dan membeli kenderaan kegemaran mereka yang sesuai dengan negara mereka.
3. Ia menyenaraikan maklumat bukan sahaja mengenai kereta penumpang tetapi berhubung bas, trak dan mesin pembinaan yang digunakan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam dan bangunan.
 
Tambahan pula, sebuah video dalam talian di "PicknBuy24.com" telah dikeluarkan untuk memperingati permulaan perkhidmatan itu.

Video URL: https://www.youtube.com/watch?v=6m3XNZaRbdU
 
Melalui "PicknBuy24.com," Carchs mengendalikan perkhidmatan itu dengan harapan dapat membawa kebahagiaan kepada pelanggan dengan mengeksport kenderaan terpakai dan dalam proses itu memenuhi keperluan semua orang. Video itu mengungkapkan nilai-nilai syarikat itu dan kepuasan setiap orang. Kemeja-T berwarna merah yang dipakai di dalam video itu adalah sebuah item yang akan diberikan sebagai hadiah kepada pelanggan yang membeli kenderaan terpakai dan ia merupakan satu lambang ikatan di antara PicknBuy24.com dan pelanggan.
 
Sumber: Carchs Holdings Co., Ltd.

JDS DEVELOPMENT GROUP MEMPEROLEH PEMBIAYAAN PEMBINAAN SEBANYAK $137 JUTA DARIPADA MADISON REALTY CAPITAL UNTUK KONDOMINIUM TERSENDIRI MIAMI BEACH MONAD TERRACE

Madison Realty Capital yang berpusat di New York Menyediakan Pembiayaan Akhir untuk Kerja Binaan Pertama Pemenang Pritzker Prize Jean Nouvel di Miami

MIAMI, 26 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Madison Realty Capital yang berpusat di New York telah memberikan pinjaman pembinaan sebanyak $137 juta kepada JDS Development Group yang berpusat di New York untuk Monad Terrace. Urus janji ini menunjukkan keyakinan kepada kumpulan pembangunan, produk reka bentuk tinggi oleh arkitek Jean Nouvel yang memenangi Pritzker Prize serta inventori dan kelangsungan pembangunan pasaran baharu South Beach yang sangat terhad. Pembiayaan ini akan membekalkan modal penuh kepada projek, yang terdiri daripada 59 kediaman pesisiran yang direka bentuk secara individu.

“Ini merupakan tanah yang unik di dalam kawasan kediaman pesisiran perdana tertutup di South Beach, Miami dan kami teruja untuk menutup transaksi yang lain dengan pemaju yang terhormat seperti Michael Stern,” kata Josh Zegen, Pengasas Bersama dan Prinsipal Pengurusan MRC. "Di samping itu, hampir tidak ada produk pembangunan baharu di kawasan South Beach pada masa ini, oleh itu kami menawarkan penyelesaian pembiayaan tersuai untuk keperluan JDS berdasarkan pengetahuan kami tentang pasaran. Ini merupakan peluang istimewa untuk menyokong pasukan terbaik dalam salah satu pasaran yang paling menarik untuk hartanah. “

“Pemerolehan pinjaman ini menunjukkan kekuatan projek, daya tarikan pasaran Miami Beach dan permintaan keseluruhan untuk perumahan mewah di Miami,” ujar Michael Stern, Pengasas dan Rakan Pengurusan JDS Development. “Monad Terrace berfungsi sebagai mercu tanda untuk pembangunan yang difikirkan dengan teliti dan inovatif yang juga cantik dan mempunyai identiti seni bina yang kuat. Produk ini tidak seperti yang lain di Miami Beach, yang diiktiraf oleh kumpulan MRC. Kami berasa senang hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam projek ini kerana mereka melaksanakan kerja dengan cepat dan profesional.”

Sebagai bukti lebih lanjut, jualan di Monad Terrace adalah secara purata hampir $ 2,000 /kaki persegi dan unit emper di bawah kontrak untuk $2,700 per kaki, satu rekod dalam kejiranan.

“Momentum jualan telah ada dan kami jangkakan ini akan berterusan dalam lonjakan yang mantap sehingga penghabisan jualan,” kata Jay Phillip Parker, CEO Douglas Elliman Florida.

Monad Terrace menawarkan kediaman antara dua hingga lima bilik tidur berkeluasan 1,453 hingga 5,350 kaki persegi ruang dalaman. Pembeli adalah terlindung dengan janji temu dan ciri-ciri mewah termasuk akses lif persendirian, dapur dan bilik mandi tersuai oleh Jean Nouvel dan teres luaran yang luas. Bangunan ini menawarkan pengalaman kehidupan luar-dalam yang sebenar, menampilkan taman mendaki dan kolam pembayang yang melengkapkan lagun tengah dan pemandangan laut hartanah.

Salah satu aspek yang mungkin paling menonjol ialah cara projek itu menggabungkan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan ciri-ciri daya tahan iklim yang inovatif ke dalam seni bina, bermula dengan menaikkan bangunan sebanyak 11.5 kaki, jauh melebihi standard Miami Beach.

Pembinaan sedang dijalankan, dengan asas bangunan yang hampir siap. Menara ini dijangka untuk membangun pada Musim Bunga 2018 dan dijangka untuk siap pada Musim Luruh 2019. Projek ini direka bentuk dengan kolaborasi bersama Kobi Karp Architecture and Interior Design, Inc. Yang berpusat di Miami.

JDS telah diwakili oleh Douglas B. Heitner, Erik Nygaard dan Albert J. Delgado daripada Kasowitz Benson Torres LLP. Madison Realty Capital telah diwakili oleh Jerold C. Feuerstein daripada Kriss & Feuerstein LLP. Pembiayaan telah diberikan oleh kumpulan JLL yang diketuai oleh Aaron Appel.

Jualan dan pemasaran untuk Monad Terrace diuruskan secara eksklusif oleh Douglas Elliman Development Marketing.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat monadterrace.miami atau lawati galeri jualan di 1400 Alton Road, Miami Beach.

Perihal Madison Realty Capital (MRC)
MRC ialah firma pelaburan hartanah yang berpusat di New York yang menguruskan pelaburan ekuiti dan hutang hartanah di pasaran tengah.  Diasaskan pada 2004, MRC telah melabur dalam lebih kurang $7 bilion transaksi dalam sektor berbilang keluarga, peruncitan, pejabat, perindustrian dan hotel.

Perihal JDS Development Group
JDS Development Group ialah firma pembangunan hartanah, pembinaan dan pemerolehan yang meningkatkan standard projek kediaman, hospitaliti dan projek guna campur di Bandar New York dan Miami. JDS mempunyai lebih daripada sembilan juta kaki persegi hartanah di pelbagai peringkat pembangunan, termasuklah Walker Tower dan Stella Tower yang telah mencipta rekod, Bangunan American Copper, 111 West 57th Street dan Fitzroy, matlamat JDS adalah untuk mendefinisikan semula maksud pemaju hartanah dalam abad ke-21. Firma berdedikasi untuk meningkatkan tahap reka bentuk dan menjajarkan insentif dalam menonjolkan landskap urban dengan lebih baik melalui bangunannya. Lawati: www.jdsdevelopment.com.

Pertanyaan media, hubungi
Zakarin Martinez Hubungan Awam: (305) 372-2502
Jenna D’Aniello – jenna@zm-pr.com

Sumber : Madison Realty Capital

--BERNAMA

DAERAH JIANGJIN DI CHONGQING MELANCARKAN JERAYAWARA PELABURAN DI SINGAPURA

SINGAPURA, 25 April, 2018 /Xinhua Finance Agency

Daerah Jiangjin di kawasan Perbandaran Chongqing di barat daya China telah mengadakan acara mempromosikan pelaburan mereka yang pertama di Singapura pada 24 April untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain.

Daerah Jiangjin adalah satu pautan yang penting di laluan menghala ke selatan bagi Chongqing-Guizhou-Guangxi-Singapura dan satu titik penting di Kawasan Ekonomi Laluan Sutera. Ia bukan sahaja merupakan satu pembawa penting bagi transformasi industri dan menaik taraf wilayah barat China, tetapi juga sebuah laluan baharu untuk pembukaan Chongqing kepada dunia luar, menurut Cheng Zhiyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Daerah Jiangjin.

Cheng memberikan satu gambaran lengkap mengenai persekitaran pelaburan dan nilai pelaburan di Daerah Jiangjin kepada ahli politik, ahli perniagaan, dan perusahaan dan institusi tempatan semasa acara tersebut.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Daerah Jiangjin telah disukai oleh perusahaan Singapura yang berhasrat untuk membuat pelaburan. Satu kumpulan projek yang dilaburkan oleh perusahaan Singapura termasuk taman perindustrian komprehensif Mapletree, pasaran perkakasan dan jentera elektrik antarabangsa Yingli, taman logistik ProLogis (Chongqing) Luohuang dan BLOGIS telah menetap di Daerah Jiangjin. Sementara itu, Temasek Group dan Dewan Perniagaan Chongqing Singapura telah memalingkan pandangan mereka ke Daerah Jiangjin dan mewujudkan satu perkongsian rapat dengannya.

Pada jerayawara pelaburan itu, Kerajaan Rakyat Chongqing, Daerah Jiangjin telah menandatangani sejumlah 12 perjanjian kerjasama dengan sekumpulan institusi penyelidikan Singapura, persatuan-persatuan perniagaan dan syarikat termasuk Pusat Optik Sains dan Kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS), Persatuan Perniagaan Singapura-China dan Perniagaan China, yang termasuk projek perkampungan artis Baisha Chongqing yang dilaburkan bersama oleh Daerah Jiangjin dan Nanyang Ventures Pte Ltd, bersama-sama dengan Xiamen Ancient Art Culture Communication Co. dengan 115 juta yuan. Perjanjian kerjasama strategik itu yang ditandatangani di antara Daerah Jiangjin dan Persatuan Alumni Singapura dari Dalian Maritim University juga merupakan satu daripada 12 projek yang ditandatangani pada kali ini.

Hubungi: Jiang Tao, 
+86-18696653330

SUMBER: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

Tuesday, April 24, 2018

PEMENANG ANUGERAH STEVIE® ASIA PASIFIK 2018 DIUMUMKAN

Penerima Anugerah untuk Inovasi dalam Perniagaan akan Diberi Pengiiktirafan di Hong Kong pada 1 Jun


FAIRFAX, Va., 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang Anugerah Asia-Pacific Stevie® tahunan ke-5, satu-satunya program anugerah perniagaan yang mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik, telah diumumkan hari ini.  Senarai pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie tersedia di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie dianggap sebagai anugerah perniagaan terulung dunia, menganugerahkan pengiktirafan untuk pencapaian di tempat kerja sejak 16 tahun yang lalu dalam program seperti The International Business Awards® dan The American Business Awards®. 

Anugerah Asia-Pacific Stevie  2018 telah mengiiktiraf organisasi di 14 negara termasuk Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Lebih daripada 800 pencalonan pencapaian inovasi dalam 22 negara rantau APAC dipertimbangkan oleh para hakim tahun ini.

Pemenang tertinggi keseluruhan tahun ini, dengan 14 Emas, 30 Perak dan 12 Gangsa Anugerah Stevie ialah Telkom Indonesia.  Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Telkom Indonesia mendahului pertandingan.  Pemenang yang menyusul rapat dari belakang pada tahun ini ialah PT PETROKIMIA GRESIK (Indonesia), dengan kemenangan tiga Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa Stevie.

Pemenang untuk lebih daripada dua Anugerah Emas Stevie termasuklah: Jabatan Peguam Negara dan Icon Agency Australia, Freelancer.com, Manage Damage, The Female Social Network, HGC Global Communications Limited, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Strategic Public Relations Group Limited, HP Inc. APJ Sokongan Pelanggan, PT Bank Ganesha Tbk., eDENT, Gyeonggido Job Foundation, Korea Electric Power Corporation, KT, Seocho-Gu, MERALCO, Perbadanan Pengurusan Pusat Membeli-belah dan DHL Express Vietnam.

Pemenang Stevie akan diberikan anugerah di majlis bankuet gala di Mira Hotel, Hong Kong pada Jumaat, 1 Jun.  Lebih daripada 100 eksekutif di seluruh dunia akan turut serta untuk mengadili.

Perihal Anugerah Stevie®

Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program: Anugerah Asia-Pacific Stevie, Anugerah German Stevie, The American Business Awards, The International Business Awards, Stevie Awards for Women in Business, Anugerah Stevie untuk Great Employers dan Anugerah Stevie untuk Sales & Customer Service. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi daripada lebih 60 negara. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Penaja dan rakan kongsi untuk Anugerah Stevie Asia Pasifik 2018 termasuklah PR Newswire Asia dan BRComm.

Hubungi: Clara Im
Clara@stevieawards.com 
+82-2-3443-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/feb769e2-799f-497c-b55f-ed23c5cea700 

SUMBER : The Stevie Awards

TACONIC BIOSCIENCES MEMPEROLEH LESEN UNTUK TEKNOLOGI EASI-CRISPR DARI UNIVERSITY OF NEBRASKA

RENSSELAER, N.Y., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian perkhidmatan model mencit diubah suai genetik telah memperoleh lesen untuk teknologi Easi-CRISPR dari University of Nebraska.

Easi-CRISPR dibangunkan di makmal oleh Dr. Masato Ohtsuka (Tokai University di Jepun), dan Channabasavaiah Gurumurthy (University of Nebraska). Syarat perjanjian tersebut termasuklah lesen seluruh dunia dan tidak eksklusif untuk teknologi tersebut, yang memberikan hak kepada Taconic untuk menjana dan menjual model roden yang dihasilkan melalui Easi-CRISPR.  Jika dibandingkan dengan CRISPR tradisional, Easi-CRISPR adalah lebih baik kerana teknologi tersebut membolehkan penyelidik melakukan pemasukan genetik penuh dan tidak terbatas kepada mutasi titik dan knockout juzukan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11059

EXTECH ELECTRONIC CO. (EEC) MERAIKAN 40 TAHUN DALAM MENGUJI ELEKTRIK SECARA SELAMAT DAN MEMUASKAN

TAIPEI, Taiwan, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronic Co. (EEC) meraikan ulang tahunnya ke-40 sebagai sebuah inovator terkemuka di dalam industri bagi peralatan menguji elektrik. Tahun ini, syarikat itu dengan bangganya menandakan empat dekad yang dinamik dalam memastikan kualiti peralatan elektrik dan pada masa yang sama melindungi keselamatan pekerja pembuatan dan pengguna di seluruh dunia. Di mana sahaja produk elektrik digunakan, terdapat satu keperluan bagi teknologi yang membolehkan pengeluar untuk melampaui standard kualiti dan keselamatan yang paling tinggi dan menyalurkan manfaat tersebut kepada pelanggan mereka. Sebagai pengiktirafan terhadap peristiwa penting ini, EEC mahu berkongsi sejarah mereka yang unggul sambil menempa satu laluan baharu untuk masa hadapan.
 
Revolusi dan Evolusi
 
EEC memperingati peristiwa penting ini dengan beberapa kemajuan transformatif yang akan meningkatkan kesedaran jenama dan memperluaskan perniagaan mereka dalam arah haluan baharu yang menarik, kesemuanya dengan satu tumpuan kepada meningkatkan kepuasan pelanggan. EEC akan memulakan sambutan itu dengan pelancaran laman web www.eecextech.com, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penglibatan pelanggan menerusi sebuah platform dalam talian moden yang mesra pengguna yang menggabungkan media sosial dan penglibatan secara langsung. Syarikat itu juga berusaha untuk memajukan pengalaman pengguna EEC melalui sokongan pelbagai bahasa bagi penyelesaian yang mempunyai ciri-ciri yang kaya.
 
Sepanjang sejarah mereka selama 40 tahun, EEC telah memberi penekanan kepada menyampaikan produk dan teknologi yang unggul. Syarikat itu akan terus meneroka bidang-bidang baharu untuk meningkatkan barisan produk mereka dalam kedua-dua alat penguji keselamatan elektrik dan sumber tenaga AC. Pada tahun ini, EEC akan merevolusikan pendekatan mereka dengan beralih kepada satu fokus yang berorientasikan penyelesaian, sekali gus membawa pelbagai penyelesaian yang dapat mengubah hasil keseluruhan kepada pelbagai industri. Transformasi ini diperolehi daripada pengalaman selama empat dekad dalam mewujudkan penyelesaian pengujian bagi komponen yang memacukan dan pelbagai jenama multinasional yang luar biasa seperti Apple, Dyson, Panasonic, dan lain-lain.
 
Berkongsi Pengalaman
 
Empat puluh tahun di dalam industri itu telah menghasilkan pengetahuan yang tidak ada bandingannya yang EEC berhasrat untuk berkongsi melalui Program Perkhidmatan EEC mereka. Pengeluar akan mendapat akses yang tidak pernah ada kepada kepakaran syarikat itu di dalam keselamatan elektrik umum, pengujian instrumentasi dan peralatan, dan piawaian pengujian, manakala EEC menyediakan latihan termaju ke atas aplikasi dan teknologi industri yang terkini. Perkhidmatan perundingan bersama-sama dengan spesifikasi perkakasan kini boleh disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan individu.
 
Sejak penubuhan mereka, EEC telah mewujudkan satu kehadiran global merentasi 40 buah negara, dan kini syarikat itu sedang memperluas jangkauan mereka dengan lebih jauh dengan EEC Everywhere. Peralihan strategik ini menandakan satu pengembangan yang agresif daripada jualan secara langsung kepada tidak langsung, membuka laluan kepada lebih banyak pengedar dan liputan perkhidmatan yang lebih besar berbanding sebelum ini. Hasilnya, pelanggan boleh mengharapkan ketersediaan yang hampir tiada terbatas dan masa tindak balas yang tidak pernah berlaku dahulu untuk permintaan mereka, sekali gus meningkatkan kepuasan pelanggan secara keseluruhan.
 
Perkara yang lebih Baik akan Berlaku pada Masa akan Datang
 
Melihat ke hadapan untuk suatu masa hadapan yang merangsangkan, EEC kekal komited kepada standard kualiti dan keselamatan paling tinggi. EEC menjemput pelanggan lama dan baharu untuk melihat di mana 40 tahun akan datang akan membawa mereka ketika syarikat itu terus bekerjasama dengan makmal ujian antarabangsa yang terkemuka seperti UL, TUV, dan lain-lain untuk menyampaikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang terbaik mungkin bagi suatu kehidupan elektrik yang selamat dan memuaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai EEC, sila layari: www.eecextech.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11064

Monday, April 23, 2018

INDUSTRI PEMBUATAN ROTI CHINA @ BAKERY CHINA 2018 (9-12 MEI, SHANGHAI)

SHANGHAI, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan sebuah ruang pameran yang melebihi 200,000 meter persegi pada tahun ini, Bakery China 2018, yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Mei, telah menarik lebih 2,100 pempamer dari seluruh pelusuk dunia.
 
Sebagai sebuah penunjuk penting bagi pertumbuhan mantap China di dalam pembuatan roti, Bakery China (www.bakerychina.com) telah dilancarkan 21 tahun yang lalu dan berkembang menjadi pameran terbesar dunia di wilayah ini. Sebagai penganjur bagi acara yang berprofil tinggi dan berdaya saing ini, Persatuan Industri Pembuatan Roti & Konfeksi China (CABCI) dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd. akan mengalu-alukan lebih 140,000 pelawat profesional dari lebih 110 buah negara dan wilayah di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai untuk Bakery China 2018, di mana setiap peserta akan benar-benar merasai kemakmuran dan inovasi bertenaga bagi industri pembuatan roti China.
 
Industri pembuatan roti China, yang telah menikmati satu pertumbuhan pesat sejak akhir abad lalu, mencatatkan kadar pertumbuhan purata 20% di antara tahun 2003 dan 2016 dan muncul sebagai sebuah peneraju dunia di dalam industri itu. Pada bulan-bulan akan datang, negara itu dijangka menjadi pengeluar dan pengguna produk roti yang terbesar. Menurut statistik berhubung perusahaan pembuatan roti di atas skala yang ditetapkan dari Biro Perangkaan Kebangsaan China, pada tahun 2017, pengeluaran roti dan konfeksi China (termasuk pastri/ roti, biskut, coklat, minuman beku, mi segera dan manisan) berjumlah 35.899 juta tan, dengan hasil pengoperasian utama sebanyak RMB 743.178 bilion, pada satu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 8.29%.
 
Seperti yang ditunjukkan oleh CABCI, yang didasarkan kepada populasi sebanyak 1.37 bilion, penggunaan tahunan per kapita roti bagi China pada tahun 2017 adalah hanya 4.4kg. Berbanding dengan purata 10kg di Korea Selatan, lebih 20kg di Jepun dan lebih 70 hingga 80kg di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat, adalah jelas bahawa China mempunyai potensi yang besar bagi pertumbuhan dan pengembangan. Pembandaran yang pantas dan kepelbagaian pemakanan rakyat akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan di dalam industri pembuatan roti di China.
 
Ikuti kami di linkedin: https://www.linkedin.com/in/bakery-china-a82966a3
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51792323&lang=en
 
Hubungi
Bakery China 2018
Christine Jiang, +86-10-8219 1892
li.jiang@bakerychina.com
 
Sumber : Reed Sinopharm Exhibitions
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11057

CEIS, HSF MENGELUARKAN INDEKS HARGA HSF XINHUA DI HAIKOU DI CHINA SELATAN

BEIJING, China, 23 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) dan Kumpulan Haiken (HSF) bersama-sama mengeluarkan "Indeks Harga HSF Xinhua" di Haikou, bandar raya ibu negara bagi Wilayah Hainan di China selatan pada 25 Mac.
 
Indeks itu termasuk Indeks Harga Getah Asli China, Indeks Harga Lada dan Indeks Harga Buah Pinang.
 
Secara khusus, "Indeks Harga Getah Asli China HSF Xinhua" adalah sistem indeks harga yang pertama di China yang disokong oleh data perdagangan pasaran semerta dan menyambungkan pengeluaran dan penjualan getah. Merangkumi empat indeks kecil, iaitu susu getah pekat, susu getah, getah campuran dan getah standard, indeks itu adalah satu pembawa penting yang mempamerkan pengaruh industri getah China.
 
Sebagai sebuah pengeluar getah asli terkemuka dan pengeluar tanaman tropika yang utama di China, HSF mempunyai sebuah kawasan getah asli seluas 3.69 juta mu (15 mu bersamaan dengan satu hektar) dan sebuah kawasan tanaman tropika seluas 1.5 juta mu.
 
"Indeks Harga HSF Xinhua" secara intuitif menyampaikan perubahan harga bagi getah asli,  lada dan buah pinang, dan secara objektif dan dengan tepat mencerminkan faktor turun naik harga di dalam rangkaian berbeza dalam rantaian industri, oleh itu menyediakan sebuah panduan harga yang terbuka dan telus kepada industri berkenaan. Indeks itu membantu syarikat-syarikat yang terbabit di dalam pengeluaran, peredaran dan pemprosesan untuk sewajarnya dan dengan tepat mengkaji dan meramalkan harga pasaran, dan dengan cara itu, mereka boleh secara rasional membimbing jangkaan pasaran, kata Liu Mingxia, naib presiden CEIS.
 
Walaupun berkedudukan tempat ke-6 dari segi kawasan panen bagi getah asli dan ke-5 dalam pengeluaran di dunia, China masih belum memperolehi pengaruh ke atas pasaran itu. Satu sebab adalah kerana China mempunyai kekurangan di dalam pemantauan, praamaran dan ramalan bagi pasaran getah asli, kata Ke Youpeng, ketua bagi Institut Penyelidikan Hainan bagi Pertanian Tropika dan Ekonomi Luar Bandar.
 
Penerbitan Indeks Harga HSF Xinhua, terutamanya bagi Indeks Harga Getah Asli, akan memberi satu kesan yang positif dan meluas ke atas keselamatan ekonomi negara dan industri getah asli, kata Ke.
 
Yang Sitao, pengerusi HSF ketika menyampaikan ucapan pada persidangan itu berkata bahawa HSF akan memperluaskan kerjasama dengan CEIS untuk secara beransur-ansur mempertingkatkan sistem Indeks Harga HSF Xinhua dan memperkayakan dimensi indeks, dalam usaha untuk mewujudkan pengaruh di peringkat antarabangsa bagi indeks harga berpengaruh dan boleh dipercayai, dan membina HSF menjadi sebuah tiang pertumbuhan baharu bagi ekonomi Hainan serta satu ciri-ciri zon demonstrasi pertanian tropika kebangsaan.
 
CEIS adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat kebangsaan termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum and Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sebagai institusi profesional pertama China yang belajar, mengeluarkan, mempromosikan dan mengendalikan indeks komposit, Indeks Xinhua telah komited untuk membina empat sistem produk: Indeks Harga Xinhua, Indeks Tema Xinhua, Indeks Penilaian Xinhua dan Indeks Kewangan Xinhua, dan melancarkan beberapa siri produk berpengaruh.
 
Pautan Laman Web:
http://index.xinhua08.com/jgzs/nongru.shtml
http://index.xinhua08.com/jgzs/hujiao.shtml
http://index.xinhua08.com/jgzs/binglang.shtml
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=310735
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11060

HAINAN AKAN MENAWARKAN KEMASUKAN PERJALANAN BEBAS VISA KEPADA PELANCONG DARI 59 BUAH NEGARA

HAIKOU, China, 23 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
China akan menawarkan akses bebas visa yang lebih besar bagi pelancong dari 59 buah negara ke Hainan dari 1 Mei, dalam satu usaha untuk menyokong pembaharuan dan pembukaan di wilayah kepulauan paling selatan di negara itu, demikian menurut Pentadbiran Imigresen Negara pada Rabu.

Di bawah dasar baharu itu, kumpulan dan orang perseorangan dari 59 buah negara, termasuk Rusia, Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat, boleh melawat Hainan tanpa visa dan tinggal di sana sehingga 30 hari dengan syarat mereka membuat tempahan lawatan mereka melalui agensi pelancongan.

Hainan telah menawarkan penginapan tanpa visa selama 15 hari untuk pelancong berkumpulan dari 21 buah negara sejak tahun 2000, dan menambahkan lima lagi negara ke dalam senarai itu pada tahun 2010.

"Dengan memperluaskan dasar itu kepada orang perseorangan dan menginap sehingga 30 hari, kerajaan berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, memupuk industri pelancongan dan memenuhi keperluan individu asing," kata naib ketua bagi pentadbiran itu Qu Yunhai.

Akses tanpa visa yang dipermudahkan ke Hainan adalah merupakan sebahagian daripada usaha China bagi membina wilayah itu untuk menjadi "sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China," seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan dalam menyokong Hainan untuk memperdalamkan pembaharuan dan pembukaan, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat pada Sabtu.

Pulau itu telah menjadi sebuah resort tropika yang terkenal bagi pelancong luar negara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan jumlah pelancong luar negara melebihi 1.1 juta pada tahun 2017, meningkat hampir 50 peratus tahun ke tahun.

Pada tahun lepas, Hainan menerima hampir 320,000 orang pelancong dari 26 buah negara akses bebas visa, 3.5 kali jumlah yang dicatatkan pada tahun 2016. Pelancong dari Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Republik Korea (ROK) dan Rusia menyumbang lebih daripada 90 peratus daripada jumlah keseluruhan itu.

"Dasar itu akan menyuntik semangat ke dalam Hainan dan membawa kami lebih dekat kepada matlamat kami untuk menjadi sebuah destinasi bertaraf dunia," kata Sun Ying, pengarah bagi Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan.

Persatuan bagi agensi-agensi pelancongan di Haikou, ibu negara Hainan, merancang untuk menawarkan latihan bahasa dan budaya kepada pekerja dengan lebih 200 agensi pelancongan tempatan, menurut Mai Weiwen, setiausaha agung persatuan itu.

Lebih banyak penerbangan terus dirancang ke negara-negara dengan akses bebas visa. Hainan sudah mempunyai 57 penerbangan antarabangsa ke negara-negara termasuk Jerman, Malaysia dan Thailand, dengan rancangan untuk sekurang-kurangnya 16 laluan baharu ke luar negara pada tahun ini. Ia bertujuan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 laluan luar negara menjelang tahun 2020.

Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan

--BERNAMA