Wednesday, July 31, 2019

BLOK RANTAI E-DAGANG SENTRIK ABEY MENGUMUMKAN PENERIMAAN YANG MENGEJUTKAN

Infografik menunjukkan pertumbuhan pantas blok rantai e-dagang sentrik aBey dalam tahun pertama pengeluarannya. (Foto: Business Wire)


VADUZ, Lichtenstein, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 30 Julai 2019 - Yayasan aBey hari ini mengumumkan kadar penerimaan bagi blok rantai pantas e-dagang sentrik yang pertama di dunia, pada ulang tahun satu tahun pengeluaran awam mereka. Dr. Ciprian Pungila, ketua saintis dan pencipta bersama bagi aBey berkata, “Sejak pelancaran awam bagi aBey pada 30 Julai, 2018, kami telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif dalam tempoh dua belas bulan pertama pada tarikh itu. Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan satu faktor lebih daripada lapan kali ganda.”

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005775/en/

Pengendali awal utama, aPay Systems, yang berpangkalan di Malta, sebuah pemproses pembayaran dalam talian yang bervolum tinggi, telah memilih blok rantai aBey sebagai asas sokongan bagi perkhidmatan syarikat itu. Philipp Saurborn, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Sebagai sebuah pemproses pembayaran dengan pengendalian antara rantaian dan sehingga 100,000 urus niaga setiap saat, pengguna B2B dan B2C kami memerlukan penyelesaian urus niaga yang pantas. Sebelum kami beralih kepada blok rantai aBey, urus niaga yang ditulis kepada blok rantai yang popular akan memerlukan beberapa jam, dan mungkin sehingga beberapa hari untuk diselesaikan. Sekarang, dengan aBey, kami boleh melengkapkan setiap urus niaga tunggal dalam masa milisaat. Tidak ada blok rantai yang lain di dunia yang dapat memberikan kelajuan dan kelenturan sedemikian, yang diperlukan oleh perniagaan dan pengguna.”

Encik Saurborn berkata, “Satu daripada model pendapatan hebat pada masa hadapan bagi mana-mana syarikat yang bergantung kepada penyediaan data berkualiti adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna kerana menyediakan data secara sukarela, dan bagi berinteraksi pada platform mereka. Blok rantai aBey membolehkan peruncit untuk memberi ganjaran kepada pembeli kerana menyediakan data, untuk berkongsi, untuk melengkapkan tinjauan, untuk menggunakan tawaran, untuk rujukan, pengundian, membandingkan, mengkaji semula, menyukai, mempromosikan, menguji, menggunakan — kemungkinannya tiada had dengan aBey. Blok rantai aBey memberi kuasa kepada peruncit untuk menarik, mengekal dan memotivasikan pelanggan mereka dan pada masa yang sama membina hubungan yang amanah, yang semuanya adalah kunci untuk penukaran dan pengekalan.”

Ciri-ciri utama aBey termasuk kelajuan, menyokong sehingga 100,000 urus niaga sesaat (disahkan dalam SpringerNature dan Academia.edu), urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman segera dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantai dan satu dompet kripto yang mudah. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti blok rantai yang lain, sekali gus meningkatkan lagi penemuan pengguna bagi pengguna tanpa izin yang lain dalam rangkaian mereka. Plugin WordPress yang mempunyai pelbagai ciri-ciri, aBeyWPP, akan dikeluarkan pada awal tahun 2020, dan membawa fungsi status urus niaga klik-untuk-beli kepada lebih daripada 75 juta laman web.

Encik Saurborn berkata, “Mengintegrasikan teknologi blok rantai eBey yang tidak memerlukan keizinan dan lejar yang diedarkan ke dalam perkhidmatan blok rantai aPay kami yang memerlukan keizinan bermaksud ketenangan fikiran untuk kami, pelanggan dan pengawal selia.”

“aBey direka bentuk dan dibina untuk menjadi blok rantai sumber terbuka yang paling pantas dan paling fleksibel di dunia,” kata Pungila. “Kami melihat penerimaan yang hebat, dan kami tidak sabar untuk melihat aplikasi lain yang akan dibina dengan menggunakan aBey.”

Yayasan aBey yang tidak mencari keuntungan, yang berpusat di Lichtenstein, menyediakan tadbir urus untuk blok rantai aBey  sumber terbuka percuma. http://abey.org

Sila muat turun kit latar belakang media aBey dalam bahasa Inggeris http://bit.ly/abey3  atau bahasa Cina http://bit.ly/abey5  dan layari  http://abey.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005775/en/

Hubungi

Simon Cousins, +1 347 850-3360

Sumber: Yayasan aBey

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 

--BERNAMA

SYARIKAT KESIHATAN MENTAL MUSLIM DALAM TALIAN THERAPYLINE YANG MENYASARKAN UNTUK MENORMALKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DALAM DUNIA MUSLIM DILANCARKAN DI UK, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND PADA MINGGU INI.

LONDON, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TherapyLine, syarikat kesihatan mental mudah alih dalam talian untuk Muslimin, dilancarkan di tiga pasaran baharu hari ini, UK, Australia dan New Zealand, sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih besar untuk menyediakan Kaunseling profesional kepada seramai Muslimin yang boleh di seluruh dunia. Pada mulanya dilancarkan di Kanada, TherapyLine menyediakan kaunseling tanpa had daripada kaunselor Muslim berlesen secara profesional melalui pemesejan terus menerusi laman web Therapyline.org untuk kira-kira $179 usd sebulan.
 
“Buat masa ini kira-kira 2.3 juta Muslimin tinggal di United Kingdom dan lebih 600,000 tinggal di Australia dan kira-kira 50,000 tinggal di New Zealand, jadi kini kami boleh mencapai kira-kira 3 juta Muslimin lagi yang sebelum ini mungkin tidak pernah cuba mencari bantuan kesihatan mental,” kata Faisal Khan, Pengasas dan CEO TherapyLine. TherapyLine menganggap UK sebagai pintu masuk untuk menyediakan Terapi kepada Muslimin di Eropah serta sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang mereka untuk berkembang di seluruh dunia.
 
Topik Kesihatan Mental, yang biasanya tidak dibincangkan sesama Muslimin atau secara terbuka di Institusi Islamik, ialah sesuatu yang TherapyLine sasarkan untuk ubah dan menjadikannya sesuatu yang biasa selain akses kepada perkhidmatan kesihatan mental profesional dalam dunia Muslim. “Kebanyakan Muslimin biasanya tidak mendedahkan gangguan mental yang dialami atau kadangkala menceritakannya kepada Imam,” Kata Pengasas bersama dan Pengarah Outreach, Asim Ibrahim. “Kami perlu mereka tahu bahawa kini mereka mempunyai tempat untuk mendapatkan bantuan secara tanpa nama yang boleh diakses dan berpatutan,” kata Ibrahim.
 
Faisalkhan@therapyline.org
734 407 9626
www.therapyline.org
 
Sumber: Therapyline Technologies Inc.
 
--BERNAMA

LEDDARTECH BERJAYA MEMPERTAHANKAN HARTA INTELEK LIDAR MILIKNYA TERHADAP PHANTOM INTELLIGENCE

QUEBEC CITY, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, mengumumkan bahawa kes pelanggaran paten terhadap Phantom Intelligence telah diselesaikan dengan baik di Mahkamah Persekutuan Kanada.

Pada tahun Disember 2015, LeddarTech mencabar Phantom Intelligence atas penggunaan tidak sah teknologi penderiaan LiDAR yang telah dipatenkannya yang dilindungi oleh No. Paten Kanada 2,710,212, bertajuk “Pengesanan dan Kaedah dan Sistem Penentuan Jarak” dan berkaitan dengan sistem dan kaedah untuk mendapatkan isyarat optik dan menukarkannya kepada jejak digital.  Paten tersebut ialah pemacu teras harta intelek yang telah lama ditetapkan bagi LeddarTech dan diamalkan dalam semua produk penderiaan LiDAR miliknya yang digunakan dalam sistem pembantu pemandu maju (ADAS) dan aplikasi pemanduan berautonomi (AD) dalam sektor auto dan mobiliti. Penyelesaian, amaun, terma dan syarat yang dirahsiakan, disetujui di bawah proses pengantaraan ditaja mahkamah yang menyaksikan Phantom Intelligence menjadi pelanggan LeddarTech.

“LeddarTech bangga dengan inovasi selama bertahun-tahunnya sebagai perintis dalam teknologi LiDAR untuk ADAS dan AD,” kata Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi di LeddarTech. “Kami sentiasa yakin bahawa kami akan berjaya dalam mempertahankan hak intelektual kami, dan kami akan terus sentiasa berjaga-jaga dalam melindunginya.” sambung En. Olivier.  LeddarTech menghargai sumbangan penting jurutera dan ahli sains kepada hak inteleknya (72 paten: 52 diluluskan dan 20 menunggu kelulusan) dan bercadang untuk meneruskan pemantauan terhadap kemungkinan pelanggaran teknologi penderiaan LiDAR.

Tentang LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, ADAS meningkatkan teknologi yang dipatenkan dan keupayaan memandu berautonomi untuk automobil, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot, kenderaan ulang alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan di LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP, dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech Inc.
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com 

SUMBER : LeddarTech inc.

MELINDUNGI SUNGAI SECARA AKTIF DAN KREATIF

GOMBAK, 29 Julai (Bernama) -- Seramai 42 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah telah menyaksikan pelancaran Anugerah Hijau 2019 di Jungle Lodge Alang Sedayu bersama guru-guru penasihat mereka. Majlis pelancaran ini telah dilangsungkan selepas berjayanya Bengkel Finalis Anugerah Hijau dijalankan dari 26hb sehingga 28hb Julai 2019. Turut menghadiri majlis pelancaran ini ialah Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan Encik Fadly Bakhtiar, Pengarah Program EcoKnights.

Anugerah Hijau merupakan satu pertandingan yang diadakan bawah program Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) iaitu satu projek pemuliharaan Sungai Klang yang diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan JPS. Pertandingan ini dianjurkan untuk menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pemeliharaan dan pemuliharaan secara tidak langsung terhadap sungai-sungai di Lembah Klang.

“Dengan tema Pelindung Sungai Klang, Anugerah Hijau 2019 ingin meninjau kebolehan dan keupayaan para pelajar untuk berfikir secara kreatif bagi menyelesaikan masalah isu-isu alam sekitar yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan seterusnya membentuk golongan muda yang sayangi sungai kita,” kata Tuan Haji Md. Khairi.

Dua kategori yang ditandingkan pada tahun ini ialah Aktif Sepenuhnya (memfokuskan cara pengurusan sisa di sekolah) dan Sememangnya Kreatif (menghasilkan filem pendek tentang sungai). Sebanyak lapan kumpulan finalis telah dipilih untuk setiap kategori. Sekolah-sekolah finalis kategori Aktif Sepenuhnya ialah SMK Taman Kosas, SMK Shah Alam, SMK Seri Ampang, SMK Dato Ahmad Razali, SMK Darul Ehsan, SM Sains Alam Shah, SMK Kepong, dan SMK Aminuddin Baki manakala sekolah finalis kategori Sememangnya Kreatif ialah SMK Sungai Besi (dua kumpulan), SMK Shah Alam (dua kumpulan), SMK Dato’ Onn, SM Sains Alam Shah, SMK Darul Ehsan, dan SMK Aminuddin Baki. Para finalis dipilih melalui kertas cadangan yang dihantarkan sebelum bulan Julai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12384

Friday, July 26, 2019

PLATFORM TEKNOLOGI FUSIONEX MEMBERIKAN SAYAP KEPADA FPX #MYCYBERSALE 2019

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyedia penyelesaian teknologi terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah dipilih sebagai Rakan Teknologi Kemuncak untuk jualan dalam talian terbesar di Malaysia – FPX #MYCYBERSALE 2019. Teknologi Fusionex akan membantu jualan tahunan keenam ini bagi memacukan aktiviti dan memenuhi cita-cita mereka untuk meningkatkan e-dagang serantau dengan sebuah acara #MYCYBERSALE ASIA.

Jualan tahun ini melangkaui sempadan dan mensasarkan ekonomi Asia termasuk Taiwan, Thailand, Indonesia, dan Singapura. Dengan Taiwan turut serta sebagai Rakan Serantau yang pertama, sebuah acara #MYCYBERSALE ASIA akan diadakan di Taiwan serentak dengan acara FPX #MYCYBERSALE 2019 di Malaysia dari 27 September hingga 3 Oktober.

FPX #MYCYBERSALE 2019 menawarkan pelbagai jenis produk yang boleh diperolehi dengan tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati oleh pembeli semasa jualan ini. Acara itu dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Acara tahun ini juga termasuk Rakan Utama PayNet, pengendali bagi FPX, sebuah pembekal pembayaran dalam talian.

Pada tahun ini, #MYCYBERSALE meramalkan pendapatan sebanyak RM500 juta, dengan hasil eksport diramalkan pada RM80 juta. Seterusnya, ia berharap untuk menarik kira-kira 1,500 peserta berdaftar dengan sekurang-kurangnya 750 mengeksport ke 40 pasaran luar negara. Acara itu merupakan satu inisiatif untuk memangkinkan pertumbuhan bagi industri e-dagang negara, meningkatkan pendapatan e-dagang domestik, dan mempercepatkan penggunaan e-dagang di kalangan peniaga.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata: “Kami sangat teruja untuk memainkan peranan di dalam membuatkan FPX #MYCYBERSALE 2019 dan #MYCYBERSALE ASIA yang pertama kalinya itu mencapai kejayaan cemerlang. Kami berharap peniaga-peniaga akan memanfaatkan platform yang mantap, fleksibel, dan mudah untuk digunakan ini, untuk menjangkau lebih banyak pelanggan dan meningkatkan jualan. Acara-acara #MYCYBERSALE itu, yang diperjuangkan oleh PIKOM dan disokong oleh MDEC, akan memberi manfaat yang amat sangat kepada perniagaan, terutamanya dengan peningkatan hari ini di dalam persaingan dan pengguna yang canggih dalam teknologi. Adalah menjadi harapan kami bahawa platform teknologi Fusionex, melalui #MYCYBERSALE akan menjadi satu batu loncatan bagi perniagaan untuk berjaya di dalam ruang e-dagang.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12374

OKEX MENDERMAKAN $4.5 JUTA UNTUK MEMUPUK PASARAN PERTUKARAN BERTERUSAN

VALLETTA, Malta, 26 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx, bursa kriptowang utama dunia, telah mendermakan Bitcoin bernilai $4.5 juta kepada dana insurans pasaran pertukaran berterusannya untuk memupuk keyakinan pelanggan dalam perdagangan kriptowang.
 
Tahun lepas, OKEx telah memperkenalkan perdagangan pertukaran berterusan berserta sistem pengurusan risiko baharu yang dimanfaatkan oleh pelanggan mereka. Sejak penggunaan sistem pengurusan risiko baharu, bursa ini telah mencatatkan sifar tarik balik untuk pasaran hadapan dan pertukaran berterusan, walaupun di bawah turun naik yang ekstrem. Sumbangan kepada dana insurans pertukaran berterusan kini akan memberikan lapisan perlindungan tambahan kepada pelanggan, memastikan lagi semua kepentingan pelanggan dilindungi.
 
“Kami berusaha untuk membangunkan persekitaran perdagangan sihat. Tiada tarik balik telah berlaku pada pertukaran berterusan OKEx sejak pelancarannya. Kami telah memperkenalkan sistem pengurusan risiko baharu untuk memberikan keseimbangan yang lebih baik antara mengelakkan pencairan awal dengan memaksimumkan manfaatkan pedagang,” kata Andy Cheung, Ketua Operasi OKEx. “Kami yakin sumbangan $4.5 juta boleh memberikan keyakinan tambahan untuk pelanggan yang berdagang pada platform kami. Membangunkan pasaran kripto teguh yang semua orang boleh berdagang dengan bebas dalam cara yang adil merupakan sesuatu yang sentiasa menjadi misi kita.”
 
Pasaran kripto utama dunia OKEx menyediakan perkhidmatan kepada pengguna secara global, menawarkan instrumen perlindungan dan arbitraj, seperti pertukaran hadapan dan berterusan, untuk membantu pedagang mengoptimumkan strategi perdagangan mereka. Dengan sistem keselamatan yang menyeluruh, tiada isu keselamatan besar, penggodaman dan kehilangan aset pernah berlaku di OKEx.
 
“Kepuasan pelanggan ialah teras perkhidmatan kami. Cara utama untuk menyampaikan pengalaman pengguna terbaik kepada pelanggan kita ialah keselamatan,” tambah Andy Cheung. “Ahli pengasas dan eksekutif kami semua ialah pakar teknologi dan Internet, membenarkan kita menjadi peneraju dalam pembangunan produk dan teknologi. Sebagai bursa yang yakin terhadap Bitcoin dan blok rantai, kami berdedikasi untuk membawakan perubahan yang lebih positif kepada sistem kewangan sedia anda, menghubungkan pasaran tradisional dan kripto dengan teknologi kami.”
 
Semak Bilik Berita dan Twitter OKEx untuk kemas kini terkini.
 
Tentang OKEx
OKEx ialah bursa aset digital utama dunia yang beribu pejabat di Malta, menawarkan perkhidmatan perdagangan aset digital menyeluruh termasuklah perdagangan fiat kepada token, perdagangan hadapan dan perdagangan pertukaran berterusan kepada pedagang secara global dengan teknologi blok rantai. Buat masa ini, bursa ini menawarkan lebih daripada 400 token dan pasangan perdagangan hadapan yang membolehkan pengguna mengoptimumkan strategi mereka.
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/44976272-2390-48f8-974a-3bd991292751/ms 
 
media@okex.com
 
Sumber: OKEx
 
--BERNAMA

Thursday, July 25, 2019

THERAPYLINE, PERKHIDMATAN TERAPI DALAM TALIAN PEKA BUDAYA UNTUK MUSLIMIN DILANCARKAN DI AMERIKA SYARIKAT HARI INI

DETROIT, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TherapyLine memasuki pasaran Amerika Syarikat hari ini untuk membawakan Terapi profesional dalam talian kepada lebih daripada 3.4 juta Muslimin yang tinggal di Amerika Syarikat.TherapyLine ialah platform dalam talian yang dilancarkan di Kanada beberapa bulan lalu yang menyediakan terapi pemesejan langsung secara tanpa nama tanpa had daripada kaunselor Muslim berlesen secara profesional.Pengguna boleh pergi ke laman, mendaftar diri dan memilih pakar terapi kemudian membayar yuran bulanan sebanyak $179 sebulan untuk menerima terapi bagi kemurungan, kebimbangan, ketagihan, kaunseling perkahwinan dan sebagainya daripada Kaunselor Muslim sepanjang bulan menggunakan teks melalui laman web TherapyLine www.therapyline.org.
 
Amerika Syarikat ialah pasaran pertama yang dimasuki TherapyLine di luar Kanada dan merupakan pasaran yang TherapyLine rancang untuk berkembang dengan pantas, “Ini ialah pasaran yang penting untuk kami dan walaupun majoriti Muslimin tinggal di kawasan metropolitan besar, terdapat sebilangan mereka tinggal di tempat terpencil yang mempunyai bilangan Muslimin yang kecil dengan peluang untuk berjumpa kaunselor Muslim amat kecil bahkan tiada,” kata Pengasas dan bekas penganalisis kewangan Fortune 500 Faisal Khan.
 
Kemurungan semakin meningkat dalam dunia Muslim sepanjang 10 tahun dikecewakan lagi dengan pilihan raya 2016 di AS dan xenofobia yang semakin meningkat di seluruh dunia.Pada tahun 2016, 60% Muslimin melaporkan suatu bentuk diskriminasi berdasarkan agama yang lebih daripada setiap kumpulan agama lain di Amerika Syarikat dan data daripada Basit dan Hamid menunjukkan 43% Muslimin mengalami kesukaran penyesuaian yang menyebabkan ramai Muslimin mencari suatu bentuk sokongan mental.Talian penting yang dikendalikan sukarelawan Muslim di seluruh Amerika Utara menerima ribuan panggilan setiap tahun tetapi kerap kali terlalu dibebani dalam menyediakan Kesihatan Mental untuk Muslimin dan Kaunseling Islamik yang menunjukkan betapa ramainya Muslimin yang memerlukan bantuan.
 
Walaupun terdapat ramai yang memerlukan bantuan, terdapat juga keengganan oleh Muslimin untuk pergi dan mendapatkan bantuan mental kerana stigma yang dikaitkan dengan berjumpa kaunselor. “Kesihatan Mental Muslim ialah sesuatu yang jarang ditangani dalam dunia Muslim malah dianggap tabu tetapi hal ini amat penting.Berhubung dengan Pakar Terapi Berlesen yang boleh memahami situasi unik, kepercayaan agama dan budaya yang hanya difahami Muslim adalah aspek penting untuk perkhidmatan ini, faktor tersebut digabungkan dengan ketanpanamaan dan anda membuka Terapi kepada ramai Muslimin yang tidak akan mencarinya sebelum ini,” kata Khan.
 
Negeri pertama yang TherapyLine akan masuki ialah Michigan kemudian terdapat rancangan untuk berkembang ke New York, Illinois dan Minnesota.
 
Faisalkhan@therapyline.org
734 407 9626
www.therapyline.org
 
Sumber: Therapyline Technologies Inc.
 
--BERNAMA

​ARAB SAUDI BERHASRAT MEMBINA LANDASAN UJIAN GELUNGHIPER JARAK JAUH PERTAMA DI DUNIA DENGAN KERJASAMA VIRGIN HYPERLOOP ONE

​ARAB SAUDI BERHASRAT MEMBINA LANDASAN UJIAN GELUNGHIPER JARAK JAUH PERTAMA DI DUNIA DENGAN KERJASAMA VIRGIN HYPERLOOP ONE

Wednesday, July 24, 2019

ALIBABA.COM MEMBUKA PLATFORM UNTUK MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN KECIL AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENJUAL KEPADA DUNIA

Platform E-dagang B2B Global yang Terkemuka Memperkenalkan Fungsi Membolehkan Penjual Baharu, Termasuk Urus Niaga Amerika Syarikat ke Amerika Syarikat, Peserta Ekosistem Baharu, dan satu Jelajah ke Seluruh Negara bagi Acara-acara “Tokokan” untuk Membantu Perniagaan Kecil Beroperasi
 
NEW YORK, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alibaba.com, satu daripada tempat pasaran e-dagang B2B terbesar di dunia dan sebuah unit perniagaan bagi Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA), hari ini membuka platform mereka untuk memperkasakan perniagaan Amerika Syarikat bagi menjual produk mereka kepada berjuta-juta pembeli Alibaba.com di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Sekarang, hampir 30 juta Perniagaan bersaiz Kecil dan Sederhana (PKS) di Amerika Syarikat – terutamanya pengeluar, pemborong dan pengedar – boleh mendapatkan akses yang lebih baik kepada pasaran e-dagang B2B global yang bernilai $23.9 trilion, satu peluang yang merupakan enam kali lebih besar daripada pasaran e-dagang B2C global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190723005345/en/

Syarikat itu juga memperkenalkan sebuah ekosistem peserta yang dipertingkatkan. Ini termasuk penjual utama dan pembekal perkhidmatan B2B yang berkongsi misi Alibaba.com untuk memudahkan PKS menjalankan perniagaan.

Untuk membantu PKS Amerika Syarikat mengakses dengan jayanya peluang e-dagang B2B yang bernilai $23.9 trilion itu, Alibaba.com juga sedang menghasilkan satu siri bengkel “Tokokan” dan webinar dengan dewan perdagangan dan organisasi B2B tempatan di seluruh negara, termasuk SCORE, satu daripada rangkaian sukarelawan, mentor perniagaan pakar yang tidak mencari keuntungan yang terbesar di negara itu.

“Alibaba berhasrat untuk memberi kuasa kepada usahawan dan membantu mereka berjaya dalam cara mereka yang tersendiri,” kata John Caplan, Ketua bagi B2B Amerika Utara di Kumpulan Alibaba. “Dengan 10 juta pembeli perniagaan yang aktif di lebih 190 buah negara dan wilayah, kami sedang membina semula perdagangan B2B dengan menyediakan peranti dan perkhidmatan yang diperlukan bagi syarikat-syarikat PKS Amerika Syarikat untuk bersaing dan berjaya di dalam tempat pasaran global pada hari ini.”

PENAMBAHAN PLATFORM BAHARU YANG UTAMA
 
Alibaba.com telah menambahkan ciri-ciri utama yang membolehkan PKS Amerika Syarikat menjalankan perniagaan secara tempatan (Amerika Syarikat ke Amerika Syarikat) dan secara global:
 
Table

* Pembayaran atas platform akan tersedia untuk tujuan urus niaga di Amerika Syarikat –  kecuali di New York dan Nevada, bermula pada 25 Julai 2019.

“Kami mengiktiraf peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan global melalui Alibaba.com di peringkat awal lagi,” kata Evan Gettinger, Pengasas Bersama bagi Gett Clean, sebuah pengeluar produk pembersihan profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang telah melihat peningkatan yang signifikan di dalam pertanyaan mengenai produk mereka di platform itu. “Dengan gabungan baharu bagi peranti platform yang tersedia ada dan penambahan penjual jenama yang utama, kami menjangkakan satu laluan yang lebih pantas bagi sasaran pertumbuhan kami.”

ALIBABA.COM MEMBINA EKOSISTEM B2B AMERIKA SYARIKAT MEREKA DENGAN PENYERTAAN BAHARU
 
Alibaba.com membawa beberapa jenama dan organisasi yang berkongsi satu keghairahan bagi menyokong PKS, termasuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan Amerika Syarikat yang utama.

Pada Mac, Alibaba.com mengumumkan satu kerjasama strategik dengan Office Depot, dan pada hari ini Robinson Fresh, satu bahagian daripada C.H. Robinson, akan menyertai platform itu. Kedua-dua mereka komited sebagai “Penjual Utama” untuk menyediakan katalog produk yang luas bagi memenuhi minat yang semakin berkembang bagi platform audiens pembeli yang luas. Penyertaan bagi Penjual Utama berhasrat untuk membawa manfaat yang ketara, termasuk menjanakan minat di kalangan pembeli baharu yang berlaku apabila pemilihan produk berkembang.

“Kami amat berbangga untuk memperluaskan kerjasama strategik kami dengan Alibaba.com,” kata Gerry Smith, ketua pegawai eksekutif bagi Office Depot, Inc. “Dengan menjadi sebuah penjual utama, kami dapat mencapai khalayak perniagaan kecil yang lebih besar dan menyediakan kepada mereka dengan produk dan perkhidmatan yang mereka inginkan untuk bersaing pada skala global.” Selain itu, pelanggan Alibaba.com kini akan mempunyai akses kepada tawaran eksklusif bagi ahli, diskaun dan kandungan premium daripada sebuah ekosistem yang berkembang daripada penyedia perkhidmatan perniagaan terkemuka yang termasuk:

● 71lbs
● BigCommerce
● Indeed
● ShipStation (NASDAQ: STMP)
● Skuvault
● TeamViewer
● Wellbots
● Xometry
 
JELAJAH KEBANGSAAN BAGI ACARA-ACARA “TOKOKAN” TEMPATAN UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN PKS
 
Acara Tokokan Alibaba.com dengan kehadiran secara peribadi yang pertama akan diadakan hari ini di Brooklyn di Industri City – sebuah komuniti bagi perniagaan perindustrian dan pembuatan yang berinovatif – bersama dengan tuan rumah bersama, Bandar Raya Dewan Perniagaan dan Industri Brooklyn. Setiap acara Tokokan akan menyediakan kepada hadirin dengan satu bengkel yang mendalam, peluang untuk latihan satu dengan satu dan perundingan dari pakar-pakar Alibaba.com serta diskaun, insentif dan sokongan eksklusif daripada ekosistem bagi jenama dan organisasi.

Tokokan Brooklyn akan diikuti dengan rapat oleh acara-acara di Los Angeles pada 26 Julai dengan Dewan Perniagaan Los Angeles di California Market Center dan Chicago pada 30 Julai dengan Dewan Perniagaan Illinois di M Hub. Tokokan tambahan di seluruh negara dirancang pada sepanjang tahun itu dengan sokongan daripada organisasi perniagaan tempatan dan kebangsaan, termasuk cawangan SCOREtempatan, Food Export USA – Timur Laut, dan Persatuan Eksport Makanan di Barat Tengah Amerika Syarikat. Selain itu, Alibaba.com juga menghasilkan kandungan Tokokan digital secara bersama dengan SCORE.

“Perniagaan kecil adalah enjin bagi ekonomi Amerika Syarikat, tetapi mereka menghadapi cabaran,” kata Ken Yancey, Ketua Pegawai Eksekutif bagi SCORE. “SCORE dan rangkaian mentor kami teruja untuk membantu perniagaan Amerika Syarikat belajar tentang peluang besar di dalam e-dagang di bengkel-bengkel Tokokan fizikal dan maya yang terdapat bagi komuniti di seluruh Amereka Syarikat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform Alibaba.com yang dipertingkatkan, rakan usaha sama baharu atau untuk mendaftar bagi sebuah bengkel Tokokan berhampiran anda, sila layari Alibaba.com/BuildUp.

Maklumat mengenai Alibaba.com

Unit perniagaan yang pertama bagi Kumpulan Alibaba, Alibaba.com adalah sebuah platform utama bagi e-dagang B2B global yang bertujuan untuk memudahkan langkah menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja. Dilancarkan pada tahun 1999, Alibaba.com terlibat di dalam perkhidmatan yang meliputi kesemua aspek perdagangan, termasuk menyediakan perniagaan dengan peranti yang membantu menjangkau penonton global untuk produk mereka dan membantu pembeli menemui produk, mencari pembekal, dan membuat tempahan secara dalam talian dengan pantas dan cekap. Ia memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pembeli dan pembekal dari lebih 190 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba

Misi Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA) adalah untuk memudahkan langkah menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja dan syarikat itu berhasrat untuk mencapai pertumbuhan yang mapan selama 102 tahun.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190723005345/en/

Hubungi

Hubungan Media
Kumpulan Alibaba
Brion Tingler
brion.tingler@alibaba-inc.com 

Kumpulan Alibaba
Roger Zhang
roger.zhang@alibaba-inc.com

Sumber : Alibaba.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

SELAMI DIRI ANDA DENGAN EKSTRAVAGANZA E-SUKAN DI FESTIVAL E-SUKAN & MUZIK DI HONG KONG

SELAMI DIRI ANDA DENGAN EKSTRAVAGANZA E-SUKAN DI FESTIVAL E-SUKAN & MUZIK DI HONG KONG

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN E-PEMBAYARAN BAGI MEMPROMOSIKAN PENGGUNAAN KAD ATM MYDEBIT DI KAUNTER BAYARAN NEGERI/CAWANGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen e-Pembayaran Bagi Mempromosikan Penggunaan Kad MyDebit di Kaunter Bayaran JPJ hari ini di pejabatnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur kepada dua puluh (20) pemenang hadiah utama berupa sebuah iPad Pro setiap seorang dan dua puluh (20) pemenang hadiah saguhati berupa sebuah telefon pintar setiap seorang.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran e-pembayaran di samping menggalakkan pengunaan kad ATM MyDebit sebagai salah satu kaedah e-pembayaran melalui kaunter-kaunter bayaran JPJ berbanding penggunaan tunai untuk sebarang transaksi di JPJ.

Kempen “MyDebit Je dengan Kad ATM” yang bermula dari 1 Oktober 2018 sehingga 28 Februari 2019 adalah anjuran PayNet bersama JPJ untuk memupuk pengunaan e-pembayaran dalam usaha untuk meningkatkan transaksi pembayaran debit melalui penggunaan kad ATM MyDebit. 

Berkenaan MyDebit dan Payments Network Malaysia (PayNet) 

MyDebit adalah aplikasi pembayaran dalam setiap kad ATM yang dikeluarkan oleh 33 institusi perbankan bagi membolehkan pemegang kad ATM membuat pembayaran di agensi-agensi Kerajaan serta pembelian di kedai-kedai yang menerimapakai MyDebit di seluruh negara. Semua transaksi melalui MyDebit didebitkan secara online terus dari akaun simpanan atau semasa secara PIN atau tanpa sentuh (contactless). 

PayNet membangun dan mengendalikan sistem e-pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, diyakini dan cekap bagi menaiktaraf fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia dan ekonomi secara keseluruhannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PayNet, sila layari www.paynet.my

Sumber: Payments Network Malaysia (PayNet) ​

Friday, July 19, 2019

SECURE-D MELANCARKAN PLATFORM ANALISA PERISIAN HASAD YANG PERTAMA SEUMPAMANYA

Lebih daripada 1,500 aplikasi Android yang mencurigakan disenaraikan dengan 13 bilion muat turun
 
LONDON, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Secure-D, platform keselamatan mudah alih oleh syarikat teknologi terkemuka Upstream, melancarkan pusat hasad mudah alih baharu yang melaporkan aplikasi Android yang mencurigakan yang dikesan dan dihalangnya di seluruh dunia. Maklumat mengenai Indeks Secure-D, yang kini dalam beta, membolehkan sesiapa sahaja dengan mudah mencari aplikasi apa yang mengancam privasi dan poket mereka, di satu tempat, secara percuma. Data tersedia secara terbuka untuk seluruh industri mudah alih, daripada pemaju aplikasi, rangkaian iklan dan penerbit, kepada media, pengiklan dan pengendali rangkaian mudah alih yang semuanya menjadi mangsa penipuan iklan mudah alih.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190718005434/en/
 
Indeks Secure-D termasuk senarai teragregat aplikasi Android yang telah dikenal pasti sebagai mencurigakan oleh platform keselamatan Upstream. Bagi setiap aplikasi pusat Indeks Secure-D mempunyai maklumat yang berkaitan seperti bilangan muat turun, kadar jangkitan pasaran dan pasaran di mana aplikasi itu aktif. Data kini tersedia untuk 17 pasaran, termasuk AS, Rusia, India, Jerman, Afrika Selatan dan Mesir, yang meliputi sehingga 1.3 bilion pelanggan data mudah alih. Indeks ini menyenaraikan lebih daripada 1,500 aplikasi hasad  dengan anggaran 13.5 bilion muat turun. Pengguna boleh menyemak sama ada aplikasi tersedia di Google Play, telah dialih keluar dari Google Play, atau diedarkan melalui kedai aplikasi pihak ketiga. Pembangun dan pautan ke laman web pemaju juga disediakan apabila tersedia.
 
Dimitris Maniatis, Ketua Secure-D di Upstream, mengulas: "Secure-D mengetuai perjuangan menentang perisian hasad, ancaman yang semakin meningkat untuk keselamatan mudah alih di seluruh dunia. Kami percaya bahagian penting perjuangan ini adalah kesedaran, yang pengguna mudah alih dan, mengejutkan, sebahagian besar kekurangan dalam industri. Di Upstream, kami telah berkongsi hasil carian Secure-D dengan aplikasi mencurigakan dan penipuan dalam usaha untuk menghapuskan penipuan mudah alih digital. Penerbitan penemuan ini melalui Indeks Secure-D kami menunjukkan tahap kesedaran yang kami berupaya untuk mencapai dan ketelusan yang kami percaya diperlukan untuk lebih berkesan mensasarkan amalan pelaku ancaman yang menghantui ekosistem keseluruhan".
 
Semua maklumat Indeks Secure-D boleh didapati secara percuma. Para pengguna boleh mengakses 20 hasad yang paling aktif pada hari sebelumnya dan mendaftar secara percuma untuk mengakses data penuh, sama ada global atau negara khusus, melihat data sejarah atau mencari aplikasi tertentu. Indeks Secure-D, yang ketika ini dalam mod beta, dirancang untuk meningkatkan dan memperluas fungsi dan data selanjutnya daripada pasaran tambahan.
 
Pada 2018 sahaja, Secure-D telah memproses lebih daripada 1.8 bilion transaksi mudah alih, mengesan dan menyekat lebih daripada 63,000 aplikasi hasad di 16 negara. Platform terjamin ini mengenal pasti dan menyekat lebih daripada 170 hasad baru setiap hari. Pada awal tahun ini Secure-D melaporkan aktiviti latar belakang yang mencurigakan di 4shared, sebuah aplikasi perkongsian fail yang popular, Vidmate, pemuat turun video, dan Weather Forecast sebuah aplikasi prapasang pada peranti Alcatel. Semua aplikasi ini dengan jumlah 600 juta muat turun, telah atau pernah tersedia di Google Play. Dalam ketiga-tiga kes ini, Secure-D mengesan dan menyekat kira-kira 250 juta transaksi mudah alih yang mencurigakan.
 
Dengan menyediakan maklumat mengenai aplikasi yang mencurigakan secara bebas kepada orang ramai melalui Indeks Secure-D, Upstream berazam untuk melindungi para pelanggan, pengusaha dan pengiklan mudah alih daripada ancaman penipuan iklan mudah alih yang semakin meningkat, yang nilainya kini dianggarkan $40 bilion.
 
Pusat Indeks Secure-D boleh diakses di sini.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190718005434/en/

Hubungi
 
Sofia Marinou 
Komunikasi Korporat Upstream
Ε: sofia.marinou@upstreamsystems.com 
corp.comms@upstreamsystems.com 
T: +30210 6618532 +30210 6618507
 
Sumber : Upstream
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

BIZAGI BERKEMBANG DARIPADA PERTUMBUHAN TIDAK MENONJOL KEPADA HIPER MENYAMPAIKAN TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK JENAMA UTAMA DUNIA

Daripada Adidas dan Audi sehinggalah Ikea serta kerajaan A.S., Automasi Proses Pintar unik Bizagi membantu organisasi memanfaatkan kuasa RPA dan AI untuk mempercepat transformasi
 
SANTA CLARA, Calif., 19 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bizagi, pembekal platform Automasi Proses Pintar hari ini telah mengumumkan pertumbuhan ketara di A.S. dan di luar negara yang dipacu oleh kejayaannya mendayakan transformasi digital untuk jenama utama dunia seperti DHL, Gap, Citizens Bank, AON dan berbilang agensi kerajaan A.S termasuklah Jabatan Pertanian, Pertahanan, Tenaga, HHS, Keselamatan Dalam Negeri dan banyak lagi. Pertumbuhan Bizagi adalah berdasarkan penggunaan Automasi Proses Pintar unik oleh perusahaan, membolehkan syarikat memanfaatkan proses digital dan robotik dengan lebih baik, berserta kepintaran buatan, untuk meningkatkan interaksi pengguna, kelajuan operasi dan menjana pendapatan.
 
Berita ini adalah susulan pengiktirafan syarikat pada bulan lepas sebagai peneraju dalam The Forrester Wave™: Software for Digital Process Automation (DPA) for Deep Deployments, Q2 2019 dan pengembangan pejabat di Singapura dan juga Washington, D.C. serta New York untuk melengkapi ibu pejabat syarikat di San Francisco A.S. Bizagi juga membuat beberapa pelantikan eksekutif termasuklah ketua pegawai hasil pertama bagi syarikat, Richard Dufty, yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasaran pilihan dengan mandat untuk menyediakan perjalanan dan pengalaman disatukan yang mengagumkan untuk pelanggan.
 
“Sejak pendanaan $48M kami pada tahun 2017, Bizagi secara umumnya tidak menonjol, tetapi fokus berterusan kami terhadap kejayaan pelanggan membuahkan dividen yang besar, dengan syarikat mengalami pertumbuhan 100 peratus tahun demi tahun di A.S pada tahun lepas dan berada pada landasan untuk tumbuh 200 peratus pada tahun 2019,” kata CEO Bizagi Gustavo Gomez. “Keupayaan platform kita untuk menyampaikan automasi proses digital yang mendalam sementara memacu penggunaan yang meluas, cepat dan mesra perniagaan membuatkan organisasi ini berfikir dua kali tentang transformasi digital.”
 
KERJASAMA PERNIAGAAN DAN IT
Tinjauan Bizagi baru-baru ini mendapati sembilan daripada 10 perniagaan berpendapat transformasi digital sebagai cabaran yang ketara. Untuk menangani cabaran ini, platform tangkas, terhubung dan menarik milik syarikat membolehkan kerjasama sebenar antara perniagaan dengan IT.
 
“Kami memilih Bizagi kerana Bizagi menyediakan kepada kami platform DPA rendah kod yang membolehkan walaupun penganalisis proses kami untuk melaksanakan aliran kerja proses perniagaan setakat yang munasabah.” kata Stefan Wenzel, Naib Presiden, Pusat untuk Pendigitalan, dengan Deutsche Post DHL. “Ini penting untuk kami kerana ini akan membolehkan kami mempercepat transformasi digital kami. Selain itu, komponen baharu seperti Bizagi Sites membantu kami untuk mewujudkan perkhidmatan digital yang mengutamakan pengguna.”
 
MEMBINA PADA RPA
Bizagi adalah unik dalam penyepaduan asli dengan platform automasi proses robotik terkemuka, membenarkan organisasi untuk memanfaatkan proses robotik ini dengan lebih baik di seluruh perusahaan.
 
“Bizagi akan membuka peluang untuk RPA dengan mendigitalkan pemprosesan data agar robotik boleh dilaksanakan secara meluas dalam operasi komersial kami,” kata Matt Lavoie, Naib Presiden, Ketua Automasi dan Pembangunan iBPMS untuk Perbankan Komersial dengan Citizens Financial Group. “Pelaksanaan berautomasi dan aliran kerja akan mempercepat pemprosesan, mewujudkan kecekapan dan memberikan rakan sekerja kita lebih banyak masa untuk berfokus pada aktiviti ditambahkan nilai yang meningkatkan pengalaman klien kita. Kemudahan penggunaan Bizagi akan terus membantu tenaga kerja kita menerima dan mengembangkan strategi digital ini.”
 
Dalam menamakan Bizagi sebagai peneraju, laporan Forrester Wave baru-baru ini menyatakan: “Bizagi mengimbangkan kefungsian DPA mendalam dengan platform yang direka bentuk digunakan secara meluas.” Begitu juga dalam laporan Magic Quadrant for Intelligent Business Process Management Suites awal tahun ini, Gartner mencirikan Bizagi sebagai alat paling intuitif dalam pasaran. 
 
“Memiliki rakan kongsi teknologi utama yang dikenal pasti sebagai peneraju pasaran ialah pengesahan yang mengagumkan bagi ekosistem UiPath,” kata Dave Marcus, Naib Presiden Produk dan Pengurusan Perikatan di UiPath. Kerjasama dengan Bizagi penting untuk menyampaikan misi Automation First.”
 
MEMACU TRANSFORMASI DIGITAL
Bizagi memiliki pendekatan produk unik yang membolehkan organisasi untuk mencontohi dan merintis senario DPA secara percuma, dan hanya membayar untuk pelaksanaan dalam persekitaran pengeluaran. Setakat ini, para pengguna telah memuat turun perisian Bizagi lebih daripada 3 juta kali, yang memacu puluhan ribu automasi digital di lebih daripada 500 organisasi di seluruh dunia.
 
Pertumbuhan A.S secara khususnya adalah ketara dalam perkhidmatan kewangan dan agensi kerajaan, apabila organisasi berjaya dalam automasi digital menggunakan Bizagi walaupun statistik menunjukkan kegagalan transformasi digital yang amat banyak. Kebanyakan organisasi ini dicabar oleh proses dalam sistem yang mahal, tidak terhubung dan lambat untuk berubah. Bizagi berfungsi dengan sistem sedia ada untuk menjadikan sistem lebih tangkas dan terhubung untuk pengalaman pelanggan yang lebih menarik.
 
“Bizagi berfungsi seperti tali sawat penyampai maklumat pintar, membenarkan sistem legasi untuk dibina pada kecekapan proses robotik dan konteks dan niat kepintaran buatan untuk mengautomasi dan mendigitalkan proses organisasi,” jelas Gomez dari Bizagi. “Selamat datang ke zaman automasi pintar.”
 
Untuk memacu pertumbuhan ini, syarikat telah melantik Dufty sebagai ketua pegawai hasil. Bersama Symantec sebelum ini, Dufty menyelia jualan untuk jenama Norton yang mewakili lebih daripada $1 bilion dalam hasil tahunan. Sebagai pelantikan kepimpinan pertama di AppDirect, beliau meningkatkan jualan daripada $1 juta kepada $100 juta dalam tempoh kurang daripada lima tahun.
 
“Richard ialah pemimpin yang telah terbukti yang menyertai Bizagi selepas rekod prestasi yang amat cemerlang dalam meningkatkan hasil secara eksponen untuk syarikat Fortune 500 dan unikorn Silicon Valley.” kata Gomez. “Kami teruja untuk Richard menyertai pasukan semasa kami bercadang untuk menskalakan operasi di A.S. dan secara global.”
 
Tentang Bizagi
Bizagi membantu organisasi untuk melakukan transformasi menjadi perniagaan digital. Platform automasi proses Bizagi menghubungkan orang, aplikasi, peranti dan maklumat untuk menyampaikan pengalaman menarik yang diminta pelanggan hari ini. Dikuasakan oleh komuniti seramai 1 juta pengguna, Bizagi menguasakan perusahaan di seluruh dunia termasuklah adidas, BAE Systems dan Old Mutual. Untuk maklumat lanjut, lawati www.bizagi.com
 
Orang Hubungan Media 
Steve Smith
ssmith@voxuspr.com
o: 253.444.5477
m: 425.753.1653 
 
Sumber: Bizagi

--BERNAMA