Monday, July 17, 2023

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR


Seramai 65 pelajar tahun akhir kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam berkongsi idea inovasi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi seiring dengan inisiatif memperkasa minda produktif.

SHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini memberi perhatian dalam pembangunan modul baharu berkaitan produktiviti yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pengarah MPC, Puan Saliza Saari berkata, transformasi minda ini dijalankan secara holistik dan ia perlu bermula awal di peringkat institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi dan industri.

“MPC percaya peranan membudayakan peningkatan produktiviti perlu dimainkan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minda produktif secara meluas.  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menekankan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi”, katanya.

Menurut beliau modul baharu itu merupakan kolaborasi antara MPC & School of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan chapter berkaitan dengan produktiviti telah dimasukkan sebagai salah satu modul pembelajaran bagi pelajar semester akhir di fakulti Mechanical Engineering.

PROGRAM KOLABORASI MINDA PRODUKTIF MPC & SCHOOL OF MECHANICAL ENGINEERING UITM MEMPERKENALKAN MODUL PRODUKTIVITI BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR

No comments:

Post a Comment