Thursday, August 13, 2020

MENANGI SEBUAH TABLET DENGAN PERTANDINGAN KEMBALI KE SEKOLAH WORLDREMIT!

 Kirim wang di antara 1 Julai dan 30 September 2020 untuk layak



LONDON, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka, akan menghadiahkan 150 komputer tablet kepada pelajar di Filipina! Sekolah-sekolah awam di Filipina dijadual dibuka semula dari 24 Ogos, bergantung pada kepatuhan dengan Klasifikasi Keparahan Risiko COVID-19 tempatan. WorldRemit, yang mempunyai satu kehadiran besar di Filipina, mahu mewujudkan peluang-peluang dengan memperluaskan akses kepada pendidikan dengan tawaran yang bermurah hati ini.

Pelanggan akan mempunyai peluang untuk memenangi sebuah komputer tablet dengan hanya membuat satu pemindahan ke Filipina dengan menggunakan aplikasi atau laman web WorldRemit di antara 1 Julai dan 30 September 2020 dan memastikan bahawa mereka telah mendaftar untuk tawaran itu secara dalam talian di: https://www.worldremit.com/en/promotions/winatablet. Setiap Jumaat pada setiap minggu dari 14 Ogos 2020 sehingga 2 Oktober 2020, WorldRemit akan secara rawak memilih di antara 16 dan 20 pemenang. Sebuah komputer tablet akan kemudian dihantar kepada penerima yang dipilih oleh pemenang yang dapat menunjukkan bahawa mereka pada masa ini adalah merupakan seorang pelajar di Filipina.

“Sebagai sebuah syarikat, kami menyedari kesan transformasi bagi pendidikan di dalam kehidupan golongan muda, dan kami tahu bahawa pembiayaan pendidikan adalah satu daripada sebab utama Pekerja Asing Luar Negara menghantar wang pulang ke kampung halaman. Kami mahu untuk memastikan bahawa lebih banyak pelajar dapat mengakses sumber pembelajaran secara dalam talian, dan pada masa yang sama menyokong mereka yang memilih pembelajaran jarak jauh atas alasan peribadi. Pertandingan ini adalah cara kami untuk membantu pelanggan kami menyokong orang yang mereka sayangi sambil memainkan peranan kami dalam usaha mengurangkan ketidaksamaan di sekitar akses kepada pendidikan,” kata Scott Eddington, Pengarah Urusan, Asia Pasifik di WorldRemit.

Sistem pendidikan itu di Filipina telah mengalami gangguan besar akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, Jabatan Pendidikan telah merangka satu Pelan Kesinambungan Pembelajaran Pendidikan Asas yang terdiri daripada satu campuran pembelajaran bersemuka, pembelajaran campuran, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran di rumah. Prospek bagi pembelajaran jarak jauh telah menimbulkan kebimbangan bagi sejumlah isi rumah yang berpendapatan rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber tambahan yang diperlukan, seperti komputer tablet. Sesetengah keluarga juga mungkin bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah disebabkan oleh pendedahan risiko.

Earl Melivo, Pengarah Negara, Filipina di WorldRemit menambah, “Pandemik COVID-19 itu telah memberikan satu kesan negatif kepada banyak keluarga dan kewangan mereka. Malangnya, ini bermakna sebilangan ibu bapa akan terpaksa membuat pilihan yang sukar di antara memilih sama ada untuk membeli bekalan atau peralatan isi rumah agar anak-anak mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka secara jarak jauh. Sebagai seorang rakyat Filipina, saya tahu pertandingan ini akan memberi satu kesan positif kepada pemenang dan isi rumah mereka.”

WorldRemit adalah syarikat pembayaran antarabangsa yang pertama untuk melancarkan satu tawaran seperti ini. Untuk masuk, hanya pilih turut serta melalui pautan di bawah selepas membuat satu pemindahan ke Filipina di antara 1 Julai dan 30 September 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  
https://www.worldremit.com/en/promotions/winatablet

Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Maklumat mengenai WorldRemit

WorldRemit adalah sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka. WorldRemit telah mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 hingga ke 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia.

Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih.
Dengan disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai kehadiran global di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldremit.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200812005754/en/

Hubungi

WorldRemit
Kyara Kwan
Pengurus Perhubungan Awam Asia Pasifik
kkwan@worldremit.com

Sumber : WorldRemit

No comments:

Post a Comment