Thursday, August 31, 2023

ISETAN MITSUKOSHI HOLDINGS DAN NOMURA REAL ESTATE DEVELOPMENT MENGADAKAN MAJLIS PERASMIAN BESAR-BESARAN PADA 21 JULAI UNTUK "MITSUKOSHI BGC," KEMUDAHAN KOMERSIAL DI MANILA, FILIPINA

TOKYO, 30 Ogos, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. dan Nomura Real Estate Development Co., Ltd., kedua-duanya berpangkalan di Tokyo, telah mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran pada 21 Julai bagi "MITSUKOSHI BGC", sebuah pusat beli-belah yang membentuk sebahagian daripada sebuah projek pembangunan guna campur kediaman dan komersial yang berskala besar yang sedang diusahakan dengan kerjasama pemaju terkemuka Filipina, Federal Land, Inc., di Manila, Filipina.

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202308238345?p=images
 
Majlis itu telah diadakan dalam suatu suasana dengan sentuhan festival bermusim Jepun "matsuri." Acara itu termasuk satu persembahan gendang Jepun serta sebuah persembahan kaligrafi Jepun. Berdasarkan kepada konsep "GAYA HIDUP MANILA YANG SETERUSNYA," MITSUKOSHI BGC akan terus berusaha untuk menjadikan pusat beli-belah itu sebagai sebuah tempat yang memperkayakan kehidupan harian bagi pengunjung dan penghuni menara kediaman.

Ucapan perasmian besar-besaran
- Toshiyuki Hosoya, Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Isetan Mitsukoshi Holdings "Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang di atas usaha mereka di dalam projek ini. Tahun ini menandakan ulang tahun Mitsukoshi yang ke-350. Sejak ditubuhkan pada tahun 1673, Mitsukoshi telah meneruskan inovasi untuk memperkayakan kehidupan harian bagi pelanggan kami. Dasar kami dicirikan oleh dua ciri: hospitaliti (prinsip yang mengutamakan pelanggan) dan perkongsian (perhubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dia pihak), dan di Filipina, kami akan mengekalkan falsafah perniagaan ini untuk pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami. Saya pasti bahawa satu sensasi baharu akan berlaku semasa anda melawat MITSUKOSHI BGC selepas menikmati suatu pengalaman membeli-belah di gedung membeli-belah Mitsukoshi dan Isetan di Jepun. Saya harap anda akan berkongsi kepercayaan kami bahawa kami mengajukan sebuah budaya, bukan produk."
 
- Eiji Kutsukake, Pengerusi dan Pengarah bagi Nomura Real Estate Holdings, Inc.
"Kami mengambil bahagian di dalam projek ini kerana saya terpesona dengan pertemuan pada tahun 2015 dengan Encik Alfred V. Ty dan semangat beliau untuk projek itu serta kuasa Filipina yang semakin meningkat, dan kami telah mengusahakan projek itu dengan satu keyakinan bahawa pengetahuan dan kepandaian yang dipupuk di Jepun boleh digunakan di luar negara. Saya amat gembira dengan projek ini di Filipina; sebagai contoh, kami akhirnya mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran selepas lapan tahun berusaha; kami memenangi pelbagai anugerah untuk projek kediaman kami sejak beberapa tahun yang lalu; penjualan bagi menara kediaman terakhir bermula dan sedang berkembang dengan mantap. Kami akan berusaha untuk membolehkan MITSUKOSHI BGC mewujudkan satu kedudukan unik sebagai sebuah entiti Jepun, bagi mengenali penduduk tempatan, dan untuk menyumbang secara meluas kepada pembangunan BGC dan kawasan lain di seluruh Filipina."
 
Untuk butiran lanjut tentang aktiviti perasmian besar-besaran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O1-36DZHKvB.pdf
 
Maklumat mengenai kemudahan itu:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O2-aD3QY6Li.pdf
 
Laman web Rasmi
Isetan Mitsukoshi Holdings: https://www.imhds.co.jp/en/index.html
 
Nomura Real Estate Development: https://www.nomura-re.co.jp/english/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17401

No comments:

Post a Comment