Tuesday, August 29, 2023

PROGRAM AMAL KEMASYARAKATAN TERUS DIPERKASA MENERUSI KEJOHANAN GOLF AMAL SRIKANDI HASIL PUTRAJAYA

Negeri Sembilan, 28 Ogos (Bernama) -- Bagi merapatkan hubungan silaturrahim serta sokongan padu terhadap Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi Srikandi HASiL telah berjaya menganjurkan Majlis Kejohanan Golf Amal Srikandi HASiL Putrajaya yang berjaya menarik penyertaan seramai hampir 140 peserta.
 
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya berkata, dana yang berjaya dikumpul menerusi penganjuran program ini akan disalurkan untuk kegunaan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) serta program-program kemasyarakatan bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan. Sinergi kerjasama ini menjadi medium terbaik kepada HASiL untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.
 
Beliau berharap semoga usaha murni dan cetusan idea oleh Srikandi HASiL Putrajaya menerusi penganjuran Charity Golf ini dapat membuka ruang interaksi dan jaringan kepada pihak YFBM untuk mendapatkan jalinan kerjasama dengan badan korporat lain di masa hadapan.

Turut bersama-sama hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Dato’ Abdul Khalid bin Yunus, Pengarah Negeri HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Penasihat Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBhg. Datin Siti Khalijah binti Ibrahim, Pengerusi Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Pengerusi Srikandi HASiL Putrajaya Charity Golf dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM selaku penganjur bersama program pada 27 Ogos 2023.
 
Sebanyak tiga (3) kategori utama telah dipertandingkan iaitu kategori Terbuka, VIP dan Wanita. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah bagi 12 pemenang bertuah dan acara kemuncaknya adalah penyerahan mock cheque berjumlah RM20,000 kepada YFBM sebagai simbolik penyampaian sumbangan program amal ini.
 
HASiL mengucapkan terima kasih kepada para penaja kejohanan yang terdiri daripada orang perseorangan dan badan korporat.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17391

No comments:

Post a Comment