Thursday, November 8, 2018

INDEKS HARGA KOPI XINHUA-YUNNAN (PU'ER) DIPERKENALKAN SECARA RASMI DI BEIJING

BEIJING, China, 7 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) dari Agensi Berita Xinhua, kerajaan bagi Bandar raya Pu'er dan Bursa Kopi Antarabangsa Yunnan telah bersama-sama mengeluarkan Indeks Harga Kopi Xinhua-Yunnan (Pu'er) di Beijing pada 1 November.

Indeks itu bertujuan untuk meningkatkan pengaruh jenama itu serta ketampakan di peringkat antarabangsa bagi kopi yang dihasilkan di barat daya Wilayah Yunnan di China dan menyediakan rujukan bagi  pemantauan kerajaan, penanaman saintifik dan keputusan perdagangan.

Sistem indeks itu merangkumi Indeks Harga Komposit Xinhua-Yunnan (Pu'er) dan Indeks Harga Barangan Tunggal Xinhua-Yunnan (Pu'er). Ia mengambil sampel biji kopi mentah yang dihasilkan di lima kawasan pengeluaran utama kopi di Pu'er, Dehong, Baoshan, Lincang dan Xishuangbanna di Yunnan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11595

No comments:

Post a Comment