Friday, November 2, 2018

BUSINESS WIRE MENAMAKAN PASCAL ROSIER SEBAGAI PENGURUS BESAR BAGI RANTAU ASIA PASIFIK


TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eksekutif industri maklumat Pascal Rosier telah menyertai Business Wire sebagai pengurus besar bagi Asia Pasifik, demikian diumumkan hari ini. Rosier akan bertanggungjawab bagi pejabat Business Wire di Tokyo, Hong Kong, dan Sydney, dan akan bekerjasama rapat dengan pelbagai ahli gabungan perkhidmatan berita itu di seluruh rantau itu.

Berpusat di Tokyo, Rosier membawa kelayakan yang mengagumkan kepada peranan baharu beliau, setelah memegang kedudukan kepimpinan jualan dan pengurusan operasi dengan perkhidmatan maklumat kewangan yang terkemuka semasa kerjaya beliau selama 18 tahun.

Sepanjang lima tahun yang lalu, Rosier telah berkhidmat sebagai pengarah jualan serantau untuk Dow Jones, di mana beliau mengarahkan kakitangan seramai sepuluh orang untuk menjual produk-produk syarikat itu kepada komuniti kewangan, korporat, dan agensi kerajaan. Rosier melaksanakan strategi yang menghasilkan di dalam pertumbuhan tiga angka dalam pasaran Jepun yang bersaing.

Sebelum ini, Rosier mengetuai bahagian penjualan korporat untuk Bloomberg LP di Jepun, dengan menyasarkan perbadanan, firma dagangan, dan institusi kewangan global.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11575

No comments:

Post a Comment