Monday, November 19, 2018

PATTON MEMPERSEMBAHKAN CPE SERASI BROADCLOUD DI CONNECTIONS

Patton telah mempersembahkan eSBC dan ATA premis pelanggan dari AS dengan pemeruntukan dan pengurusan didayakan awan yang serasi BroadCloud pada pameran di BroadSoft Connections

GAITHERSBURG, Md., 19 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—Pengilang UC dari Amerika yang menghasilkan kelengkapan premis pelanggan telah mempamerkan eSBC dan ATA yang serasi dengan BroadCloud untuk penyedia perkhidmatan dan pelanggan pada pameran BroadSoft Connections di Miami minggu lepas.

Kelengkapan premis pelanggan (CPE) VoIP SmartNode yang disahkan boleh beroperasi dengan platform komunikasi BroadSoft dan BroadCloud disepadukan dengan sistem komunikasi premis pelanggan, termasuk telefon TDM legasi dan sistem PBX atau perkhidmatan komunikasi disatukan berdasarkan SIP yang canggih.

Menampilkan pemeruntukan auto, kemandirian auto, dan disokong oleh perkhidmatan orkestrasi pinggir Patton Cloud, CPE VoIP Patton membantu penyedia perkhidmatan mengurangkan perbelanjaan modal dan belanja operasi di samping meningkatkan keuntungan semasa memberikan komunikasi disatukan sebagai perkhidmatan (UCaaS) berdasarkan BroadCloud.

>>Dapatkan Kertas Putih…
Penyelesaian Pemeruntukan Auto Patton-BroadSoft untuk Talian SIP yang Memberikan IP PBX Pilihan Pelanggan

Pilihan kemandirian yang disokong termasuklah WAN berbilang, berwayar, tanpa wayar dan pemindahan sandaran talian TDM.

>>Dapatkan Kertas Putih…
Kemandirian Syarikat untuk Pelanggan Perkhidmatan Berdasarkan BroadSoft

Patton Cloud memberikan lebih pilihan dan kawalan kepada penyedia dan pelanggan perkhidmatan. Perkhidmatan boleh diperbesar, diubah atau ditukar tujuannya dari jauh dengan naik taraf perisian, lesen pemacu dan perubahan perisian tegar. Penyedia perkhidmatan boleh menggunakan protokol penghalaan baharu, menambah saluran TDM, Sesi SIP atau sokongan NFV/SD WAN dari jauh.

Antara muka Patton-Cloud yang dipusatkan menyediakan pengurusan, pemantauan, pembetulan masalah, amaran, ciri keselamatan dan banyak lagi. Dengan CPE VoIP SmartNode pada premis pelanggan, penyedia perkhidmatan boleh menganalisis, mentransformasi, menggunakan semula dan mengoptimumkan perkhidmatan dari mana-mana sahaja.

“Patton telah menjadi rakan kongsi BroadSoft yang sah sejak 2006,” kata Burton A. Patton (Burt), Naib Presiden Eksekutif di Patton. “Kami telah menghasilkan kelengkapan rangkaian selama 35 tahun. Kerjasama ini adalah yang terbaik untuk penyedia perkhidmatan dan pelanggan perniagaannya.”

Untuk maklumat lanjut tentang cara produk CPE Patton menguasakan penyedia perkhidmatan untuk memberikan perkhidmatan komunikasi berkualiti tinggi kepada pelanggan perniagaan dengan berkesan dan menguntungkan

>>Dapatkan Panduan tersebut…
Panduan Produk Patton BroadWorks dan BroadCloud

Dalam berita berkaitan, Patton baru-baru ini mengumumkan Patton Cloud, perkhidmatan orkestrasi pinggir yag mempercepat penggunaan dan mengurangkan kos untuk penyedia perkhidmatan.

Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com
 
SOURCE: Patton Electronics Co.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment