Thursday, November 22, 2018

LANTRONIX AKAN MEMBUAT PEMBENTANGAN DI ACARA UTAMA LD MICRO TAHUNAN KE-11 PADA 5 DISEMBER 2018

IRVINE, Calif., 21 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (NASDAQ: LTRX), penyedia global untuk penyelesaian akses dan pengurusan data selamat Internet untuk segala-galanya (IoT) dalam industri hari ini mengumumkan bahawa Presiden dan CEO, Jeff Benck dan CFO, Jeremy Whitaker akan membentangkan gambaran keseluruhan perniagaan syarikat itu pada Acara Utama LD Micro Tahunan ke-11 pada 5 Disember 2018 pada 4 PM Masa Pasifik (7 PM Masa Timur) bertempat di Luxe Hotel, 11461 Sunset Boulevard, Los Angeles, California. Siaran langsung web dan salinan slaid pembentangan akan tersedia di bahagian hubungan pelabur di laman web www.lantronix.com.

Pelabur yang akan menghadiri persidangan itu dan ingin bertemu pihak pengurusan Lantronix boleh menghubungi Shahram Mehraban di investors@lantronix.com.

Perihal Lantronix 
Lantronix, Inc. ialah penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan aset Internet untuk segala-galanya (IoT) . Misi kami ialah untuk menjadi pembekal peneraju penyelesaian IoT yang membolehkan syarikat lain memudahkan penciptaan, pelancaran dan pengurusan projek IoT secara dramatik sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan orang ramai.

Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam mencipta teknologi mesin ke mesin (M2M) yang kukuh, Lantronix ialah inovator dalam membolehkan pelanggan kami membina model perniagaan yang baru dan menggunakan kemungkinan Internet untuk segala-galanya. Penyelesaian sambungan kami dilancarkan dalam berjuta-juta mesin yang berfungsi untuk pelbagai jenis industri, termasuk industri, perubatan, keselamatan, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.
Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video YouTube kami di www.youtube.com/user/LantronixInc atau hubungi LinkedIn kami di www.linkedin.com/company/lantronix.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11640

No comments:

Post a Comment