Wednesday, November 14, 2018

ENTEGRIS MEMPERLUASKAN STATE-OF-THE-ART FACILITY CLEAN MANUFACTURING DI MALAYSIA



Peningkatan sebanyak 30% dalam kapasiti pembuatan FOUPs yang berteknologi canggih untuk memenuhi permintaan pelanggan bagi masa yang akan datang
 
SHANGHAI, CHINA/ SUWON, KOREA/ Hshinchu, Taiwan, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Entegris, Inc. (Nasdaq: ENTG), peneraju dalam pengkhususan bahan kimia dan material solutions yang canggih, telah mengumumkan pembukaan besar-besaran perluasan state-of-the-art clean manufacturing facility di Kulim, Malaysia pada hari ini. Dengan pelaburan yang berjumlah $30M USD, Entegris telah meningkatkan kapasiti pembuatan fasiliti Kulim sebanyak 30%, bagi memastikan syarikat menjadi rakan kongsi yang mantap bagi pembuatan semikonduktor terkemuka untuk masa yang akan datang.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181107006052/en/
 
Revolusi Perindustrian Keempat mempunyai kesan yang sangat besar terhadap permbuatan Integrated Circuit (IC). Teknologi baru memerlukan sejumlah besar cip dan penekanan yang lebih besar terhadap prestasi dan kebolehpercayaan cip tersebut. “Piawaian baru ini menyeru kepada penyelesaian yang akan membolehkan masa depan teknologi dan kita melihat ini melalui peningkatan permintaan bagi produk pengendalian wafer” kata Bertrand Loy, Presiden dan CEO Entegris. “Untuk memenuhi lonjakan ini, kami telah mengembangkan kapasiti dan keupayaan pembuatan di Kulim , dengan menambahkan  perkakasan baru, mesin acuan dan banyak kemas kini di bahagian pemasangan untuk mewujudkan kemudahan perkilangan yang unggul dan tiada bandingan.”
 
“Perluasan state-of-the-art clean manufacturing facility membolehkan Entegris menyokong permintaan pengendalian wafer dan reticle secara global untuk menerajui nodes sekarang dan pada masa hadapan,” kata Bill Shaner, , Naib Presiden Kanan  Advanced Materials Handling Division, Entegris. “Perkembangan ini adalah jelas dan sejajar dengan keperluan industri yang berkembang untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk FOUP dan juga untuk memenuhi keperluan semasa untuk pod reticle EUV yang memenuhi syarat ASM yand dihasilkan oleh Entegris, yang mana ianya penting bagi pembuatan logik yang menggunakan proses litografi paling maju.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11604

No comments:

Post a Comment