Thursday, November 22, 2018

BEIJING MENEROKAI CARA-CARA BAHARU BAGI PERKONGSIAN PELANCONGAN KE DALAM NEGARA

BEIJING, China, 22 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Jumlah pelancong masuk ke Beijing mencapai 2.27 juta orang dari Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 2.5 peratus tahun ke tahun. Data yang mengagumkan itu menekankan usaha Beijing pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk menerokai cara-cara baharu bagi perkongsian kemasukan pelancongan ke dalam negara dan membuka pasaran pelancongan mereka dengan pelbagai dasar sokongan.

Selaras dengan peranan utama mereka untuk memberi perkhidmatan kepada komunikasi antarabangsa, Beijing telah memperkenalkan pelbagai dasar seperti dana khas untuk memberi anugerah bagi kemasukan pelancongan, dana untuk MICE, rebat cukai beli-belah semasa berlepas untuk pelancong luar negara, dan pengecualian visa transit selama 144 jam, mendorong pertumbuhan pelancongan masuk ke dalam negara. Memandangkan Beijing sedang membina sebuah ibu negara bertaraf dunia yang harmoni dan sesuai untuk didiami dalam cara yang menyeluruh, pelancongan ke dalam negara dijangka memainkan peranan yang lebih besar di dalam mendalami pembaharuan dan pembukaan, meningkatkan persahabatan antarabangsa dan menggalakkan pertukaran budaya dan ekonomi.

Di samping itu, Beijing akan menjadi tuan rumah kepada Pameran Hortikultur Antarabangsa pada tahun 2019, dan Persidangan Santai Sedunia pada tahun 2020. Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk akan juga diadakan di Beijing pada tahun 2022. Acara-acara bertaraf antarabangsa ini akan membawa peluang-peluang baharu bagi pembangunan pelancongan ke dalam negara Beijing. Beijing sudah bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dan berkongsi peluang dengan rakan domestik dan luar negara.

Pada Februari, Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan (BMCTD) telah melancarkan “Program Perkongsian Pengedaran Global bagi Pelancongan Beijing”, satu mekanisme kerjasama strategik dan inovasi yang pertama buat China dan juga rantau Asia Pasifik yang diperkenalkan oleh kerajaan dan disertai oleh ejen pelancongan antarabangsa. Projek itu telah menerima lebih daripada 120 permohonan dari ejen pelancongan antarabangsa, manakala 30 daripada mereka dipilih untuk menjadi rakan  dengan memeterai kerjasama selama tiga tahun dengan BMCTD untuk dilaksanakan kerjasama mendalam mengenai perkongsian maklumat, pemasaran, dan pembangunan laluan pelancongan. Dengan menganjurkan sidang kemuncak dan menggalakkan projek itu, BMCTD berharap untuk menerokai satu mekanisme kerjasama pelancongan dalam negara yang normal, sentiasa dimaklumkan mengenai perubahan tepat masa di dalam orientasi penggunaan pelancongan antarabangsa, memahami ciri-ciri dan keinginan pelancong luar negara, dan jemput rakan global untuk mengambil bahagian di dalam kajian ciri-ciri laluan pelancongan dalam negara dan terus meningkatkan daya tarikan Beijing sebagai sebuah destinasi pelancongan global.

Berdasarkan kepada perubahan di dalam pasaran pelancongan dalam negara, kumpulan dan keutamaan, Beijing akan memperkenalkan lapan jenis ciri produk pelancongan kepada dunia, termasuk lawatan ke ibu kota purba, lawatan ke ibu kota moden, lawatan ke budaya rakyat, lawatan fesyen, lawatan makanan dan lawatan penyelidikan dan kajian, lawatan kesihatan perubatan tradisional Cina serta lawatan persidangan dan sukan.

Sumber: Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan

--BERNAMA


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11644

No comments:

Post a Comment