Monday, November 19, 2018

P&G TANGANI AIR BERSIH, KESAKSAMAAN JANTINA DAN SISA PLASTIK PADA LAPORAN CSR 2018

P&G Menyoroti Sumbangan kepada Masyarakat, Komuniti dan Alam Sekitar dalam Laporan Kewarganegaraan 2018 yang Baharu


CINCINNATI, 19 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE:PG) meneruskan sejarah mereka yang panjang dalam melakukan kebaikan di dunia dengan membawa keselesaan rumah kepada mereka yang terjejas oleh bencana, dengan terus mencetuskan perbincangan mengenai kepelbagaian, penyertaan dan kesaksamaan jantina dengan pengiklanan mereka dan memberi impak yang bermakna terhadap alam sekitar dengan sasaran 2030 yang baharu yang termasuk satu visi untuk memastikan tiada pembungkusan oleh Syarikat itu berakhir dengan terdampar di lautan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181113005694/en/

Dicatatkan di dalam Laporan Kewarganegaraan 2018 yang dikeluarkan hari ini, P&G menyoroti aktiviti baru-baru ini yang menentukan Syarikat itu sebagai suatu kuasa untuk kebaikan dan suatu kuasa untuk pertumbuhan.

"Hasrat kami adalah jelas. Kami mahu menjadi suatu kuasa untuk kebaikan dan kuasa untuk pertumbuhan. Kami tahu bahawa semakin kami bersepadu dan membina Kewarganegaraan kepada bagaimana kami menjalankan perniagaan, semakin besar impak yang kami dapat lakukan dengan orang yang kami berikan perkhidmatan, komuniti di mana kami tinggal dan bekerja, dan dunia yang lebih luas yang mengelilingi kita. Seterusnya, ini membantu kami untuk mengembangkan dan membina perniagaan kami," kata David Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif P&G.

Syarikat itu telah membuat kemajuan di dalam kesemua bidang keutamaan Kewarganegaraan mereka dan sorotan dari laporan tersebut termasuk:
  • Impak Komuniti: Pada tahun ini, Syarikat itu telah meraikan satu peristiwa penting dengan Program Air Minum Selamat untuk Kanak-kanak, dengan mengedarkan air minuman bersih mereka yang ke-14 bilion kepada mereka yang paling memerlukannya. Jenama P&G memainkan satu peranan penting di dalam membantu mereka yang terjejas oleh bencana alam seperti Taufan Harvey, Irma, Maria dan Florence, dan program Tide Loads of Hope kami telah mencuci lebih daripada 3,800 muatan pakaian kotor untuk membantu membawa semula perasaan normal kepada mereka yang menderita akibat daripada bencana alam.
     
  • Kepelbagaian & Penyertaan: P&G mencetuskan perbincangan penting berhubung kesaksamaan dengan penerbitan dua filem yang telah memenangi anugerah. Jenama mereka telah melancarkan beberapa kempen pengiklanan yang merangkumi penggambaran positif dari pelbagai keluarga dan orang perseorangan. Secara dalaman, Syarikat itu telah memperkenalkan faedah tambahan untuk memodenkan dasar cuti bersalin pekerja sebagai sebahagian daripada program Bekerja@Anjal mereka.
     
  • Kesaksamaan Jantina: Sebagai sebuah pemimpin di dalam menggunakan suara mereka untuk menarik perhatian kepada kesaksamaan jantina, P&G telah mencipta satu pameran baharu yang merangsangkan fikiran, "Wanita di Tempat Kerja: Mitos lawan Hakikat," yang mencabar pemikiran yang sudah lapuk mengenai wanita di tempat kerja. Ia juga bekerjasama dengan Sesame Workshop dan Muppets untuk menetapkan jangkaan baharu tentang jantina bagi lelaki dan perempuan di seluruh dunia dan memperkenalkan satu rangkaian kempen pengiklanan jenama baharu yang memperjuangkan suara dan perwakilan yang sama rata bagi setiap individu.
     
  • Kemapanan Alam Sekitar: Pada April, Syarikat itu telah mengumumkan matlamat kemapanan yang bercita-cita tinggi untuk tahun 2030. Setelah mencapai sebahagian besar daripada sasaran 2020 mereka untuk iklim, air dan sisa, rangka kerja Cita-cita 2030 P&G memberi tumpuan kepada di mana Syarikat itu boleh membuat perbezaan positif yang terbesar dengan jenama, rantaian bekalan, masyarakat dan pekerja mereka. Syarikat itu telah memperbaharui tumpuan mereka pada sisa plastik dan kebanyakan daripada jenama mereka sedang melangkah untuk meningkatkan kebolehan untuk dikitar semula pembungkusan dan menggunakan lebih banyak bahan kitar semula.
"Selama lebih 180 tahun, Syarikat itu telah menyentuh dan memperbaiki kehidupan. Ia adalah mengenai siapa kita. Ia adalah mengenai apa yang kita lakukan. Dan ia mendorong kita untuk berbuat lebih banyak dan menjadi suatu kuasa untuk kebaikan dan suatu kuasa untuk pertumbuhan di dunia," kata Taylor.

Ringkasan Eksekutif itu, satu gambaran keseluruhan setebal 24 muka surat mengenai kemajuan dan kisah-kisah boleh didapati secara dalam talian serta satu versi terperinci mengenai laporan itu. Video David Taylor yang membincangkan kemajuan mengenai Kewarganegaraan boleh didapati di sini. P&G menerbitkan sebuah Laporan Kemapanan setiap tahun sejak tahun 1999 tetapi memperluaskannya bermula pada tahun 2016 untuk memasukkan gambaran keseluruhan yang lebih komprehensif mengenai keutamaan Kewarganegaraan Syarikat.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®.  Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com  untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181113005694/en/

Hubungi

Procter & Gamble
Damon Jones, 513-983-0190
Jones.dd@pg.com
atau
Julie deSylva, 513-780-0006
Desylva.j@pg.com

Sumber : Procter & Gamble

No comments:

Post a Comment