Wednesday, November 7, 2018

SHARJAH MENEGASKAN SEKALI LAGI BAHAWA GOLONGAN BELIA ADALAH KUNCI KEPADA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DI WILAYAH MENA

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sharjah, amiriah yang ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah menarik perhatian sekali lagi, berhubung peranan golongan belia di dalam mewujudkan keamanan jangka panjang di wilayah MENA.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181105005573/en/

Amiriah itu telah menjadi tuan rumah kepada perbincangan penting dengan lebih dari 600 pegawai kanan dan 60 penceramah utama dari seluruh dunia, yang telah menegaskan bahawa perkara ini hanya dapat dilakukan apabila kerajaan-kerajaan di rantau itu mengambil sikap untuk lebih mengambil bahagian, dan menjadikan belia rakan kongsi yang sama rata di dalam proses membuat keputusan.

Perbincangan penting ini telah diadakan pada persidangan dua hari yang bertajuk, 'Melabur di dalam Masa Hadapan' (IIFMENA), yang dianjurkan oleh organisasi kemanusiaan global yang terkemuka yang berpusat di Sharjah, The Big Heart Foundation (TBHF) di bawah tema 'Belia – Cabaran Krisis dan Peluang-peluang Pembangunan'. Persidangan itu menyaksikan penyertaan lebih daripada 3,000 orang peserta, dan telah mendengar pandangan daripada diplomat kanan dan penyokong hak-hak belia seperti pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Nadia Murad, dan Ahmed Aboul Gheit, Setiausaha Agung bagi Liga Arab.

Melalui sesi panel peringkat tinggi dan parlimen belia, IIFMENA 2018 telah menekankan keperluan mendesak untuk melindungi dan membina semula kumpulan-kumpulan minoriti di MENA, meneroka cara-cara untuk menggalakkan pemulihan jangka pendek dan jangka panjang, dan menggalakkan kemahiran dan peluang-peluang belia.

Tambahan pula, IIFMENA menegaskan keperluan untuk mendapatkan semula keyakinan belia di dalam komuniti antarabangsa. Persidangan itu telah mengambil langkah pertama ke arah itu dengan memperjelaskan perbincangan selama dua hari itu ke dalam 'Perisytiharan Sharjah untuk Pemerkasaan Belia' – satu agenda tindakan sembilan perkara untuk memperkasakan belia, di mana Sharjah telah menggesa negara-negara anggota MENA dan komuniti antarabangsa, untuk mengamal dan melaksanakannya secara kolektif.

Bekerja dari barisan hadapan persidangan itu, perwakilan muda itu juga mengemukakan 'Pernyataan Belia IIFMENA' – satu set yang terdiri daripada 15 cadangan, yang mencartakan satu pendekatan yang lebih inklusif kepada pembangunan di wilayah itu dengan memberi tumpuan kepada memanfaatkan peluang-peluang untuk golongan belia.

IIFMENA 2018 telah diadakan dengan kerjasama UNHCR, UNDP, UNICEF, Wanita PBB, Women Advancement Establishment (NAMA), dan SOS Children's Villages. Ia dianjurkan sekali setiap dua tahun untuk memberi penerangan tentang isu kemanusiaan yang mendesak di wilayah MENA.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181105005573/en/

Hubungi

National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, +971 52 617 2111

Sumber : Sharjah

No comments:

Post a Comment