Wednesday, November 28, 2018

AGORAI MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN NEURAMATIX

Neuramatix akan boleh diperolehi di tempat pasaran kecerdasan buatan Agorai

NEW YORK, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agorai, sebuah platform global yang menyediakan inventori penyelesaian, teknologi, dan data perisian siap guna yang diperlukan untuk mana-mana syarikat yang ingin menyertai ekonomi AI, hari ini mengumumkan bahawa Neuramatix, sebuah penyedia peranti kecerdasan buatan yang dijanakan oleh enjin neural proprietari yang diberi nama NeuraBASE, akan menyertai tempat pasaran AI Agorai.

Melalui perkongsian utama ini, NeuraBASE akan boleh diperolehi kepada peserta di tempat pasaran AI Agorai, termasuk pengguna akhir dan pembina aplikasi. Dengan satu misi untuk menyampaikan akses segera dan tanpa ditapis kepada peranti kecerdasan buatan kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia, Agorai berhasrat untuk memperkasakan peserta di tempat pasaran mereka dengan teknologi AI yang terkemuka yang sedia ada.

"Banyak syarikat pada hari ini memberi tumpuan kepada kegunaan teori kecerdasan buatan dan bukannya bagaimana mereka boleh mencipta penyelesaian dengan aplikasi yang praktikal. Neuramatix mempunyai aset teknologi unik yang boleh digunakan untuk membina penyelesaian AI yang canggih dengan faedah perniagaan dunia sebenar yang sedia untuk digunakan," kata Josh Sutton, Ketua Pegawai Eksekutif, Agorai. "Neuramatix adalah sebuah perintis sebenar di dalam industri AI, dan kami sangat gembira kerana kami dapat menyediakan kepada peserta pasaran Agorai dengan akses langsung kepada teknologi berharga mereka."

NeuraBASE Neuramatix melaksanakan sebuah model yang didasarkan kepada satu teori alternatif mengenai bagaimana otak itu berfungsi. Untuk mempamerkan kecerdasan sebenar, sebuah sistem harus dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran berterusan daripada input baharu, dan untuk mengingatkan semula apa yang telah dipelajari sebelumnya. Penyelesaian itu membolehkan mesin untuk melihat corak di dalam data dan menyampaikan maklumat itu dalam cara yang sama sebagaimana otak manusia belajar, menyimpan, mengambil, dan menzahirkan maklumat. Ciri-cirinya yang unik itu membolehkan penciptaan rangkaian neuron, yang lebih besar dan lebih cepat daripada rangkaian neural konvensional. NeuraBASE mempunyai rangkaian aplikasi yang lebih luas termasuk pemprosesan dan penterjemahan bahasa asli celusan tinggi, analisis biomaklumat, sistem kawalan robot, ucapan, analisis semantik, dan banyak lagi.

"Teknologi NeuraBASE kami membolehkan syarikat-syarikat untuk merekabentuk dan melatih rangkaian neuron bagi menyampaikan keupayaan mesin penyesuaian yang canggih tanpa perlu bergantung kepada daya kasar. Kami komited untuk menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan akses kepada teknologi canggih ini, dalam cara yang sama Agorai komited untuk menyediakan peserta tempat pasaran mereka dengan akses yang tidak terbatas kepada peranti AI utama di pasaran," kata Robert Hercus, Pengasas & Pengarah, Neuramatix. "Kami gembira untuk bekerjasama dengan Agorai dan membuka senibina NeuraBASE asas kami kepada semua peserta tempat pasaran Agorai supaya mereka dapat menyampaikan penyelesaian pintar."

Agorai dan Neuramatix juga telah memulakan usaha untuk merundingkan satu perjanjian pemerolehan muktamad bagi kesemua aset dan paten yang berkaitan dengan AI yang dimiliki oleh Neuramatix. Adalah dijangkakan bahawa perjanjian ini akan dilaksanakan sebelum pelancaran tempat pasaran Agorai.

Tempat pasaran Agorai dijadual dilancarkan pada awal tahun 2019. Untuk mengambil bahagian di dalam projek perintis itu atau bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.agorai.ai.

Maklumat mengenai Agorai

Agorai adalah sebuah platform global yang menyediakan inventori penyelesaian, teknologi, dan data perisian siap guna yang diperlukan untuk mana-mana syarikat yang ingin menyertai ekonomi AI. Agorai menawarkan satu-satunya tempat pasaran yang bersepadu untuk peranti AI dan aset data yang menjanakan mereka. Platform yang diedarkan itu menyatukan pemilik data dan syarikat-syarikat AI untuk membuat penyelesaian yang dipacu oleh AI yang menyelesaikan masalah perniagaan yang sebenar. Tempat pasaran AI Agorai membolehkan orang ramai membina peranti dan aplikasi AI untuk mengakses dan berkongsi aset yang sebelum ini tidak tersedia kepada mereka dan menyediakan sebuah saluran pengedaran bagi syarikat-syarikat AI untuk mencapai pembeli korporat dan individu. Tempat pasaran data Agorai membantu memindahkan pemilikan data kepada mereka yang menciptanya dan menyediakan akses kepada AI kepada mereka yang memerlukannya, di peringkat global dan secara berskala.

Rangkaian Sosial:

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/agorai
Twitter: @agorai_market
Medium: https://medium.com/@agorai

Penafian:
Maklumat tertentu yang dinyatakan di dalam siaran akhbar ini mengandungi "maklumat yang berpandangan ke hadapan" di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan. Kecuali bagi kenyataan yang berbentuk sejarah, maklumat yang terkandung di sini merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (i) prestasi yang diunjurkan Agorai dan Tempat Pasaran Agorai; (ii) pelaksanaan perjanjian penetapan dengan Neuramatix dan penutupan urus niaga dengan Neuramatix; (iii) pembangunan yang dijangkakan bagi perniagaan, projek, dan usaha sama Agorai; (iv) pelaksanaan visi dan strategi pertumbuhan Syarikat itu, termasuk berkenaan dengan pertumbuhan global masa hadapan; (v) sumber dan ketersediaan pembiayaan pihak ketiga bagi projek Agorai; (vi) penyiapan projek Agorai yang sedang dijalankan pada masa ini, dalam pembangunan atau yang sedang dipertimbangkan; (vii) keupayaan Agorai untuk melancarkan sebuah platform dan tempat pasaran yang berfungsi; (viii) pembaharuan pelanggan dan pembekal semasa, dan perjanjian bahan yang lain; dan (ix) kecairan masa hadapan, modal kerja, dan keperluan modal. Kenyataan ini tidak menjamin prestasi masa hadapan dan kebergantungan yang tidak sewajarnya tidak harus diletakkan kepada mereka. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu semestinya melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, yang mungkin menyebabkan prestasi sebenar dan keputusan kewangan pada masa akan datang berbeza secara material daripada sebarang unjuran bagi prestasi masa hadapan atau hasil yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Walaupun kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini didasarkan kepada apa yang diyakini oleh pihak pengurusan sebagai andaian yang munasabah, tidak ada jaminan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu akan terbukti tepat, kerana keputusan sebenar dan peristiwa masa hadapan boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan di dalam kenyataan seperti itu. Agorai tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan jika keadaan atau anggaran atau pendapat pengurusan perlu diubah, kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang sekuriti yang berkenaan. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak sewajarnya terhadap kenyataan yang berpandangan ke hadapan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181127005893/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Jessica Cardonick
Articulate Communications bagi pihak Agorai
agorai@articulatecomms.com
Pejabat: +1 212 255 0080

Sumber : Agorai

No comments:

Post a Comment