Thursday, November 22, 2018

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA CHUBU CENTRAIR TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI LAPANGAN TERBANG 5 BINTANG UNTUK KALI KEDUA

NAGOYA, Jepun, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair telah disenaraikan untuk tahun kedua berturut-turut sebagai sebuah Lapangan Terbang 5 bintang*[1], kedudukan lapangan terbang paling tinggi di dunia, di dalam kategori Lapangan Terbang Serantau*[2] .

Dalam usaha untuk menangani pelbagai keperluan oleh pelancong antarabangsa yang semakin meningkat, Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair berhasrat untuk menjadi sebuah lapangan terbang yang lebih mudah untuk digunakan dan lebih selesa.

Dalam kaji selidik SKYTRAX*[3], yang merangkumi lebih 500 kategori penilaian lapangan terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair menduduki tempat yang amat tinggi di dalam "perkhidmatan kakitangan Lapangan Terbang" dan "kebersihan Lapangan Terbang" di antara lapangan terbang yang lain.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair telah juga dianugerahkan dengan "Anugerah Lapangan Terbang Dunia", satu penarafan lapangan terbang antarabangsa yang didasarkan kepada perkhidmatan pelanggan, sebagai "Lapangan Terbang Serantau Terbaik di Dunia" (untuk tahun keempat berturut-turut sejak tahun 2015) dan "Lapangan Terbang Serantau Terbaik-Asia" (untuk tahun ke-8 berturut-turut sejak tahun 2011). Keputusan untuk tahun 2019 akan diumumkan pada Mac 2019.

Chubu Centrair ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelancong yang menggunakan kemudahan kami. Dari sekarang secara keseluruhannya lapangan terbang itu akan menetapkan sasaran yang lebih tinggi dan ia akan meningkatkan usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut:
https://skytraxratings.com/chubu-centrair-airport-certified-as-5-star-regional-airport

*[1] Lapangan Terbang 5 bintang: senarai lapangan terbang selain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair.
*[2] Lapangan Terbang Serantau: kategori ini meliputi lapangan terbang yang terletak di kawasan bukan ibu negara yang memberi tumpuan kepada penerbangan domestik, satu media penerbangan antarabangsa yang mencakupi 6 jam, atau satu minoriti penerbangan benua.
*[3] SKYTRAX: ditubuhkan di Britain pada tahun 1989 sebagai sebuah syarikat penarafan pengangkutan udara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11636

No comments:

Post a Comment