Monday, February 14, 2022

KENYATAAN MENGENAI HARI ANTARABANGSA WANITA DAN GADIS DALAM SAINS 2022 OLEH LUCY GILDEA, KETUA PEGAWAI INOVASI DI MARY KAY INC.

Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah ini adalah satu kenyataan oleh Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc., bersempena dengan Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220211005050/en/

Dalam satu kajian penting yang dijalankan di antara 1966 dan 1977, hampir 5,000 orang kanak-kanak telah diminta melukis seorang saintis. Daripada lukisan tersebut, hanya 0.6% menggambarkan saintis wanita. Kajian yang serupa, dan lebih terkini telah menunjukkan peningkatan, dengan 28% kanak-kanak zaman moden melukis saintis wanita apabila diberikan tugasan yang sama.

Ia adalah kemajuan. Tetapi kita belum lagi berada di sana.

Mary Kay Inc. membayangkan satu masa depan di mana lebih ramai saintis wanita wujud bukan sahaja di atas kertas, tetapi di dalam dunia nyata. Itulah sebabnya, pada Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains ini, kami menggesa semua kerajaan, institusi pendidikan dan rakan sejawat kami di dalam sektor swasta untuk melabur di dalam, menggalakkan dan menyokong lebih ramai wanita dan gadis di dalam pendidian STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Lebih ramai gadis dalam pendidikan STEM membawa kepada satu peningkatan dalam wanita yang menerima kerjaya STEM. Seterusnya, ini menyediakan akses kepada lebih banyak peluang yang sama rata bagi wanita, mengecilkan jurang gaji jantina, meningkatkan ekonomi dan menghapuskan berat sebelah dalam bidang saintifik.

Itulah sebabnya Mary Kay menyokong pelajar minoriti di dalam pengajian STEM dengan melabur berjuta-juta dolar di dalam projek seperti Akademi bagi Sains Pemasaran, Persatuan Dermatologi Penyiasatan dan Biasiswa Madam C.J. Walker.

Itulah sebabnya setiap tahun, Yayasan Mary Kay AshSM menyokong pembangunan saintis wanita dengan geran penyelidikan yang membantu dalam mencari penawar untuk kanser yang menjejaskan wanita secara khusus.

Setiap hari, melalui inovasi dan sains, wanita di seluruh dunia sedang menyelesaikan sebahagian daripada masalah kami yang paling kompleks — tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengiktiraf sumbangan mereka, memberi mereka satu suara dan meningkatkan perwakilan mereka di dalam bidang STEM.

Di masa hadapan, apabila kami meminta gadis muda untuk melukis seorang saintis, harapan saya ialah mereka akan melukis diri mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment