Wednesday, February 16, 2022

ASIA PACIFIC ENERGY VENTURES MENGUMUMKAN PELUPUSAN SEBAHAGIAN SUBSIDIARI TWENTY20 ENERGY SYSTEMS




Twenty20 Energy Akan Menjadi Satu Kumpulan Penjanaan Kuasa Antarabangsa, Menawarkan Penyelesaian yang Boleh Dipercayai, Menjimatkan Kos dan Mapan; Tawaran Awam Dirancang untuk Suku Kedua, 2022


SINGAPURA, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Asia Pacific Energy Ventures Pte. (APEV) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melupuskan sebahagian subsidiari Twenty20 Energy Systems dengan rancangan untuk mengadakan tawaran awam di Nasdaq pada suku kedua 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220214005213/en/

Twenty20 Energy yang berpangkalan di Singapura telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah anak syarikat kepada APEV, dan telah muncul sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) terkemuka. Syarikat itu pakar dalam menyediakan penyelesaian teknologi tenaga yang berinovatif kepada komuniti terpencil dan pesisiran pantai dengan kuasa yang boleh dipercayai, menjimatkan kos dan mapan dalam cara yang meminimumkan kesan alam sekitar.

Geoff Lawrence, sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif bagi APEV, telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Twenty20 Energy, yang bertanggungjawab untuk memastikan penyenaraian awam mereka. Steve Newman telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Pacific Energy Ventures.

“Twenty20 Energy, sebagai sebuah kumpulan yang memberi tumpuan kepada tenaga, bersedia untuk meneruskan projek penjanaan kuasa di peringkat global pada masa ketika banyak negara membangun berusaha untuk mengharmonikan pertumbuhan ekonomi yang dipercepatkan dengan meminimumkan kesan alam sekitar,” kata Lawrence. “Twenty20 bersedia untuk membantu pelanggan kami membebaskan diri mereka daripada pendekatan tenaga yang tidak cekap dan tidak stabil terhadap alam sekitar serta membuka laluan baharu bagi pertumbuhan dalam banyak pasaran baru muncul. Khususnya, kami komited untuk membebaskan komuniti pantai dan terpencil di seluruh dunia daripada pergantungan kepada arang batu dan bahan api diesel ketika mereka bergerak ke arah penyelesaian penjanaan kuasa yang lebih cekap dan mesra alam yang akan meningkatkan kesihatan ekonomi, sosial dan alam sekitar mereka.”

Menyedari permintaan bagi penjanaan kuasa yang boleh dipercayai di negara-negara membangun, APEV menyedari keperluan tersebut boleh dilaksanakan sebaik-baiknya oleh sebuah syarikat yang memberi tumpuan khusus untuk memenuhi permintaan tersebut. Dengan tumpuan kepada penyelesaian tenaga bersih, Twenty20 Energy mempunyai empat keutamaan:
  • Untuk menjadi sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dan pembekal perkhidmatan terkemuka di dalam sektor tenaga
  • Untuk membina, memiliki dan mengendalikan satu portfolio aset tenaga yang mementingkan alam sekitar di peringkat global
  • Untuk menggunakan proprietari FSRP “Power Island” mereka untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin berkembang bagi komuniti pantai dan terpencil di Papua New Guinea dan di seluruh dunia
  • Untuk memanfaatkan teknologi berinovatif bagi menyampaikan penyelesaian yang disesuaikan yang mengurang atau menghapuskan kesan karbon bagi penjanaan kuasa untuk projek mereka sendiri dan pelanggan mereka.
 
Sejak 2014, pengurusan Twenty20 Energy telah memberi tumpuan kepada Papua New Guinea, di mana ia telah berjaya menyampaikan 16 projek tenaga dan pembinaan yang penting di peringkat nasional. Dalam tempoh ini, syarikat itu mewujudkan dua aliran hasil yang boleh dipercayai: kerja projek EPC dan kontrak operasi dan penyelenggaraan jangka panjang.

Twenty20 Energy kini bersedia untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan pembangunan ekonomi, pembandaran dan permintaan yang semakin meningkat untuk elektrik di rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan di seluruh dunia. Ia mempunyai satu saluran paip projek yang mantap bagi penjanaan kuasa di Papua New Guinea dan di peringkat antarabangsa yang bersedia untuk menyampaikan pertumbuhan perolehan yang kukuh dan berterusan. Hasil yang berkembang akan disokong oleh peluang-peluang projek tambahan yang menawarkan kedua-dua hasil EPC permulaan serta pulangan long tail atau tempoh masa apabila jualan untuk produk biasa boleh mencapai keuntungan melalui pengurangan kos pemasaran dan pengedaran daripada kedua-dua kontrak O&M jangka panjang dan pemilikan projek.

Twenty20 Energy akan menyediakan satu rangsangan ekonomi kepada komuniti terpencil dan perairan pantai yang kurang mendapat perkhidmatan dengan menukarkan kuasa kepada kemajuan. Di samping membolehkan pertumbuhan ekonomi yang mapan, Twenty20 Energy membawa manfaat yang ketara daripada satu perspektif sosial dan alam sekitar. Ia bangga menjadi sebuah majikan yang bertanggungjawab dari segi sosial yang melibatkan tenaga kerja tempatan untuk memastikan semua faedah ekonomi direalisasikan dalam komuniti yang dilayaninya.

Aset Twenty20 termasuk kenderaan dan peralatan industri ringan, injap bekalan gas dan aset paip, satu pangkalan operasi kuasa di Papua New Guinea dan satu penyelesaian Penggasan Semula dan Kuasa Storan Terapung (FSRP) “Power Island” yang ditetapkan untuk menyediakan keperluan tenaga dan elektrifikasi jangka pendek dan jangka panjang bagi Papua New Guinea, dan akan digunakan untuk komuniti kepulauan dan gugusan pulau di seluruh dunia. Power Island FSRP mewakili pendekatan berinovatif itu oleh Twenty20 untuk membawa persekitaran yang “mencabar tenaga.”

Asia Pacific Energy Ventures, bersama dengan anak syarikat PNG mereka Pacific Energy Consulting (PEC), akan terus menjadi sebuah rakan kongsi pelaksanaan perkhidmatan pembinaan dan kontrak untuk Twenty20 Energy pada projek Papua New Guinea mereka. APEV akan juga terus berkhidmat kepada institusi korporat dan kerajaan terkemuka PNG merentasi projek pembinaan dan infrastruktur baharu, dan akan menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan berterusan pada bangunan dan aset sedia ada. PEC mempunyai sebuah pasukan kakitangan nasional dan pegawai dagang yang berdedikasi dan menubuhkan operasi dalam negara termasuk pejabat dan pergudangan, kerja awam dan peralatan pembinaan, dan sebuah armada kenderaan perkhidmatan yang lengkap.

Maklumat mengenai Twenty20 Energy

Twenty20 Energy adalah EPC terkemuka dan pembekal operasi dan penyelenggaraan yang memberi tumpuan khusus kepada sektor tenaga – menerajui peralihan ke arah tenaga rendah karbon. Ia pakar di dalam menyediakan penyelesaian teknologi tenaga yang berinovatif kepada komuniti terpencil dan pesisiran pantai dengan kuasa yang boleh dipercayai, menjimatkan kos dan mapan yang meminimumkan kesan alam sekitar. Twenty20 bersedia untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan pembangunan ekonomi, perbandaran dan peningkatan permintaan untuk elektrik di rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Asia Pacific Energy Ventures

Asia-Pacific Energy Ventures pakar di dalam perundingan, pembinaan dan kontrak, dengan tumpuan kepada bangunan komersial, perindustrian dan kediaman, pembangunan hartanah, infrastruktur dan projek kuasa. Dengan sebuah pasukan yang berdedikasi dan operasi yang mantap, APEV telah membuktikan keupayaan dan rekod prestasi yang teladan dalam bekerja rapat dengan pelanggan untuk mengenal pasti dan menyampaikan penyelesaian yang menyokong objektif operasi dan mandat projek utama mereka. Perkhidmatan bersepadu APEV membolehkan pelanggan untuk bekerja dengan sebuah rakan kongsi yang dipercayai dalam skop penuh bagi mana-mana projek. Ini boleh termasuk pembangunan penyelesaian awal, kejuruteraan dan reka bentuk, perancangan pelaksanaan projek, kerja sivil dan struktur, elektrik, perlindungan kebakaran, pemasangan perkhidmatan paip dan HVAC, serta perkhidmatan dan penyelenggaraan yang berterusan. Dalam semua perkara, APEV komited terhadap kualiti kerja dan kepuasan pelanggan, dan pada masa yang sama menjadi penggerak di dalam kemajuan Papua New Guinea dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15561

No comments:

Post a Comment