Thursday, February 17, 2022

ALLVUE SYSTEMS DIPILIH OLEH DO VENTURES UNTUK MENYOKONG KOMUNIKASI PELABUR

Penyelesaian Portal Pelabur Allvue akan mengukuhkan infrastruktur teknologi Do Ventures bagi menyelaraskan pengurusan LP

MIAMI, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allvue Systems (“Allvue”), sebuah penyedia penyelesaian teknologi pelaburan alternatif terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Do Ventures telah memilih penyelesaian Portal Pelabur firma itu untuk menyokong pengurusan LP mereka. Do Ventures adalah sebuah dana modal teroka peringkat awal yang berfungsi sebagai sebuah rakan kongsi strategik bagi syarikat permulaan di Vietnam dan Asia Tenggara.

Penyelesaian Portal Pelabur Allvue akan menyediakan Do Ventures dengan komunikasi yang telus, tepat pada masanya dan cekap dengan LP mereka. Do Ventures akan mempunyai akses kepada papan pemuka yang intuitif dan boleh sangat dikonfigurasikan yang akan membolehkannya berkongsi maklumat secara selamat dengan pelabur dan menyelaraskan operasi apabila bilangan dana, pelaburan dan pelanggan mereka berkembang di peringkat global.

“Ketika perniagaan kami berkembang, adalah penting untuk mencari sebuah rakan kongsi teknologi yang berkongsi semangat perintis kami untuk terus berinovasi bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami,” kata Vy Le, Pengasas bersama & Rakan Kongsi Am di Do Ventures. “Penyelesaian teknologi Allvue yang dipacu oleh data, digabungkan dengan pengalaman mendalam mereka di dalam alternatif, akan membolehkan kami untuk meningkatkan komunikasi pelabur melalui sebuah infrastruktur pelaporan yang komprehensif.”

“Dengan sektor modal teroka yang berkembang pesat di Asia Tenggara, Do Ventures mengiktiraf keperluan untuk aliran kerja pengurusan pelabur yang unggul untuk memanfaatkan peluang pelaburan ini dan menguruskan pangkalan pelabur mereka yang berkembang,” kata Edward Bee, Ketua Wilayah bagi APAC di Allvue. “Penyelesaian Portal Pelabur kami akan membolehkan Do Ventures untuk meningkatkan komunikasi LP mereka dan dengan itu mengukuhkan perhubungan dengan pelabur semasa dan bakal pelabur.”

Portal Pelabur Allvue menyediakan rakan kongsi terhad dengan papan pemuka yang boleh disesuaikan dan kaya dengan ciri-ciri yang menggabungkan pengurusan data portfolio syarikat, analisis aliran tunai dan perkongsian dokumen dengan selamat ke dalam satu penyelesaian. Dengan perjanjian ini, Do Ventures menjadi pelanggan pertama Allvue di Vietnam dan rantau ASEAN hanya enam bulan selepas ia melancarkan perniagaan APAC mereka pada Jun 2021 dengan pembukaan pejabat mereka di Singapura.

Maklumat mengenai Allvue

Allvue adalah sebuah penyedia teknologi terkemuka untuk pengurus pelaburan dalam industri pasaran modal dan kredit persendirian. Misi mereka adalah untuk memperkasakan keputusan pelaburan yang unggul dengan menggandingkan penyelesaian perisian berasaskan awan moden dengan keupayaan merentas pelbagai kelas aset. Penyelesaian perisian Allvue melayani keseluruhan kitaran hayat pelaburan dan disepadukan dengan lancar untuk menyediakan satu suite produk yang komprehensif, memberi perkhidmatan kepada pengurus pelaburan bagi semua saiz di seluruh dunia, termasuk rakan kongsi am, rakan kongsi terhad, pentadbir dana dan bank.

Allvue telah ditubuhkan pada 2019 melalui penggabungan Black Mountain Systems dan AltaReturn, dua penyedia penyelesaian teknologi pelaburan terkemuka. Allvue berpusat di Miami, FL dengan lokasi di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Dengan komitmen terhadap inovasi dan dengan tumpuan kepada berbilang kelas aset, penyelesaian perisian Allvue membolehkan pelanggan mereka mengendali dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dengan mengautomasikan proses manual, meningkatkan ketepatan dan ketekalan data merentasi aliran kerja serta menyampaikan analitik yang dipertingkatkan.

Maklumat mengenai Do Ventures

Do Ventures adalah sebuah dana modal teroka peringkat awal bernilai $50 juta yang berfungsi sebagai sebuah rakan kongsi strategik untuk kedua-dua syarikat permulaan dan pelabur. Dengan disokong oleh LP terkenal termasuk Naver Corporation, Kumpulan SEA, Woowa Brothers dan Vertex Ventures, dana itu mencari peluang-peluang pelaburan dalam syarikat permulaan teknologi yang boleh membangunkan produk dan perkhidmatan yang bermakna untuk meningkatkan taraf kehidupan pengguna di Vietnam dan Asia Tenggara.

Dengan falsafah “Berkembang dengan Melakukannya”, Do Ventures percaya bahawa untuk sebuah syarikat permulaan berkembang pesat, pengasasnya mesti mempunyai keupayaan pelaksanaan yang cemerlang dan bersedia untuk melakukan lebih banyak untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan mengatasi persaingan. Pelaburan terkenal Do Ventures termasuk F99, Palexy, Manabie, MFast, VUIHOC, Bizzi, Validus dan Selly. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15566

No comments:

Post a Comment