Friday, February 4, 2022

ACUITY KNOWLEDGE PARTNERS MENAMBAHKAN 2,000 PEKERJA UNTUK HAMPIR MENGGANDAKAN DALAM SAIZ KETIKA IA MELEBIHI UNJURAN PERTUMBUHAN 2021

LONDON, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Acuity Knowledge Partners (Acuity), sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian penyelidikan, analitik dan teknologi yang ditempah khas kepada sektor perkhidmatan kewangan, mendedahkan pertumbuhan pesat yang dialami oleh firma itu pada 2021, merentasi perniagaan global mereka. Acuity kini menyokong lebih 400 firma perbankan, pengurusan aset, bank perdagangan dan firma perunding. Pada 2021, firma itu menyaksikan satu peningkatan yang ketara di dalam jualan baharu dan lebih 100 institusi baharu telah ditambah kepada senarai pelanggan mereka. Selain itu, Acuity kini menggaji lebih 4,200 orang kakitangan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Sri Lanka, China dan Costa Rica.

“Kami menaruh harapan yang tinggi untuk apa yang dapat dicapai oleh Acuity pada 2021 dan kami sangat teruja untuk mengatakan bahawa kami telah mengatasi sasaran awal kami untuk 2021 dan telah menetapkan diri kami untuk kejayaan yang lebih besar pada tahun ini,” kata Robert King, Ketua Pegawai Eksekutif, Acuity Knowledge Partners. “Kami melihat satu pembentukan semula asas dan pecutan bagi perubahan amalan kerja dan penyelesaian kakitangan di dalam industri perkhidmatan kewangan global. Ini sebahagiannya datang daripada industri yang telah membuktikan bahawa ia boleh beroperasi dalam sebuah persekitaran kerja hibrid. Walaupun menghadapi banyak cabaran, kami tetap fokus kepada cara untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pangkalan pelanggan global kami, termasuk melalui evolusi keupayaan teknologi kami, serta pertumbuhan bilangan penganalisis kami. Kami memulakan 2022 dengan keupayaan paling kuat yang pernah kami alami.”

Platform teknologi Acuity BEAT – Kecemerlangan Perniagaan & Peranti Automasi - merupakan satu bidang tumpuan utama untuk Acuity pada tahun 2021. Penyelesaian perkhidmatan yang dibolehkan oleh BEAT menggunakan satu gabungan teknologi automasi dan penganalisis mahir untuk meningkatkan masa pusing balik tanpa menjejaskan kualiti dan ketepatan. Inisiatif BEAT itu yang dilancarkan pada 2017 mencapai satu kejayaan  penting pada tahun lepas dengan mempunyai lebih 100 pelanggan Acuity menggunakan aplikasi dan peranti digital yang ditempah khas. Selain itu, BEATFlow, satu peranti pengurusan aliran kerja proprietari, kini mempunyai lebih 8,000 pengguna merentasi 43 pelanggan dan BEAT Edge, sebuah penyelesaian Pangkalan Data Perunding (CDB) digunakan oleh lebih 40 pelanggan.

Tahun lepas menyaksikan Acuity diiktiraf bagi beberapa kerja mereka yang cemerlang untuk pelanggan dan budaya korporat yang telah dibina mereka. Pada Februari 2021, penyelesaian BEAT Edge menerima Anugerah Produk Baharu Terbaik dalam kategori pejabat belakang/tengah di Anugerah Operasi & Perkhidmatan Risikan Dana. Selepas itu, pada Julai 2021, Acuity telah dinamakan sebagai Pembekal Perkhidmatan Penyumberan Luar Terbaik oleh WatersTechnology dalam Kedudukan Waters tahunan mereka, yang mencerminkan cara bagaimana profesional teknologi kewangan melihat vendor, perunding dan penyedia perkhidmatan. Pada penghujung tahun 2021 Acuity juga telah disahkan di India oleh pihak berkuasa global mengenai budaya tempat kerja, Tempat yang Sangat Bagus untuk Bekerja. Acuity memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan ketika pandemik itu terus berkembang ia tetap komited untuk membuat keputusan yang tepat bagi kedua-dua pekerja dan pelanggan.

“Impak terhadap manusia dan perniagaan oleh pandemik itu telah dirasai oleh semua pihak. Dalam persekitaran ini, permintaan industri perkhidmatan kewangan untuk Penyumberan Luar Proses Pengetahuan yang tangkas dan bernilai tinggi telah meningkat dengan lebih pesat,” kata Damian Burleigh, Ketua Pegawai Hasil dan Pemasaran di Acuity. “Kami melihat bilangan pengekalan pelanggan paling tinggi dalam sejarah kami, ketika kami menumpukan kepada pelaburan di dalam teknologi, manusia dan proses. Pada 2022, kami akan terus memperkenalkan perkhidmatan dan keupayaan baharu, seperti yang telah kami lakukan dalam ruang pinjaman runcit tahun lepas, dan kami merancang untuk mengembangkan kehadiran geografi kami dengan lebih jauh dengan pembukaan pejabat-pejabat baharu.”

Maklumat mengenai Acuity Knowledge Partners

Acuity Knowledge Partners adalah sebuah perunding penyelidikan, analitik dan risikan perniagaan terkemuka untuk sektor perkhidmatan kewangan. Rangkaian penganalisis dan pakar industri bagi syarikat itu, digabungkan dengan data dan teknologi termaju, menyokong lebih 400 institusi kewangan dan syarikat perunding di seluruh dunia untuk beroperasi dengan lebih cekap dan membuka kunci kepada modal insan mereka, memacukan pendapatan yang lebih tinggi dan mengubah operasi. Ia mempunyai kepakaran di dalam perbankan pelaburan, penyelidikan pelaburan, ekuiti & perundingan persendirian dan pinjaman komersial. Acuity beribu pejabat di London dan beroperasi dari sembilan lokasi di seluruh dunia. Pada 2019, syarikat itu telah ditubuhkan sebagai sebuah perniagaan berasingan daripada Moody's Corporation melalui pemerolehannya daripada Equistone Partners. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15521

No comments:

Post a Comment