Friday, February 4, 2022

BITTREX GLOBAL MELANCARKAN PLATFORM IEO, BLOK PERMULAAN GLOBAL BITTREX

VADUZ, Liechtenstein, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bittrex Global hari ini mengumumkan pelancaran Blok Permulaan Global Bittrex, sebuah platform Penawaran Pertukaran Permulaan (IEO) baharu yang dibina untuk menyokong projek mata wang kripto berkaliber tinggi yang ingin bekerjasama dengan sebuah peneraju industri di dalam keselamatan dan pematuhan untuk membawa projek mereka ke peringkat seterusnya.

Sebagai satu daripada pertukaran digital terulung dunia, Bittrex Global komited untuk memacukan inovasi di dalam ruang aset digital. Inisiatif terbaharu ini akan memberikan projek yang mempunyai masa depan yang cerah dengan keupayaan untuk memasar dan melancarkan IEO mereka, sekali gus membolehkan mereka untuk mengumpul dana, mengedarkan token dan menjana kesedaran untuk projek mereka di seluruh industri itu. Blok Permulaan Global Bittrex akan menyediakan pelanggan runcit dan institusi dengan keupayaan untuk mengakses projek aset digital baharu dan berinovatif ini.

Dengan menggunakan kepakaran Bittrex Global, projek akan dinilai secara meluas dan menjalani penyaringan yang ketat. Parameter penyaringan termasuk inovasi projek, usaha wajar pengeluar token, ekonomi token, jadual membuka kunci bekalan, penggunaan hasil, pelan hala tuju projek, perkongsian strategik, minat pasaran dan penglibatan komuniti.

Projek blok rantai yang disemak dan layak untuk dilancarkan pada Blok Permulaan Global Bittrex akan mendapat akses kepada keupayaan pemasaran Bittrex Global yang berkuasa dan pangkalan pengguna di seluruh dunia.

“Kami menyokong projek yang mempunyai masa depan yang cerah itu dalam cara yang paling cekap. Sebelum IEO, Bittrex Global akan menjalankan satu semakan yang menyeluruh terhadap projek itu dan meneliti setiap aspek, daripada pemilikan token kepada sejarah jualan, sasaran pengedaran token, peruntukan dan tempoh letak hak, dengan satu tumpuan untuk memastikan bekalan dan permintaan yang seimbang wujud untuk peserta IEO kami,” kata Stephen Stonberg, Ketua Pegawai Eksekutif di Bittrex Global.

“Inovasi dan eksperimentasi blok rantai berada pada satu tahap yang paling tinggi. Pasukan kami teruja untuk bertemu projek baharu dalam ruang kripto, dan kami berharap dapat menyokong pendahulu yang benar-benar ingin menembusi sempadan bagi teknologi blok rantai,” kata Chris Sinkey, Ketua Pegawai Perniagaan di Bittrex Global.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Blok Permulaan Global Bittrex, dan untuk butiran mengenai proses permohonan kami, sila layari: https://global.bittrex.com/discover/startingblock

MAKLUMAT MENGENAI BITTREX GLOBAL

Bittrex Global, pertukaran set digital paling selamat di dunia, memberi perkhidmatan kepada pelanggan runcit dan institusi, di seluruh dunia. Komited untuk membantu pengguna membina kekayaan, Bittrex Global memudahkan pembelian dan perdagangan bagi lebih 250 token. Melalui penggunaan teknologi mereka yang paling maju, protokol keselamatan termaju, dan satu strategi dompet berbilang peringkat anjal yang canggih, syarikat itu menyediakan satu pengalaman peringkat tinggi untuk pelanggan profesional dan baharu. Bittrex Global ialah pemain utama di dalam memacukan penggunaan meluas bagi kaedah yang selamat dan nyahpusat untuk membina kekayaan sambil kekal menurut dan mematuhi pelbagai langkah pengawalseliaan di seluruh dunia.

Bittrex Global GmbH berdaftar dengan Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan di bawah Undang-undang 3 Oktober 2019 mengenai Token dan Penyedia Perkhidmatan TT (TVTG) di Liechtenstein untuk beroperasi sebagai sebuah Penyedia Perkhidmatan Pertukaran TT,  Pemegang Simpanan Token TT dan Pengeluar Token bagi pihak dan untuk akaun pihak ketiga. Bittrex Global (Bermuda) Limited dikawal selia oleh Bermuda Monetary Authority dan dilesenkan sebagai sebuah Perniagaan Aset Digital Kelas F di bawah Akta Perniagaan Aset Digital Bermuda 2018 untuk beroperasi sebagai sebuah pertukaran aset digital, menyediakan perkhidmatan dompet penjagaan dan beroperasi sebagai sebuah pembekal pertukaran derivatif aset digital.

Ketahui lebih lanjut: https://global.bittrex.com/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15523

No comments:

Post a Comment