Saturday, February 12, 2022

MANCHESTER UNITED MEMILIH TEZOS SEBAGAI RAKAN BLOK RANTAI DAN KIT LATIHAN RASMI

MANCHESTER, England, 11 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Manchester United (NYSE: MANU; “Syarikat” itu, “Kelab” itu, dan “Kumpulan” itu) hari ini telah mengumumkan satu perkongsian berbilang tahun yang penting yang akan menyaksikan Tezos, satu daripada blok rantai termaju dan mapan di dunia, dipaparkan pada rangkaian kit latihan lelaki dan wanita Kelab itu.

Kit latihan berjenama Tezos akan dipakai oleh skuad utama pasukan itu buat kali pertama sebelum perlawanan hujung minggu ini menentang Southampton, untuk memperkenalkan peminat Manchester United kepada perkongsian itu dan teknologi Web3 melalui blok rantai Tezos.

Tezos berada di barisan hadapan dalam revolusi blok rantai dunia yang membolehkan interaksi digital yang pantas, selamat dan cekap tanpa memerlukan perantara.

Sebuah blok rantai proof-of-stake atau satu mekanisme konsensus mata wang kripto yang asli, Tezos telah dibina dengan sebuah reka bentuk yang cekap tenaga yang membolehkannya untuk beroperasi dalam satu cara yang lebih bersih dan mesra alam berbanding dengan blok rantai yang lain.

Tezos juga berbeza dengan blok rantai yang lain kerana ia boleh berkembang dengan lancar, dengan kemas kini yang berkala yang direka dan diluluskan oleh komuniti global mereka yang terdiri daripada pengguna dan pembangun.

Victoria Timpson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perikatan dan Perkongsian Manchester United, berkata: “Ini adalah satu perkongsian yang sangat menarik bagi Manchester United kerana ia menyelaraskan kami dengan satu daripada blok rantai yang paling maju, boleh dipercayai dan mapan dalam sebuah bidang teknologi yang menjanjikan untuk benar-benar merevolusikan cara semua orang, termasuk Kelab itu dan peminat kami, boleh berinteraksi.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan satu daripada blok rantai yang paling mesra alam, dengan menggunakan teknologi yang cekap tenaga, mengehadkan pelepasan karbon dan mengurangkan kos, selaras dengan usaha lebih luas Kelab itu untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar.

“Perkongsian adalah teras bagi kekuatan kami sebagai sebuah kelab, menyokong pemacu bagi kejayaan di atas padang, dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Tezos sebagai peneraju industri terkini untuk menyertai keluarga rakan kami.”

Edward Adlard, Ketua bagi Penerimaan dan Pembangunan Perniagaan, Tezos Ecosystem berkata: “Sepanjang sejarah mereka, Manchester United telah sentiasa berkembang, dengan sokongan komuniti peminat dan rakan kongsi global mereka yang besar dan pelbagai. Tezos akan membolehkan Manchester United untuk menggunakan blok rantai  dan Web3 bagi mengubah penglibatan peminat, pemain, pasukan dan rakan kongsi.

“Keputusan oleh kelab bola sepak terhebat dunia itu untuk memilih Tezos sebagai blok rantai pilihan mereka adalah pengesahan selanjutnya bahawa reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dipadankan dengan keselamatan yang kukuh, bayaran gas yang rendah dan inovasi yang diterajui komuniti merupakan faktor penting yang mendorong gelombang penerimaan seterusnya di dalam revolusi digital.”

Sebagai tambahan kepada penjenamaan Tezos pada kit latihan Kelab itu, perkongsian itu akan juga merangkumi beberapa pengalaman baharu peminat yang dibina di atas blok rantai Tezos dan satu ikrar untuk menyokong Yayasan Manchester United dengan sumbangan yang berterusan dalam tez, mata wang asli bagi blok rantai Tezos, untuk melatih, mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan muda di dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian itu dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blok rantai, klik di sini www.manutd.com/en/Partners/Global/Tezos atau www.tezos.com/manutd

Maklumat mengenai Manchester United

Manchester United adalah satu daripada pasukan sukan yang paling popular dan berjaya di dunia, beraksi pada satu daripada sukan penonton yang paling popular di Bumi. Melalui warisan kami selama 144 tahun, kami telah memenangi 66 trofi, yang membolehkan kami untuk membangunkan jenama sukan terkemuka dunia dan sebuah komuniti global dengan 1.1 bilion peminat dan pengikut. Komuniti kami yang besar dan bersemangat menyediakan Manchestar United dengan sebuah platform di seluruh dunia untuk menjanakan hasil yang besar daripada pelbagai sumber, termasuk penajaan, perdagangan, pelesenan produk, media baharu & mudah alih, penyiaran dan hari perlawanan.

Maklumat mengenai TEZOS

Tezos adalah wang pintar, yang mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan untuk memegang dan menukar nilai dalam sebuah dunia yang dihubungkan secara digital. Sebuah blok rantai Proof of Stake yang boleh ditingkatkan sendiri dan cekap tenaga dengan rekod prestasi yang terbukti, Tezos dengan lancar menerima pakai inovasi hari esok tanpa gangguan rangkaian pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tezos.com.

Maklumat mengenai YAYASAN TEZOS

Yayasan Tezos adalah sebuah yayasan Switzerland yang tidak mencari keuntungan yang menyokong pembangunan dan kejayaan jangka panjang bagi protokol Tezos, sebuah blok rantai yang cekap tenaga dengan keupayaan untuk berkembang dengan menaik taraf dirinya sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tezos.foundation.

Maklumat mengenai Yayasan Manchester United

Yayasan Manchester United menggunakan bola sepak bagi melibatkan dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk membina kehidupan yang lebih baik buat diri mereka sendiri dan menyatukan masyarakat di mana mereka tinggal. Kakitangan yang berdedikasi menyampaikan bimbingan bola sepak, program pendidikan dan pembangunan peribadi, bagi menyediakan golongan muda dengan peluang untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Ketahui lebih lanjut: www.mufoundation.org 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15553

No comments:

Post a Comment