Thursday, July 1, 2021

P&G MEMPERCEPATKAN KOMITMEN UNTUK #PILIHPERSAMAAN PADA FORUM KESAKSAMAAN GENERASI PERSIDANGAN PBB




Table

#PilihPersamaan (Foto: Business Wire)
 
  • Procter & Gamble (P&G) akan melabur $10 bilion dalam perniagaan yang dimiliki oleh wanita dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025 untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita.
  • P&G berganding bahu dengan Promundo, Wanita PBB, WEConnect International, Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat dan banyak lagi bagi membolehkan kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.
  • P&G turut serta dalam Forum Kesaksamaan Generasi, menyertai pemimpin sektor swasta dan awam dan organisasi masyarakat sivil untuk mengumumkan pelaburan yang bercita-cita tinggi dan dasar-dasar baharu bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesaksamaan gender.


CINCINNATI, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Procter & Gamble (NYSE:PG) meneruskan untuk #PilihPersamaan dengan tindakan baharu bagi mempercepatkan kemajuan ke arah kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Sebagai sebahagian daripada pengembangan bagi usaha mereka ini, P&G telah komited untuk membelanjakan $10 bilion dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025. P&G telah berusaha selama beberapa dekad untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita di seluruh rantaian nilai global mereka, dan pengumuman hari ini adalah langkah seterusnya dalam perjalanan itu. Cita-cita syarikat itu dari semasa ke semasa adalah untuk mengembangkan pelaburan dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita kepada 10 peratus bagi dolar pembelian P&G – 10 kali ganda daripada purata industri1.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Untuk mendorong tindakan yang bermakna pada skala, P&G bekerjasama dengan beberapa organisasi bagi mempercepatkan kemajuan dan memacukan perubahan, termasuk Wanita PBBWEConnect InternationalMajlis Kebangsaan Perusahaan Perniagaan Wanita (WBENC), Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat  dan banyak lagi. Bersama-sama dengan rakan global, serantau, dan tempatan mereka, P&G menyokong pembangunan keupayaan bagi usahawan wanita; mengembangkan lagi peranti, takrifan dan infrastruktur yang diperlukan; dan memacukan kerjasama merentasi syarikat dan industri untuk turut serta dan memajukan usaha ini.

“Di P&G, tumpuan kami pada kesaksamaan gender adalah asas dan disepadukan ke dalam perniagaan kami,” kata Carolyn Tastad, Presiden Kumpulan Amerika Utara dan Penaja Eksekutif Kesaksamaan Gender. “Kita tidak boleh membiarkan cabaran pada tahun lalu menjadi satu kegagalan bagi kesaksamaan gender. Sebaliknya, kita perlu melangkah ke hadapan untuk melabur dan secara aktif memilih persamaan. Komitmen ini akan mewujudkan impak yang bermakna kepada memajukan kesaksamaan gender di seluruh dunia.”

Penganjakan Naratif kepada #SharetheCare dengan Promundo

Selama bertahun-tahun, P&G telah berusaha untuk membantu mengubah dengan mendalam sikap bias gender yang sering mengukuhkan banyak daripada halangan terbesar kepada kemajuan wanita – dan ia termasuk mengubah set minda mengenai peranan lelaki dewasa dan budak lelaki di rumah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, P&G dan jenama mereka sedang menangani “jurang tugas”, jumlah penjagaan yang tidak dibayar dan tugas rumah tangga yang tidak seimbang yang dilakukan oleh wanita di kebanyakan rumah.

Hari ini, P&G juga mengumumkan satu perkongsian tiga tahun dengan Promundo, sebuah pemimpin global di dalam memajukan kesaksamaan gender dan mencegah keganasan dengan melibatkan lelaki dewasa dan budak lelaki dalam perkongsian dengan wanita, gadis dan individu dari semua identiti gender. P&G dan jenama mereka akan memanfaatkan kepakaran mereka dan suara yang signifikan dalam pengiklanan dan media untuk mengubah naratif di sebalik pengasuhan lelaki dan tugas rumah tangga.

Dalam perkongsian dengan Promundo dan dengan kerjasama bersama pihak lain, P&G akan juga menganjurkan dan menyokong keluarga yang bekerja melalui dasar dan program berasaskan kesaksamaan yang membolehkan semua gender untuk memainkan peranan yang sama rata di rumah dan pada masa yang sama masih dapat menikmati kerjaya yang lengkap dan memuaskan. Tahun lalu, P&G telah menetapkan satu standard minimum global untuk cuti berbayar ibu bapa supaya semua ibu bapa dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan untuk membawa seorang anak baharu ke rumah mereka di lebih 70 buah negara di mana P&G beroperasi. Ketahui lebih lanjut mengenai Laporan Bapa State of the World 2021.

Menggalakkan Akses Gadis kepada Sukan dengan Always dan Secret

Di samping itu, menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik tahun ini di Tokyo, P&G dan jenama-jenama mereka akan mengetengahkan kisah, pengalaman dan pencapaian yang penuh inspirasi daripada koleksi atlet wanita yang pelbagai dan bersilang melalui kempen syarikat dan jenama baharu termasuk filem “Your Goodness is your Greatness” dan siri “Good is Gold” dari P&G, kempen Always “#KeepHerPlaying” dan “Fuel Her Future” bersama dengan inisiatif yang akan datang bagi deodoran Secret “Just #WatchMe”.

P&G, Always/Whisper, dan Secret adalah komited kepada memberikan gambaran yang tepat mengenai wanita dan gadis dalam sukan dan akan menyokong organisasi seperti Sported UKWomen in Sports FoundationYMCA, dan lain-lain yang menyediakan akses kepada program sukan bagi gadis di seluruh dunia. P&G dan jenama mereka akan terus memperjuangkan gambaran yang tepat mengenai atlet wanita – dan pada masa yang sama menyuarakan pendapat mereka dan menyoroti sebab yang mereka perjuangkan – di dalam dan di luar padang.

Mempercepatkan kesaksamaan gender di Forum Kesaksamaan Generasi PBB

Minggu ini, P&G menyertai pemimpin sektor awam dan swasta di Forum Kesaksamaan Generasi, satu perhimpunan global bagi kesaksamaan gender yang dianjurkan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Perancis dan Mexico. Berlangsung di Paris, Perancis tetapi diadakan secara maya, forum yang berlangsung beberapa hari itu akan menggerakkan satu siri tindakan konkrit, bercita-cita tinggi dan transformatif bagi kemajuan segera dan tidak boleh berpatah balik ke arah kesaksamaan gender. Pembuat perubahan dari semua peringkat umur dan jantina dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menangani perniagaan yang belum selesai itu untuk memperkasakan wanita dan bergabung dalam usaha untuk menyumbang kepada detik yang bersejarah ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Forum Kesaksamaan Generasi PBB di sini.

1SUMBER: https://www.unwomen.org/en/digital-library/publications/2017/3/the-power-of-procurement

Maklumat mengenai P&G

P&G bercita-cita untuk membina sebuah dunia yang bebas daripada bias gender dengan satu suara yang sama rata, peluang yang sama dan perwakilan yang sama bagi semua individu. Melalui suara mereka yang kuat dalam pengiklanan, kempen jenama P&G seperti Always #LikeAGirl, Olay #FaceAnything, dan Secret #AllStrengthNoSweat mencetuskan perbualan yang mendorong perubahan. P&G sedang membantu mengetepikan halangan kepada pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan peluang-peluang ekonomi bagi wanita di samping mewujudkan satu persekitaran yang inklusif dan kesaksamaan gender di dalam P&G — dan menganjurkan untuk mendapatkan tempat kerja yang setara dengan jantina di luar P&G — di mana setiap orang boleh menyumbang kepada potensi mereka yang sebenar. Sila layari http://www.pg.com  untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai 2,021 Tindakan Baik pada 2021 P&G

Di P&G, memupuk kesaksamaan dan rangkuman, menyokong komuniti kita dan melindungi planet ini adalah tertanam dalam cara kita menjalankan perniagaan. Kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan dunia lebih baik — melalui produk yang kami hasilkan dan kesan positif yang dijanakan oleh jenama dan Syarikat kami. Di bawah kempen Lead with Love kami, P&G dan jenama mereka seperti Always and Secret komited kepada 2,021 tindakan baik pada tahun ini. Di Amerika Syarikat, pengguna boleh melakukan lebih banyak lagi melalui P&G Good Everyday, satu program ganjaran pengguna baharu yang membantu mengubah tindakan seharian menjadi tindakan yang baik. Setiap aktiviti di laman web itu memperoleh mata yang boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran; ketika pengguna melaporkan perbuatan baik mereka sendiri, P&G membuat sumbangan kepada tindakan baik yang dititik-beratkan oleh pengguna.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Hubungi

Ezgi Genc, P&G
genc.e@pg.com


Sumber : Procter & Gamble

No comments:

Post a Comment