Thursday, July 8, 2021

PENDEKATAN INOVATIF DAN KREATIF DI PROTON CETUS PENJIMATAN KOS BERJUMLAH RM107.5 JUTA

PETALING JAYA, 8 Julai (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) telah berjaya mencapai penjimatan kos sebanyak RM107.5juta hasil dari aktiviti penambahbaikan proses ke arah peningkatan kualiti semenjak PROTON mula beroperasi dari tahun 1983.
 
Menurut Tuan Haji Ramli Ahmad, Ketua Jabatan CIMO, “Dari tahun 2008 sehingga tahun 2020, pencapaian ini merupakan impak dari inisiatif peningkatan kualiti produk, pengurangan masa menunggu dalam proses kerja, penggunaan mesin secara optimum melalui penyelenggaraan yang berkesan, pengurangan pembaziran dalam proses penghantaran, dan penambahbaikan persekitaran bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja”.
 
Usaha ini membuktikan bahawa PROTON mampu   menghasilkan kereta nasional berkualiti tinggi setanding dengan kereta jenama luar dan mendokong aspirasi negara menjadi sebuah negara perindustrian serta meningkatkan kemahiran rakyat di dalam bidang teknologi tinggi.
 
“PROTON telah menjalankan aktiviti penambahbaikan bagi tujuan mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mengemukakan penyelesaian masalah tersebut sejak tahun 1985 lagi. Pada peringkat permulaan, ia hanya disertai oleh kakitangan bahagian pengeluaran, namun pada tahun 2018 program ini telah diperluaskan kepada seluruh kakitangan PROTON termasuk kakitangan anak syarikat di bawah PROTON. Seterusnya aktiviti-aktiviti ini diperkembangkan lagi sebagai Aktiviti Kumpulan Kecil atau Small Group Activities (SGA) di bawah Program Proton Production Way (PPW). Di samping itu, PROTON turut melaksanakan aktiviti-aktiviti lain seperti Autonomous MaintenanceJob Observation dan Green 5S yang menjadi pelengkap kepada PPW. Bagi mencapai objektif dan meningkatkan keberhasilan program PPW, semua aktiviti ini dikelola dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Continuous Improvement Management (CIMO) yang bertanggungjawab menjalankan kempen kualiti bagi meningkatkan kesedaran melalui latihan di kalangan pekerja secara menyeluruh menurutnya lagi.

PENDEKATAN INOVATIF DAN KREATIF DI PROTON CETUS PENJIMATAN KOS BERJUMLAH RM107.5 JUTA

No comments:

Post a Comment