Thursday, September 22, 2022

​TRILLIANT MELAKSANAKAN PENYELESAIAN PEMETERAN AIR PINTAR DI KANADA

Penyelesaian tanpa wayar menyelesaikan ketersambungan dan cabaran meter untuk kompleks rumah bandar Toronto

BANGKOK, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Enlit Asia 2022 – Trilliant, sebuah penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar raya pintar dan IIOT, mengumumkan kejayaan pelaksanaan bagi satu penyelesaian pemeteran air tanpa wayar di Kanada, sekali gus mengesahkan kedudukan mereka untuk menyokong projek-projek pemeteran yang mencabar di mana ketersambungan yang kukuh dan boleh dipercayai diperlukan. Provident, sebuah syarikat perkhidmatan tenaga dan pemeteran kecil di Kawasan Greater Toronto yang mengkhusus di dalam pasaran berbilang kediaman, telah memilih penyelesaian Air Pintar Trilliant untuk sebuah projek di Toronto, Ontario, yang memerlukan satu penyelesaian pemeteran tingkat bawah tanah untuk beberapa rumah bandar.

Pemasangan meter utiliti selalunya boleh menjadi satu proses yang rumit dengan banyak pertimbangan, termasuk cabaran rantaian bekalan, pendawaian bagi peralatan dan faktor lain.

Projek Provident itu menggunakan teknologi Trilliant bagi membolehkan penyambungan meter air ke sebuah unit antara muka meter air (MIU), yang boleh diprogramkan untuk berantara muka dengan mana-mana meter yang tersedia merentasi pelbagai jenama. Titik akses membaca MIU secara tanpa wayar, menghapuskan keperluan untuk mengadakan pendawaian melalui lantai dan dinding.

“Provident komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ralph Simone, Presiden di Provident Energy Management Inc. “Untuk berbuat demikian, kami bergantung kepada teknologi dan penyelesaian termaju seperti platform Air Pintar Trilliant untuk membolehkan perniagaan kami .”

Penyelesaian untuk Provident itu telah digunakan pada platform AMI Trilliant, amat sesuai untuk peranti yang sukar dicapai dan sensitif kepada bateri. Penyelesaian Air Pintar Trilliant ialah satu bahagian penting di dalam inisiatif bangunan pintar Trilliant dan sedang merevolusikan ketersambungan di dalam bangunan sambil memperkasakan pemilik bangunan untuk menguruskan infrastruktur dengan lebih baik tanpa pemasangan wayar yang mengganggu. Tidak seperti penyelesaian lain, MIU secara individu tidak perlu berada berdekatan di antara satu sama lain, hanya perlu berada dalam jangkauan titik akses itu.

Tingkat bawah tanah khususnya memberikan cabaran bagi kebanyakan aplikasi berwayar dan tanpa wayar, terutamanya ketika cuba untuk memasang penyelesaian ketika dalam proses pembinaan. Lazimnya terdapat garis penglihatan yang lemah, yang memerlukan lebih banyak nod, dan isyarat lemah secara keseluruhan. Penyelesaian Trilliant menawarkan liputan dan kapasiti yang ekstrim sambil menyediakan kepada pelanggan dengan keselamatan ketat yang mereka perlu dan harapkan.

“Dalam menggunakan teknologi Trilliant di dalam bangunan, pelanggan boleh mengharapkan ketersambungan yang boleh dipercayai tanpa gelatuk di atas dan penggunaan kuasa yang tipikal bagi peranti RF yang lain. Peranti yang berkuasa bateri memudahkan pemasangan dan menyokong pelbagai pilihan meter, untuk meletakkan pelanggan seperti Provident dalam kawalan sepenuhnya bagi aset mereka,” kata Steven Lupo, Pengarah Urusan, Kanada di Trilliant. “Penyelesaian Trilliant mudah untuk digunakan dalam pembangunan kediaman dan komersial, dan boleh menyediakan ketersambungan bukan sahaja untuk pemeteran air, tetapi juga bagi aplikasi elektrik dan haba, sambil mengurang atau menghapuskan kos overhed, risiko dan penyelenggaraan yang datang dengan pemasangan berwayar.”

Penggunaan di Toronto menunjukkan kemudahan dan kelajuan pemasangan, prestasi dan kebolehskalaan teknologi itu - dan ia direka bentuk untuk berfungsi dengan hampir kesemua  sistem untuk menyediakan satu sumber data yang selamat dan berkuasa. Trilliant telah berjaya melaksanakan penyelesaian yang serupa di Chile, Republik Dominica, Peru, Jepun dan United Kingdom.

Maklumat mengenai Trilliant

Trilliant® memperkasakan industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi peranti agnostik yang membolehkan pihak utiliti dan bandar raya untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai pada satu rangkaian yang berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas telah direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa pelanggan menghadapi risiko “terkunci” dengan satu penyedia teknologi. Kami berbangga untuk menawarkan penyelesaian misi kritikal yang menyokong AMI, Data & Analitik, Grid Pintar dan Bandar raya Pintar. Pelanggan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada gabungan unik Trilliant bagi kelenturan, kemapanan dan skalabiliti yang menghubungkan utiliti dan bandar raya ke IIOT dan satu laluan yang lebih strategik kepada Peralihan Tenaga. Layari kami di www.trilliant.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16322

No comments:

Post a Comment