Thursday, September 8, 2022

EIG AKAN MEMPEROLEHI 25% DARIPADA KESELURUHAN PERNIAGAAN HULUAN GLOBAL REPSOL DALAM PERKONGSIAN BAHARU

Portfolio Huluan Berskala Besar, Bergred Tinggi Menyediakan Tenaga Boleh Dipercayai untuk Menyokong Permintaan yang Meningkat

WASHINGTON, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka di dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki ke dalam satu perjanjian muktamad dengan Repsol S.A. (“Repsol”) untuk memperoleh 25% kepentingan di dalam Repsol Upstream, sebuah syarikat penerokaan & pengeluaran (“E&P”) global yang baru dibentuk yang terdiri daripada keseluruhan perniagaan minyak dan gas huluan global Repsol. Perkongsian strategik itu memberikan modal pendahuluan kepada Repsol untuk meningkatkan pelaburan mereka di dalam peralihan tenaga, khususnya untuk menyokong pertumbuhan segmen penjanaan kuasa boleh diperbaharui, bahan api boleh diperbaharui dan produk bulatan Repsol.

Di bawah terma perjanjian itu, sebuah anak syarikat yang baru ditubuhkan milik EIG sepenuhnya, Breakwater Energy, akan memperoleh 25% kepentingan di dalam Repsol Upstream untuk jumlah pertimbangan kira-kira $4.8 bilion, termasuk hutang, dengan Repsol memegang baki 75%, yang menunjukkan jumlah nilai perusahaan kira-kira $19.0 bilion bagi Repsol Upstream. Syarikat itu akan dikawal dengan majoriti oleh Repsol dan akan disatukan ke dalam akaun Repsol.

Repsol Upstream ialah sebuah syarikat E&P global berwajaran gas terkemuka yang akan memiliki dan mengendalikan portfolio aset huluan Repsol yang pelbagai secara global, menyampaikan operasi penjanaan tunai dan berdaya tahan di sekitar hab-hab serantau utama, dengan satu tumpuan kepada Amerika Syarikat. Repsol Upstream diramal menghasilkan kira-kira 590,000 tong bersamaan minyak sehari untuk 2H 2022 dan telah terbukti dan kemungkinan rizab sebanyak 2.3 bilion tong bersamaan setakat 31 Disember, 2021, kira-kira 70% daripadanya adalah gas. Repsol Upstream juga memegang sumber luar jangka sebanyak 3.8 bilion tong bersamaan pada tarikh yang sama.

Perniagaan itu telah komited kepada kepimpinan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), di peringkat awalnya menerima pakai sasaran sedia ada Repsol, termasuk pengurangan 75% bagi keamatan karbon menjelang tahun 2025 daripada satu garis dasar 2016, dan pelaksanaan sebuah pelan penyahkarbonan, termasuk pembangunan sasaran pengurangan pelepasan GHG jangka pendek dan jangka sederhana yang baharu. Syarikat itu juga mempunyai sebuah perniagaan penerokaan hijau yang menyasarkan Penangkapan Karbon dan Penyimpanan (CCS), projek penyimpanan geoterma dan hidrogen.

Repsol Upstream akan mengekalkan tenaga kerja semasa perniagaan itu dan pasukan pengurusan yang sedia ada. Syarikat itu dijangka mendapat manfaat daripada kepakaran Repsol sebagai satu pengendali huluan penanda aras, serta daripada pengetahuan EIG mengenai hutang global dan pasaran modal ekuiti serta pengalaman huluan, khususnya di Amerika Syarikat, Laut Utara, Brazil dan Asia Pasifik. Repsol Upstream akan juga mendapat manfaat daripada kepakaran terbaharu EIG yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan, transformasi dan penyenaraian awam Harbour Energy. EIG percaya urus niaga itu meletakkan Repsol Upstream pada satu laluan ke arah kecairan pasaran masa hadapan—kedua-dua Repsol dan EIG meramalkan potensi untuk menyenaraikan perniagaan itu di Amerika Syarikat dari tahun 2026 dan seterusnya, tertakluk kepada keadaan pasaran yang menggalakkan.

“Peralihan tenaga memaklumkan setiap keputusan yang kami buat, dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah pemimpin global yang setaraf dengan Repsol mengenai peluang menarik ini untuk menerajui perubahan di dalam industri kami,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Penilaian impak ESG disepadukan ke dalam pelaburan teras EIG dan fungsi-fungsi pengurusan portfolio, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Repsol, sebuah pengendali bertaraf dunia dan peneraju peralihan tenaga, untuk terus membina di atas amalan terbaik perniagaan ESG. Ketika dunia melihat untuk memenuhi matlamat berkembar penyahkarbonan dan kebolehpercayaan, kami percaya bahawa perkongsian ini berada pada kedudukan yang baik untuk membantu memenuhi permintaan global yang semakin meningkat bagi tenaga yang boleh diakses, cekap dan selamat.”

“Cita-cita kami adalah untuk menerajui peralihan tenaga, dan perjanjian perintis ini membolehkan kami untuk mengekalkan hala tuju strategik itu bagi unit huluan dan, pada masa yang sama, untuk meningkatkan transformasi bagi syarikat itu dan profil pelbagai tenaga mereka untuk mencapai pelepasan bersih sifar menjelang tahun 2050,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Repsol Josu Jon Imaz.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, EIG akan mempunyai hak untuk mencalonkan dua ahli kepada lapan ahli Lembaga Pengarah Repsol Upstream. Empat akan dicalonkan oleh Repsol, dengan baki dua lagi sebagai calon Bebas. EIG akan juga mempunyai hak untuk melantik dua eksekutif kanan kepada pasukan kepimpinan Repsol Upstream, seorang untuk berkhidmat sebagai Pengarah ESG dan seorang lagi untuk mengetuai projek-projek khas, termasuk persediaan IPO.

Urus niaga itu dijangka ditutup dalam tempoh enam bulan akan datang, tertakluk kepada syarat penutupan biasa.

Goldman Sachs & Co LLC dan J.P. Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berkaitan dengan urus niaga tersebut. Goldman Sachs & Co LLC, J.P. Morgan dan Lazard bertindak sebagai penasihat pasaran modal berhubung dengan pembiayaan bagi urus niaga itu. Latham & Watkins berkhidmat sebagai penasihat undang-undang EIG.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $24.0 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $41.5 bilion kepada sektor tenaga melalui 387 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Repsol

Repsol ialah sebuah syarikat pelbagai tenaga global yang menerajui peralihan tenaga dengan cita-citanya untuk mencapai pelepasan bersih sifar menjelang tahun 2050. Hadir di keseluruhan rantaian nilai tenaga, syarikat itu menggaji 24,000 orang di seluruh dunia dan mengedarkan produk mereka di hampir 100 buah negara kepada sekitar 24 juta pelanggan.

Untuk mencapai pelepasan bersih sifar menjelang tahun 2050, Repsol menggunakan sebuah model bersepadu bagi teknologi penyahkarbonan berdasarkan kepada kecekapan yang dipertingkatkan, peningkatan kapasiti penjanaan kuasa boleh diperbaharui, pengeluaran bahan api rendah karbon, pembangunan penyelesaian baharu pelanggan, ekonomi bulatan, dan dengan memacukan projek terobosan bagi mengurangkan jejak karbon industri. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16282

No comments:

Post a Comment