Wednesday, September 21, 2022

CIIE KELIMA ADALAH UNTUK MEMPERLUASKAN SKOP BAGI NEGARA-NEGARA BELT AND ROAD




SHANGHAI, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), pameran perdagangan bertemakan import peringkat kebangsaan yang pertama di dunia, terus menyediakan sebuah platform untuk berkongsi peluang-peluang pasaran di China dengan negara-negara Inisiatif Belt and Road atau BRI.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220919005806/en/ 

CIIE itu, yang telah dilancarkan pada tahun 2018, terdiri daripada sebuah pameran perniagaan, sebuah pameran negara dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.

Ekspo itu telah berkembang dari segi skala dan pengaruh – ruang bagi pameran perniagaan telah meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021, manakala tiga edisi yang pertama telah membantu menyalurkan kira-kira $30.5 bilion pelaburan asing ke dalam 622 projek.

Edisi kelima bagi CIIE akan diadakan di Shanghai dari 5 hingga 10 Nov tahun ini seperti yang dijadualkan. Seperti biasa, banyak syarikat akan menghadiri ekspo itu buat kali pertama - mereka termasuk gergasi logam dan perlombongan global Kumpulan Rio Tinto dan syarikat semikonduktor multinasional Jepun Renesas Electronics Corp.

CIIE telah menjadi tempat pilihan bagi syarikat-syarikat untuk mengumumkan ciptaan baharu. Sepanjang empat edisi yang lalu, pempamer telah memperkenalkan lebih daripada 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu.

CIIE telah membukakan lagi pasaran China yang luas dan membuat satu perubahan besar di dunia, terutamanya di negara-negara kurang maju, di Eropah Tengah dan Eropah Timur dan mereka yang terlibat di dalam BRI.

Mamani, sebagai contoh, seorang tukang alpaca dari Peru, pernah mencari rezeki dengan menjual karya seni alpaca di gerai tepi jalan beliau, dengan memperoleh pendapatan kurang daripada $20 sehari. Disebabkan oleh CIIE, pesanan dari China kini menjana pendapatan bulanan sebanyak $50,000 bagi beliau, dan pekerjaan yang stabil untuk 200 lagi atau lebih tukang seperti beliau. “Tanpa pesanan dari China itu, ramai tukang seperti saya akan menganggur,” kata beliau.

Kesan limpahan yang mantap dari ekspo itu telah menarik lebih banyak perhatian.

Dalam CIIE keempat, banyak produk dari Trinidad dan Tobago telah menarik perhatian pengguna China. “Kami menjangka akan menghadiri CIIE kelima tahun ini untuk mempamerkan barangan istimewa kami,” kata Analisa Low, yang menyandang jawatan beliau sebagai duta Trinidad dan Tobago ke China, dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dari segi Pameran Perniagaan, CIIE kelima itu sekali lagi akan menampilkan enam ruang pameran — Produk Makanan dan Pertanian, Industri Pintar dan Teknologi Maklumat, Peralatan Perubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan, Barangan Pengguna, Perdagangan dalam Perkhidmatan, dan Automobil.

Di samping itu, satu siri acara sampingan seperti aktiviti promosi di negara-negara asing, majlis menandatangani dan forum, telah menjadikan CIIE lebih daripada sekadar sebuah ekspo enam hari, tetapi juga satu cara untuk menukar pempamer menjadi pelabur.

Pastikan anda melayari laman web rasmi CIIE untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang edisi kelima yang akan datang: https://www.ciie.org/zbh/en/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16320

No comments:

Post a Comment