Wednesday, September 28, 2022

STONEPEAK MEMBENTUK PERKONGSIAN PELABURAN LOGISTIK STRATEGIK DENGAN EQUALBASE

NEW YORK, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Stonepeak, sebuah firma pelaburan alternatif terkemuka yang membuat pengkhususan di dalam infrastruktur dan aset nyata, hari ini mengumumkan bahawa beberapa instrumen pelaburan yang berkaitan mereka telah membentuk satu perkongsian pelaburan strategik dengan Equalbase, sebuah platform pembangunan dan pengurusan bersepadu yang memberi tumpuan kepada sektor logistik merentasi Asia Pasifik yang diketuai oleh satu pasukan dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman industri.

Perkongsian itu akan memudahkan pelaburan di dalam pembangunan projek-projek logistik berkualiti tinggi di seluruh Asia Pasifik dan mempercepatkan pertumbuhan bagi platform Equalbase sebagai sebuah pemaju mapan dan pengurus pakar terkemuka di rantau itu. Tumpuan awal bagi program pelaburan itu adalah di Korea Selatan dan Malaysia, kedua-dua pasaran logistik yang pesat berkembang di mana Equalbase mempunyai satu kehadiran operasi sedia ada dan rekod prestasi membangunkan projek logistik yang berskala besar. Equalbase telah mengenal pasti satu saluran yang menarik bagi projek-projek logistik moden yang berpotensi di rantau itu, termasuk sebuah projek benih yang terletak di kawasan Seoul yang lebih besar yang pada masa ini dikawal oleh penaja Equalbase.

“Kami percaya rantau Asia Pasifik menyediakan peluang yang besar untuk pelaburan dalam aset logistik moden Gred A ketika pasaran itu terus mempamerkan dinamik permintaan bekalan yang menggalakkan dan struktur faktor yang membantu meningkatkan pertumbuhan yang mapan,” kata Pengarah Urusan Kanan dan Ketua bagi Asia dan Timur Tengah bagi Stonepeak, Hajir Naghdy. “Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan berpengalaman Equalbase dalam projek-projek awal di Korea Selatan dan Malaysia, dan untuk meneruskan momentum Stonepeak di Asia Pasifik ketika kami berhasrat untuk mengenal pasti aset dan platform infrastruktur tambahan yang menarik merentasi rantau itu.”

“Pelanggan di Asia terus menghadapi pilihan terhad untuk pembangun dan pengurus logistik pakar yang boleh dengan pasti memenuhi keperluan logistik mereka yang semakin berkembang pada skala, yang kami percaya mewujudkan peluang-peluang menarik untuk pertumbuhan industri yang berterusan,” kata Pengarah Urusan Stonepeak, Michael Chan. “Equalbase mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan penyelesaian logistik yang berkualiti tinggi dan ditempah, seperti yang digambarkan oleh pangkalan pelanggan mewah mereka. Kami percaya bahawa keupayaan dan pendekatan berpusatkan pelanggan ini digabungkan dengan keupayaan pelaburan dan pengetahuan sektor Stonepeak akan membolehkan perkongsian kami memacukan nilai yang signifikan bagi pemegang kepentingan kolektif kami.”

“Kami gembira kerana dapat menggabungkan tenaga dengan Stonepeak,” kata Christian Bischoff, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi Equalbase. “Kami percaya usaha sama ini akan memberikan kami dengan satu platform pelaburan luar biasa yang akan memberikan kami peluang untuk terus berkembang dan membangunkan aset yang cemerlang dan mapan  bagi  pelanggan kami.”

Maklumat mengenai Stonepeak

Stonepeak ialah sebuah firma pelaburan alternatif terkemuka yang membuat pengkhususan di dalam infrastruktur dan aset nyata dengan kira-kira $51.7 bilion aset di bawah pengurusan. Melalui pelaburan mereka di dalam perniagaan defensif, aset ketara di peringkat global, Stonepeak menyasarkan untuk mencipta nilai bagi pelabur mereka dan syarikat-syarikat portfolio, serta memberi satu kesan positif kepada komuniti di tempat ia beroperasi. Stonepeak menaja instrumen pelaburan yang tertumpu pada ekuiti dan kredit persendirian. Firma itu menyediakan modal, sokongan operasi dan perkongsian yang komited untuk mengembangkan pelaburan secara mapan di dalam sektor sasaran mereka, yang termasuk komunikasi, peralihan tenaga, pengangkutan dan logistik serta infrastruktur sosial. Stonepeak beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di Austin, Hong Kong, Houston, London dan Sydney. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.stonepeak.com.

Maklumat mengenai Equalbase
Equalbase ialah sebuah pakar aset industri dan komersial yang menyediakan penyelesaian pembangunan, pengurusan dan pelaburan bertaraf global kepada institusi, keluarga dan penasihat mereka. Sebagai sebuah peneraju pemikiran di dalam kejuruteraan dan inovasi yang mapan, Equalbase membantu pelanggan global menyelesaikan isu-isu rantaian bekalan yang menangani persoalan perubahan iklim mereka. Pasukan global Equalbase diasaskan di dalam tiga bidang utama termasuk perkhidmatan pembangunan dan pengurusan, pengurusan dana, dan sains kejuruteraan bangunan dan inovasi untuk aset perindustrian dan komersial. Equalbase beribu pejabat di Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.equalbase.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16343

No comments:

Post a Comment