Monday, September 5, 2022

KESAKSAMAAN JANTINA TIDAK BOLEH TUNGGU 132 TAHUN

Julia Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman, (Kredit Foto: Mary Kay Inc.)

Kenyataan oleh Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman di Mary Kay

DALLAS, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikut di bawah adalah satu kenyataan oleh Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman, Mary Kay Inc., sempena pengeluaran Laporan Jurang Jantina Global pada Forum Ekonomi Dunia 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220831005218/en/

Menurut satu penemuan serius daripada Laporan Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2022, kesamaan jantina tidak dapat dicapai dalam jangka hayat kita. Malah, menurut laporan itu, ia akan mengambil masa 132 tahun bagi kesaksamaan jantina untuk menjadi satu kenyataan dan 151 tahun untuk merapatkan jurang penyertaan ekonomi dan peluang jantina. Tidak ada satu negara pun daripada 146 yang dikaji telah mencapai kesamaan.

Itu berita buruknya.

Berita baiknya pula? Masih ada masa untuk mengubah segala perkara itu. Penemuan 2022 itu telah membuat saya tersentak, tetapi ia tidak menghalang saya. Mereka juga tidak boleh menghalang anda.

Kesaksamaan jantina adalah satu prasyarat bukan sahaja untuk pembangunan manusia—tetapi pertumbuhan ekonomi yang lestari. Satu kumpulan data yang kaya menunjukkan bahawa tanpa kesamaan jantina ia adalah mustahil untuk mengurangkan kemiskinan, mencapai keselamatan makanan, menangani kesan iklim atau memastikan sebuah masyarakat yang lebih aman dan inklusif. Kesamaan jantina bukanlah sesuatu yang “seronok untuk memilikinya”. Ia juga bukan sekadar satu faedah istimewa bagi negara-negara maju. Ia adalah satu keperluan penting bagi semua negara untuk membangun dan mencapai kemakmuran.

Untuk mengurangkan kemunduran selanjutnya, halangan berstruktur yang mengehadkan penyertaan wanita di dalam pasaran buruh, termasuk kemasukan semula dan pengekalan mereka dalam tenaga kerja berikutan COVID-19, harus ditangani. Dasar-dasar yang disasarkan yang menyokong pembangunan bakat wanita di dalam industri masa depan, dan yang mempercepatkan kemajuan mereka ke jawatan kepimpinan dan pengurusan, juga diperlukan.

Sektor swasta mempunyai satu peranan yang kritikal untuk dimainkan di dalam menangani jurang jantina di tempat kerja dan dalam membangunkan saluran wanita bagi jawatan-jawatan kepimpinan. Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang ahli perniagaan wanita yang memecahkan halangan hampir 60 tahun yang lalu, ini adalah bersifat peribadi buat Mary Kay.

Pada tahun 2019, Mary Kay menandatangani Prinsip-prinsip Pemerkasaan Wanita  (WEP) dan pada tahun 2021 syarikat itu menjadi sebuah Pembuat Komitmen kepada Gabungan Tindakan Forum Kesaksamaan Generasi untuk mempercepatkan kemajuan di dalam kesaksamaan jantina bagi memajukan Matlamat Pembangunan Lestari.

Mary Kay mengambil bahagian di dalam program pemecut Kesaksamaan Jantina Sasaran Kompak Global PBB 2022-2023 untuk meneruskan pelaksanaan sasaran korporat yang bercita-cita tinggi bagi perwakilan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat dan di dalam rantaian bekalan kami. Dengan memimpin melalui teladan dan mencerminkan kepercayaan kami terhadap peningkatan penyertaan wanita, Mary Kay meletakkan nilai dan komitmen kami dalam bentuk tindakan:

Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Data dari Ogos 2022):

· 62% daripada Tenaga Kerja Global kami adalah Wanita
· 50% daripada Pasukan Eksekutif kami adalah Wanita
· 53% daripada Naib Presiden kami dan ke atas adalah Wanita
· 57% daripada Pengarah kami dan ke atas adalah Wanita
· 59% daripada Pengurus kami dan ke atas adalah Wanita
· 70% daripada Pemimpin Pasaran kami adalah Wanita
· 60% daripada Pemimpin kami dalam 10 Pasaran Teratas kami adalah Wanita
 
Perolehan & Kepelbagaian Pembekal Responsif Jantina di Mary Kay (Data rantaian bekalan Amerika Syarikat sahaja dari Februari 2021):

· 66% daripada Pasukan Perolehan kami adalah Wanita
· 12% daripada Pembekal Tidak Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran
· 5% daripada Pembekal Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran

Strategi Kelestarian 10 tahun kami, yang bertajuk Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Lestari, meneruskan satu pendekatan holistik untuk memajukan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dengan komitmen utama berikut untuk dicapai menjelang tahun 2030:

· Memperkasakan 5 juta wanita di seluruh dunia dari segi ekonomi
· Memastikan akses kepada pendidikan untuk 250,000 wanita dan gadis di seluruh dunia
· Menyediakan lebih 10 juta wanita di seluruh dunia dengan perkhidmatan sokongan keganasan berasaskan jantina, dan
· Membangunkan satu agenda dasar 10 tahun untuk menangani hak-hak wanita

Diilhamkan oleh misi kami sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan yang diasaskan oleh wanita untuk wanita, kami komited untuk memajukan keusahawanan wanita dan merungkai halangan kepada pemerkasaan ekonomi wanita. Kami membawa wawasan ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2019 dan, bersama-sama dengan 6 agensi PBB, kami menubuhkan Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan usahawan wanita.

Masa untuk bertindak adalah sekarang. Duduk di garis tepi dan menunggu 132 tahun bukanlah satu pilihan. Mesyuarat Kesan Pembangunan Lestari mengenai “Memajukan Kesaksamaan Jantina”, yang berlangsung di New York bulan ini, merupakan satu peluang untuk pemimpin daripada sektor awam dan swasta untuk mengenal pasti peranti dan strategi untuk merapatkan jurang jantina itu. Kami mempunyai tanggungjawab kepada generasi akan datang bagi menggerakkan usaha kami untuk membuat perubahan transformatif yang sangat diperlukan bagi wanita dan gadis.

KESAKSAMAAN JANTINA TIDAK BOLEH TUNGGU 132 TAHUN

No comments:

Post a Comment