Wednesday, September 21, 2022

MARY KAY MENCABAR BELIA GLOBAL UNTUK MENANGANI SDG 14: KEHIDUPAN DI BAWAH AIR DALAM CABARAN INOVASI TAHUNAN KETIGA SIRI DUNIA BAGI NETWORK FOR TEACHING ENTREPRENEURSHIP




Persaingan Global Meraikan Keusahawanan Belia dan Kuasa Pemikiran Berinovatif

DALLAS, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan cabaran tahunan Siri Dunia bagi Inovasi (WSI) ketiga mereka dengan kerjasama Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Persaingan global itu menjemput golongan muda berumur 13-24 tahun untuk menguji kemahiran pemikiran kritis mereka dan terlibat di dalam menyelesaikan beberapa daripada cabaran terbesar yang dihadapi manusia hari ini untuk memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG).
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220915005847/en/ 


Cabaran WSI Mary Kay bermula pada 15 September bersempena dengan Hari Pembersihan Sedunia. Cabaran Mary Kay menggalakkan usahawan muda untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif bagi menangani SDG 14 PBB: Kehidupan Di Bawah Air. Khususnya, pelajar dicabar untuk mereka bentuk satu penyelesaian untuk meneruskan pemuliharaan dan/atau perlindungan bagi ekosistem marin dan komuniti pantai dunia.

“Semua kehidupan di Bumi bermula dan bergantung kepada lautan kita. Air ialah sumber yang paling berharga di planet kita, dan ia adalah penting bagi kita untuk bukan sahaja menghormatinya, tetapi juga memainkan peranan kita untuk melindunginya,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Generasi pemikir dan pemimpin global akan datang sedang menangani bidang-bidang kritikal yang membimbangkan ini dan menerajui usaha pemuliharaan. Kami teruja untuk melihat bagaimana belia dunia boleh membantu memajukan ekosistem dan pemuliharaan biodiversiti secara global.”

No comments:

Post a Comment