Saturday, September 24, 2022

PEJABAT PERSEDIAAN HOSPITAL UNIVERSITI TSING HUA DIBUKA SECARA RASMI DI TAOYUAN




HSINCHU, Taiwan, 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pada 20 Ogos, Pejabat Persediaan Hospital Universiti Tsing Hua telah dibuka secara rasmi di Bangunan Xinkong di Depoh Qingpu di Taoyuan Metro Corporation, yang terletak hanya satu stesen MRT dari tapak di mana Hospital itu akan dibina.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220922005421/en/

NTHU dan Kerajaan Bandar Raya Taoyuan telah menandatangani satu surat hasrat yang menggariskan rancangan mereka untuk bersama-sama menubuhkan sebuah pusat perubatan bertaraf dunia yang akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat; rancangan itu juga termasuk bantuan dalam latihan guru-guru dwibahasa dan sokongan untuk pendidikan sains dan pendidikan eksperimen di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah Taoyuan.

Pejabat Persediaan itu telah dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar bagi Bandar raya Taoyuan, Cheng Wen-tsan dan presiden NTHU W. John Kao.

Datuk Bandar Cheng telah memainkan satu peranan penting dalam peringkat awal projek Hospital itu. Beliau menegaskan bahawa Taiwan mahir di dalam kedua-dua bidang elektronik dan penjagaan perubatan, yang mana kedua-duanya diajar di NTHU, dan itulah sebabnya kenapa beliau menjadi seorang penyokong tegar bagi NTHU melalui semua kesukaran yang timbul di dalam peringkat perancangan itu.

Cheng menekankan bahawa ia akan mengambil masa hanya sepuluh minit bagi sebuah ambulans untuk pergi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan ke bilik kecemasan di hospital baharu itu; dan selain daripada pembedahan kosmetik dan pemeriksaan kesihatan, Hospital itu akan juga menyediakan penjagaan kritikal dan terapi tangkapan neutron boron (BNCT).

Lebih-lebih lagi, Hospital itu dijangka menjadi sebuah pusat terkemuka bagi pembangunan teknologi penjanaan semula sel termaju.

Presiden Kao berkata bahawa ini adalah satu hari yang sangat penting untuk NTHU, memandangkan sekolah itu telah lama menjurus kepada pendidikan perubatan, dan kini impian itu akhirnya menjadi kenyataan, sambil menyatakan bahawa “Hari ini adalah satu peristiwa penting di dalam perjalanan sejauh 50 kilometer ini dari NTHU ke Taoyuan, yang telah berterusan selama kira-kira 66 tahun.”

Kao juga menyatakan bahawa tahun ini boleh dilihat sebagai “tahun perubatan” di NTHU, memandangkan kumpulan pertama pelajar perubatan telah baru-baru ini mendaftar.

Hospital itu akan terletak berhampiran Stesen Hengshan (A16) di laluan MRT Lapangan Terbang, di atas sebidang tanah yang disediakan oleh Bandar raya Taoyuan. Saiz petak itu ialah 7.2 hektar, di mana 5 hektar akan digunakan untuk Hospital itu sendiri, manakala baki 2.2 hektar akan digunakan untuk kemudahan pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan.

Naib presiden kanan NTHU Lyu Ping-chiang berkata bahawa perjanjian BOT itu akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dan pembinaan akan dimulakan pada tahun depan, tidak lama selepas petak itu dipindahkan. Hospital itu dijangka siap pada penghujung tahun 2027 dan dibuka pada tahun 2028.

Hospital itu pada peringkat awal akan mempunyai 200 katil penjagaan akut am, ditambah dengan sebuah unit rawatan rapi, sebuah unit penjagaan pernafasan, bilik-bilik pengasingan tekanan negatif, dan sebuah unit psikiatri untuk kedua-dua pesakit dalam dan pesakit luar, yang kesemuanya akan diperluaskan secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai jumlah kapasiti 910 katil. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16338

No comments:

Post a Comment