Wednesday, September 28, 2022

MIGRASI PELABURAN MENYEDIAKAN PELUANG KE SEKOLAH DAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Henley & Partners telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pertanyaan daripada keluarga yang kaya-raya yang ingin mengakses peluang pendidikan antarabangsa premium untuk anak-anak mereka melalui migrasi pelaburan. Lonjakan permintaan dan persaingan untuk mendapatkan tempat di Ivy League, Oxbridge dan universiti terkemuka lain selepas pandemik Covid telah meningkatkan minat dalam program pelaburan yang menawarkan laluan kepada hak permastautinan atau pemerolehan kewarganegaraan di UKASKanadaAustraliaNew ZealandSingapura dan beberapa negara Eropah yang menempatkan institusi pendidikan terkemuka dunia.

Lebih 70% daripada 1,000 buah institusi pengajian tinggi Terbaik yang disenaraikan dalam Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education yang terbaru ini berada di negara-negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan dengan 18% daripadanya di AS dan 10% di UK. Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners berkata, mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka telah menjadi motivasi utama bagi para pelabur yang mempertimbangkan permastautinan dan kewarganegaraan melalui pilihan program pelaburan. “Anak-anak kita ialah aset kita yang paling berharga dan menyediakan pilihan persekolahan dan universiti antarabangsa yang terbaik kepada mereka ialah hadiah terhebat yang boleh kita berikan kepada mereka serta merupakan salah satu pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa. Kami meramalkan bahawa tahun 2023 berkemungkinan menyaksikan rekod aliran migrasi para jutawan yang terbesar dengan lebih 125,000 pelabur kaya dan keluarga mereka melakukan penghijrahan. Bahagian Pendidikan Henley & Partners  kami yang baharu telah direka untuk menyediakan para pelanggan dengan semua jenis sokongan dan bantuan yang mereka perlukan untuk mengakses institusi pendidikan terbaik di negara baharu mereka.”

Mendapatkan hak akses yang lebih baik

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa menghadiri universiti Ivy League boleh meningkatkan pendapatan semasa pertengahan kerjaya sebanyak 28.7% dan anak anda mempunyai tiga atau empat kali lebih peluang untuk mendapat kemasukan ke sekolah dan universiti terkemuka dunia jika mereka seorang pemastautin atau warganegara negara tersebut.

John Milne, Ketua Kumpulan Perkhidmatan Pendidikan Henley & Partners berkata firma tersebut telah melantik rangkaian perunding pakar di UK, Amerika Utara, Australia dan Eropah yang boleh menawarkan nasihat pakar tempatan dan tidak berat sebelah kepada pelanggan global. “Pasukan baharu kami menyediakan perkhidmatan penempatan sekolah dan tugas rencam khusus seperti bantuan mendapatkan visa pelajar, kelas bahasa, bimbingan, peperiksaan kemasukan dan pengasuhan anak. Ia juga menawarkan satu penilaian kemahiran akademik dalam talian yang unik untuk kanak-kanak berumur antara enam hingga enam belas tahun — iaitu Penilaian Profil Akademik Henley — untuk memberikan gambaran tentang kemahiran akademik kanak-kanak. Keputusannya boleh digunakan untuk menunjukkan prestasi mereka kepada pihak sekolah pada masa hadapan serta untuk memantau kemajuan akademik mereka dan mengenal pasti bidang yang boleh diperbaiki."

MIGRASI PELABURAN MENYEDIAKAN PELUANG KE SEKOLAH DAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

No comments:

Post a Comment