Tuesday, September 27, 2022

MAMAKIDDIES BERI 500 KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK SECARA PERCUMA

 KLANG, 22 Sept (Bernama) -- Mamakiddies menawarkan 500 kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma kepada ibu bapa di Malaysia demi menyokong usaha kerajaan menjayakan kempen MYCRS.

Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Pengarah Urusan Mamakiddies, Dr Noohul Basheer menyatakan, “Ramai ibu bapa yang memerlukan kerusi keselamatan ini untuk memastikan anak-anak selamat ketika berada dalam kenderaan semasa perjalanan”. Beliau juga berharap agar Mamakiddies dapat membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk menyantuni keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Program ini akan diadakan pada 25 September 2022 di Dewan Hadhari Sekolah Kebangsaan Meru Jalan Tap, Klang, bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebanyak 500 kerusi keselamatan kanak-kanak ditawarkan bagi mereka yang telah lulus subsidi MYCRS dan masih belum menebus. Mereka yang layak hanya perlu membawa salinan kad pengenalan penerima yang jelas dan membayar yuran pemprosesan sebanyak RM20.

Disamping itu, Mamakiddies turut mengadakan jualan besar-besaran pada hari tersebut dengan harga istimewa bagi barangan kanak-kanak seperti kerusi keselamatan kanak-kanak, katil bayi, stroller, buaian bayi, set permainan dapur kanak-kanak, dan dollhouse. Alatan memasak untuk ibu bapa, pakaian renang dan lain-lain juga ada disediakan. Mereka yang tidak lulus MYCRS juga boleh mendapatkan kerusi keselamatan pada harga istimewa di sini.

Mamakiddies diasaskan di Southampton, United Kingdom (UK) pada tahun 2005 dan sejak itu telah berjaya berkembang ke Malaysia, Australia, Sri Lanka, Australia (Sydney). Bakal membuka satu lagi cawangan di UAE dengan rakan kongsi di Dubai.

Berkenaan dengan kempen MYCRS, kempen ini akan tamat pada 30 September 2022, jadi Mamakiddies menggesa sesiapa sahaja yang layak dan lulus untuk segera memanfaatkan peluang terakhir kemudahan ini dan menebus subsidi berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila menghubungi atau Whatsapp khidmat pelanggan kami di talian 011-55510173.

Untuk maklumat lanjut mengenai program 500 kerusi keselamatan kanak-kanak percuma boleh layari website di www.mamakiddies.com.my atau terus ke TikTok, Instagram dan Facebook Mamakiddies di @Mamakiddies.my. Maklumat lanjut berkenaan MYCRS secara umum, rujuk pada pautan ini: https://www.mycrs.gov.my/ .

SUMBER: Mamakiddies, MYCRS

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16332

No comments:

Post a Comment