Tuesday, July 7, 2020

DUA BERITA HANGAT MENGENAI DONGGUAN MENCERMINKAN KETERANGKUMAN KOTA ITU DAN MEMBANTU MENARIK BAKAT

DONGGUAN, China, 7 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, dua berita tempatan mengenai bandar Dongguan di China mendapat perhatian meluas daripada media China. Satu daripadanya adalah satu pesanan yang ditinggalkan oleh seorang pekerja migran untuk Perpustakaan Dongguan telah mencetuskan perbincangan hangat berhubung budaya dan semangat bandar di Internet. Yang satu lagi adalah penyiaran dokumentari mengenai budaya makanan Dongguan yang diberi nama “A Bite of Dongguan” telah membangkitkan usaha masyarakat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Wu Guichun, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Hubei, China, telah bekerja di Dongguan selama 17 tahun. Beliau bekerja keras untuk menyara keluarganya dan membantu anaknya menamatkan pengajian siswazah. Baru-baru ini, beliau menganggur disebabkan oleh wabak itu. Sebelum kembali ke kampung halaman, beliau telah datang ke Perpustakaan Dongguan dan meninggalkan pesanannya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13566

No comments:

Post a Comment