Thursday, July 9, 2020

Mary Kay Inc. Meneruskan Sokongan Mereka Kepada Kecantikan, Fesyen, Dan Rekaan Dalam Acara-acara Yang Diadakan Di Asia, Eropah Dan Amerika Syarikat




DALLAS, 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — 
Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio mereka, baru-baru ini telah menaja dan mengambil bahagian di dalam pelbagai acara kecantikan, fesyen dan rekaan di seluruh dunia dengan tujuan untuk mempromosikan seni bagi kecantikan individu dan kecantikan unik— dan artis-artis kecantikan itu sendiri—menetapkan tempat untuk trend yang akan datang bagi musim itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200707005913/en/
Glamhive Live & Bazar Musim Panas Digital Glamhive
Mary Kay merupakan penaja untuk Sidang Kemuncak Glamhive Live Digital yang pertama pada 9 Mei. Glamhive, sebuah syarikat fesyen digital permulaan yang diasaskan oleh penggaya selebriti Stephanie Sprangers, membolehkan pengguna untuk menerima nasihat maya secara langsung dari pakar penggaya di seluruh dunia. Penggaya Glamhive termasuk Tara Swennen, Ilaria Urbinati, Nicole Chavez, Jeanne Yang, Samantha McMillen, Sonia Young, Micah Schifman, dan Jason Bolden serta pakar-pakar yang sedang meningkat maju dengan pandangan yang tidak dapat dipersoalkan untuk apa yang popular.
Sidang kemuncak digital itu memaparkan pelbagai topik termasuk fesyen lestari, kecantikan, dan bagaimana untuk mewujudkan impian anda melalui keusahawanan. Penceramah tamu dari industri fesyen, rekaan, televisyen dan aksesori juga bercakap mengenai mengatasi halangan dan memecahkan sekatan. Moderator dan penceramah pada acara itu termasuk Livia Firth, Louise Roe, Rebecca Minkoff, Kendra Scott, Jezlan Moyet, Jessica Paster, Cindy Eckert, Lela Rose, Anita Patrickson, Jenny Packham, Olivier Theyskens, Babi Ahluwalia, Sonia Young, Erica Cloud, Cynthia Rowley, Ilaria Urbinati, Jennifer Fisher dan Lisa Levinson — sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja.
Martelle, artis kecantikan Mary Kay Ukraine, duta dan artis solekan televisyen, merupakan seorang penceramah semasa Glamhive Live. Semasa perbincangan meja bulat “Beauty x Fashion,” Martelle menekankan pentingnya kerjasama dan komunikasi yang jelas dengan pereka dan penggaya ketika melakukan solekan pada model, pelanggan atau selebriti untuk melakukan sesi fotografi untuk muka depan, pertunjukan fesyen utama, acara karpet merah dan banyak lagi.
15% daripada hasil daripada Sidang Kemuncak Glamhive Live Digital telah disumbangkan kepada Feeding America untuk menyokong usaha bantuan COVID-19. Jaringan Feeding America adalah organisasi bantuan kelaparan domestik terbesar di negara itu.
Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio mereka akan sekali lagi menjadi penaja untuk Bazar Musim PanasDigital Glamhive pada 11 Julai. Buat pertama kalinya, pengalaman digital baharu ini akan diperluaskan secara global untuk menjadi satu titik pertemuan global bagi profesional industri, peminat kecantikan dan gaya. Penceramah dan moderator akan datang dari seluruh dunia termasuk Kanada, United Kingdom, Belgium, Perancis, Itali, India, Vietnam dan Afrika Selatan.
Penggaya, artis solekan, dan penggaya rambut terkenal kepada selebriti termasuk Kristen Stewart, Lupita Nyong’o, Tom Brady dan banyak lagi berkongsi pengalaman, kepakaran, dan pandangan industri mereka secara dalam talian sebagai sebahagian daripada Bazar Musim Panas Digital Glamhive.
Acara sepanjang hari yang bertiket itu akan menampilkan tiga trek, 32 panel, lebih 100 penceramah yang berbeza, dan menawarkan “Master Classes” yang sangat intensif yang memberi tumpuan kepada topik-topik khusus dengan perbualan mendalam dan intim dengan pakar-pakar terkenal di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live. Glamhive akan menyumbangkan 15 peratus daripada semua penjualan tiket kepada NAACP.

No comments:

Post a Comment