Friday, July 17, 2020

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Mengurangkan Pelepasan GHG sebanyak 50% dan Membeli 100% Tenaga Elektrik Boleh Diperbaharui untuk semua Tapak Pembuatan menjelang Tahun 2030

dan

Memajukan Penyelesaian Iklim Semula Jadi yang Memberi Manfaat Karbon yang Sama dengan Baki Pelepasan GHG daripada Operasi

CINCINNATI, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) mengumumkan satu komitmen baharu untuk memastikan operasi global mereka menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu menerusi satu siri campur tangan yang melindungi, meningkatkan dan memulihkan alam semula jadi. Menyedari dekad berikut merupakan satu jendela yang kritikal bagi dunia untuk mempercepatkan kemajuan terhadap perubahan iklim, P&G akan melangkaui Sasaran Berasaskan Sains mereka yang sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dengan tambahan mengembangkan satu portfolio bagi penyelesaian iklim semula jadi. Usaha ini akan memberikan satu manfaat karbon yang mengimbangkan sebarang sisa pelepasan sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, yang membolehkan operasi P&G untuk menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu. Berdasarkan kepada anggaran semasa, Syarikat itu akan perlu mengimbangkan ~30 juta metrik tan karbon dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Keutamaan P&G adalah untuk terus mengurangkan pelepasan. P&G mempunyai satu matlamat sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dan membeli 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 dan berada di landasan yang tepat untuk memenuhi komitmen tahun 2030 mereka. Di samping itu, P&G akan terus melaksanakan projek angin, solar dan geoterma yang baharu untuk mempercepatkan lagi peralihan kepada boleh diperbaharui. Usaha ini adalah selaras dengan apa yang diperkatakan oleh sains iklim yang diperlukan untuk membantu memastikan Syarikat itu melaksanakan peranan mereka untuk mengehadkan peningkatan suhu global dan akan meneruskannya selepas tahun 2030. Namun, berdasarkan kepada teknologi masa kini, terdapat beberapa pelepasan yang tidak dapat dihapuskan menjelang tahun 2030. Dengan melabur di dalam penyelesaian iklim semula jadi, Syarikat itu akan mempercepatkan impaknya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

No comments:

Post a Comment